Pages

Wednesday, January 19, 2011

I'm a Virgin in Voting

*bangang punya title*

Sejak aku dikutuk secara sedap dan lazat oleh beberapa insan dalam arena pekerjaan aku ni, termasuk senior staff aku, aku telah mendaftar sebagai pengundi pada pertengahan tahun lepas. Dengan bangganya aku telah menjejakkan kaki ke Pejabat Pos Kg Tunku dan kini, bergelar seorang pengundi.

Aku dah buat research pasal current MP dan ADUN kat kawasan aku mengundi. DUN Wakil Derga dan Parlimen Alor Setar ini dulu mempunyai rekod pendidikan yang baik. Seorang doktor (which aku tak tahu doktor sakit ke doktor PHd, aku dah search tapi tak jumpa) dan sorang lagi adalah bekas lawyer.

Kesihatan aku rasa juga terjamin kerana mereka tidak merokok dan tidak pernah ada perkhabaran sebarang kesakitan. Dan aku akan research tentang pembangunan yang diorang dah bawak sepanjang term diorang. Tapi, kalau calon lawan diorang lagi ummphh, aku akan timbangkan sebaik2nya sebab aku tak makan rasuah kain batik sehelai dan RM50. Nak2, korang kena bagi Bugatti Veyron kat aku satu kalau nak undi aku.


Kenapa aku tengok dua perkara utama ini? Pastilah kerana aku tidak mahu bekas seorang kerani KEMAS atau bekas supervisor kilang kasut jadi wakil aku kat dewan negeri mahupun dewan rakyat. Dah obius gile ko tu bermodalkan air liur dan duit ringgit yang sumbernya pun aku taknak ambik tahu.

Makcik2, kalau bakal menantu pun korang nak yang berpendidikan tinggi, yang bergaji kepuk-kepuk di dalam poket, takkan makcik2 taknak perkara yang sama untuk pemimpin di tempat makcik2 sekalian?

Kenapa aku respek Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah tu? Dia tu dulu graduate of Al-Azhar University and the University of Kent. Tok Guru Nik Aziz pun dulu belajar kat Darool Ulum dan Al-Azhar University. Kenapa juga aku respek Khairy Jamaluddin? Dia tu dulu belajar kat Oxford University dan hensem. hahahaha.

Eh, korang perasan tak, dalam Wikipedia - ahli2 politik kita yang dengan pendidikan yang tidak seberapa, background diorang tak ditulis? Tulis je la sekolah menengah kan, bangga la sket sekolah tu. Takpe kalau setakat lulus SRP je. Tak payah la nak malu-malu, kenyataan beb, kenyataan.

Aku tahu yang kadang2 manusia yang paling cerdik pun boleh jadi bodoh bila masuk politik. Korang tengoklah Sarah Palin tu (ok, takde kena mengena). Tapi sekurang2nya bila ko ada degree kat tangan tu, takdelah sengal sangat sampai buat statement nak bagi orang baling kerusi kat ko, kan? Mcm nak ban Facebook ke, monyet memang untuk buat lab testing ke, pakai botox ke, RM2000 cukup untuk satu family hidup kat bandar ke.. kan? kan? kan?

Aku punya harapan menggunung sebenarnya kat SPR - aku harap diorang letakkan syarat tambahan pada sesiapa yang nak jadi calon ADUN/MP, sila sediakan untuk pengundi, dokumen2 ini 1) taraf pendidikan 2) laporan kesihatan

Dulu masa kat UIA, time aku cukup umur untuk mengundi, tetapi kerna dengan mematuhi AUKU, aku tak mengundi. Aku dulu skemdot macam sial. Pilihanraya Umum yang seterusnya ini akan menjadi pengalaman pertama aku. *excited* *excited*

Tapi, apa yang paling kefarat untuk aku hari ni adalah bila aku berkobar-kobar check status pengundi aku kat laman sesawang SPR;


RECORD NOT FOUND?? RECORD NOT FOUND??

No comments:

Post a Comment