Pages

Sunday, July 10, 2011

Movie Review: Tolong Awek Aku Pontianak

Ya, kita bersama lagi dalam rancangan Kamu Tonton, Kami Tanya. Memandangkan kami amat mengambil kira kewangan dan perolehan semasa dan merasakan blogging boleh didapati percuma dari tonton wayang, maka talkblogshow Kamu Tonton, Kami Tanya ini diciptakan untuk bacaan mereka yang seperti kami yang merasakan RM10 itu sangat hebak nilainya. Kita bersama hos anda, dramatis Makbul @ Bol

*lagu intro 5min*

M: Bol nak tanya ni, apa yang istimewa dekat Tolong Awek Aku Pontianak?
F: Istimewa? Eh, taknak tanya nama saya ke?

M: Takpa la, masa tak cukup nih… Bol dah lambat, satgi Encik Anuar nak ajak makan ais kacang.
F: Lawak ringan, kurang cliché, ada kelainan, sket. Sket ja… Istimewanya wardrobe Sazzy Falak sangat vintaj dan cantik. Watak Bob and Pian best. Brotherly love BFF.Ha ha. Cuma…

M: Lawak sangat dak cerita ni? Macam cerita Mamat Khalid? Ha ha ha
F: Awat gelak?

M: Dak. Bol teringat Mamat Khalid.. Abang.. abang.. abang… Ha ha ha
F: Ha ha ha. Tengok dak Maharaja Lawak yang masa Johan buat lawak tu, Bol? Ha ha ha

M: (muka serius) Rumah Bol takdak Astro. Bol tengok kat Youtube. Bol pinjam laptop Tok Imam.
F: Ohh…. Penerbit dia sama. Geng production yg sama. Sebab tu mekap pontianak camtu kot. Tapi, cerita dia bukan cam Mamat Khalid. Maybe inspired je kot. Rashidi Ishak watak dia best. Tak pernah lagi tengok dia bawa watak camtu. Nurul in red pun lawa. Dah expect dah, once Maya join ofis, dia akan terus masuk meeting senang2. Oh, apartment diorang tu shooting kat rumah kastam lama kat KJ. Lepas tu, scene mat rempit lompat masuk lori polis tu lawak. Scene Bob tanya Maya, “Maya kata Maya awek Bob” tu cute. Cumaa….

M: Bol nak kena tanya soalan lagi dak? Macam asyik kamu ja dok ceghita…
F: Dak, takpa la. Satgi nak pi makan ais kacang kan?

M: (angguk angguk) Ha, cepatlah cakap. Tunggu lagi.
F: Actually tajuk movie ni maybe misleading. Saya ingatkan cerita ni Bob dah tahu awal2 Maya tu pontianak and dia try coverkan Maya bila Maya bertukar jadi pontianak ke atau ala… Macam My Ex-Girlfriend is A Superhero tu… Cuma…

M: Hamboi, dari tadi dok cuma cuma, nak apa?
F: CUMA, AWAT BOMOH SELEBRITI DIA NAMA AARON SLAMBACH?!! Dah nak bunyi Adam Lambert…. Huwaaaa…

******************

Siaran Tergendala

"Masa Faizal datang, Maya cakap Maya awek Bob. Maya serius ke Maya main-main? Ohhh... serius"

2 comments:

  1. ish lawakla makbul ni..hehe.

    ReplyDelete
  2. makbul tu watak dalam citer makbul kat tv2 tu kak ji. ramai yg kami kenal jadi pak pacak dalam tu. heh

    ReplyDelete