Pages

Monday, July 25, 2011

Antisipasi Ramadhan 1432

Tujuh hari lagi nak kita nak masuk bulan Ramadhan. Enam hari lagi peluang pada mereka yang masih belum ganti puasa. Pastu,gagal korang kena bayar fidyah.

Apa jangkaan pada Ramadan kali ini? Kalo gua, mudah je.

1] Lokasi utama Bazar Ramadan di Alor Setar bagi gua akan berpusat di tiga tempat utama - Kat Stadium, Jalan Datuk Kumbar dan depan Star Parade.

2] Ofis gua takkan berjerebu untuk sebulan. Hurrah!

3] Bila gua tak puasa, gua kena lebih pandai cover di ofis mahupun di rumah supaya takde tetibe orang buat ayat "hoh! orang tak puasa takbleh buka posa sekali" ATAU "hang kan tak posa, pi la cat bingkai tingkap tu sat!" bagi satu kampung dengar.

4] Bila orang tak posa sebelah gua, takkan ada President yang nak berleter setengah jam pasal perlunya kita menghormati orang yang menjalani keperluan agamanya dengan sekali- sekala mengungkit di dalam meeting anymore.

5] Gua akan menangis setiap malam bulan posa kerana baju raya gua takkan siap sebab hantar lambat.

6] Gua akan teguk air manis berais dalam 4jag secara solo setiap kali berbuka.

7] Gua takkan tengok lagi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang selama gua hidup dia je yang dalam tv buat announcement Puasa dan Raya. You will be missed, Pak Engku.


SALAM RAMADHAN YAW!

No comments:

Post a Comment