Pages

Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Siri Jelajah Gua ke Goa 4: Shopping-shoppingan, Jalan-jalanan, dan Pantai-pantaian


First Day: Miramar Beach and Panjim
Angie, Shoko, Urna dan gua sempat shopping pada hari pertama yang mana gua hampir muflis hari itu. We went to Miramar Beach and Panjim Market. I love beaches! Woohoo!! We stopped at Soul of India and I bought sari, pashmina, some hanging elephants, keychains, blouse, plus i got free cat-like-thingy-craft which I do not know whaffor.

Second Day: Marivel Beach
After the conference, the Entertainment Committee, Kumar bawak all the delegates ke Marivel Beach. Thanks to Madam Subha, gua beli capal satu. Pasir kat sana sangat halus dan gua yang gemuk ni hampir tenggelam dek kerana kehalusan pasir tersebut. Especially bila gua gila pakai sneakers pegi pantai.

Jauh gak la Dona Paula ke Marivel, gua rasakan keannoyance-an gua terserlah bila 3minit sekali gua tanya dalam bas tu - "Are We There Yet?"

Gua sayang Bablu dengan Henri yang layan gua main Laut Arab tu. Takde orang lain yang layan gua. Gua terharu. Bablu punya handphone adalah mangsa gua untuk kontek cousin Sanjeet. (by the way, cousin dia hensem!)

Giler ah, havoc betul warga ANNI+AiNNI ni! superb+supporting! Ada sorang delegate dari India nama dia Miloon, muka dia sejibik Mithun Chakraborthy! Sumpah, gua tak tipu! Dan dia belanja gua makan eskrem chocolate hazelnut! Yeay!

Third Day: Boat Ride Panaji
Rajin Entertainment Committee kitorang bawak kitorang jalan2. Malam tu gua teringin nak tengok Irfan menari atas bot disko kat Panaji tu, tapi gagal. Dia taknak. Hampa gua. Dan gua telah berjumpa dengan buku dan ruas dalam arena sinis - gua kenalkan Alec kepada korang. Giler ah, cam Simon Cowell pun ada dia ni.


Fourth Day: Old Goa, Bombay Bazaar, Panjim
Gua bernasib baik last day ada Keira, Urna, Werk, Angie dan Shoko pergi jalan2 sebelum balik. Kitorang sempat pergi St. Xavier Church, tempat di mana St. Xavier disemadikan. Goa ni banyak influence Portugis kalo korang nak tahu.


Kemudian, kitorang buat shoppingan kali terakhir kat Bombay Bazar. Macam dalam Amazing Race, gua dan Angie pakai tarik je pape yang berkenan. Bila gua bawak balik, gua tak tahu apa yang gua beli.

Oh, Entertainment Committee dah bertukar tangan ke Keira. She is soo good allocating time untuk bershopping dengan jayanya.

(entri kali ni cam kanak-kanak sekolah rendah kan? kemalasan melanda. nanti gua santekkan situasi dan ayat2)

Siri Jelajah Gua ke Goa 3: The Real Deal: The Conference




Siri Jelajah Gua Ke Goa 2: Saat Getir Gua di Chhatrapathy Shivaji Airport

We were advised not to tell anyone that we were attending a conference especially kalau ada perkataan human rights dalamnya. First time naik MAS, gua taktau pakai remote control. Bapak lawak macam nak mati. Habih, gua selama-lama ni naik low-cost je. Nak acane? Nasib baik brader sebelah cool dan baik hati.

Sampai ke Mumbai International Airport, lepas turun dari kapal, gua try bau India. Dulu, masa kat UIA, ada orang yang pergi India balik eksaited bercerita bila sampai ke India, terus bau India. Gua berdiri lama kat luar tu, try bau India. Tipu la korang, mana ada bau pape.

Masuk dalam building, kita mestilah menclearkan passport kita di kaunter imigresen sebelum masuk menclaim luggage. Sekali gua dapat satu uncle Sardarji.

"Where are you staying in India?"
"The place called International Centre Goa"
"What is that place? Is it a hotel?"
"Yes, it is a hotel."
"Why is it called International Centre?"
"I dont know. Why dont you ask the owner?"

Gua diam sekejap. Siap la kalo gadoh dengan Sardarji tu. Mungkin diorang akan hantar gua balik Malaysia. Gua tanak. Gua nak jumpa Henri. Heh.

Bila gua keluar, gua terus ikut flow insan-insan keluar pintu Arrival. Gua check juga, kot-kot ada shooting filem ke, ada orang menari-nari macam citer hindi tu ke..mana nak tahu, gua boleh jadi ekstra kat sana. Sekali gua tak jumpa pintu masuk balik airport. Hoh, damn!

Gabrao mat, gua cakap kat diri sendiri. Mujhe saval acchi lohgo hay.

Chewah! Bhangra!

4kali mamat tu ulang "Yu von need to take the cab, yu go ask the sekkiu-rity to let you back in the aerrpot.take a free coach inside"

Lepas gua buat muka kesian kat pakcik security perut bulat dan gua paham apa dia kata kat kawan dia! "Yeh, kehsa admi hey? Tum suno nehi?" Vavi la ko, pakcik. Gua senyum muka kesian. Damn. Jatuh ego gua waktu itu.

Dia bagi tapi dia bising. Gua masuk ruang Domestic Transfer, beberapa ketika kemudian, gua nampak Shoko, Angie, Boyet dan Ellecer. Dan gua tahu waktu tu, Tuhan ada dengan gua. SENTIASA


Siri Jelajah Gua ke Goa 1: Percubaan Beramah Mesra KLIA

For the first time, gua sampai kat KLIA dan akan naik kapal kat sana. Ingatkah anda insiden perasan gua ke Manila? Okey, kita tutup cerita Manila. Oleh kerana terlampau eksaited, gua mengambil inisiatif untuk beramah mesra dengan warga masyarakat KLIA.

Percubaan Pertama: Beramah dengan Akak Kaunter
Verdict: Gagal
Gua senyum manis sesampai di kaunter check -in MAS.
"Hi, akak. Ini pasport saya. Saya nak pergi India"
"Terima kasih. Tunggu sekejap ye"
"Saya eksaited ni nak pegi India. First time pegi India. Akak pernah pegi India?"
Akak tu tak layan. Gua tahu dia tidak dibenarkan untuk sound direct penumpang MAS.
"Ini passport awak, boarding pass. Boarding pukul 7.30pm"

Percubaan Kedua: Beramah dengan Budak Umur 7 Tahun
Verdict: Gagal Juga
Sambil menunggu nak boarding, gua lepak dekat kerusi depan kaunter last dalam KLIA tu. Tetibe sorang budak laki2 datang berdiri depan gua sambil pandang tepat kat NIPS di tangan gua.
"Nak ke? Meh la duduk dengan akak"
Diam. Tengok NIPS.
"Awak nak makan coklat dengan akak tak? Mari la dekat sket"
Diam. Tengok NIPS. Blah

NIPS? Ala, korang tahu tak lawak makcik takde gigi yang hisap gula dgn coklat pastu anak menantu dia habiskan kacang atas meja tu? Lawak kan? Kan? kan? ----------- Fine, nevermind.

Percubaan Ketiga: Beramah dengan Kakak Security
Verdict: Hampir berjaya
Sesampai di mesin scanner gah berdiri, dan setelah beg-beg gua melaluinya, kakak security mintak gua buka beg pinjam gua yang kalerful. Dia kata ada liquid. Gua akur dan buka.
"Awak nak pergi mana ni?"
Gua terharu. Pertama kali orang tegur gua dulu. "Saya nak gi Goa, tapi pegi Mumbai dulu"
Akak keluarkan lotion Imari Seduction gua. Dia pandang gua. "Ini 100ml, dik. Kalau 100ml takboleh bawak naik, kann? Awak terlupa keluarkan eh?"
"Habih, akak nak amik ke lotion saya tu?"
"Bukan amik, akak rampas, sayang..."


Percubaan Keempat: Beramah dengan Abang Security kat Gate 2
Verdict: Cemerlang
"Dik, adik nak pergi mana ni?"
Tak cerdik sungguh. Gate ni kan untuk flight ke Mumbai? Gua senyum. "Saya nak pergi Bombay"
"Buat apa pergi Bombay? Awak study ke kat sana?"
Gua rasa gembira. Tak pernah orang kata gua muka kaki study. "Tak lah. Saya dah kerja"
"Habih, pergi buat apa kat India?"
Gua amik beg-beg gua "Saya nak jumpa kawan. Eh, boifren saya kat sana"
Wajah Arjun Rampal dan dibelakangnya ramai insan berpakaian warna warni menari gembira menyambut gua di Goa jelas di mata. JELAS.

Gua salahkan FarrahJoyy.