Pada mereka yang pernah baca blog ni dulu2, (ekceli, ada ke yang baca? hahaha) dulu aku ada tulis Part 1, tetapi Part 1 penuh dengan ayat-ayat kejian dan tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak bawah umur dan orang sikoh. Ye la, tak baik aku cerita pasal housemate yang suka masturbate dan buat cex moaning kuat-kuat kan?
Sesampai rumah dari Taiping, aku telefon seorang member. Sesaja telefon, selepas beliau sms dan bagitau aku tak ingat kawan. So, setelah tanya khabar dan soalan2 usual seperti bila nak kawen, tetibe member aku ni senyap sambil marah-marah dalam bahasa yang aku kurang faham. Atas kerana kecuriousan aku, mulut aku laju bertanya.
"Awat weh? awat? awat?" gaya Cekpah.
"Ni ha, housemate yang macam sial ni..." member mula suara serius. Tadi boleh je ber"eleh" dengan aku.
"Ish, tak baik cakap gitu kat orang, M. Haahh.. cer citer, cer citer, cer citer.."
"Housemate aku ni KAKI PAU. Dia barang rumah tak beli, asyik pau orang punya. Mangsa selalu aku la." Member diam sekejap. Mungkin berkira-kira nak cerita full story ke tak kat aku, atau pun mungkin berfikir dua kali untuk bercerita keburukan orang.
"Hang bayanglah, wa. Aku pun bukanlah gaji banyak. Barang makanan yang aku beli, elok-elok catu buat sebulan. Dia senang2 ja buat rancangan Chef dengan barang makanan aku. Memang aku tak patut berkira pasal makanan, tapi agak-agaklah nak pau. Bukan takat makanan, syampu, ubat gigi, sabun basuh baju. Mak bapak dia bagi aku duit jaga dia gamaknya"
"Weh, nak kutuk okay, tapi tayah la kutuk mak bapak dia. Tak baik. Dia takda duit tak...?" Aku cuba bersangka baik. Bukan aku kenal housemate dia.
"Okaylah, okaylah" Dia tarik nafas panjang nak sembur. "Gila apa takda duit? Kalo sembang tu, berdengaq-dengaq. Semua artis dia kenal. Adik rockers, anak Rosyam Noor, second cousin Siti Nurhaliza pun dia kenal. Kalo bab baju tu, tak kalah lah dia. Macam kita, kita pakai baju beli kat Tesco ja, dia Bandung..Tu belum kasut, beg, brooch dia pun dari oversea hang nak tau."
"Dah la pengotor. Kat rumah ni, jangan cakap la... bersepah2 kalo tak bising kat dia. Tapi, bila keluar, puuhhhh, minyak wangi sebatu boleh bau. Sedar la diri sket, kita tu tak berada, kawan dengan orang2 kaya, tak payah la ikut cara orang, berpada-pada la ikut kemampuan kita. Dah......" Member dah sound dah nak menangis. Ni yang haru ni, tak macho la conversation nanti, aku maybe takkan dengar apa yang ko nak cerita selain howling ko. Acane tu?
"Hang sembunyi la dalam bilik barang makanan hang tu. Tu cara halus. Cara kasar, hang cakap la kat dia, kalo gamak takdak masa nak beli barang dapur, meh sini duit aku belikan" aku sambung lagi. "toksah lah dok gadoh-gadoh sangat. Hangpa pun dok serumah. Sampai bila sangat nak gadoh weh?"
Member tak macam tak nak sambung sembang dengan aku. Maybe sebab aku tak menokok tambah dan menghasut-hasut beliau seperti "buruk benor perangai dia" ATAU "ya salam, habih? awat hang tak tampaq ja dia?"
"Hang boleh la cakap. Hang tak dok kat tempat aku." Dia cakap.
"Apa pulak aku tak dok kat tempat hang? Samalah jadi kat aku pun."
No comments:
Post a Comment