Pages

Sunday, January 9, 2011

Semberono #2

Semalam aku pergi super melalak karok dengan Aya Joyy, Atunmanna dan Wanie Rosli kat The Curve lepas frust tercongok kat Wangsawalk. Ramai sungguh manusia di situ. Lepas karok sampai semput (itu aku) dan perut berbunyi-bunyi, kitorang bergerak ke Mali's Corner, Danau Kota. Alah, yang dekat uptown tu.

Sambil menunggu Aya Joyy dan Atunmanna mengorder makanan, aku rajin jugak mengusha2 sekeliling, tengok2, cuci mata, man hunting... sekali aku terpandang seorang kakak yang asyik membelek DSLR sambil2 mensnap gambar sedara mara dia. Sempat gak aku jeling outcome dari skrin dia tu. ahahahah. ahahaha. hampeh.

Pada masa yang sama, ada 2 mamat yang naik dan turun dari tingkat atas kedai tu sambil sangkut DSLR kat bahu. Fenomena ni aku nampak dari aku lepak dengan Halia kat Melaka lagi. Tapi aku rasa okay sket dekat sana sebab Melaka the Ohsem ada banyak tempat lawa untuk yang minat fotografi.

Persoalan aku sekarang kenapa orang nampak DSLR cuma sebagai aksesori baru yang membolehkan korang membelagakkan diri gile? Aku tak reti sangat pasal fotografi tapi aku rasa aku still ada rasa hormat kepada sebuah kesenian. Oleh kerana aku (selalu) fail ambil gmbr lawa, aku rasa aku serah balik kepada mereka yang terer.

Korang boleh kata aku dengki or diorang ada duit, lantak la diorang nak beli or boleh kata diorang beli so bleh blaja amik gambar lawa2. whatever la. tapi kalo ko asyik menyangkut DSLR macam aksesori, walaupun terang lagi menatang alah tu boleh letak dalam beg dia, itu RIAK namanya.

No comments:

Post a Comment