Pages

Thursday, November 22, 2012

Movie Review: Taikun

We were watching Taikun malam tadi. Along dan Angah berlakon jadi penjual DVD, bila tak menjual, pukul orang lain yang jual DVD. Posers - bila perlu bercakap chinese slang gitu, depan awek kemain pakai smart. 

Beruang dengan panda pun tak reti beza. Bongok. 

Selepas 10 minit pertama, aku cam "what the ASK?"  
ASK is Apa Shit Kejadahnya ini?

"Menarik" bila Zul Handy Black tu kata "aku tak mau menyumbang kepada keruntuhan moral orang Malaysia" or something like that. 

Sebab movie ini adalah bentuk nyata penyumbang keruntuhan moral orang Malaysia hari ini. 

Kenapa aku tengok? Dah diorang gi pinjam dan pasang kt ruang tamu. Tengok je la. 

Takkan takda moral sket pun? Tak dapat la sepanjang aku tengok. Aku tertido selepas 20 minit. Nope, aku tak rasa langsung nak habiskan tengok cerita ni. 

Wednesday, November 21, 2012

Jebat dan Teja

Aku teringin bebenar nak ada binatang peliharaan sekarang. Koman-koman pun helang seekor. Dulu pernah ada. Sekali. Aku obses dengan kekura. So, masa kat UIA dulu, aku beli sepasang kekura. Jebat dan Teja. 

Kami saling sayang menyayangi. Bila aku balik dari kelas ja, Jebat sambut aku dengan mesra. Teja aku agak kalo boleh buat fresh orange segelas, dia dah buat. Dari mata Jebat aku tahu, dia nak tanya aku "how was your day?". Aku bercerita dari A sampai M. Waktu kami makan malam bersama. 

Bila aku study tak kira la, tinggi sket ke, atas meja, bawah katil mereka ada. Setiap masa. Menemani. Tanpa lelah. 

Kami bergurau senda. Ketawa riang. Jebat pandai bergurau. Dia selalu mengusik. Teja selalu jadi mangsanya. Sampai satu saat aku bersumpah. Bila Jebat dan Teja dah akil baligh aku akan carikan pasangan untuk mereka. Pelik la, bro... diorang kan adik beradik.

Beberapa kali aku berjaya sembunyikan kewujudan mereka berdua dari penjahat-penjahat kerajaan kolej yang datang buat spot-check. Syukur, mereka selamat. Tidak dapat aku bayangkan sekiranya aku kehilangan mereka.  

Malangnya, persahabatan itu tidak lama. Mereka terasa hati bila aku mula menyukai spesis lain. Spesis yang boleh bertukar. Siang jadi manusia, badan ketak-ketak, tak pakai baju. Malam pulak, jadi serigala berbulu. Ya, aku mula jatuh hati dengan Jacob. 

Jebat melarikan diri. Teja meninggal dunia sebab patah hati. Maafkan aku, Jebat. Maafkan aku, Teja. Aku cuma jatuh cinta.

O...Em... Jay!!! Breaking Dawn Part II! 




Saya Bukan Kawan Belian

Ya, anda bayar saya dan firma ini untuk membantu anda dari sudut undang-undang.
Ya, anda bayar untuk perkhidmatan yang kami sediakan. 
Tidak, anda tidak bayar saya untuk menjadi kawan anda. 
Oleh itu, anda jangan berharap saya peduli apa masalah peribadi anda. 

Anda juga adalah dilarang dari selamba je datang masuk ke bilik saya, mesra alam walaupun cuma kali kedua atau ketiga datang ofis dan buat ayat "lama tak nampak". 
Anda dinasihatkan untuk tidak paranoid dan tidak perlu telefon tiap-tiap minggu untuk tanya "macam mana kes saya?" "lepas ni nak buat apa?" "agak-agak cepat tak boleh siap?"

Entah apa yang anda harap saya buat. Goyang-goyang kayu hikmat dan jerit "expecto patroneum" dan masalah anda bakal hilang semuanya?

Sunday, November 18, 2012

Transformasi Tiffany dan Ketentuan Tuhan

Dalam split seken ja aku putuskan naik atas satu Pusat Kerinting Rambut kat Taman Intan. Kedai tu atas kedai tayar aku buat alignment atau penjajaran WakuPaku. Niat kat hati memang aku nak go stail Tiffany SNSD. Aku dan dia kan kecomelan setara. Tiffany who? Tiffany Hwang.



Cute dowh dia ni! Nak jadikan wajah sebujur sirih cam dia.... jauh dan berduri perjalanannya, dats why aku pilih pesen rambut ja.

Kedai tu dioperate oleh Chinese Siamese dan masa Transformasi Tiffany ada satu rancangan cari jodoh di channel Siam kat kedai tu. Hairdresser aku, Lin jadi translator untuk rancangan tu lepas dia bebel kat aku - rambut aku kering. 

TERbeing defensive, aku cakap "aku kan pakai tudung". Terus dia backlash "Sebab pakai tudung la you, akak kena jaga rambut" 

Dia sambung "selalu orang pakai tudung kurang jaga rambut, padahal rambut elok2. bila kering takda lain nak potong bagi pendek. Rambut kena stim. Kena jaga elok. Syampu jangan tukar-tukar. Cantik orang perempuan bila rambut panjang kan, kak?" Aku tak tahu itu soalan betul atau soalan retorik.

"Oh, i suka mamat hensem ni" aku distract dia dengan satu iklan cat rumah yang ada mamat berlakon dalam cerita hantu budak sekolah asrama main spirit. Dia yang jadi "putera" baik hati tu. Oh, dalam Soda and Ice Tea pun dia jugak. 

Then, rancangan cari jodoh. So, Lin bagi sipnosis. 

Dua couple dikenalkan dalam gelap. Sekali kat sofa borak2, sekali lagi main golf. Bertukar la, sat Teruna A dengan Dara A, sat Teruna B dengan Dara B, sat Teruna A dengan Dara B, sat Teruna B dengan Dara A. Oh, you get the picture.

Ingat dalam kepala bahawa Teruna A adalah lelaki cute yang pemalu. Dara B cantik. Teruna B plak macam ala-ala macho sorang2, agak sporty. Dara A tinggi, tak lawa tapi cam happy go lucky. 

Round ketiga diorang boleh tengok through cermin tapi sebelah je la nampak. Sebelah lagi tak nampak. Sebelah yang tak nampak tu actually boleh nampak yang berdiri sebelah cermin yang satu lagi. oh... *krik krik krik*

So, last sekali masa round pemilihan, Teruna A pilih Dara A. At some point, korang akan kata "OH EM JAY, faith in humanity restored!!!" sebab si hensem pilih awek yang tak lawa tapi baik. 

Aku je la kot. Yang terkadang biasa tanpa sedar dengan tipikaliti drama melayu. "La, apsal pilih pompuan tu? Tak lawa pun" 

Lin, the hairdresser: "Akak, dah jodoh depa ketentuan Tuhan".  Yes, she said that to me. 

Atmosfera Tak Cerah

Aku rasa atmosfera macam tak cerah lah. I have this feeling yang "eh, apasal ni eh?".
Then again, macam lah dalam 15 minit akan datang aku akan still peduli pasal atmosfera yang tak cerah ni.

Wednesday, November 14, 2012

Tugas Penting Duta Jalan-jalan Tempat Menarik dan Makan-Makan Alor Setar

Memandangkan pilihanraya dah dekat. That is before March, people. Behold! Lepas ni akan ramai la orang offer bagi bantuan, ada orang pakai smart-smart ramai-ramai datang rumah korang dengan orang kamera, salam2 then bagitahu dunia diorang concern pasal korang. 

Aku pun sebagai self-appointed Duta Alor Setar menjalankan tanggungjawab. So, aku pun bawa orang, kamera ke tempat-tempat menarik yakni - Muzium Padi, Pusat Sains Negara (Cawangan Utara) dan Menara Alor Setar. 


Nampak tak maksud aku dalam perenggan pertama? Nampak tak how merapu people pakai baju smart-smart, pakai tie masuk bendang? Ini semua nak raih undi ni. 

Ada satu lagi gambar kat masjid. Ramai gila orang. Aku mati-mati ingat ada orang mati kat masjid. Ye la, masjid kat Malaysia ni kan, besar-besar, banyak, yang datang time masuk waktu solat pun berapa kerat je. Or masa terawih. Or masa solat raya. Or masa ada orang mati. Tak ambik pun la. Busy dok narrate cerita dari rotating viewpoint tu. Ye, menatang tempat duduk kita tu rotate 360' secara perlahan-perlahan. 

Korang bila masuk, fokus tang padi tu sudah la. Dari membajak, menanam, padi menguning, ambik padi, bakar sekam, bajak pulak, mengair. 


Ini adalah benda paling aku rindu. Takde langsung sekarang. Dulu time aku sekolah rendah, sempat main menatang ni. Tong pukul padi. Aku pun kenal half of barang-barang yang diorang display. Tua kah? 


Ini adalah rombongan aku. Amjad, tak da dalam gambar. Dia busy berlarian. 


Aku bukan nak jadi Grammar Nazi, cuba korang bayangkan if pelancong datang sini? Development Personality? As if Tokoh Pembangunan? Ngok. Pakai Google Translate la ni. Its Founding Father, pakcik. Dalam ayat tu tulis la - "founding father who contributed to the development of Kedah".

Bila sampai kat Pusat Sains Negara (Cawangan Kedah) we were too busy playing with the stuff there. Banyak dan kejar masa sebab diorang tutup lampu satu per satu starting dari belakang. 


Ini je antara yang sempat diambik. 


Bila sampai kat Menara Alor Setar, sempat makan rojak je. Pastu hujan.

Aku kena masukkan dalam planner lepas ni nak pi mana plak. Oh, sibuk bebenor la time ni. 

Yuna Homecoming Concert 2012

Entri ini adalah sepatutnya entri tentang aku dan family kat Endau/Rompin. Gambar2 aku posing sambil pakai goggle nak snorkeling, atau bagi makan monyet atau berenang takat paras pinggang.. (sebab aku tak reti berenang). 

Unfortunately, banyak sangat jadi debat 1) faktor cuaca 2) faktor kesihatan 3) faktor "the fact that kita kena ikut Rawang sebab jalan tak berapa elok kalo ikut Cameron, pi Temerloh dulu hantar kereta, bermalam kat sana, then pergi kenduri kat umah Tok Long Man kat Rompin pastu baru sampai Endau/Rompin" *sigh* 

Even tak sampai ke Pahang, aku ada 2 tiket ke Yuna Homecoming Concert kat Penang Times Square, Sabtu. So, aku pegi dengan adik aku lepas sesat-barat dalam Georgetown. 

Kami sampai elok-elok sebelum Yuna perform. Opening act - Diandra.

Oh, weird thing happened masa masuk. Ada sorang mamat muka cam cina2 sket excitedly welcomed (ada d eh?) kami. Sapa mamat tu? Aku pun mula-mula tak tahu sampailah terilham "oh, mamat yang tak lawak dalam Raja Lawak tu... "  


Cute gila Yuna. Dah la sekeping.
Cute juga abam gitaris dan AG Coco. Berdarah hidung tengok AG u'olls. 


Ini je la paling dekat gambar dapat. Mau taknya, dari ke tengah, ke tepi, ke tepi. Thanks kepada Giant, Sunyo, Nobita, Sizuka. Doraemon takde. Diorang je la yang kenal gila dengan Yuna tu..

Sampai umah dalam pukul 1 pagi. Syukur mak bapak aku dah tido.  

Friday, November 9, 2012

Peribahasa Aku: Melekat Macam Lintah

Pernah ada orang yang sentiasa-sentiasa minta tolong korang bila dia dalam masalah? Orang begitu kita namakan "melekat macam lintah". Oh, aku memberikan exception kepada keluarga. Don't worry, aku tak gila lagi.  

Sampai satu tahap, macam perumpaan "nak makan nasi pun suruh korang suapkan?" padahal korang dah tunjuk mana nak pergi ke restoran tu, tunjuk atm and/or pinjamkan duit, pinjamkan kereta...  

Ye, aku tahu, soalan pertama korang adalah - nape yang baik sangat sampai macam tu sekali? nabi  kan ajar kita berpada. 

Apa korang ingat aku tahu ke dia akan melekat macam lintah kat kitorang sampai macam tu sekali? Apa korang ingat aku tak terfikir tak semua manusia cuba menjadi orang dari ~~ haa... aku tak kata, aku tak kata. 

Ye aku tahu aku loser sebab aku tak boleh cakap kat depan dia macam ni;

"Itu masalah kau. 
Selesaikan masalah kau sendiri. 
Belajar bergantung harap hanya pada Allah.
Bukan pada manusia!" 

Well, I guess dalam macho aku pun, ada pengecutnya. 

Thursday, November 8, 2012

Pakcik Jual Rojak kat Kangar Waterfront

"Orang muka tak elok macam pakcik ni, kena buat kerja elok. 
Kalo buat kerja tak elok, orang nak marah, orang kacau. 
Orang muka elok, buat kerja tak elok pun tak pa, orang tak sampai hati nak marah" 

Wednesday, November 7, 2012

Kecacatan Neelofa

So, dua malam lepas nyamuk baek punya gigit kat pipi sebelah kanan aku.

So, malam tadi, dalam tanpa sedar dan sewaktu ketiduran, aku telah menggaru bekas gigitan nyamuk tersebut. 

So, sekarang muka yang mulus dan gebu ini telah tercalar dan sebutir bekas gigitan tersebut lokasinya betul-betul terletak (hampir) sama dengan lokasi tahi lalat Neelofa.

So, telah aku namakannya sebagai Kecacatan Neelofa

So, lawa kan?


Tuesday, November 6, 2012

Loghat Kedah - The Return of Kemerapuan Yang Ada Mungkinnya Tidak

Ok, so kita kembali lagi ke segmen "Mari Pelajari Loghat Kedah"

Kalo ada teman-teman bertandang ke Kedah atau aku pi bertendang ke negeri-negeri yang tak cakap kuat dan loqlaq, maybe korang dah tak kan dengar bunyi kay-Ell aku sebab, sebab... lidah dah tebal.

So, pelajaran kita hari ni tertumpu kepada penggunaan ayat dan bahasa yang betul dalam perbualan. 

Perbualan 1 (contoh dan loghat)
Si A: ko dari mana?
Si B: tesco. takde, dua hari lepas aku tengok flyer, ada barang murah. so, aku gi la tengok-tengok. 
Si A: Abis tu, banyak beli? 
Si B: Ada la sikit.

Si A: Mai mana weh?
Si B: Tesco. Kemarin aku tengok depa ada promot barang. Kona pi singgah sat. 
Si A: Hamboih, banyak duit hang. 
Si B: Takdak aih. Beli besa-besa ja.     

Perbualan 2
Si C: Eh, saya macam kenal awak. Mina ke?
Si D: Kita jumpa kat mana eh? UIA?
Si C: Ye. Rasanya kita satu kolej Asiah. 

Si C: Nak harom! Aku kenai hang kan? kan? Hang nama sapa? Mina?
Si D: Hang sapa?
Si C: Dulu, satu kolej kot. Aku pun tak sure. Dia lah! Satu kolej.     

Perbualan 3
Si E: Encik, boleh hulur beg plastik tu?
Si F: Oh, yang ini? 
Si E: Ye, terima kasih. 

Si E: Ni, bangcik. Huluq sat plastik kat situ. 
Si F: Hat ni ka?
Si E: Ha, dia. Thanks.   

Perbualan 4
Si G: Nape eh saya tak diinform pasal penukaran tarikh ni?
Si H: Kami dah hantar surat bagitahu puan pasal ni. 
Si G: Boleh saya tengok surat tu tak?

Si G: Awat tak da sapa habaq pun kat saya pasai tukaq tarikh ni?
Si H: Makcik, kami hantaq dah. 
SI G: Wok mai surat nak tengok. 

Perbualan 5
Si I: Lapar gile, dowh. Jom gi makan.
Si J: Ko belum breakfast ke?
Si I: Belum

Si I: Aku lapaq terketaq-ketaq. Tak mau makan ka weh?
Si J: Tak menyerok lagi ka?
Si I: Dak.

Dan lapaq terketaq-ketaq ini diakui seantero Nobita:


Monday, November 5, 2012

Peringatan November


ada satu tumblr yg aku baru terjumpa. bagus gak. tetibe terlekat mata dan hati kat sini...

Sunday, November 4, 2012

Movie Review: Hantu Kapchai

So, my brother bought DVD pasar malam "Hantu Kapchai" lakonan Zizan Razak, Firz Fairuz dan Neelofa. Lawak la jugak (menguap). 

Cerita dia tak pi mana pun. Hang paham dak concern aku? Cerita Plagiat. Dari cerita mati pastu jadi roh sebab tak boleh nak cross over and selalu yang akan nampak adalah kawan loser & yang tak berapa center, adik try avenge kematian abang dan ambik alih role abang, arwah bapak dulu legend dan ada simpan sesuatu yang berharga yang mana kemudian akan memenangkan hero dan scene lawak2 masa tengah race.  

Kalau ada orang gitau korang kata, "oh my, cerita tu lain dari yang lain" kasi dia pfftttt...
Or maybe sebab dia tak tengok movie tegar cam aku kot. So, tak yah pffttt kuat2, buat dlm hati je. 

CGI dia... yang part membawak masuk ke piston, engine... ala-ala fast and furious kan? If tengok kat panggung, maybe lawa la, dah DVD ni.. hummm...

Lawak pada aku, ada pada 4 momen. 

1) masa polis nak tangkap Remy Ishak dan dia buat macam kucing marah tu. Kiut nak mampus!
2) Firz Fairuz conteng pensel kat dinding pastu calit kat dahi (nak bagi nampak cam dia tu selalu sujud)
3) Si Greng Jambu datang bagi salam kat rumah Ajib "Assalamualaikum. Tak jawab berdosa, jawab gatai"
4) Firz Fairuz baru sudah solat dengan Neelofa pastu nak baca doa, nampak Ajib, then dia kata "besok-besoklah kita baca doa"  

Ye, aku pun tak paham bakpo aku gelak sungguh-sungguh yang no. 3 tu.

Ada satu momen awkward, yakni pada masa Neelofa jerit kat Akim "tapi saya lebih suka kalo awak bagi bunga-bunga tu sendiri kat saya" (or, lebih kurang ayat tu lah...) 

Ko berdiri tak sampai 10 tapak pun dari dia. Perlu jerit ke, kak ros? Perlu ke? Perlu ke? 

November dah mai, ohoi!

Its been crazy 2012. Aku pun tak tahu mana nak start. (other than entri-entri flutterbyazwa yang cam bimbo dan hawau). Macam mana korang tengok 3 Idiots yang bak kata Fana "its a roller-coaster-emotion-ride", macam tu jugak la 2012 kat aku. (sampai Oktober la, November tak masuk buku lagi)

So, my cousin of same age made a suggestion - why don't me turn this blog into a much more crafty blog? (or probably create another blog)  

Oh, crafty thing itu. Start kagum dalam 3, 2, 1!

Gua awesome, dan gua tak reti tipu dan tak perlukan sembunyi fakta bahawa...jeng jeng jeng.... Gua memang terer dengan craft2 ni! *hidung kembang kempis* *hidung kembang kempis* 

But, sebelum gua buat seni ni, gua kena la cari inspirasi dulu. Nak cari inspirasi, kena datang ilham dulu, nak datang ilham, gua kena gembira sekurang-kurangnya 2 minggu. Itu pun tanpa stres.

Mana nak tahu, kalu dah bosan jadi lawyer, nak jadi party planner plak. Ye dok? 

Sunday, October 28, 2012

Perjumpaan Keluarga Tok Deraman

Aku hijacked laptop adik aku. Termasuk internet beliau. Perkataan for the day is "hijack-hijacking-hijacked".

Majlis: Perjumpaan Keluarga Tok Deraman
Venue: Kg Pondok Gajah Mati, Pendang
Time: 8.00 pagi - 12.00 malam
Date: 27 Oktober 2012

Hari ni, lima keturunan Tok Deraman berkumpul kat Kg Pondok Gajah Mati, Pendang yang aku rasa membawa lebih dari 500 orang. Tok Deraman ni adalah perintis, pembuka, pemugar tegar, pencangkul gigih - ala, macam the pioneer of the kampung tersebut.

Mungkin sekali Tok Deraman adalah individu yang jumpa gajah mati yang langgar pokok sena itu. Siapa tahu.

How aku related? Aku cuma tahu diorang ni sebelah tokwan aku. Allahyarham Saudara Yang Terutama Ayob bin Salleh.

Bersungguh bebenor host of the day mengexecute majlis, Cik Soba ngan Paksu Li. Awesome and ambitious duo indeed. And their family adalah tulang belakang a.k.a bala tentera paling setia. 

Btw, aku and Kakcik & Kakak pi lambat sket ke tempat kejadian since kitorang korner baring gi Stargate sat. Dan, bila kami sampai, kami hijacked majlis dan stage. MC siap tanya "Deqwa mana? Deqwa?". 

& opkos, sebagai cucu Mak Ngah Hajjah Fatimah paling glamer, aku kena bermesra la dengan rakyat jelata yang ada. Eheh.  


Seharian majlis. But, half of the sedara mara tu, aku still tak kenal sangkut kot mana ntah. Ada yang biasa nampak time kenduri, ada yang aku tak tahu pangkat, ada yang tak kenal rupa and/or nama or kedua2nya dan ada yang dulu belajar satu UIA, satu batch cuma course lain. Aku ada la buat ayat berlagak ke dia. "Dulu, masa UIA tak kenal saya?". Aku pun tak tau pasaipa jadi riak sementara camtu.


Siap ada sukaneka, cabutan bertuah, sesi interviu, sesi berkorban, sesi melapah, sesi bertakbir dan bernasyid (aku nak dangdut sebenarnya, bleh gak joget lambak kat stage tu. Aku simpan impian sejak tengok wedding Ning Baizura). Impian tersebut tidak mungkin berlaku, sebab aku tahu, keturunan aku ni ramai orang agama. Alhamdulillah!

Ekshibit A.


Calon-calon ustazah pilihan. Hikhikhik (gelak gedik). I jokingly joke joke aje.

Bagus kan kalo ada gini? Keeps you on the right path. Tengok deme, tengok kite. Audit diri yo. Bak kata Prof Muhaya. Tapi, dia tak kata la yo tu...  

yang baju hitam kiri sekali - abanah (abang ngah)

Tak sempat hijacking acara petang - sebab sebagai orang senior dalam bidang penyelarasan program sejak UIA dan membawak ke NGO, aku PROGRAM COORDINATOR OHSEM hari ini, lebih prefer memilih untuk bersikap low profile. Kekadang rookie kena take charge, y'know. Baru belajar sket.

Tips for party planning dari otai.
1) Food & Beverage (menu kena stationed) 
2) Decor (adalah maha penting!)
3) Activities (kids & grown ups nak main game) 
4) Favors & Gifts (something for peeps to remember of the occasion) 
5) Registration Table (you gather peeps, you need to keep in record + Guest Book)  
6) Transportation & Parking 
7) Photography + Photo Booth (this is the ultimate focal point of the day)
8) Organization (its all about penyelarasan dan pembahagian tugas so everyone feel included)

You're most welcome, peeps. 

Steambot, even sedap, unfortunately is a no no menu for dinner party kat Pondok Gajah Mati especially bila a) ada orang tua2, sebab deme tak gemor dan tak reti makan b) payah nak rebus dalam kuah - tendency untuk tidak masak adalah tinggi sebab 1) periuk sket & kena tunggu giliran 2) kuah tak sempat nak mendidih - unless ko letak kat setiap meja dengan dapur kecik yang macam ejo goreng nasi kat aku dulu.

Aku dan family masih utuh hijacked majlis malam. Kami adalah audience paling memberi tumpuan dan tepukan time family-family introduce themselves. Someone talking infront, macam kat sekolah la, you bagi perhatian dan respond, bro.

Oh...InsyaAllah, memang kompom orang pangkah awal-awal anak-anak dara Hazirah Ayob dari buat menantu. 

Personally, aku berterima kasih gila tahap gamer level: 9000 kat Cik Soba, Paksu Li dan bala tentera mereka.

Its just that - aku tau niat penyelaras majlis - nak kami berkenal-kenalan, berborak, berkasih2an - but, for me, IMHO, its lebih manis if kita dapat buat kerja sama-sama, gotong royong memasak, besiang bawang - plus, ada yang handle aktiviti2 of the day and memasing bawak masakan paling-panah-petir.

Lahar Yoi Delights.
Makanan Pilihan Kulim.
Lauk Batu Menunggul.
Nasi Daging Batu Hampar.

Aku tengok deme penat bebenor. Penat bebenor aku tengok deme.


Maybe in the next perjumpaan, kita boleh sesama cover apa yang kurang. =)  

Moral of the day, selain meeratkan hubungan silaturahim adalah dituntut agama, adalah - marilah menghormati yang lebih tua. Tak patut kita buat lawak dengan datuk saudara ye, adik-adik. Tambah2 bila atuk kita tu pandai berubat. Ko tak cakap kat atuk ko yang pandai berubat itu yang sedang sakit tekak dengan ayat "ha, takpa2. balik nanti buat ayaq penawaq sendiri"

*tampar dahi*

Tuesday, October 23, 2012

Sedara Yang Buli Aku

Aku osem. Keoseman ni ko kena asah. Dia adalah bakat terpendam yang surprisingly, semua orang ada. Cuma perlu cari saja. 

Aku tak tahu apa yang Allah letakkan jalan hidup aku, aku kini jumpa balik sedara yang buli aku. Ye kawan-kawan, sedara yang buli aku sewaktu dulu kini klien ofis aku. 

Aku berlagak la, semestinya.

Aku kan lawyer. Lawyer kan kena berlagak. Muka sombong. Sembang tak pandang muka. Pakai beg tarik. Pakai smartphone, bukan Nokia cap ayam cam 1280.

Dia ni buli aku masa aku masuk Tingkatan 4 kelas pertama. Yelah, orang bodoh masuk kelas orang pandai. Tentulah ada yang tak suka.

Aku sebenarnya harap dia minta maaf dari aku? TAK. Aku dah lama tak amik port pasal dia. Aku percaya janji Allah. Allah kan ada.

Aku sebenarnya harap dia tak muncul dalam hidup aku balik. (peh wo!! ayat novel) Sebab bila aku tengok muka dia, aku teringat habis semua kejahatan -kejahatan yang dia buat kat aku. Padahal selama-lama sebelum ni, aku tak ingat langsung pun. Macam movie yang diflashback out of the sudden.

Tapi time dia datang ofis, i have to be professional. Aku kena letak tepi sakit hati. Aku kan osem.

Sakit hati wo bila pikir-pikir balik. Aku tak rasa dia ingat dia buat apa kat aku. Ye lah, orang jahat kan mana ingat kejahatan deme. Aku tahu la. Aku pun ada time jahat.

Besar gak la harapan aku dulu (sekarang tak - maybe, entah) - supaya, satu hari nanti, aku boleh kata kat dia camni

"AKU HARAP BILA KO ADA ANAK BESOK, ANAK KO LAGI GOMUK DARI AKU. PASTU, HARI-HARI ANAK KO BALIK SEKOLAH, DIA NANGIS KAT KO CAKAP DIA KENA BULI. PASTU, BILA DIA NAK DIET JE, TIAP-TIAP KALI DIA GAGAL. GAGAL F GAGAL! PASTU AKU DOAKAN KO DAPAT ANAK KEMBAR! KEMBAR I TELL YOU" 

Votelah. Sama ada aku perlu cakap macam tu atau tidak. TAIP VOTE YA atau TIDAK ke no Celcom aku.

Tindakan Berani Yang Bodo

Tadi, penaik amarah aku datang ofis. Ye, aku benci orang yang kaki push dan penipu. (kan aku terer sekarang tengok orang tipu)

So, seofis gurau2 dengan aku pasal penaik amarah aku ni. Dengan bos sekali. Wah, macam sekumpulan teletubbies aku tengok diorang ni. Dah macam main dalam istana bola-bola macam2 kaler yang bila budak-budak sema dok tuju bola mcm2 kaler kat kepala ko. 

Ado ko biar dan buat muka annoyed? Oh.. tidak.

Ye, dan aku snapped dan aku tak tahu nak tuju kat sapa and yang kena adalah..jeng jeng... "Encik Malik (bukan nama sebenar bos aku), sebab Encik Malik tu Encik Malik, saya tak kata apa-apa kat Encik Malik tau" 

DID I JUST THREATENED MY BOSS? HOOZZSHEEETT!

Tuesday, October 16, 2012

My Morning Pill

Certain orang kalo enjin nak berjalan pagi-pagi kena round satu rumah dulu, buka tingkap ke. Atau certain orang cari kopi atau milo. Atau certain orang kena masuk jamban dan susun jadual. 

Ada satu rutin yang perlu kita buat untuk kita rasa pagi kita lengkap dan sebelum kita start hari kita.    

"Oh mai azwa, orang start hari dengan solat subuh and sunat dhuha"  Solat aku letak dalam kategori ibadah dan kita syukuri dengan nikmat Allah bagi bahawa kita masih bernafas untuk hari itu, people.

Dan aku. Aku start hari kerja aku dengan ini. 


Seronok kan tengok adik-adik kita excited belajar Quran dan lepas diorang baca doa ni, diorang baca hadith

Once upon a time, masa kecik-kecik, aku selalu gak tidur kat Pondok Gajah Mati time cuti sekolah. Kat Gajah Mati dulu ada satu pondok untuk budak-budak tahfiz. Hence, dikenali sebagai Pondok Gaji Mati dari dikenali sebagai Kg Gajah Mati. Its in Pendang, people. 

Ingat tak dulu ada satu isu yang Tok Guru kat Pendang tak beraya even Pemegang Mohor Besar Raja-Raja time tu isytihar raya sebab confusion and uncertainty? Ada, orang lain raya tapi dia masih puasa. Tahun bila aku tak ingat, but aku akan update. 

Tok Guru Pondok tu la! Pondok tahfiz tu setiap pagi dan maghrib akan baca doa ni kat loud speaker. Dulu bagi aku, ini adalah alarm untuk aku bangun pagi dan masuk rumah. And it stuck dalam otak aku sampai tua. And, perasan tak unknowingly, kita kekadang humming to some sort of alunan yang kita sometimes tak sedar adalah doa.

Abang-abang kt pondok tu lak selalu datang tengok tv, makan nasi kat umah nenek aku, sampai tokwan Yob aku annoyed dan kata "hangpa ni, tak da umah ka? gheja dok melente sini"  

Aku ikutan jelas tokwan Yob aku. Easily annoyed, a bit of a temper. Its in the blood, man. Aku ingat lagi time dia lurut ranting pokok jambu, hambat kitorang yg syok terjun dalam sungai dari jambatan dekat kedai Daq.  

Orang yang belakang nama dia Al-Hafiz ni ada pancaran keimanan kot kan, Hensem je secara pukal. Of course, sebagai yang paling comel aku yang selalu kena ngorat. "Abang Syakir nak yang pakai baju polka dot tu"

Sat-sat, APA FOKUS CERITA AKU SEBENARNYA NIH? 

Doa. Doa. People, selalu amalkan doa. Betul, terkadang kita lupa mensyukuri. Terkadang kita segan nak mintak kat Allah. And Allah tahu bila kita susah hati dan perlukan petunjuk. Doa is an opportunity untuk kita communicate dengan Dia. Just the two of us. Untuk bagitahu dia sendiri. 

We just need to ask. We just need to mengadu kat dia. Macam la manusia, kita kalo tak cakap, orang pun tak tahu. AND biasakan diri untuk bergantung hanya pada Allah. Bukan pada manusia. 

Oh, and start your day with your favorite activity.

Yup, itu fokus cerita aku. Yang lain tu, selain dari syok sendiri adalah distraction yang penuh dengan informasi. 

Selamat pagi, Selasa. 
  

Monday, October 15, 2012

Mata Kena Bawang...

Mana nak cari adik sepupu yang share k-pop dengan ko secara total..
Mana nak cari...
Mata aku kena bawang...


Thursday, October 11, 2012

Ginee Ah So

Dulu masa aku kerja kat NGO tu, ada sorang budak akaun. Dia macam ahso sikit la. Dia akan mula ayat dia dengan mukadimah "Azwa, bolehkah i nak tanya you something?" pastu selalunya (kot) akhiran kalam dia adalah "bodoh la you, itu pun tak tahu" atau "you hamsap la you". 

Dia seorang yang nak belajar dan sifat ingin tahu dia tinggi. Banyak waktu aku takde jawapan, pastu aku merapu je. Dia rajin gak berleter. Well, I needed that. At least, yela, kena lah keep grounded kan bila jadi pengembara ni.. 

Makanan favorite dia adalah KFC. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa. Dan kalau keluar makan dengan dia, dia akan terus check dengan towkey restoran, (restoran vegetarian selalunya) "ini tempat halal ke tidak?". 

Bila dia balik Rembau dan mak dia kirim pulut bungkus dengan pork, dia sampai2 pejabat pukul 9.20 terus cakap sorry kat aku sebab dia bawak pork dan dia tak boleh bagi aku rasa masakan mak dia. 

She's honest. A radical honesty kind of girl. 

Sometimes, aku harap aku pun boleh jadi sejujur-jujur alam macam dia. I mean, when you lie, you gonna need to remember a lot of stories. Aku? Probably dalam kategori delay honesty. Aku buat dulu pastu baru bagitau. 

"Mak, dulu kan, angah pi konsert Bruno Mars. Balik pukul 2 besok terus pegi kerja"
"Lepas saya balik dari court, saya pi McD cari kopi"

I mean, seriously, ko nak dengar dari aku ke ko nak dengar dari orang lain? Baik dari tuan badan kan. Even lambat sket. 

Apa yang aku paling rindu would be ayat dia masa azan Zuhur dan Asar;

"Azwa, itu orang nyanyi-nyanyi dah panggil you sembahyang." Aku senyum.

@ dah pukul 3.30 malam tapi aku tak solat Zuhur lagi. 

"Azwa, you sudah sembahyang ke belum?" @ "You belum sembahyang kan?" Aku senyum.

@ pukul 7.00 malam time keluar makan dengan dia. 

"Tadi you ada sembahyang petang (Asar) ke? Haiya, you buat main-main dengan you punya Tuhan la you..." Aku senyum.

A good friend indeed. 

So, petang semalam kitorang bersaling sms. She still remembers about stuffs i told her and one question yang dia akan selalu tanya "you sekarang dah fit (kurus) meh?" Aku senyum.