Pages

Tuesday, September 25, 2012

Kelas Menspot Penipu

"Eleh, tajuk entri tak menahan.."

Ye, ye.. lantak la. Selagi ko seorang manusia homosapien, ko tetap akan menipu. Bayangkan, dalam perbualan 10 minit korang, statistikli, korang akan menipu lebih kurang 3 kali. Dalam resume, at least ada benda yang korang gembar-gemburkan. 

Dulu time study, ada roommate aku sorang yang pandai spot a liar. Nama dia FaezahNoor. Dia kata, tengok hidung, kalau hidung kembang kempis, itu tipu. Tapi aku tak pandai fokus hidung, kadang2 aku akan distracted dan wonder..."wah, besarnya lubang hidung ko..."

Apatah lagi kalo korang adalah media. Penipuan secara besar-besaran itu adalah pasti. Unforunately, orang tak boleh nak detect direct tipu oleh mereka melalui tulisan. Paling terer orang itu adalah via telefon. 

Dan ingatlah olehmu, bahawa janji Allah dan pembalasan hari akhirat  pasti ye, kawan2.

So, how to spot a liar - ada 3 benda utama yang perlu korang perhatikan. Ini perlukan konsentrasi dan praktis. 

Pertama: Baseline Suara
Kalau orang tipu, jantung dia berdegup lebih laju. (Opkos, occasion lain bila jantung berdegup adalah bila kita dilanda asmara, nervous, marah dan sakit jantung) Bila jadi gitu, suara dia akan jadi turun naik, tak centre dan most of time dia akan bagi penekanan pada certain perkataan. So kita boleh dengar suara dia rendah tinggi. Orang bercakap betul, baseline suara dia sekata dan ada susunan cerita. baseline ni la yang orang guna detect lie machine tu. 

Satu lagi, if orang tipu, dia tak boleh nak recall balik kronologi tipuan dia. Suruh dia ulang balik apa yg dia cakap dari belakang. 

Kedua: Mikro Expressions
Ekspresi muka kita serupa sedunia. Macam la warna darah kita juga. Takde kaler putih, semua merah. Kalo ko marah, sedih, menyampah, takut, terkejut, gembira, semua orang boleh nampak. Tapi sekejap je ekspresi ni kat muka. Ekspesialli kalo ko terkejut. Its like 5 mini saat dari 1 saat. Kalo macam dalam variety show tu, yang diorang buat muka terkejut sebab kena siapkan task yang merapu, if that expression lama gila, itu lakonan. Diorang tahu diorang kena buat benda tu sebelum shooting lagi.

If untuk contempt, disgust dan anger, korang boleh gak tgk pada mulut. Contempt ingat Heechul dan "ssuk smile" dia. Ingat meme ahli gimnastik dengan silver medal tu? Itu disgust (sebab dia 2nd place, obviously) tapi, dia nak orang tau, yang dia tak puas hati. Disgust juga penting dilihat di hidung yang keronyok. Kalo marah, bibir dia keromot... 

Apa keromot dalam bahasa nasional nihhh??? 

Ketiga: Pergerakan Mata dan Badan 
a) Mata
Orang selalu ingat orang tipu selalunya try to avoid eye contact. Itu tak betul. Selalunya orang tipu, dia akan cuba keep (extreme) eye contact sebab dia nak tengok orang yang ditipu percaya kepada tipuannya. Contoh, salesman yang gores dan menang tu. 

Orang gabra punya anak mata tak centre. Contoh, pengacara yang baru belajar mengacara, orang yang sedang buat presentation depan kelas. 

Ingat, bila kita tanya dia soalan, dan dia alihkan pandangan ke tempat lain, maksudnya dia try recall pasal cerita tu, but, if bila kita tanya soalan yang perlukan dia ingat, tapi dia tak try ingat, tapi keep eye contact, nampak sangat dia reka at instant. 

b) Badan
Bila seseorang bercerita, selalunya tangan dia akan ikut narrate cerita dia (narrator). Contoh, ustaz, cikgu, lecturer yang sambil bersyarah, tangannya bergerak2. 

Simple je bila dia menipu, pergerakan dia akan jadi awkward dan tak kena dengan cerita (manipulator). Most of the time, dia akan jadi stiff sebab dia sibuk dok mereka cerita dalam otak dia so, tindakan refleks lain terbatas. Contoh, Romney? heh...  

Benda paling obvious adalah tangan dia akan naik ke daerah muka, mulut, rambut bila dia menipu. Tapi, bila dia pegang kening masa dia tak bercakap macam Siwon Super Junior tu, tu sebab kening dia gatal dan dia hensem buat camtu. 

Dan if orang tu silang tangan dia, maksudnya dia dalam mode defensive. Bila dah dia tak salah, opkos dia akan berdepan, mendada, direct dgn orang tuduh dia. Ye la, dah kita betul, kan?

Aku ngaku aku obses dengan Lie to Me dan the Mentalist. Tapi, so far, boleh gak la aku detect tipu ni. Terutama dari klien2.... memandangkan accusation "lawyers are liars" mencucuk2 ke telinga aku ni lately so, aku nak ubah pepatah bongok tu. 

Macam kata UAI, pepatah bahasa ni boleh ubah, bukan hukum tuhan pun. So, kita ubah la jadi "Lawyers know liars" Haa.... camtu *libas rambut*

Hujah tak siap lagi... Hujah tak siap lagi...







Rindu Bangat

Peh, masa ada, takde plak kita nak belai manja..
Bila dah orang takde ni, gini la.

"Kat Alor Setar dah naik 3 flyover baru"

Kenkadang tu, aku pun tak nyangka kekawan dari jauh datang Alor Setar sbb ada keja la, turun mention kes sini la, balik bercuti, kenduri kendara sini.. 

aku berbangga dengan Alor Setar dan tarikannya, honestly.. khususnya, opkos, juga sebagai aku dutanya.  

Recently, aku terserempak dgn beberapa kawan time UIA kt sini, on few diff occasions la. Apa yang lagi kembang hidung aku is that the fact that, fellow UIAans (biskut kah ini?) ni ukhuwah fillah. Even penah nampak muka je pun time study, bila time keja ni, datang tegur... 

"Eh, dulu UIA kan?"
"WAWA~~!!" Aku tak tahu sapa ajar korang panggil aku dengan dua sillabus ni. 
"Ini akak yang kawan dengan akak sebilik saya tuuuuuttt, tu kan?"
"Eh, sis... sapa ntah nama, sis kita dulu satu usrah..."

Cewah, usrah tuh.... 

True story. Budak2 UIA ni, semula dari the Gate of Garden of Knowledge and Virtue, keramahan dan hati yg suam (warm heart) terbukti secara klinikal. 

Just, satu je aku mintak... renti2kan la dok tanya aku soalan yang pelik2. kalo aku jawab elok takpe, buat aku menyinga macam Lukman kena, nasib la... buatnya kena cam sorang budak Econ ni, Yuyu (bukan nama sebenar) yang aku jumpa bebaru ni...

"Wah, semangatnya badan hang. Ha, bila nak jemput aku ni?"
"Weh, hang perasan dak kat Alor Setar ni, dah naik 3 flyover baru?"
"Tak payah la tukar tajuk weh"
"Satu kat teluk wanjah, satu kat depan kolej and satu lagi lepas sket depan Sekolah Syed Omar. Yg hat tu, dia melengkong sket..."

Apalah salahnya if hangpa bila jumpa aku, sembang pasal perkembangan terkini ekonomi negara, patut ka tidak aku invest time2 sekarang then offer ajak makan ka, reminisce zaman remaja kita ka, tawar diri dan sponsor taja penginapan aku pi London nanti ka... apalah salahnya? 

Tuesday, September 18, 2012

Tanpa Tajuk

Seluruh badanku lemah selepas terima panggilan abah. Is this a dream? What the hell happened? She was just fine last time I saw her.

****************

Masa solat Zuhur, aku minta Allah kuatkan hati. Aku redha. Aku tahu Allah sayang dia, Allah mahu dia disampingNya. Tapi, air mata tak dapat aku tahan bila aku nampak Pak Lang turun dari van jenazah. He was devastated. Dia menangis semahunya di pelukan tok.

****************

"Kakcik, kak ngah kecik aku... kak ngah kecik aku dah tak dak" Ustazah Pendidikan Islam tu peluk dan menangis di bahu aku.

****************

And I just stood there. Still could not believe she is no longer with us. It took me several minutes later, before I sat next to my sister-in-law. I didnt even go near Mak Lang.

****************

You're here, a place deep in my heart. You'll always be my kakngah kecik. I'm gonna miss you forever.  


Wednesday, September 12, 2012

Based on True Story: Aku nak Sepuluh Ribu!

Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an mundar-mandir di hadapan Mahkamah Rendah Syariah. Hakim telah menangguhkan kes tebus talak isterinya ke atasnya.

Isterinya yang baru keluar dari bilik Mahkamah yang sama dilihat tersedu-sedan. Dia ditemani bapanya. Mereka kemudian duduk di kerusi menunggu. 

Si isteri sedihnya bukan kepalang. Sudahlah seluruhnya badannya dijadikan punching bag, 2 bulan duit gajinya jadi belanja bulan madu suami dengan isteri barunya, kini, bila dia mahu dibebaskan, bila dia telah berhenti berharap, bila dia tidak mahu bersabar lagi, dia perlu membayar suaminya.

"Aku tak kira! Kau bayar aku sepuluh ribu kalau nak aku ceraikan kau!" nada si suami keras.
Bapa si isteri bangun dan menghampiri si suami. "Kau nak sepuluh ribu?" Dia senyum. 
Si suami mengangguk. "Ya. aku nak...." PANG! 
Tak sempat si suami habiskan ayat, hinggap lima jari di pipi kirinya. 
"Amik dulu lima. Nanti aku bagi lagi lima." kata si bapa. "Assalamualaikum"      


Monday, September 10, 2012

Mentua

Dulu time aku muda-muda, berdarah waja. Selamba jugak la aku sembur orang dengan bercekak pinggang. Menyinga ko, Che Yah! Aku ingat lagi, aku bukan budak faveret kelas. Ewah hoi!

Sekarang, sejak mentua dan mencapai had laju maksima aku malas cari gaduh. Malas bercakap. Malas berinteraksi. Malas bertegas. Tapi tak malas makan.

Dats why la... eh, kenapa aku jadi lawyer? Oh.. sebab kat Malaysia, takde course untuk archaeology. So, takdop la wanita bertali cemeti... weepiisshhhhh~!   

Dan, aku rasa aku agak mandom. Mandom nak mampus. Mandom. Mandom.

Aku ingat nak follow impian aku. Cico Harahap, aku jumpa ko nanti. *wink*

5 days to go.

Berita Hari Ini

Dah lama aku tak percaya berita. Sama ada kat tv atau kat dalam surat khabar. Lagipun dengan adanya internet sekarang, ramai orang boleh Google to get to know stuff. Surat khabar pun tak beli. Kalo beli pun bila nak buat lapik potong-potong bawang time buat makan2 famili. Satu tu je la. 

Korang percaya ke apa dalam surat khabar tu? They dont tell the truth. They tell what they need to sell. Perkara pertama yang boleh bawa panik ke seluruh dunia adalah datang dari berita. 

Aku takmo nak komen dalam keterlampauan pasal pemberita. Korang patut tengok sorang pembaca berita lelaki bermisai nipis kat satu stesen swasta. Melompat-lompat dari tempat duduk, macam nak masuk dalam tv kita. Tu baru baca berita pasal kebaikan parti. 

Aku tak percaya berita bukan sebab parti ke, politik ke, orang kenamaan ke. 

Kat Lorong Seri ni, sepanjang 22 tahun aku dok sini, beberapa kali juga made highlight kat berita nasional. Eksiden, kes tembak rakan polis tambahan, kes curi, kes pukul, domestic violence, kes pematian orang. (amboi, kemain Lorong Seri!) 

Semuanya yang keluar dari berita, surat khabar, bukan majoriti ya, SEMUA SURAT KHABAR tak boleh caya keseluruhannya. Just take the important info. Diorang cuma betul 7-10% sahaja. 

Kita orang sekeliling tahu keadaan. Kita tahu cerita sebenar. 

Aku tahu tak patut nak salahkan pemberita. Diorang cuma jalankan tugas? Tak. Itu bukan jawapan kepada statement pertama aku di awal perenggan ini. Diorang tak cerdik. Diorang cuma golongan yang pandai mengayat. 

Fakta. Aku ingat lagi tempat kerja lama aku (ye la, NGO tersohor tu) pemberita datang psl satu isu. Bermekap lawa, dengan sorang brader berkamera. Dia datang bodoh takde info langsung pun. Oleh sebab dah dia diassigned dengan tugasan tu, dia datang je. Dia nak cerita dari A sampai Z. Dia nak paperwork, all research, all findings tapi dengan syarat - summarizekan untuk dia. Dia ada baca? Dia ada faham? 

Pastu dia mintak opinion. Dia kata dia mintak opinion orang ramai. Padahal dia suruh kita cakap apa yang dia cakap. Yang pandangan kita, dia cut. It happened to, yours truly. 

Satu lagi sekali masa aku buat program kat Pahang. Aku cam nak koyak je mulut sorang reporter tu. Dia ingat kalo dia ugut nak panggil SB tu aku takut. "Bang, masuk la dalam. Kat dalam tu ada dua orang SB. Dia  pun cakap kat kami, dia polis. Rilek je dia masuk." 

Paling lawak bila berita tu tak tally langsung jalan ceritanya. Macam karangan tak siap. Logiknya tak da. Contoh, ada cerita pasal budak terlekat tangannya dalam mesin tebu. Pernah dengar? Ye, betul tangan budak tu terlekat. Tapi yg ko gi tulis tokey air tebu tu gi balik rumah amik sepana tapi tak tutup mesin kenapa? Kenapa dengan mesin tu bila dah ada benda terlekat? 

Kes jenayah paling menarik. If kes bunuh, semua yang mati tu adalah insan baik yang mulia. Takkan "tegur2 gitu je" boleh ended up dalam kain kapan. What if si mati tu had been provoking si tertuduh semasa hidup? Ada press gi tanya macam slalu dok tunjuk dalam movie? Nak cari bukti? Takde. Tak dapat la. Macam jugak kes bergaduh. Selain samseng jalanan, orang tak gi belasah ko dengan sahaja, bersenang hati dan gembira. Kawan-kawan, anger is build-up, bukan sudden.

Ah, sudah merapu ke laut.

Ye... emo sket sekarang. Aloh, bilanya yang aku tak emo...

Yang ini aku nak tanya, bukan merujuk kepada keemoan di atas pasal berita la. Just something general - Agak-agaknya, bila kita tahu pasal satu kebenaran, tapi kita tak bagi tahu orang, instead kita cerita perkara lain... apa cerita kita akhirat besok ye?


Thursday, September 6, 2012

Hi, nama saya Azwa

Hi, assalamualaikum.
Nama saya Azwa. Selamat berkenalan. Dah lama tak berblog rasanya ni. Sampai nak tulis apa pun tak reti nak karang dah.

Nanti-nanti... nanti saya pikirkan idea-idea bernas yang realistik dan cerita-cerita hangat.
Ok, bye.

Tuesday, August 28, 2012

Okay, but...

Satu badan sakit. Sore everywhere weh! Tak tahu la nak kena rasa fantastic atau tidak.
Been a while since last rasa gini.

Monday, August 6, 2012

Pilihan

Hukum alam, kita antara makhluk yang diberi kelebihan untuk memilih. 

Masa kecik, kita pilih untuk menangis kerana lapar dari tunjuk perut kat mak. 
Masa sekolah, kita pilih beg sekolah baru dan boleh ditunjuk dari beg sekolah abang. 
Masa universiti, kita pilih melahu dan berjimba ke daerah-daerah berhampiran dari belajar.
Masa kerja, kita pilih untuk tulis blog dari buat kerja dengan tekun. 

Eh...

Satu benda orang takkan boleh buat aku even slightest teragak untuk pilih. Famili. 

Berita Watehel

Kat Alor Setar ada satu universiti baru naik. Nama dia Albukhary Islamic University atau dipendekkan menjadi AIU. Kalo korang gostan singkatan tu, akan jadi UIA, betul? 

Kenapa mesti tiru UIA yang gemilang? Takde idea lain dah ke? 

Kenapa perlu mengiyakan bahawa Malaysia adalah pemplagiat sejati?

- tulus dari hati seorang bekas graduan UIA yang still marah dengan Alumni sebab eja nama salah.  

Hari Puasa ke 17

Dah lebih dua minggu berpuasa, aku telah cipta rekod tidak tempted untuk membawa bontot ke mana-mana Bazaar Ramadhan. Aku tegaskan bahawa bulan puasa ini bukan pasal makan. Ia bukan pasal makan. Sebab bulan-bulan lain, tahun -tahun lain kita pun makan juga. Sekali hadap, nasi tetap sepinggan. Bukan sekawah. Bukan sekontena. Although pinggan dalam definisi masing2 berbeza2. Ada pakai pinggan makan, ada pakai mangkuk, ada pakai pinggan plastik. 

Aku ada dengar pasal beratur beli air teh bunga kat brader paling hujung kat perkarangan Stadium Darulaman. Sebelum aku buat kenyataan ganas ini, aku tegaskan lagi bahawa aku memang dah merasa minum air teh bunga yang dicampur madu ini. Abang aku beli 5 bungkus. 

Macam rasa teh bunga lain. Manis. Ada kelopak bunga. Rasa biasa ja.

Sunday, August 5, 2012

Gloomy Sunday

Pagi tadi aku terima berita sedih. Kolik ofis yang sama umur dengan aku meninggal dunia pukul 12 malam tadi. Sempat pegi mengunjung tadi. Benarlah, ajal tak mengira usia, siapa kita, di mana kita.... 

She traveled to work from Kodiang to Alor Setar everyday. It wld took her more than 45 min to reach the office. She was a a bit of a chatterbox and kadang-kadang aku cam rasa nak simpan kepala dalam drawer sebab aku tengah tension buat hujah. Dia kadang-kadang blur dan aku bukan sorang yang sabar. But, she is a nice person. Dia selalu offer Saga Aeroback biru dia if kitorang nak pegi jalan mana2 (sebab bosan dok kat ofis). Dia concern bila kita dalam masalah.

Aku tak rapat dengan dia. Tapi, aku paling ingat aku yang paling menjerit bila dia taknak pi scan kepala dia, bila dia taknak operate bila dia tahu dia ada tumor yang tekan antara otak dan mata dia. Aku mengamuk bila dia asyik bagitau di sakit kepala dan dia perlu tidur dan tidur...

Bila aku bersalam dengan mak dia pagi tadi, aku dapat rasa perasaan sorang ibu yang terpaksa kapankan anak perempuan kesayangannya dahulu sebelum dia. Matanya bergenang even dia cuba sedaya upaya untuk senyum dan sambut orang yang datang mengunjung. Plus, she had to tell semua yang datang the story macam mana anaknya menghembuskan nafas terakhir over and over again. 

Dan yang pasti, Aidilfitri kali ini takkan sama buatnya... 

"Wahai Allah, ampunilah Noor Aina, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya."

Even aku yang awesome dan macho ini tak dapat nak control macho bila mak Aina buat statement;

"Nanti, tak dan la Aina nak pi kenduri (kamu)..." 


Thursday, August 2, 2012

Catatam Rawak Olimpik

Queen Elizabeth tu succeeded throne dari bapak dia, bapak dia dapat dari abang dia, David. Abang dia tu dok gilakan sorang pompuan dari Baltimore yang dah pernah kawen. So, time tu, mana ada kedudukan seorang mak janda dan orang biasa bleh naik jadi keluarga diraja. Yeap, aku baru tengok King's Speech. 

So, Malaysia takde medal lagi eh di Olimpik.. Nak kata penat berposa, tak posa pun. Ada Chong Wei je harapan kita sekarang? The suiit Pandelela Rinong, the flag bearer ada dapat sentuh tak gold medal? Punya la lama aku tunggu Opening Olimpik tu, 3 seken je diorang tunjuk kontigen negara. 

Bagus gak la pengetahuan sejarah dan general knowledge aku pasal Britain ni, at least aku tahu apa yg diorang nak cerita time opening tu. Zaman hobbits, zaman revolusi dan besi, zaman Lords of the Rings, zaman The Beatles, zaman Mr Bean, zaman James Bond... cuma, Voldermort sangat huduh. Dalam Harry Potter kan dia sangat macho dan menggiurkan. 

Eh, apasal tak masukkan Titanic eh? Diana Spencer, topi2 huduh royal family tiap kali diorang attend functions, glittering vampire, Robert Pattinson? 

Kesian bebenor dia. Aku dah cakap dah dia, Kristen tu nanti akan buat dia sedih one day. Tak dengar cakap aku, dah merajuk kat aku plak, gi lari kat akak Reese. Berani lak tu friendzoned aku, padahal dia bukan type aku pun. Aku cuma nak Tim Oppa ja. Atau Neil. Atau kedua-duanya.. Ahah~ 

Sejak Olimpik hari tu, sejak David Beckham bawak speed boat tu, hati aku agak dup dap dan skipped a beat. Yang aku tahu dup dap dengan Beckham, si Nazirah sorang ja. Amboi amboi, hensem nor aku nengoknye aih... *berdarah hidung*


Tuesday, July 31, 2012

Its Not You. Its Me

Gua berjanzi bahawa bila gua update status di FB atau tuit di twitter atau sebarang komunikasi sinis dan menyakitkan hati di dalam internet bukan ditujukan kat you. Yup, YOU.

Gua akan cakap dan bagitau you depan-depan. Because thats what awesome people do. 

Cabaran Altimet Ramadhan #2

sedang menggoreng pasta untuk berbuka. "besok kita buat oblong dengan pizza la plak"

Gua Takpe Gua Okay Kuasa Dua

Lumrah dalam bulan posa kot gamaknya.. Gula kurang dalam badan.
Memasing cepat kecik ati. Memasing nak tick off.
Istimewanya bulan posa, bulan untuk kita belajar bersabar.
(bulan lain mau dah kena kutuk berkilo2, mungkin)

Raya nanti jemputlah ke Rumah Santan Segar, Lorong Seri.
Takde special keramaian, takde kad jemputan, takde persembahan.
Setakat beberapa biji kek buatan sendiri, kudap-kudapan, air sarsi, kuih muih hasil tunjukan dari Istafa dan yang paling gua nak hailait (highlight) sanubari gua yang ikhlas.

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Kareem


Teringat aku waktu-waktu bangun sahur di UIA. Its sama ada makan megi, or turun pegi beli kat cafe or tolong Ejo masak. Bila duit tak berapa masyuk, selalunya minum Milo dengan roti Hup Seng ja.

Pastu, aku teringat-teringat plak bangun sahur kat Kelana Jaya. Time tu agak sadis la, sahur sorang2... Eh, aku sempat sahur tak masa kat Sunway?

Tapi, benda tak akan sama bila kita bangun sahur dengan famili. Its just priceless... 

AND jangan dok buat alasan yang tetiba "oh, aku ada gastrik..." "alamak, aku tak terbangun sahur pagi tadi, aku kalo tak bangun sahur, tak larat nak posa" Itu alasan kuno. Sila cari alasan baru. Zombie datang serang dunia ke, kena ikrah dengan musuh ke. Cari alasan yang lebih menjamin. 

Nasihat khidmat masyarakat aku kat sini, sila bangun sahur.