Pages

Monday, January 30, 2012

Pelajari 10 Perkataan: Loghat Kedah (Januari)

1. Perkataan: Ciwi
Maksud: Sedang asyik dengan barang baru, tayang benda baru beli
Ayat: "Ala, tak payah nak ciwi sangat la dengan Bugatti Veyron baru beli tu...."

2. Perkataan: Heliaq
Maksud: Bawa/heret ke mana-mana saja, menunjuk, lap
Ayat: "Yang dok heliaq merata selimut tu pasaipa?"
"Takyah la dok heliaq kat kami ni, kami tak heran"
"Ha elok, pas korek hidung, taik heliaq kat baju"

3. Perkataan: merhogoih / perhogoih
Maksud: perengus
Ayat: "Dia tu perhogoih, pantang silap sket, teghuih fire"

4. Perkataan: qhimbok
Maksud: Tumbuk
Ayat: "Amboi, macam mintak aku qhimbok muka hang ja ni"

5. Perkataan: cunggit
Maksud: Senget
Ayat: "Bot cunggit sebelah aih!"

6. Perkataan: kelepiaq
Maksud: menggoyang-goyang
Ayat: Ustaz Don "Kalo terkelepiaq belakang tangan kat kita punya tu, tak batal ayaq semayang"

7. Perkataan: hinggut
Maksud: goncang, hayun
Ayat: "Hinggut ndoi adik tu sat.."

8. Perkataan: Tak kelapaq
Maksud: Tak hingin
Ayat: "Kawin dengan Tommy? Tak kelapaq aih aku"

9. Perkataan: Ceghin
Maksud: Meremang bulu roma, perasan
Ayat: "Naik chegin aku dok lalu kat pokok besaq ni"
"hahaha... Tommy nak ka dengan hang? Ceghin!!!!!!"

10. Perkataan: hawin, punggai
Maksud: buang, baling
Ayat: "Aku hawin dia jauh2"
"Cakap sekali, punggai tongkoi kayu ni kot"

Wednesday, January 25, 2012

The Truth Is

Korang pernah cakap dengan gua tak? Perkara ni berlaku kan?
Bila gua borak-borak dengan korang, bila gua cuba bersopan
.... kecuali bila gua gaduh dengan orang, kan?

Gua dan Contract Law

Gua dulu2 dalam kelas Contract selalu tidur. Gua kadang-kadang siap berdengkur.

Gua dulu2 dalam kelas Contract selalu pikir, takpe.. tak paham pun nanti boleh balik baca buku kat bilik.

Gua dulu2 balik kat bilik, gua takde baca buku pun, gua tengok cerita Korea gelak seseorang pastu gua pikir2... takpe, nanti ada Ejoe boleh tolong explain.

Gua dulu2 kat bilik ada Ejoe, takde la tanya dia pun.. Dia takde lain ajak masak nasi goreng, ikan sardin, sup telur dengan kentang

Gua dulu2 time exam Contract bertafakur panjang pada 25min pertama... gua is fooked.

p/s: jangan tiru gua. sekarang bengap nak mampus. buat hujah pun terkial-kial babun.

Perbezaan Persamaan Piknik

Piknik bersama Keluarga
1. Preparation Days: 2 hari (1 Invitation Day, 1 Shopping Day)
2. Food & Beverages: Disediakan dengan kuantiti besar oleh orang2 professional dengan kesedapan gila gourmet babeng.
3. Main air: Mengikut kapasiti budak-budak, dan/atau budak-budak sahaja

Piknik bersama Hippies
1. Preparation Days: 4 jam sebelum (bangun tido, tengok tv, pikir hari ni nak buat apa)
2. Food & Beverages: disediakan yang telah tersedia di kedai. Tinggal hulur duit sahaja.
3. Main air: Main sampai legam

RESULT:
Keletihan fundamental
Kehilangan beberapa gelen minyak dan kalori (wait, aku rasa yang tu kurang banyak hilangnya)
kebahagiaan yang altimet

Thursday, January 12, 2012

Movie Review: Ombak Rindu

Macam gua penah btau sebelum ni, gua takde lah takkan tidak tengok Ombak Rindu. So, malam tadi gua purchased Ombak Rindu kat Astro First.

Gua rasa baik gua highlightkan certain-certain je la, sebab gua rasa lebih relevan begitu. Lagipun ramai dah dari korang yang tengok dan berbondong tisu dah korang habiskan.

Hariz
First time Hariz menangis, gua rasa "oh, betapa depressednya hero ni. tersekat di antara ibu sendiri dan Izah" dan dah serupa bajet hero2 Korea. "well, at least dia tak malu show emotion" TAPI bila banyak kali gila dia nangis, gua cuma boleh kata.. "peh, dasar anak orang kaya cengeng! sket-sket nangis..."

Oh ya, Hariz... ko tak reti bezakan antara wedding dan marriage eh?? eh?

Izzah
Gadis dara kampung? Itu bukan kampung, itu gadis hutan. Berkemban, pakai tudung zaman 80an. Mak gua cakap. dan gua quote "ni memperlekehkan orang kampung, orang pakai tudung."

Datin Sufiah
Benyek. Hahhah ahaha. Kenapa gua nampak dia macam pokok krismas pendek bergerak dan cakap bahasa bangsawan? Hahaha ahhaha

Siti Jamilah @ Mila
Ya Tuhan... apsal Milah ni suka menjerit. Lisa Surihani sesuai bawa watak pompuan gedik, tapi bukan pompuan yang "marah pada satu dunia" macam tu. One word: annoying dan gua tak sure pun menatang apa dia dok jerit-jerit tu. Namun, terima kasih kepada subtitle 'bahasa melayu' yang disediakan Astro,

Mail
Dia kena friendzoned dengan Izzah DUA KALI HABAQ HANG! DUA KALI!

Pak Dollah dan Mak Jah
Actually, they gave out yang diorang tu parents Hariz masa diorang gi antar barang dapur kat Izah. Mak gua was like "itu mak bela Harris tu ka mak betui dia?" ba-dumm-tssss

Wafia
Tak berapa penting. Cuma kehadiran beliau "make sense".

Mak bapak Siti Jamilah
Oleh sebab gua terkejut mekap-pontianak mak Siti Jamilah kat airport tu, gua tak dapat nak focus orang lain hatta siapa bapak Siti Jamilah.

Overall, suprisingly gua takde la menyampah sangat dengan Ombak Rindu movie ni. Pace dia agak laju kat depan2 (so, takde bosan sangat intro mcm dalam novel), location menarik, hero hensem dan dia highlightkan banyak scene significant yang if korang penah baca novel ni masa korang sekolah dulu-dulu, korang akan like "oh, ya! part ni!".

By the way, gua nak mention couple thing about 1) wardrobe dan makeup, 2) scene dan locations.

Wardrobe dan makeup gua percaya hasil kerja tangan seorang pesara askar. Makeup macam a bunch of makcik2 yang baru belajar tenyeh eye-shadows dan tudung Izah tak payah cakap lah. Gua kutuk seratus peratus. Kesian juga kat Azizan Mahzan, walaupun dia awesome, tapi.. tapi..

The rumahs are awesome, fyi! Rumah Datin Sufiah tepi sawah, rumah Izah tepi laut, rumah Pak Dollah nu jauh kat Kedah, hospital time Izah tumpah darah kat Alor Setar, ofis lagi kat Cameron Highlands, rumah pakcik Izah kat Perlis, ofis kat Kuala Lumpur.

Macam naik jet je diorang ni bergerak ke serata tempat.... kan? kan?


Wednesday, January 11, 2012

Pelajari 10 Perkataan: Loghat Kedah

1. Perkataan: beghemba
Maksud: beramai-ramai, berkumpulan
Ayat: "Jom beghemba ke Langkawi?"

2. Perkataan: meghagas
Maksud: memanjat
Ayat: "Hang ni dok tak diam sungguh. Dok meghagas meghata"

3. Perkataan: melecaih
Maksud: Manis yang keterlaluan
Ayat: "Awat buat ayaq teh manih melecaih sangat ni?" - abang ubai.

4. Perkataan: menghelaah, menghenyeh
Maksud: menggedik, menggatal
Ayat: "Toksah dok menghelaah dengan Neil tu. Dia aku punya!"

5. Perkataan: pediah
Maksud: mengambil barang/hak orang
Ayat: "Yang hang dok pediah ayam aku pasaipa?"

6. Perkataan: mandom, mek ngok
Maksud: Lembap, blur, pemalas
Ayat: "Awat yang hang ni mandom sangat? Dari tadi lagi mak sughoh sidai baju tu"

7. Perkataan: celuih
Maksud: muat
Ayat: Baju tu celuih lagi untuk dipakai

8. Perkataan: baloq liat
Maksud: superb pemalas
Ayat: "Toksah dok baloq liat sangat aih!"

9. Perkataan: mengheben
Maksud: merapuzuber
Ayat: "Mengheben ja lebih hang ni..."

10. Perkataan: tertomoih
Maksud: tersembam dengan penuh kesakitan
Ayat: Dia tertomoih dengan selamba

Tuesday, January 10, 2012

Menjadi Positif

"Lainkali, bila ada burung berak atas kamu, terkena kamu, bersyukurlah.
Bersyukurlah bahawa lembu tak boleh terbang"

- Cikgu Matematik Tambahan Tingkatan 5

(yang mana subjek tersebut dipaksa ke atas gua dan berbentuk 7D dalam slip keputusan peperiksaan SPM gua)

Saturday, January 7, 2012

maaf deh

maybe 2012 ni, gua tak dapat nak rajin sangat update blog2 ni. mahupun facebook atau twitter. gua cerita awal2.

gua rasa boss gua tahu gua asyik bertenet manjang, kerja ke laut.

sebagai orang ohsem, gua akan cari alternatif lain. jangan risau.

Thursday, January 5, 2012

Jackie Chan Masuk Mimpi

tadi malam, Jackie Chan masuk dalam mimpi gua. apa jadahlah yang dia boleh masuk. dia cuma duduk kat satu sofa hitam dan pandang tepat kat gua.

"orang malaysia ni banyak yang macam a flock of ternakan. macam sekumpulan biri-biri dan anjing penjaga. ada berita sikit, bergerombolan menghala ke berita tu. kejap lagi ada berita sensasi satu lagi, bergerombolan ke berita sensasi tu pulak."

tetiba Jackie Chan pakai cheongsam sambil pegang kipas.

"bila keluar satu berita, semua orang nak komen, nak bagi a piece of mind, semua jadi bijak pandai. you orang yg mengaku orang islam, cakap pasal agama ni berdegar-degar, azan panggil you solat pun, you buat bodo je, time nak solat, nu zaman hujung-hujung nak azan solat lain pulak, baru nak buat. tu kalo yg ingat mati la. yang tak ingat?"

Jackie Chan kemudian posing sexy atas meja kat Oval Office, White House dan angkat kaki ke atas. kedua-dua tangannya bersilang dan pangku muka dia

"are you sebahagian dari that flock of ternakan?"

p/s: harrrrraaammmm!! mimpi jenis apakah ini? bila masa jackie chan boleh cakap bahsa melayu?

Pelajari Perkataan: Regal

Boleh tak laluan jalan kaki lawyer2 dibuat secara berasingan dari laluan kat depan Mahkamah-Mahkamah Rendah tu? Jauh dari pandangan orang awam. Boleh tak? Boleh tak?

Gua rasa regal la kadang2 bila lalu.

Heh.

Tuesday, January 3, 2012

Amalina dan Teori Gua

Kecoh gak pagi ni pasal "Amalina Gone Wild". Gua boleh gelakkan aje la.

Ekceli, kejadian ini sebenarnya telah menguatkan lagi teori yang gua pegang selama ini.

Teori Gua: Orang genius lagi senang 'gila' dari orang kurang bijak.

Bukti paling hakiki korang kena refer Fanerrific dan cerita sperm/belon.

I rest my case.

p/s: gua golongan ohsem, tak tersenarai di antara orang-orang di atas ini.

12 Things Happened in 2011

1. Sent my resignation letter to Chan on my birthday. Though it was one of the toughest decision I had to make (so far).... i gotta do what i gotta do.

2. Went to Goa, India and dance through the nights. Eceh, no la.... Mana boleh cakap!

3. Bruno Mars Concert! With Aya, Fana, Atun and Wani.

4. Drove 500km from Kuala Lumpur to Alor Setar for the first time and I didnt fall asleep! Thanks to 5 cans of Nescaffe and 2 bottles of Redbulls.

5. Started my chambering on 30/06/2011. Guess, if everything goes well, Imma be an advocate and solicitor by early 2012. InsyaAllah!

6. Farhani naik pelamin, Nadia naik pelamin. Liza bakal naik pelamin, Dina bakal naik pelamin...

7. Neil knows. HE KNOWS!

8. My first mention-before-SAR moment and I terus 'famously known' as "budak chambering yang asyik postpone date"

9. Melaka Kali Kedua. It was an office trip with FMA family. Double fun with Halia karaokeing! Ohsem!

10. Met with All Star Fav Roommate from UIA, Ejoe and did a few catching-up with her.

11. My first amik keputusan in chambers before a judge and he asked about Menteri Besar Kedah which gua fail dengan gemilang tiapkalinya *geleng kepala*

12. A day trip to Langkawi with my two brothers, my sister-in-laws and Amjad on Christmas. Chocolate party!

Air Paling Sedap

originalnya di sini

sumpah gua tak setuju. gua rasa world's most delicious drink bagi kategori malaysia adalah milo ais. ada pulak air mata kucing. ko ingat senang-senang nak bagi kucing tu nangis?

Hahahaha..

Ok, tak kelakar.

Monday, January 2, 2012

Variety Show Review: Running Man

Kalo korang tak pernah dengar pasal show ni, sah korang adalah golongan yang tidak peduli pasal dunia, selalu butthurt, selalu komplen, tak bersyukur dengan kehidupan dan sentiasa hidup dalam fantasi.

Tapi gua faham kenapa korang macam tu, sebab korang banyak tengok cerita recycle cinta-cinta kat tv.

Dah, lebih 70 episod kot! Chaebal!

Rancangan keluaran SBS ni mengetengahkan pelancongan Korea Selatan, kebijaksanaan dan stamina artis Korea (which 2 perkara mustahil bagi artis Malaysia meskipun badan berketak macam Fizo Omar tu) dan paling penting, superb-genius-kreatif production team urban-action variety show tersebut.

Game diorang sangat simple tapi... peh! tak terfikir plak!

Rancangan ni tak pakai artis2 glamer pun, kalo tengok.. diorang cuma perlu;

1) Yoo Jae Suk @ Yooruce Willis sebagai MC (He's one of the ultimate MC kat Korea selain Shin Dong Yup dan Kang Ho Dong. Very funny guy)
2) Haha @ Haroro (pak lawak dengan fetish kepada Bob Marley)
3) Kim Jong Kook @ SpartaKook, The Commander (penyanyi lama, dulu dengan Turbo, badan ketak, capable and reliable man)
4) Gary @ Monday Couple (Rapper Leessang, naive, senang kena tipu)
5) Song Ji Hyo @ Monday Couple, Ace, Blank Ji Hyo (the only actress fill up bagi posisi perempuan dan sangat2 bijak. Bukan macam rancangan2 gameshow Malaysia mcm kat 2 v 1 dan Ewah2 yang artis pompuan banyaknya cuma menjeritgedik dan bermekaptebal)
6) Ji Suk Jin @ Big Nose Hyung (orang tua yang boleh diperkotak-katikkan tapi dia rilek ja, he's funny tho)
7) Lee Gwang Soo @ Gwang-vatar (the most bangang man and he's so LMAO!)

(dulu ada sorang permanent member, Song Joong Ki - cute nak mampus sampai berdarah hidung - tapi komitmen kerja halang dia join)

~Song Joong Ki in yellow jacket~

Diorang cuma main sorok-sorok dengan game dan twist yang kalo gua jumpa Creative Team production ni, gua peluk cium sebab diorang ni genius nak mampus. Bukan sorok terus la, 'pandai'... kena siapkan mission jugak.

Honestly gua tak tahu diorang dah siap praktis ke tak sebelum diorang shoot rancangan ini (macam kebanyakan rancangan Malaysia) but semuanya nampak "natural" dan tak plastik macam kebanyak artis Malaysia.... oh, well

Diorang ada artis jemputan in most of the episodes dan diorang dah travel ke China, Hong Kong dan Thailand. Gua tak rasa diorang boleh datang Malaysia. Malaysia fobia orang kumpul ramai-ramai, lari-lari, sorok-sorok. Malaysia tak boleh semua tu.

Running Man ni ada tayang kat Malaysia tapi untuk Astro-HD subscribers sahaja. Rugi gila. Bukan ramai orang ada Astro sanggup nak amik HD, ada Astro yang bulan-bulan tu pun, dah berpeluh nak membayar. (Tambah lagi la orang yang takde Astro)

Besides, kenapa orang kaya saja yang boleh menikmati kebahagiaan?

Gua tak harap channel tv kat Malaysia buat rancangan ni, gua tahu artis Malaysia tak reti buat variety, tak bijak sangat, takde stamina nak main kejar-kejar (korang tengok Amekaw dengan Ewah-Ewah sudah la, itu adalah tragedi...), bajet lagi la hampeh- nak promote pelancongan Malaysia pun cuma dapat amik dua orang artis. Takde keja lain - pegi tempat makan, pegi muzium, pegi pantai pastu balik bilik hotel upload gambar sendiri dalam facebook. Thats just another "stuff about Malaysia that no one gonna understand"

Cuma kalo boleh supaya tv-tak-perlu-bayar seperti tv faveret gua - 8TV (ahem!) consider nak tayang rancangan ni. Rating memang gua aci cukur rambut mencanak2 tinggi.

Two Thousand Twelve

Hari kedua di tahun baru.

Tahun ni, macam tahun-tahun sudah, gua di tahun baru berazam untuk tidak mepunyai azam atau pun mengitar semula azam-azam yang pernah gua buat sebelum ini.

Gua yakin gua dapat melalui dua ribu dua belas dengan gembira.

Selamat Tahun Baru!

Thursday, December 29, 2011

Movie Review (half and half): Enthiran

Malam tadi, untuk ke 34kalinya gua tengok 3 Idiots - kat TV3. Gua sumpah banyak kali dekat tokey Sistem-Whatever-Berhad tersebut kerana tak ajar anak buah pikir pakai otak.

Korang bayangkan, movie tu dah la diletakkan dalam dua part - itu pun nak potong-potong scene lagi. Abeh? Camna orang nak percaya kat berita-berita korang yang sah-sah dipotong ikut kesukaan korang?

Nevermind that.

Selepas itu kemudian, gua kebetulan terkalih channel ke RTM2. Gua rasa RTM patut bangga, ada juga yang nak buka channel diorang. Maklumlah, orang ohsem (macam gua), atau baru belajar nak ohsem dan/atau sewaktu dengan antara kedua-dua tersebut tak tengok channel free dan ambience tahun 80-an tersebut.

RTM2 tayang Enthiran(Robot) lakonan Rajnikanth dan Aishwarya Rai. Kali kedua. Tahun ini. Kali pertama, time Deepavali hari tu.

Oh, gua tengok masa gua kat kedai makan. Gua takde power atas remote control diorang.

First round gua tengok takat sampai si Chitti Robot tersebut bercakap dengan segerombolan nyamuk. Tersedak gua guling-guling sebab tengah makan then tergelak tidak sopan sehingga mengeluarkan bunyi babi dari hidung sebab gua rasa lawak nak mampus nyamuk boleh cakap Tamil.

Gua juga wonder untuk beberapa bagaimana hero lagenda (untuk watak Vasee) tersebut nampak sungguh tiada sebarang kedutan dan berambut alun cantik walaupun beliau 12 tahun lebih tua dari bapak gua.

Malam tadi, gua tengok round kedua, part Chitti dah jadi jahat. Gua juga dah dapat figure, kemudaan Rajnikanth adalah atas teknologi kosmetik yang kita namakan airbrush makeup. Gila juga seutas robot terhadap seorang wanita sampai sanggup sediakan sebuah mall untuk wanita tersebut. Mana bisa seutas robot mengenali robot lain yang bukan robot tapi menyamar jadi robot dengan hanya scan sisi wajah? Oh....

Dan tanpa gagal juga untuk kesekiankalinya, gua gelak sampai keras perut - Vasee suruh Sana (Aishwarya) delay Chitti untuk 24jam. Kalau 20minit ke, 2jam ke gua rasa amat relevant. But, 24jam?!

Hahahaha hahaha ahahahha ahaa haha

And, what the effin fook is Robot-Sapien? Ahahahaha... Sperm robot... Ahhaha hah ahah ahhahahaha ahahahhahaha ahaha hahha hahaha

Oh.. gua harap sangat Ra-One seseronok untuk diketawakan sebegini...

Tuesday, December 27, 2011

Surat Terbuka kepada Johan Ashaari

12, Lorong Kenangan
05300 Alor Setar, Kedah

Dear Johan Ashaari,

Apa kah khabar ko di sana? Gua sihat-sihat saja. Gua baru saja balik dari court. Ada kes sikit. Ramai tadi dekat court, gua kena parking tepi jalan. Sekarang gua dah dekat ofis, tapi belum start pape lagi. Bak kata Kak M, gua sedang malas tahap gaban yang mana gaban tersebut pun tidak malas sebegini sekali.

Sudah lah pasal gua, banyak lagi gua boleh cerita pasal gua kat blog ni, tapi gua nak cerita tentang ko, bro. Bro, masa sabtu hari tu gua tengok ko kat TV3 dalam Cekeradrama yang ko jatuh cinta kat makcik dagu botox rambut afro tersebut. Gua terus terang tak expect ko nak banyak kali nyanyi lagu hindustan oldies macam tu. Gua juga tak expect si Qie nak berlakon jadi antagonis ko. Sungguh masa ibu dan nenek gua kerugian dek kerna cerita komedi-kambing tersebut. Cerita hampeh begitu gua rasa amat sia-sia dan tak bermakna. Kelakar pun tidak.

Johan Ashaari,

Gua bukan dengki, tapi gua tahu ko pun tahu bahawa mereka-mereka banyaknya mahu perah apa yang ada pada ko sekarang. Populariti ko. Ya, itu. Golongan freemason memang suka menggunakan populariti dan duit untuk tujuan penyebaran fahaman mereka.

Mereka akan perah ko habis-habisan, mereka akan gunakan ko, jadikan ko hero dalam cerita mereka - tidak kiralah cerita sampah, cerita yang mereka kata komedi tapi cam haram atau hero romantik cerita recycle, gosipkan ko di tahap tertinggi dengan pelbagai cerita merapuzuber dan jadikan Jue Aziz gifren ko sebelum tinggalkan ko berhati patah.

Johan Ashaari,

Mak gua suka tengok muka ko. Mak gua kata ko pernah jadi tahfiz sekejap dan belajar di kolej Islam. Gua pun taktau mak gua tengok profil ko kat mana.

Motif surat terbuka ini sebenarnya adalah peringatan khidmat masyarakat yang ingin sekali gua nyatakan pada ko. Tolong jangan jadi Rosyam Noor kedua.

Bila suka ditimang-timang, bila sudah tidak suka ditendang-tendang.

Point gua sebenarnya begini, ko takde la hensem mana, tapi ko ada muka yang tarik orang ke ko. Ye, muka kampung ko yang power itu. Macam la Rosyam Noor. Sekonyong-konyong pelakon pembantu dalam filem Faizal Hussein dulu kemudian jadi hero drama, hero filem.

Semua orang sedut apa yang ada pada Rosyam Noor waktu tu. Semua nak Rosyam. Semua makcik-makcik mahu dadanya diotograph oleh Rosyam.

Ko tengok apa Rosyam Noor buat sekarang since takde sapa nak kat dia lagi? Dia terpaksa terbit sendiri drama untuk dia jadi hero semula. Sebab kalau dia berlakon dalam cerita lain, mungkin dia dah jadi pakcik2, bapak2, atau if sinetron Indon, dia dah jadi kakek.

Kemudian dia terpaksa cari pulak barisan pelakon-pelakon baru melalui rancangan realiti kerana kalau dia amik pelakon glamer yang lain, dia akan tenggelam. Heroin je dia amik yang glamer. Ye la, barulah setaraf dengan beliau.

Ko besok jangan begitu, okay?

Sekian. Harap ko faham concern gua.

Yang benar,
Azwa Rahman

Monday, December 26, 2011

SOSEH: Dari Meja Duta Seronok dan Tempat Makan Alor Setar

Yesterday, I pegi Langkawi. Just a day trip. Ala, dapat tiket feri free. Biasalah...

I do know its not in Alor Setar, duhh.... But, hey, its still in Kedah, kan? *bats eyelashes*

Went to Lubuk Semilang, Pantai Cenang and did some shopping kat Ismail Group. There's an awesome Thai Food Restaurant right at the corner, depan dengan Bayview Hotel. Sedap, I'm telling y'all!

And, by the way, I guess I kena juga juga buat spek mata. I know I will look gorgeous wearing one. I taknak la bila I nampak anak lembu lagi, I panggil dia rusa. Silly me! Awwww...

See you when I see you..

Ciao!

XoXo,
Flutterbyazwa

Thursday, December 22, 2011

Atas Pagar

Gua selama hidup (secara realiti dan globalnya) jarang take side.
Gua tak ke kiri, gua tak ke kanan.
Gua prefer tengah2.
Kadang2 gua kasi bara tambah. Its fun!
Kadang2 ada yang anggap gua belot.
Lantaklah.

Gua suarakan apa yang gua rasa.
Apa yang gua setuju, dan apa yang tidak.
Terus terang, gua tak register mana2 parti pun.
Mungkin gua masalah bila nak cast vote tahun 2012 nanti.
Lantaklah.

Wednesday, December 21, 2011

Alter Ego

"Ko ni, sekejap gua, sekejap aku, sekejap i... ko sapa sebenarnya?"

Diam.

20 minit berlalu

~

~

~

~

Gua scribble-scribble.

Azwa Rahman - blogger, rokes kampung, ganas, macho dan sarkastik, minum kopi, lepak, jarang basuh rambut, pakai jeans rabak.

Flutterby - Duta Seronok dan Tempat Makan, ramah tamah, sopan, ala-ala pageant queen, suka lambai, tinggi 171cm, (sila bayangkan Legally Blonde)

Rgawr Gumpyx - peminat Adam Lambert, kawan baik Neil Lambert, go steady dengan Bo Tye, pengguna Twitter.

Azwa Damia - photographer, enjoying life to the fullest, kaya raya, suka travel, berlagak nak mampus, serbatahunista, experience penuh 18 muka surat, femes kat Facebook.

Nor Azwani - insan sebenar, sengkek, hutang PTPTN, still duduk dengan parents.

Gua yaking betol ini bukan takat alterego, ini dah kira penyakit Multiple Personality Disorder...

Ha, dah jawab... PUAS HATI KO? PUAS? PUAS?