Pages

Showing posts with label azwa. Show all posts
Showing posts with label azwa. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Notis Pengusul Saya

long call speech aku ni malangnya di cut-shortkan oleh mover memandangkan hakim yang dengar petisyen aku prefer short speech. oh well... 

dan speech yang aku amik dan alter mengikut kesesuaian dari Aya Marzuki inilah motivasi aku sepanjang chambering. Well, speech ni tentulah tak segempak cam Aya, but... it means alot. to me. 


NOR AZWANI BINTI ABDUL RAHMAN           … PEMPETISYEN

NOTIS PENGUSUL


Dengan izin Yang Arif,

Saya Aniqah Zakaria hadir bagi pihak Pempetisyen.

Bersama-sama saya adalah rakan-rakan yang bijaksana yang mewakili pihak Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Majlis Peguam Kedah/Perlis telah diperkenalkan sebelum ini kepada Yang Arif.

Yang Arif,

Izinkan saya memperkenalkan Pempetisyen.

Dilahirkan pada 18 Februari 1985 di Kampung Baru, Naka, Pempetisyen merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik kepada Encik Abdul Rahman bin Abdul Hamid, seorang pesara KEDA dan Puan Hazirah bt Ayob, seorang suri rumah.

Pempetisyen telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar dan menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Alor Setar.

Sejak di sekolah menengah, impian Pempetisyen adalah menjejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang. Pempetisyen diterima masuk ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya pada 2003 dan seterusnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada 2005. Beliau telah menamatkan pengajiannya pada November 2009 dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).

Sepanjang tempoh pengajiannya di Universiti, Pempetisyen menyertai pelbagai aktiviti dan program. Titik permulaan penyertaan Pempetisyen dalam program di universiti adalah di Sekretariat Moot dan Kemahiran Undang-Undang dan dari itu, Pempetisyen terus menglibatkan diri di peringkat kulliyyah termasuk pertandingan moot antara universiti, pameran buku, festival kuliyyah undang-undang dan program-program lain di bawah sekretariat Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.   

Setelah menamatkan pengajiannya, Pempetisyen yang berminat kepada kerja-kerja kemanusiaan telah menyertai sebuah badan bukan kerajaan di Petaling Jaya dan bekerja sebagai Eksekutif Perundangan di Meja Hak Asasi Manusia, ERA Consumer Malaysia selama dua tahun sebagai latihan mempersiapkan diri ke alam pekerjaan. Selain menyebarkan pengetahuan asas undang-undang kepada kumpulan terpinggir, Pempetisyen juga telah berpeluang berkenalan dengan pelbagai karakter insan, mengutip pengalaman menarik selain mengunjung ke banyak tempat serta mempelajari budaya lain.

Pempetisyen kemudian telah memulakan latihan dalam kamarnya di Tetuan Fahmi Mohd & Associates di bawah pengajaran Encik Mohd Pahmi bin Shaari dan di bawah bimbingan Encik Fahmi bin Osman. Sepanjang tempoh latihan dalam kamarnya, Pempetisyen telah mempelajari selok belok perundangan Malaysia dengan lebih mendalam lagi.

Pengajarnya banyak mencurahkan ilmu terutamanya di dalam kes-kes berkenaan milikan tanah, pampasan, tort, kontrak, dan pembahagian harta pesaka. Pempetisyen juga berpeluang mempelajari selok belok bidang shariah termasuklah tuntutan nafkah, hadhanah, cerai, fasakh dan harta sepencarian sehinggalah kepada penyediaan dokumen perjanjian.

Pempetisyen juga telah menjalani Program Bantuan Guaman yang mengajar beliau untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan lebih-lebih bagi mereka yang kurang berkemampuan. Sepanjang tempoh program di bawah kelolaan Jawatankuasa Majlis Peguam Kedah/Perlis tersebut, ia menguatkan semangat Pempetisyen dalam kepentingan untuk menyebarkan pengetahuan undang-undang kepada orang awam. 

Yang Arif,

Di kesempatan ini, Pempetisyen memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW untuk setiap anugerah kehidupan serta insan-insan yang telah ditakdirkan Allah kepadanya. Dan kedua-dua inilah yang telah membawa Pempetisyen berdiri, di sini, hari ini.

Di hari yang bersejarah ini, Pempetisyen mendedikasikan sepenuhnya penghargaan beliau kepada ibu bapanya untuk kasih sayang tanpa penghujung, bimbingan dan sokongan sepanjang Pempetisyen bernafas. Tiada apa lebih menggembirakan Pempetisyen di dunia untuk selain kesihatan dan lindungan Allah buat keduanya. Tidak dilupakan juga buat adik-beradik, keluarga, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan teman-teman untuk jasa, doa dan dorongan mereka. 

Penghargaan khas Pempetisyen kepada pengajar beliau, Encik Mohd Pahmi bin Shaari  yang telah banyak membimbing, mengajar serta bersabar dengan karenah Pempetisyen. Penghargaan ini juga dipanjangkan untuk Encik Fahmi Osman dan keluarga Tetuan Fahmi Mohd di atas tunjuk ajar dan nasihat serta sokongan sepanjang tempoh latihan Pempetisyen di firma tersebut.

Sekali lagi Pempetisyen ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah hadir dalam hidup Pempetisyen. Sesungguhnya Pempetisyen amat bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan insan-insan yang terbaik dan pastinya segala panduan dan tunjuk ajar mereka tidak akan Pempetisyen sia-siakan.

Yang Arif,

Saya percaya bahawa semua suratcara Pempetisyen adalah sempurna dan teratur. Saya juga sesungguhnya percaya bahawa Pempetisyen adalah seorang yang berkelayakan menurut Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan bahawa rakan-rakan bijaksana saya yang mewakili semua badan-badan yang berkenaan tidak mempunyai sebarang bantahan.

Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon suatu perintah agar Pempetisyen dapat diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Monday, December 26, 2011

SOSEH: Dari Meja Duta Seronok dan Tempat Makan Alor Setar

Yesterday, I pegi Langkawi. Just a day trip. Ala, dapat tiket feri free. Biasalah...

I do know its not in Alor Setar, duhh.... But, hey, its still in Kedah, kan? *bats eyelashes*

Went to Lubuk Semilang, Pantai Cenang and did some shopping kat Ismail Group. There's an awesome Thai Food Restaurant right at the corner, depan dengan Bayview Hotel. Sedap, I'm telling y'all!

And, by the way, I guess I kena juga juga buat spek mata. I know I will look gorgeous wearing one. I taknak la bila I nampak anak lembu lagi, I panggil dia rusa. Silly me! Awwww...

See you when I see you..

Ciao!

XoXo,
Flutterbyazwa

Thursday, December 22, 2011

Atas Pagar

Gua selama hidup (secara realiti dan globalnya) jarang take side.
Gua tak ke kiri, gua tak ke kanan.
Gua prefer tengah2.
Kadang2 gua kasi bara tambah. Its fun!
Kadang2 ada yang anggap gua belot.
Lantaklah.

Gua suarakan apa yang gua rasa.
Apa yang gua setuju, dan apa yang tidak.
Terus terang, gua tak register mana2 parti pun.
Mungkin gua masalah bila nak cast vote tahun 2012 nanti.
Lantaklah.

Wednesday, December 21, 2011

Alter Ego

"Ko ni, sekejap gua, sekejap aku, sekejap i... ko sapa sebenarnya?"

Diam.

20 minit berlalu

~

~

~

~

Gua scribble-scribble.

Azwa Rahman - blogger, rokes kampung, ganas, macho dan sarkastik, minum kopi, lepak, jarang basuh rambut, pakai jeans rabak.

Flutterby - Duta Seronok dan Tempat Makan, ramah tamah, sopan, ala-ala pageant queen, suka lambai, tinggi 171cm, (sila bayangkan Legally Blonde)

Rgawr Gumpyx - peminat Adam Lambert, kawan baik Neil Lambert, go steady dengan Bo Tye, pengguna Twitter.

Azwa Damia - photographer, enjoying life to the fullest, kaya raya, suka travel, berlagak nak mampus, serbatahunista, experience penuh 18 muka surat, femes kat Facebook.

Nor Azwani - insan sebenar, sengkek, hutang PTPTN, still duduk dengan parents.

Gua yaking betol ini bukan takat alterego, ini dah kira penyakit Multiple Personality Disorder...

Ha, dah jawab... PUAS HATI KO? PUAS? PUAS?

Saturday, July 24, 2010

One Year Resolution (27 July 2010 - 27 July 2011)

Year resolution does not mean you have to consider during new year je kan.. I made up my mind to finally list myself to several things that need to be done starting 27 July 2010 - 27 July 2011. Wiwit, macam nak apply grant.


#1: Have saving worth of my 2months of salary

Its been one year and three months since i started work. Unfortunately, my saving (yang wajib simpan) always tak de... "pooff" tiba-tiba dah susut duit. Its too embarrassing for me for not having any saving untuk diri sendiri. By having this saving, the least is aku akan rasa kaya sket.. correction: berduit.



Bila aku kira2, macam RM500 je aku nak kena simpan sebulan.. hmmm


#2: Travel to other countries at least one country a year.

Dengan adanya Airasia, now everyone can fly. And dengan bekerjanya aku kat NGO, i have the opportunity to travel tanpa berbelanja untuk flight dan accommodation...ekekek. I've been to Bangkok, Chiang Mai, Jakarta and will be in Bali next week.


I really look forward to go to the Philippines, since I have Roslyn and Yang (pinays beauties I've met during my dtp training). I really want to be in Mindanao in particular. Coz I heard its pretty there.



surigao city, mindanao


maravu, fiji


This is actually my whole lifetime punya resolution. Even bila aku ada anak nanti pun aku nak berjalan – jalanan melihat dunia begini. And kita start negara ASEAN yang tak payah visa. Sebab if kena ada visa, satu2nya yang akan menjadi isu utama adalah: Height Issue.


#3:Spent more time with family

Abah always call and ask when me wanna go back. Used to balik once a month, but since Damia dah takde, aku tak balik sehinggga being ordered my mom. And I kept telling myself that I needed to be around them more often.. *sigh* me have to start to do it!


buat gambar gini, retro kan..


if this is my family, and I am Alice, perghh.....


#4: Lose 12 kg in one year

This is like every year's resolution for fat people...hehehe. But this time around, I'm a bit equipped. I have the menus and the gym trainer... wish me luck! (and i want to be at BMI - overweight not normal)




#5: Buy myself a netbook and a digital camera

These two are like the most wanted stuff yang aku perlukan sekarang! I need a small lappie which can connect me to the internet wherever I go. And the digital camera is to replace the one got stolen. Arrghhhh..masih tension dengan pencuri... oh, azwa, ikhlaskan hati ye, ikhlaskan hati


DELL mini inspiron 10


nikon ss220


#6: Learn to scuba dive

Berlagak gila babi punya impian kan? Yes, i want to try to scuba. I have promised my friends at work to go to Sipadan in December 2011. So, kena belajar!



#7: Beli rantai emas SATTUU!

Tahun lepas aku main kutu, tapi aku pun hairan tetiba je dah pooff. mana pergi pun aku tatau. So, this time around aku nak simpan lagi, mengkutukan lagi untuk beli satu rantai emas untuk diri sendiri. Damia dulu pun ada satu set i tell you.


#8: Own KDH 1902

I don’t have the money like Siti Nurhaliza that can bid KCT at RM40K, tapi aku akan definitely bid for this plat number. 1902 is Damia's birthdate.. and KDH sot-fom KEDAH la dey...


#9: Bangun pukul 6.30 pagi tiap-tiap hari

Ye, subuh aku super gajah. Malu gile. Bak cakap tok " berDOSSA" (sila emphasizekan DOSS itu). Aku kena cuba bangun awal. BANGUN!!!


#10: Keep a pet

Last time, when I was in UIA, i had two tortoise(s).. Jebat and Teja. One died, and another one ran away. So, this time aku nak ada pet yang nak mengendeng kat aku and tak lari punya. ehehe. I guess fish would be more senang kot...

#11: Have and ACTUALLY PAY FOR DINNERS AND KAROK TIME with Encik Marzuki sekeluarga

I owe a lot to Papa, Mummy, Kak Wiznie, Aya, Ayiq and Iwan. I know that Tuhan will definitely balas diorang dengan pahala yang sangat banyak dan berganda, so, at least ini lah yang aku boleh buat for them.


#12: Belajar berhemah

Do you know that even though I am cool, I am a shy person inside? bwahahaha. ok, we stop there.



Ada satu lagi yang aku nak letak, tapi, orang takkan faham kot masalah aku yang satu ni. #13


Izit achievable? Of course. Aku cuma perlu mulakan langkah pertama and never look back. ERkk?


Reminder kepada diri sendiri:

  • Month 4: 1st quarterly report
  • Month 8: 2nd quarterly report
  • Month 12: Final report and financial report

Sila ingatkan saya. Thank you.