Pages

Showing posts with label current news. Show all posts
Showing posts with label current news. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Notis Pengusul Saya

long call speech aku ni malangnya di cut-shortkan oleh mover memandangkan hakim yang dengar petisyen aku prefer short speech. oh well... 

dan speech yang aku amik dan alter mengikut kesesuaian dari Aya Marzuki inilah motivasi aku sepanjang chambering. Well, speech ni tentulah tak segempak cam Aya, but... it means alot. to me. 


NOR AZWANI BINTI ABDUL RAHMAN           … PEMPETISYEN

NOTIS PENGUSUL


Dengan izin Yang Arif,

Saya Aniqah Zakaria hadir bagi pihak Pempetisyen.

Bersama-sama saya adalah rakan-rakan yang bijaksana yang mewakili pihak Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Majlis Peguam Kedah/Perlis telah diperkenalkan sebelum ini kepada Yang Arif.

Yang Arif,

Izinkan saya memperkenalkan Pempetisyen.

Dilahirkan pada 18 Februari 1985 di Kampung Baru, Naka, Pempetisyen merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik kepada Encik Abdul Rahman bin Abdul Hamid, seorang pesara KEDA dan Puan Hazirah bt Ayob, seorang suri rumah.

Pempetisyen telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar dan menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Alor Setar.

Sejak di sekolah menengah, impian Pempetisyen adalah menjejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang. Pempetisyen diterima masuk ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya pada 2003 dan seterusnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada 2005. Beliau telah menamatkan pengajiannya pada November 2009 dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).

Sepanjang tempoh pengajiannya di Universiti, Pempetisyen menyertai pelbagai aktiviti dan program. Titik permulaan penyertaan Pempetisyen dalam program di universiti adalah di Sekretariat Moot dan Kemahiran Undang-Undang dan dari itu, Pempetisyen terus menglibatkan diri di peringkat kulliyyah termasuk pertandingan moot antara universiti, pameran buku, festival kuliyyah undang-undang dan program-program lain di bawah sekretariat Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.   

Setelah menamatkan pengajiannya, Pempetisyen yang berminat kepada kerja-kerja kemanusiaan telah menyertai sebuah badan bukan kerajaan di Petaling Jaya dan bekerja sebagai Eksekutif Perundangan di Meja Hak Asasi Manusia, ERA Consumer Malaysia selama dua tahun sebagai latihan mempersiapkan diri ke alam pekerjaan. Selain menyebarkan pengetahuan asas undang-undang kepada kumpulan terpinggir, Pempetisyen juga telah berpeluang berkenalan dengan pelbagai karakter insan, mengutip pengalaman menarik selain mengunjung ke banyak tempat serta mempelajari budaya lain.

Pempetisyen kemudian telah memulakan latihan dalam kamarnya di Tetuan Fahmi Mohd & Associates di bawah pengajaran Encik Mohd Pahmi bin Shaari dan di bawah bimbingan Encik Fahmi bin Osman. Sepanjang tempoh latihan dalam kamarnya, Pempetisyen telah mempelajari selok belok perundangan Malaysia dengan lebih mendalam lagi.

Pengajarnya banyak mencurahkan ilmu terutamanya di dalam kes-kes berkenaan milikan tanah, pampasan, tort, kontrak, dan pembahagian harta pesaka. Pempetisyen juga berpeluang mempelajari selok belok bidang shariah termasuklah tuntutan nafkah, hadhanah, cerai, fasakh dan harta sepencarian sehinggalah kepada penyediaan dokumen perjanjian.

Pempetisyen juga telah menjalani Program Bantuan Guaman yang mengajar beliau untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan lebih-lebih bagi mereka yang kurang berkemampuan. Sepanjang tempoh program di bawah kelolaan Jawatankuasa Majlis Peguam Kedah/Perlis tersebut, ia menguatkan semangat Pempetisyen dalam kepentingan untuk menyebarkan pengetahuan undang-undang kepada orang awam. 

Yang Arif,

Di kesempatan ini, Pempetisyen memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW untuk setiap anugerah kehidupan serta insan-insan yang telah ditakdirkan Allah kepadanya. Dan kedua-dua inilah yang telah membawa Pempetisyen berdiri, di sini, hari ini.

Di hari yang bersejarah ini, Pempetisyen mendedikasikan sepenuhnya penghargaan beliau kepada ibu bapanya untuk kasih sayang tanpa penghujung, bimbingan dan sokongan sepanjang Pempetisyen bernafas. Tiada apa lebih menggembirakan Pempetisyen di dunia untuk selain kesihatan dan lindungan Allah buat keduanya. Tidak dilupakan juga buat adik-beradik, keluarga, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan teman-teman untuk jasa, doa dan dorongan mereka. 

Penghargaan khas Pempetisyen kepada pengajar beliau, Encik Mohd Pahmi bin Shaari  yang telah banyak membimbing, mengajar serta bersabar dengan karenah Pempetisyen. Penghargaan ini juga dipanjangkan untuk Encik Fahmi Osman dan keluarga Tetuan Fahmi Mohd di atas tunjuk ajar dan nasihat serta sokongan sepanjang tempoh latihan Pempetisyen di firma tersebut.

Sekali lagi Pempetisyen ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah hadir dalam hidup Pempetisyen. Sesungguhnya Pempetisyen amat bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan insan-insan yang terbaik dan pastinya segala panduan dan tunjuk ajar mereka tidak akan Pempetisyen sia-siakan.

Yang Arif,

Saya percaya bahawa semua suratcara Pempetisyen adalah sempurna dan teratur. Saya juga sesungguhnya percaya bahawa Pempetisyen adalah seorang yang berkelayakan menurut Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan bahawa rakan-rakan bijaksana saya yang mewakili semua badan-badan yang berkenaan tidak mempunyai sebarang bantahan.

Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon suatu perintah agar Pempetisyen dapat diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Monday, July 18, 2011

NEWS: Perutusan Pertama Duta Seronok (Peristiwa dan Tempat Makan) Alor Setar

BERITA HAIRAN EDISI KEDAH

dikemaskini pada 3.03pm

Julai 18, Isnin - Flutterbyazwa, Duta Seronok (PTM) Alor Setar telah melaksanakan tugas pertamanya dengan berhubung secara maya dengan webmaster website Majlis Bandaraya Daerah. Hubungan ini mendapat respon positif pihak MBAS melalui emailnya yang telah direply sebanyak tiga kali dengan menyebut perkara yang sama.

Apabila ditanya, Flutterbyazwa berharap semoga cadangannya untuk penaikantaraf seperti dijanjikan dapat dikotakan.

"I hope for the best la untuk pihak Majlis. Thanks to webmaster's feedback, I rasa I dah melakukan tugas I. Nasib baik la I self appointed, kan? Bersyukur tak korang?"

"I did my job, how about choo?" sambungnya sambil menunjukkan ibu jari best.


(Video): Mamat Ni Champion Dalam League Sendiri

Pagi ni, gua sempat dengar #FlyFM #RockPagiCrew cerita pasal mamat Pavithran yang pakai jersi Man United kat game Malaysia-Liverpool. Lepas tu, hearsay kata dia provoke dengan sorak "champion" then kena paksarela buka jersey dia.

Gua cari punya cari, ini link videonya.

Mamat ni di offer pakai baju Liverpool, tapi beliau tanak. Tak lama pastu, mamat tu datang balik pakai jersey Harimau Malaya.

Gua puji lu punya keberanian, bhai. Gua yakin lu turun Bersih hari tu. Gua yakin sangat.

Bayangkan kalo yang buat macam tu pompuan? Perghhh.... gua rasa ramai penyokong bercerai dengan Liverpool hari tu.

Wednesday, January 12, 2011

Peguam Itu Lagi Psycho

Sumber: Daily Mail , Wikipedia

Pada 8 Januari 2011, Jared Loughner telah menembak rambang kepada 20 orang dan enam daripadanya menemui ajal. Kejadian berlaku di Safeway Supermarket,Tucson. Ramai yang mendakwa jenayah yang dilakukan oleh Loughner disebabkan politik tetapi lebih ramai yang menganggapnya seorang yang gila.

Loughner telah menghadiri sebuah event yang dihadiri seorang Ahli Kongres, Gabrielle Giffords. Dia kemudian menghampiri Giffords dan terus menembaknya di kepala sebelum menembak orang ramai yang hadir. Seorang wanita bernama Patricia dan dua orang yang lain telah menahannya sebelum Loughner cuba mengisi semula peluru.

Psycho, memang psycho.

Apa yang aku pandang sekarang adalah, peguam yang akan membela Loughner bagi pihaknya. Judy Clarke adalah seorang criminal lawyer yang mempunyai record menyelamatkan manusia-manusia gila (OKT) terdahulu seperti Ted Kaczynki (mamat ni bom satu klinik pengguguran) dan Eric Rudoph (mamat ni bom satu Taman Olimpik kat Atlanta). Dia juga dalam team untuk mendapatkan permohonan untuk mengelakkan OKT dari dihukum mati seperti Susan Smith yang ikat anak dia dalam kereta sebelum dia tolak kereta tu masuk dalam tasik kat South Carolina.

Dia pernah jadi President of the National Association of Criminal Defense Lawyers. Orang sebut dia sebagai master strategist dalam kes jenayah yang melibatkan hukum mati.
Hebatnya kakak ini dia lebih mempersoalkan sama ada penjenayah patut dihukum dengan hukuman yang disabitkan, bukan sama ada penjenayah itu salah atau tidak. Kiranya serang teknikaliti la.

Dia ni lagi psycho, lagi psycho.

Aku kagum dengan orang yang sudi bagi OKT peluang kedua dan jenis tak emo dalam kes. Aku juga takde la menyokong sangat hukuman mati, tapi, in certain cases, kalau mati hukuman yang paling sesuai untuk satu2 jenayah tu, then, if proven guilty mungkin hukuman mati adalah yang terbaik. Aku dapat tips dari human rights lawyer, kalau jadi lawyer ni kena buat muka straight, ko akan nampak berkaliber dan orang takkan tahu apa yang ko tengah fikirkan in which sesuatu yang aku paling fail buat. *sigh*


~ cuba korang tengok betul-betul, muka siapa lagi pyscho? aku stand tall cakap kakak Judy ni lagi pyscho~

Tuesday, August 17, 2010

Perkhidmatan Teksi Sial: Malaysia BOLEH!

Pagi-pagi lagi aku berangin gile, mana taknya sorang apek tua bawak taxi langgar bumper belakang kereta aku. Pastu macam Chin Peng, sumpah-sumpah and tunjuk2 jari sebelum blah camtu je. Memang vavi betul!

~teksi vavi tu gini la, tapi plet HWC 7959~

Aku dah la memang 'makan dalam' dengan taxi drivers siyot mcm tu. Alih2 ini plak dia tambah. Memang aku dendam kesumat.

Berapa banyak kat Malaysia ni macam tu. Regardless la, diorang nak kata kena bayar sewa teksi la, kena bayar itu la, ini la... abih, orang lain takde loan, installment, bil nak bayar? Taxi driver je kena bayar? Bodo punya statement.

Pastu yang aku heran, LPKP senang-senang je bagi lesen PSV kat pakcik2 yang tua nak mampus bawak taxi, pastu rabun lebat langgar kereta orang. 'Terbaik"!!!!

Korang cakap la dengan aku, mana taxi kat Malaysia ni yang tak sedut tak tinggal setitik darah penumpang. Okay, maybe ada lah yang okay, aku pun tak kata semua tapi yang macam syial tu ada la dalam 7 orang dari 10 orang!

Macam mana tak hangin kalau tiap2 kali naik ada je;
  • Meter tak pakai
  • Ada meter pun, laju macam marathon
  • Bawak slow macam harem
  • Aircond setengah masak
  • Gatal miang, gersang gila
  • Sengaja lalu jalan jauh
  • Tipu bagi balance
  • Tanak ambil/ hantar penumpang
Benda ni semua pernah jadi kat aku masa aku takde kereta dulu, bila dah ada kereta, kena langgar pulak dengan taxi. Apa masalah taxi kat Malaysia ni dengan aku?

Aku heran betul, diorang ingat kalau diorang pau penumpang, haa..... tengking, tunjuk jari hari2 bleh jadi kaya ke? Boleh korang bagi anak bini korang makan rezeki tak halal?

Ada penguatkuasa pun setakat bertindak atas aduan je, bukan nak buat satu team khas ke buat spot-check, authority pun macam herem....

Kalau berterusan macam ni la, baik aku naik beca..(Oh, takbleh, sebab tak jalan).. baik aku naik tuk-tuk a.k.a bajaj (kat Jakarta/ India) ataupun red truck (Chiang Mai).
~buruk2 pun sampai, tayah pakai meter dan boleh bargain - bukan itu ke yg korg nk sgt?~


Kalau naik red truck ni, ko pegi mana2 pun dalam satu kota, paling tinggi dia charge 20 baht. Ko dengar tak, 20baht/ RM2!!!

Kalo nak charge tinggi jugak boleh tadahal, tapi kalo ko pakai taxi yang begini, bengong!!!

Haa..ko. Bulan posa ni aku boleh "gila sekejap" kalo dalam court ni, aku tak kena sabit dengan tuduhan.... haa....

Thursday, July 15, 2010

Maka berpusu-pusulah mereka...

Malam ni akan beramai-ramai kereta menghinggapi stesen-stesen minyak tatkala mereka mendengar atau membaca berita ini :

Harga petrol, diesel naik 5 sen
Jul 15, 10 6:26pm
Harga petrol dan diesel akan dinaikkan 5 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Aku terbaca ni kat malaysiakini. Siaplah deme beratur. Beraya lah tauke-tauke stesen minyak malam ni.

Tuesday, July 13, 2010

Gender Confused Coach

When I was in my way back from Bukit Jalil, a temp-Puduraya, I thought to myself, maybe i want to try the new ladies coach KTMB introduced last couple of months.

So, from STAR Bukit Jalil, I hopped down at Bandar Tasik Selatan and change to the commuter and waited at the ladies' waiting area. Weird, no ladies sitting there, but two Myanmar guys with one of the wearing Bigbang t-shirt.

So, when the commuter arrived (after 12 freaking minutes of wait) i got into the new, pink and smell nice "Ladies Coach"


they have it translated in several languages. there's english, arabic, mandarin and tamil


unfortunately however, there are people who seem to be confused of their own sexuality, like these people...


*the white shirt is the bigbang guy who was sitting at the ladies' coach waiting area with me earlier.

you should see the faces of the guys when they came in the coach, they have this happy and delighted faces...

good thing is that no malay guy in there. i guess, malay's ego sometimes, can come in handy. when we arrived at midvalley station, there were two KTMB police who came in and chased these 'gender confused" people out. wooott...

maybe, perhaps, in the future, to avoid this kind of gender confusion, they can paint the whole middle coach with pink, some pink feathers, with pink ornaments and pink curtain. we'll see whether the real-macho-not confused-have pride-guys would go in there.

like the one that they have it on this board.


but, when this idea direalisasikan, one thing for sure, i would never get in there! ever!