Pages

Tuesday, April 17, 2012

Hilang Arah

Flutterbyazwa sebenarnya dah hilang arah. Aku dah hilang arah. Kehidupan aku dulu menyeronokkan. Aku tak tahu apsal aku dah tak berseronok. Maybe aku dah grow old. Or maybe aku biarkan diri aku metua tanpa berseronok... peh! thats deep!


Yes, ada pros dan cons bila tinggal dengan parents. In Malaysia, its not Howard-Wolowitz's-weird if you're staying with your parents. & Am not making any point here.


Aku cuma harap sesapa yang ada blog atau facebook atau twitter berenti tulis entri, status dan tweet macam tulis diary. Tapi, itu pilihan masing-masing. Oh well.. itu juga point tidak perlu di sini.


Rasanya aku perlu korek balik plan-plan yang aku ada dalam Books of Ideas: Stuffs I Wanna Do and Places I Wanna Go Before I Die. Aku perlu activate balik endorphin aku.


p/s: I've always wanted a Dark Knight cos-play/costume.....

Wise Man Indeed

Sunday, April 15, 2012

Too Early To Party

Bangun awal pagi ni gua since Mak Njang mintak tolong hantarkan anak-anak dia. Keta dia kat workshop. Pukul 6.10pg gua bangun y'all. Korang bayangkan. Lepas hantar kakak dengan dekman, gua ada 45 minit untuk dibunuh (time to kill). Gua pusing-pusing Alor Setar, withdraw duit kat bank then gua pegi cari breakfast kat McD. Banyak benda rupanya boleh buat bila kita bangun awal ni.. Heh..

Sambil-sambil drive, gua menyumpah gak station radio yg turn on Somebody to Love seawal jam 7. Yup, i sang to the song.

Apsal blog entry gua sekarang dah macam tulis diari? Jahanam beno perasaannya.

Dalam kereta, masa hantar deme, gua try gak start nak borak-borak dengan adik-adik sepupu gua tu. Pagi2 ni, kita kena ceria dan meyakinkan.. Tapi tak payah la nak parti sambil nyanyi 'windows down, chillin with the radio on" Walaupun gua tak lukis misai kat jari untuk break the ice conversation macam Amy Farah Fowler, gua pun buka cerita pasal dulu-dulu time gua sekolah.

"Kak ngah dulu pegi sekolah, loceng pagi bunyi.. baru sampai sekolah. Cikgu disiplin pun kenal"

krik krik krik...

"Tu dulu kak ngah baik dengan tukang kebun sekolah. Kak ngah tolong pakcik tu cat bata yg susun-susun tu..." kata gua, bangga. Pernah gak gua berbakti kat sekolah.

krik krik krik...

"Ah, bawak keta cam pondan~!" Gua sumpah kancil putih kat depan. "Selalu kakak sampai sekolah pukul berapa?"

"6.45pagi" sepatah.

"oh...." gua lirik jam kereta. Pukul 7.10pagi. "Ada cikgu bagi apa-apa kat kalo sampai awal?" Gua sinis sebenarnya.

"Ada. Cikgu bagi hadiah. Tapi kena mai awal sepanjang tahun la..."

Sekarang baru aku ingat sumber pertama gua menyampah sekolah - pengharapan dari cikgu.

Tuesday, April 10, 2012

"I'm not weird, I just dont have their phone numbers.."

"Kenapa ko takde nombor telefon dia weh?"
"Errr.... I dont have many friends?"

Yeah, i know people (or some). But that doesnt mean I HAVE their numbers. Seriously.... I dont keep non-important stuff with me coz if i do, people gonna call me a hoarder.

"But, um... you know people. You chat with them and stuff. you;re socially bonding to people and strangers. Lots of smiling rainbows and happy unicorns"

"Well, yeah.. I'm a human and I'm perfectly normal. Besides, gossiping, laughing, bragging, bonding, being nice are just the kind of things that the society needs, like it or not, I'm part of the society and those stuff are obligatory.."

Like I said, I dont have many friends. In my mobile phone, I only have my nucleus family's numbers, my uncles' and aunts' numbers, 2 of my cousins numbers, 2 close friends' from primary school numbers (I should call them best friends since we still keep in touch with each other), 6 high school best friends' numbers, 5 roommates' numbers from university,

Let see, 2 from the room across the hall and 3 from block H in university, 4 of my former work place colleagues, my mentor, 4 from current work place colleagues (we dont count bosses' numbers, peeps), 5 chambering students, 10 classmates' from university, Ateq's, and numbers' of people who matters.. Like Bar Council, Bar Committee and Celcom Customer Care..

"Tapi, ko pun save number people yang matters kat ko dengan number yang salah.... Mummy, Fit, Kakak, Aya, Tehah..."

"SHUT UP, AZWA! SHUT THE FOKK UP! SHUT UP BEFORE I SHOVE YOUR MOUTH IN YOUR BOOM BOOM"

Sunday, March 25, 2012

Motherland

I was watching Russell Peter's 45min Stand up Comedy Live on NBC? Kot? Not important. He mentioned that India's motherland is England. Ini show lama dulu. Gua baru tahu kewujudan si Russell ni.

Dulu gua selalu dengki kat lecturer CPC gua - dia Brits yang kawen dengan orang Kelantan dan cakap Kelantan manis bersepah. Sapa-sapa yang pernah dia cakap Kelantan, korang antara yang bertuah.

Dengki gua tertumpu kepada anak-anak dia sebenarnya - if kita tanya anak-anak dia;

"Raya ni, abang nak balik kampung mana?"
"England"

Tak ke paling panjang PEH korang? PEHHHH!!!!!

Come to think about it, dari lawak cam haram Russell Peters tu.. gua rasa.... Malaysia punya motherland pun England.

Hah! Sudah~

Cuba korang fikir - kita apply common law, kita pernah di bawah so called naungan the Queen ... ah! itu bangang...... kita dulu dijajah diorang, diambil segala hasil bumi, diperkotakkasutkan and sekarang, kita tiga pat tahun sekali kena join adik-beradik kita pegi sukaneka that we'ols call "Commonwealth Game"...

So, Gua betul la cakap motherland Malaysia is England... kan? kan? Takpe la, nanti gua balik kampung. William, Kate... nanti gua balik, kita pegi horse riding sama-sama, okeh?

Sunday, March 11, 2012

Movie Review: Adnan Sempit 2

Terkejut tak title post ni? Siapa sangka gua tengok lagi movie yang buang masa ni kan? Salahkan abang gua. Dia beli kat Astro First. Sejak ada Astro First ni, gua jarang-jarang gi wayang. Gua juga menundingkan jemari runcing gua kepada Dina Nordin dan Liza Abd Rahman Kuasa Dua kerana kegagalan diorang untuk ajak gua tengok wayang. Ok, sekian.

Movie ni takde apa sangat pun. Gua cuma gelak dua part - satu time Adnan gelakkan Datuk Isnin sebab suruh dia jadi trasformer dan satu lagi part Adnan jatuhkan motorsikal dia kat tangga supermarket.

Adegan kejar-kejar tu tak signifikan bagi gua. Its lengthy dan gua dah tengok part orang masuk dalam trak polis dalam keadaan kelakar which cam sipi-sipi bau bawang lagi kelakar dalam Tolong Awek Aku Pontianak.

Gua rasa Dr Rozmey patut sue diorang. Hahahha.

Budak dari Balas (Raja Lawak) tu cam over dengan rambut kejungnya. Dan adakah seorang wanita koperasi perlu berperangai seperti minah rempit apabila berchenta dengan mat rempit?

Boleh la layan... asalkan bukan korang yang bayar. Boleh la layan if korang suka Shahiezy Sam.

.. Sebab Minta Cuti Biasa2 Dah Mainstream

Gua: "Bos, nak minta half day besok. Boleh kah?"

Bos: "Reason?"

Gua: "Bos nak dengar yang cerita benar atau cerita ajinomoto?"

Bos: *error to download*

Gua: "Kalo cerita ajinomoto, saya takkan minta hari ni. Besok, lepas lunch around pukul 1.30 saya kol bos dan cakap "bos, saya ada emergency. saya tak dapat masuk ofis petang ni. sori!" pastu saya terus letak telefon, even if ofis kol saya tak angkat.
Bila hari Ahad nanti, saya buat muka sedih dan if orang tanya saya akan cakap "I dont want to talk about it"

Bos: "Cerita benar?"

Gua: "Cik Lim saya nak akad nikah petang besok. Saya jadi photographer."

Gua baru lepas telan ubat. Gua mabuk rasanya time tu...

Sunday, March 4, 2012

Gua Caya Sesunguhnya...

Gua percaya sesungguhnya Adam yang view blog gua dari Beverly Hills. WHOPPA!

Jelasnya Jeles

Gua nak tanya, perlu tak gua jeles dengan orang?
Perlu. Untuk memperbaiki diri. Jeles yang positif.

Baca bibir seksi gua ini, J E L E S P O S I T I F.
Macam gua jeles kat Angelina Jolie dengan kakinya yang malnutrisi time Oscar hari tu.

Tapi kalo jeles yang menjahanamkan diri, tak rasa ke korang rugi dari merasai kenikmatan hidup hakiki?

DAN DAN yang paling penting, please la, jangan jeles kat gua. At least jangan jeles sampai camtu sekali. Gua riak bebenor dah ni.

Orang cam gua ni pun ada yang jeleskan... hahahah hahahhah ahahah

Merapuzuber

Lama gua tak merapuzuber. Gua busy buat kerja.
Gua terfikir gak, gua sepatutnya menjadikan elaun bulanan gua halal yang mana gua patut bekerja dan less main kat ofis to earn that damn allowance.
Lagipun, ni bulan last gua kat sini.
(one part maybe sebab bos gua tangkap gua redhanded main internet)
Oh, well....

Wednesday, February 29, 2012

Cheritera Chenta* Gua

Ada gak la dok bertanya, tak kira time jumpa ke, lalu sebelah ke, dalam surat ke, pakai sms ke tanya gua;"Bila lagi?"

Gua inesen. Gua tak tahu tu maksud apa. Bila apa? Bila nak gua cakap pulak lepas korang cakap? Tapi, korang tak berhenti bercakap pon?

Ye la. Ye la. Gua buat lawak sket, takkan tak boleh.

Takde gak trace bercerita pasal boyfriend dalam entri blog gua. Ada member tanya gua gay ke. Tak la, gua tak sampai tahap yang tak tanya iman bila berfikir.

Dulu, masa gua sekolah menengah, time tu gua tingkatan 4. Gua kat kelas paling hujung sekali. Kelas lindungan masjid tu la. Ada sorang member gua nama Mun, yang bleh tahan la lawa. Dia start berkawan dengan sorang pengawas ni. Pastu gaduh.

Si Mun ni pulak rasa gua adalah orang2 yang mustajab doanya. Mun lalu mintak tolong gua setelkan masalah dia dan pengawas tu. Gua perkemas keris dipinggang, start skipping 80kali dan gua mintak no pengawas tu kat Mun. Gua cakap "Mun tak perlu risau".

Gua dan pengawas selalu berhubung. Kadang-kadang gua call rumah dia, kadang-kadang dia call rumah gua. Ye, time tu handphone masih mahal untuk dimiliki oleh budak sekolah menengah. Mak pengawas tu pun tahu dan approve gua untuk berbual dengan anak terunanya. Gua pun tak tahu kenapa.

Pengawas tu mula-mula tak amik port gua sapa, dia cuma gembira ada orang yang nak dengar luahan dia. Seorang stranger yang pelik. Yang tak kisah dengar dia membebel. Remaja lelaki kalo membebel orang akan label sotong.

Ye, ye.. tepat sekali. Gua dibayar untuk itu. Kalo korang tanya kenapa gua buat kerja bangang tu - dulu gua tak tinggal dalam OhsemVille lagi. Sekarang gua pegang bahagian kebajikan dan hiburan.

Cerita bersambung....

Berguling gua tepi meja telefon sambil berbual2. Lama2, pengawas tu nak jumpa gua. Dia kata dia tahu gua yang mana satu even gua selalu deny, dan dia cakap selalu tengok gua, dia kata lagi dia suka gua being stupid and cute... dan yang paling penting, dia nak cakap kat Mun, yang Mun boleh go steady dengan 2 boyfriend Mun yang lain sebab dia rasa dia lagi suka kat gua.

Gua diam. Gua tak nak pun dia. Even dia hensem, berkaca mata, budak ragbi tapi cerah dan seorang pengawas. Ye, boyfriend seorang pengawas was a big matter.

Gua cuma nak berbual dengan seseorang.

Dia cakap dia tak peduli. Dia tahu gua gomuk, dia tak kisah. Dia kata hati gua baik. Gua cakap, dia kena fikir reputasi dia. Dia kata takpe, kasih sayang akan mengatasi segalanya. Dia kata dia akan eksplain kat Mun. Dia kata yang penting, dia ada gua.

Gua.....

AHAHAH HAHAH AAHAHHAHAHAH AHHAHAAHA

Ah, SUDAH! SUDAH!

Amacam? Berbaloi mensia-siakan 7 minit dari kehidupan korang baca cerita bohong dari gua?

HAHAHHAHA AHAHHA AHAHHAHAHAH AHAHAHAHA

Know Thy Place

Note to self:

Gua budak chambering.
Gua patut buat perangai budak chambering.
Cakap banyak tak payah.

p/s: petang-petang gini, kalo makan coq kodok cicah gulai ikan termenung sedap gak aih, habaq haanngg! peh!

Tuesday, February 21, 2012

Bapak Gua Strikes Again

Bapak gua ada batu karang. dia siap tampal kertas "Makanan Yang Perlu Dielakkan oleh Pesakit Batu Karang" sebelah fridge.

Dalam list tu ada:
Daging,
Kacang,
Udang, Sotong, Kepah, Lala, Ikan bilis
Belacan,
Kangkung,
and etc (end of thinking capacity)

Semalam, time lunch mak gua buat kangkung goreng belacan dengan ikan bilis sekali. Wah, sedap bebenor bapak mengaut kangkung goreng tersebut.

"Haipp! Bapak tak boleh makan yang ni!!" Gua karate sudu kat tangan bapak.
"Angah, dalam dunia ni, cuma iman saja yang tak boleh diwarisi... Degil tu yang ada dalam darah daging kita... "

Gua surrender.

Thursday, February 16, 2012

Satu Soalan Sahaja

Gua nak cerita pasal trust. Dalam bahasa malaysia itu dikenalkan kepada anda dalam perkataan kepercayaan.

Gua cuma heran je la, kalo seseorang atau dua orang atau berorang-orang buat perkara, dan/atau sebut sesuatu yang secara terang2an mempersoalkan kepercayaan diorang kat korang - perlu tak korang berusaha untuk mendapatkan kepercayaan tersebut?

Tak payah tanya sama pokok.

TAK PAYAH BERUSAHA. Diorang yang ada trust issue.

There's 7 billion people dalam dunia ni, and why nak ambik peduli dengan 1, 2 yang menyakit hati?

Move on!

Sekian.

Thursday, February 9, 2012

Movie Review: Loser Lover


Lepas tengok movie Hafalan Solat Delisa separuh, gua beralih ke satu movie Thai tajuk Loser Lover. Wah, minggu South East Asia Movie Marathon barangkali.

Cerita ni agak lembap. Lawak dia cuma kadang-kadang. Dan hero tu adalah hopeless romantic. Dia sediakan buku manual dekat heroin pasal dia dan peta jalan 3D ke rumah dia.

Hari-hari dia pegi rumah pompuan tu tepat pukul satu.

The idea of that movie maybe nak perli keterlampauan pengaruh K-Pop dan mendenykan perkembangan lagu-lagu indie Thai yang lain. Berkemungkinan. Panjang betul akal gua berfikir.

Pompuan tu plak agak blur, gua suka taste fashion dia dan cute. Statement dia "Aku takde la suka kat dia, tapi aku tak faham kenapa aku selalu teringat kat dia"

Cerita ni offer banyak tanda soal kat korang. If let say la kita boleh jual tanda soal tu, gua rasa gua dah boleh belanja 5 orang kawan kat Tutti Frutti.

Movie Review: Hafalan Solat Delisa


Gua ada download cerita HSD dari Indonesia ni kemarin. Tadi malam gua tengok cerita pasal tsunami melanda Acheh yang tersebut ini. Cerita HSD ni pasal Delisa, bongsu dari empat beradik dan sedang menghafal bacaan-bacaan dalam solat sebab dia nak exam hafalan. Umi dia janji bagi rantai dengan huruf D kalo dia lulus.

Comel sungguh Delisa dan kakak-kakaknya. Hensem mana la bapak dia..

Skeri sebenarnya bila gua tengok air tsunami tu datang, khusyuk bebenor Delisa menghafal sampai tak sedar kejadian sekeliling. Skeri jugak bila tengok ramai yang mati, terdampar di tepi pantai tu. Korang cuba rewind balik video-video tsunami Acheh dulu. Meremang bulu roma gua.

Delisa dok tenggelam timbul sambil nampak kakak2nya pakai baju putih dan ucap selamat tinggal. Then kawan dia, nama Tiur siap cakap "aku akan bersama abi ku..." Gua rasa gua terberhenti bernafas time tu.... cer bayangkan kalo Izrael datang menyapa... adeh adeh...oksigen oksigen.

Lepas sedar kat hospital, Delisa check kaki dia sebelah dah takde, tapi, eh, sebelah lagi masih boleh gerak. Tapi, kenapa dia tak 'menderita' seperti mana yang kita harapkan? Dia macam rilek sangat; "oh, kaki saya sebelah udah tinggal separuh"

Pastu gua distracted. Ada sorang askar hensem US dok seronok layan Delisa. Gua pause cerita tu. Gua istighfar.


Gua sepatutnya diselubungi dengan kesayuan, kesedihan, simpati tapi gua excited plak dengan Si Adam Smith tu. Nanti-nanti la gua sambung tengok plak.

Wednesday, February 8, 2012

Movie Review: First Love (A Crazy Little Thing Called Love)


Ini filem Thai pasal cinta monyet. Bukan cerita Snow White. Macam cerita oh yeah, oh yeah My Girl dan Jeab tu...

Cerita ni comel, boleh buat korang tersenyum panjang. Macam gua. Gua masih senyum ni. Sebab gua pun pernah ada cerita-cerita macam tu.. heh.

Cuma, gua bengkek la part cerita dia menunjukkan sangat yang pompuan kena jadi putih, berambut panjang dan cantik baru lelaki nak perasan.

Mana ada hero yang tanam pokok bunga pastu keep record of the progress growth of the pokok dan buat skrapbook about it? Mana ada! *mata bintang-bintang*

Paling awesome dalam cerita ni adalah si Chone ( mamat sangat cute) tu suka dekat Nam dari masa dia huduh lagi. Cuma pastu aku sedar, benda cam tu susah bebenor nak berlaku dalam realiti.

Dan ending dia agak sakit ati, macam nak cepat-cepat abiskan je. Macam mana wartawan rancangan tu dapat skrapbook Chone masa sekolah? MACAM MANA?

Hebak betol wartawan ni.

Cuma, gua juga tak faham cerita cinta squid dia ekceli. Gua malas over-analayzed.

Once a upon a time, there were two squids. They had traveled until they met each other. Then, they fell in love. They became a couple. Finally, they got married. On the day of marriage, squid priest told them to hold hands. So, they held each other’s hands, held the hands, held hands, held hands, held hands, held hands......


Am being extra nais to y'all:

A detailed review (in English) HERE
Watch the movie (English subbed) HERE

Tuesday, February 7, 2012

Kenduri Kawen

Gua doakan yang baik-baik aja buat pasangan ini. Ini mak sedara sepupu gua sama new-bapak sedara sepupu gua. Walaupun gua sering saja skip dari buat pape dan tak menolong sangat wedding diorang ni, gua juga sama-sama merasa penatnya. TETAPI, sebagai Drebar Rasmi Pengantin dan Pengarah-Jump-At-The-Crucial-Moment-Where-People-Got-So-Panic-They-Cant-Even-Think-And-I-Give-Awesome-Solution, gua yakin betul gua telah menjalankan tugas dengan terbilang. Oh..well

Gua juga amat positif dan yakin gua takkan letak full-mekap lagi. Gua suffocate luar dalam.

p/s: gua cilok gambar ni dari second cousin gua.

Wednesday, February 1, 2012

Pelajari 10 Perkataan Berganda: Loghat Kedah

1. Perkataan: Hancoq leboq
Maksud: kehancuran altimet, hancur lebur

2. Perkataan: Baloq liat
Maksud: Pemalas tahap Lucifer

3. Perkataan: Pait berdengung
Maksud: pahit the bitterness melampau

4. Perkataan: Bodo piang
Maksud: Kebodohan tanpa batasan

5. Perkataan: Ketat Menghenin
Maksud: Ketat yang melampau macam muka Khir 'The Botox' Toyo

6. Perkataan: Tekoh-Tekoh
Maksud: kadang-kadang

7. Perkataan: Mat Ngot
Maksud: Lembab

8. Perkataan: Kuquih Kiang
Maksud: kurus kering macam hipster

9. Perkataan: tudung tingkap
Maksud: langsir

10. Perkataan: tersandaq sampai hap-hap
Maksud: penat gila.

Buat-buat Bukan Lokal

Gua tak malu nak mengaku, bila gua clueless kat daerah Alor Setar yang permai ni, gua buat-buat gua bukan orang lokal...gitteewwww.... hahahha ahahah hah.

1. Bila tak tahu jalan
Gua: "Excuse me, hi... Saye nak tanye sket, kat mana eh nak cari tempat ******* ni? Been told that ******* ni ade kat area ni? Saye tak tahu"

2. Bila masa "high class places kat sini" macam Secret Recipe, kedai Popular lepas nampak cam bangang 10min sebab dok kira dalam otak duit cukup ke tidak.
Waiter: Akak nak order ke?
Gua: "What would you like to order, korang? I think I amek this one, pastu this one..yeah, that''ll do"

3. Bila takde duit kecik
Cashier: Kak, ada 4 kupang?
Gua: "Uhhmmm? wait? Auwww... sori. I takde cent."

Gua tahu, itu tindakan bodoh.. Setiap kali.