Pages

Monday, February 28, 2011

Siri Jelajah Gua ke Goa 1: Percubaan Beramah Mesra KLIA

For the first time, gua sampai kat KLIA dan akan naik kapal kat sana. Ingatkah anda insiden perasan gua ke Manila? Okey, kita tutup cerita Manila. Oleh kerana terlampau eksaited, gua mengambil inisiatif untuk beramah mesra dengan warga masyarakat KLIA.

Percubaan Pertama: Beramah dengan Akak Kaunter
Verdict: Gagal
Gua senyum manis sesampai di kaunter check -in MAS.
"Hi, akak. Ini pasport saya. Saya nak pergi India"
"Terima kasih. Tunggu sekejap ye"
"Saya eksaited ni nak pegi India. First time pegi India. Akak pernah pegi India?"
Akak tu tak layan. Gua tahu dia tidak dibenarkan untuk sound direct penumpang MAS.
"Ini passport awak, boarding pass. Boarding pukul 7.30pm"

Percubaan Kedua: Beramah dengan Budak Umur 7 Tahun
Verdict: Gagal Juga
Sambil menunggu nak boarding, gua lepak dekat kerusi depan kaunter last dalam KLIA tu. Tetibe sorang budak laki2 datang berdiri depan gua sambil pandang tepat kat NIPS di tangan gua.
"Nak ke? Meh la duduk dengan akak"
Diam. Tengok NIPS.
"Awak nak makan coklat dengan akak tak? Mari la dekat sket"
Diam. Tengok NIPS. Blah

NIPS? Ala, korang tahu tak lawak makcik takde gigi yang hisap gula dgn coklat pastu anak menantu dia habiskan kacang atas meja tu? Lawak kan? Kan? kan? ----------- Fine, nevermind.

Percubaan Ketiga: Beramah dengan Kakak Security
Verdict: Hampir berjaya
Sesampai di mesin scanner gah berdiri, dan setelah beg-beg gua melaluinya, kakak security mintak gua buka beg pinjam gua yang kalerful. Dia kata ada liquid. Gua akur dan buka.
"Awak nak pergi mana ni?"
Gua terharu. Pertama kali orang tegur gua dulu. "Saya nak gi Goa, tapi pegi Mumbai dulu"
Akak keluarkan lotion Imari Seduction gua. Dia pandang gua. "Ini 100ml, dik. Kalau 100ml takboleh bawak naik, kann? Awak terlupa keluarkan eh?"
"Habih, akak nak amik ke lotion saya tu?"
"Bukan amik, akak rampas, sayang..."


Percubaan Keempat: Beramah dengan Abang Security kat Gate 2
Verdict: Cemerlang
"Dik, adik nak pergi mana ni?"
Tak cerdik sungguh. Gate ni kan untuk flight ke Mumbai? Gua senyum. "Saya nak pergi Bombay"
"Buat apa pergi Bombay? Awak study ke kat sana?"
Gua rasa gembira. Tak pernah orang kata gua muka kaki study. "Tak lah. Saya dah kerja"
"Habih, pergi buat apa kat India?"
Gua amik beg-beg gua "Saya nak jumpa kawan. Eh, boifren saya kat sana"
Wajah Arjun Rampal dan dibelakangnya ramai insan berpakaian warna warni menari gembira menyambut gua di Goa jelas di mata. JELAS.

Gua salahkan FarrahJoyy.

2 comments:

  1. Cemerlangla Azwa..asyik jejak tempat baru je..best tu..

    ReplyDelete
  2. Kecemerlangan penjejakan ini mungkin tidak lama. *sigh* tapi saya gumbira.

    ReplyDelete