Pages

Tuesday, July 5, 2011

Surat Untuk Akak Kantin Nasi Ayam

Kepada:
Akak Kantin Nasi Ayam (yang kemudian dirujuk sebagai “ANA”)
B1, Kompleks Mahkamah Jalan Duta
Kuala Lumpur

Dear ANA,

Gua tahu la gua agak tua untuk chambering. Tapi, tak payah la seksa gua cenggini, boleh tak, kak? Akak tahu kan gua gomuk, naik turun, naik turun bangunan tu akak ingat senang ke? Nasib baik gua equipped pakai seluar sebab taknak peha gua pecah dek geseran.

Tahukah ANA,

Dah la bersusah payah gua bangun pagi-pagi, pagi giler sebab nak tumpang PKP Shah Alam pergi komuter cam siput sedut untuk sampai Sentral, gua naik pulak LRT pergi Masjid Jamek. Dan bila gua sampai ke sana, gua lintas jalan 3KALI nak cari Wisma Kraftangan punya pasal. 3KALI!

Gua sampai pukul 8pagi kat Kompleks Mahkamah. Gua pikir “takkan la scary gile nak filing je kan?"

Dengan hati sebal, gua sekali lagi kena reject sebab CTC gua bukan lawyer, tapi penjawat awam. Apa ke gila, itupun gua tak tahu? Nasib baik ada Megat Musleh yang mula-mula gua tak ingat nama dia. Gua kejar dia dan mintak sign, gua siap suruh dia letak No IC lagi.

Lepas gua siap photocopy 32 copies untuk notis dan 4 copies untuk petisyen baru gua terbaca satu kertas hijau di sisi kaunter masa gua dok stapler;

“Mulai 1 Julai 2011, petisyen kemasukan peguamcara dan peguambela boleh dilakukan secara e-filing"

Gua is RAAAGGEEEE

So, akak nasi ayam kat B1, boleh tak bagi gua makan ayam instead makan tulang ayam?

Truly yours,
Gua Flutterbyazwa Yaw!

No comments:

Post a Comment