Sejak ada kekasih baru yang bernama Twitter, suami lama gua si Facebook telah gua tinggalkan bagai layang-layang tak bertali, asal gua balik sana je nak cari gaduh dengan orang. Gua pun tak faham kenapa. Mungkin sifat suka menyakitkan hati orang semakin membara ataupun perkahwinan gua dengan Facebook memang sudah gagal untuk diselamatkan.
Walau apapun, ke-annoyance-an Si Facebook dan sedara ipar duai beliau semakin mencapai limit kewarasan gua. Lalu, inilah sebab musabab gua mahukan perkahwinan aku dengan Fesbuk dileraikan dengan perceraian.
"Tengah makan dengan Si Bolat sama Si Luncai - Restoran Tumpi. Sedap sangat!"
Sungguh gua tak perlu tahu lu nak makan Restoran tu. Gua tak pernah makan Restoran dan gua tak berminat tahu. Dan lu sebagai suamiku Facebook, tidakkah lu rasa lu perlu minta izin gua sebelum pergi makan Restoran?
Salah komen kat status
Kalau dah gua cerita pasal banjir yang lu pergi ajak nak shopping, ape ke henye? Pikior la, bro. Amik la inisiatif nak tulis kat dinding rumah kita.
"Lapar..lapar"
Suamiku Facebook, kalau dah lapar tu, pegi makan saja lah. Lu ingat kalau lu bagitau kat situ, gua nak tolong datang suapkan makanan ke mulut lu ke? Gua sebok okey.
"Freedom is not worth having if it does not include the freedom to make mistakes: Gandhi"
If I want to read Gandhi's quotes, I'll read it on the internet myself. Tak payah nak cut and paste tapi explain pemahaman apa pun tidak. Cuba la letak sket apa yang lu paham dari apa yang lu quote tu? Then, baru la kita boleh berbincang secara ilmiah. Kata eduketed sangat.
"My current location is at....."
Lu nak kena jadi target launch torpedo ke? Gua nak bercerai je, takde la tahap nak tembak lu.
Upload gambar beratus-ratus dan tag semua manusia
Gua kalo nak tengok gua tengok sendiri. Gua stalker, tak payah tag gua. Gua kata tak payah tu, tak payah la.
"Benci giler dengan perangai sesetengah manusia ni la!Dia yang buat salah, kita yang nak kena cover."
Kalau lu marah bos lu pun, agak-agak la. Sebab tu la lu kena buang kerja, sebab lu mengamuk kat situ, lepas tu pandai pergi add orang kerja dengan lu. Sapa suruh?
Tukang share berita-berita sensasi dunia dan yang pelik
Okay, itu gua. NEXT!
"Babi! Sial! Anak haram! Sh**t!"
Macho sangat la boleh mencarut macam tu kat situ bagi semua orang tengok tu?
Bersayang anje kat status
Lu nak makan penendang sedas ke? Kalau nak bercinta, do it in real life lah. Ni, "sayang awak, Mohamad Remi" sakit mata tau tak tengok lu terbabas minat camtu, faham?
Nak add kawan, tapi pakai muka Lee Min Ho
Takpe, dah gua bini lu, muka kokak tapi hati baik, gua tetap bersama lu. Apsal nak hidup dalam denial?
"ala, dah tembam. macam kena diet je ni"
percaya la cakap gua, lu akan lagi gemuk sampai2 bila kalau asyik mengeluh dan tak bergerak-gerak buat sesuatu mengenainya. percayalah.
Menjadi Ahli Politik Jalanan
Takpe lu nak memberikan buah fikiran politik lu, gua okay, tapi banyak sangat gua pening
Tukang share youtube clips
Sejak bila you kerja tukar tiub ni abam? Gaji banyak? Mana nafkah gua?
Cerita pasal saiz bikini sebab nak pergi swimming
Eh, Abam Facebook, lu dah jadi bengkok ke, hah?
Boleh tak lu jadi lebih berilmiah sket? Cer share sesuatu yang penting kepada dunia dan negara? Fakta dan pengetahuan? Itulah pentingnya English Edukesyen, bak kata Usop dalam Hantu Kak Limah. Oleh kerana gua dah ada kekasih baru, gua nak mintak fasakh dengan lu. Amacam? Ada berani?
Nyanyi *enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas*
No comments:
Post a Comment