Pages

Tuesday, August 23, 2011

Resepi Ayam Golek Nuri

Perrghhh....

Alambagai gua tengok memasing lawan upload masakan and/or makanan berbuka. Siap bagi resepi, cara-cara penyediaan lagi. Gambar? Wajib ghunnah dengan mereka adanya berposing sakan dari wujud makanan dalam pinggan sampai licin. Gua yang hampir takde makna kehidupan dapur ni pun terpanggil untuk berkongsi..

Gua present kat korang.... Ayam Golek Nuri~

Bahan-bahan;
Ayam Sekor
Rempah Kari
Santan

Cara-cara Penyediaan;
1. Mula-mula bersihkan ayam, lepas tu simpan dalam peti sejuk.
2. Amik kunci kereta, pegi kat Bazaar Ramadhan (kalo gua, yang terdekat kat Taman Nuri) pegi kat hujung-hujung sket, ada sorang brader yang muka ala-ala Halim Othman pakai baju pagoda putih, topi Barisan Nasional, berseluar yankee sedang memutarkan roda seperti dalam Roda Impian. Tapi, takde la kadbod tulis duit juta-juta, ada la ayam tujuh lapan ekor kena sula atas roda tu.
3. Beli ayam tersebut dengan harga RM18 sekor.
4. Bawak balik dan hidangkan mengikut citarasa anda.

Apa nak buat dengan rempah kari dan santan tu? Kat rumah gua jualkan aje. Rumah gua kan grocery.

*gelak sendiri*

Wednesday, August 17, 2011

Baju Raya Gua

Tadi malam gua pegi Star Parade, Alor Setar (okay, kantoi tak pegi tarawikh) Gua round-round survey baju raya. Pehh! Dah la mahal, tak cantik, takda plak saiz gua. Tu belum kira muka kerek kakak-kakak tukang jual baju yang pandang gua atas bawah bila gua try belek-belek baju diorang. Gua calit taik hidung kang!

Gua takda pilihan, gua dah fedap. Gua maybe pakai baju ni raya nanti. Gua rasa gua pakai lepas semayang raya la yang ni. Mati kena jantung kot nanti makcik-makcik kat masjid Derga tu.


Tuesday, August 16, 2011

Golongan2 Pada Acara Duit Raya

~sampul raya gua ada, duit raya gua takda~

Adalah menjadi uruf rakyat Malaysia amnya, pada musim perayaan memberi duit raya. Gua tak tahu datang mana uruf ni masuk ke ruang lingkup orang Melayu, gua cuma tahu time Chinese New Year je ada angpow. Time Deepavali ada tak hah diorang bagi duit raya?

Anyway....

Bercerita mengenai duit raya ini, korang perlulah melihat kepada syarat-syarat khas sebagai pemberi dan juga penerima. Tak cukup syarat, korang tak layak. Penerima lazimnya taraf 'anak' - anak sendiri, anak tiri, anak sedara, anak sedara gefren, anak sedara dua pupu dan sewaktu dengannya.

Dan rasmi penerima-penerima duit raya adalah mereka-mereka ini;
1) Minor di bawah 18 tahun
2) Pemuda/pemudi pelajar universiti atau kolej
3) Mereka yang belum berkahwin
4) Mereka yang belum bekerja.
(Dua golongan terakhir tersebut, subject to change. Ikut emosi pemberi, sama ada korang ada butthurt atau pokefun diorang tak)

Syarat tambahan pula, korang mestilah mengingatkan pemberi-pemberi duit raya ini bahawa mereka belum memberi duit raya kepada korang dan bila korang buka sampul raya tersebut, korang mestilah mengucapkan ayat seperti ini "Ala, RM------ je ke?" (letakkan nombor di sini)

Kita lihat pula kepada golongan pemberi duit raya pula. Mereka terdiri daripada;
1) Ibu bapa
2) Bapa/Ibu Sedara
3) Mereka yang dah Kawin
4) Si kaya yang hartawan, dermawan dan segalawan
5) Mereka yang dah kerja DAN kerja dengan gaji masyuk

Dan, dengan merujuk kepada fakta dan syarat di atas tersebut, gua nak umumkan, gua tergolong dalam penerima duit raya bagi tahun ini. Sebabnya gua tak memenuhi syarat pemberi. Sekian.

Ini Cerita Azan

Dulu zaman Rasulullah, tukang azan takde yang bersuara macam guruh. Yang bisa gegak gempita satu alam panggil orang datang solat. Sayup-sayup je, terus sahabat-sahabat bangun dan pergi solat.

Dulu zaman Rasulullah, orang yang baca Al-Quran dalam masjid, Rasulullah tegur jangan baca kuat sangat, nanti kacau orang lain yang tengah solat, yang tengah baca Al-Quran.

SEKARANG?

Baca quran? Malam Jumaat pun jarang tambahlah hari-hari biasa. Kalo yang azan plak, dah sejam habis pun, belum bergerak lagi. Tu belum subuh, kamu pasanglah surah Yasin pakai pembesar suara atau suara dari alam kubur yang "Ma Robbuka" kat alarm handphone sekalipun, kalo yang tak dapat hidayah Allah, telahlah nak bangun.

Monday, August 15, 2011

Ranting Renungan Ramadhan: Satu Entri Sangat Serius dan Muka Gua Serius bila tulis Entri Serius Ini

Selepas beratus-ratus tanda soal naik kat kepala, hampir menyamai jumlah kelumumur gua, gua buka TV Al-Hijrah untuk tengok tv show yang satu ini. Ramai orang mention kat Facebook and Twitter pasal Law Kana Bainana. Sebagai orang hip dan gemar berpengetahuan luas a.k.a kepoh dalam beberapa hal sahaja - gua pun tengok episod tadi malam.

Terangguk-angguk, tergenang-genang mata gua. Syahdu gua dengar ayat "Kalo Rasulullah bersama kita sekarang, apakah yang dia akan lakukan?" (ini adalah subtitle skema yang disediakan TV tersebut)

Gua time-time Ramadhan ni, memang jadi mellow mellow sket. Titik. No further discussion.

Sumpah gua cakap, sunnah Nabi ni kalau nak diikutkan mudah ja. Perkara-perkara kecil ni la yang kita selalu ambil enteng padahal kalau buat tak berat mana pun.

Episod tadi malam cerita pasal memberi salam dan menghormati waktu.

Part bagi salam tu, gua yang bangang kadang2 ni nak tergelak gak bila Ustaz MC tu tanya "Kalo Nabi naik teksi, dia akan bagi salam tak?" Gua kan golongan mudah terhibur.

Part yang kedua, kru LKB amik gambar budak-budak kolej datang lambat kelas. Bayangkan la kalau UIA dulu buat gitu. Mau kalau kelas Criminal Procedure Code jajahan Sir Syed Tariq pukul 9.00 pagi, pukul 8.45 pagi maybe gua dah sampai. Ok, itu mustahil.

Ayat Ustaz MC tu sama ja. First, baik dia tanya sebab kenapa datang lewat then dia "pacak-pacakkan pisau atas dahi korang" selepas dia tanya soalan - "Kalo Nabi, apa dia akan buat?"

Bersungguh memasing cerita Sirah Nabi, macam mana Nabi akan react pada sesuatu situasi, betapa mundurnya satu-satu negara kalau tak menghormati masa. One thing gua salute bangsa Arab, Rasulullah SAW adalah segala-galanya hatta bila gaduh, kalau korang sebut nama Rasulullah SAW, terberhenti gaduh siap mengaku "Kamu telah tundukkan saya atas nama Rasulullah"

Tapi hagaklah budak, kelas pukul 9 pagi, pukul 10 pagi korang datang. Kalo kelas Syed Tariq tu, memang dia ingat ko sampai habis semester! Bahaha. CONTOHNYA GUA.

Apsal gua asyik cerita Syed Tariq Daud Rafique weh? Gua siap ingat nama dia penuh weh! Misteri betol ni.

Thursday, August 4, 2011

#Kenangan Puasa

~monolog gua dan sendiri~

"Wa, takkan takde kenangan puasa nak share kot?"

"Tak."

"Mustahil takde. Share la sket kat blog ni. Ko kan takde kerja sekarang.Takde orang baca blog ko pun, at least ko bleh nak memori daun pisang dibuai rindu kejap."

"Ok. Dulu, masa malam sebelum raya, gua berkubang dalam kolah madrasah dengan niat nak cuci kolah tu. Besoknya kan orang nak semayang raya. Tiga tahun berturut-turut gua jadi Pencuci Kolah Madrasah kampung"

Tiga Virus

Perasan tak ramai orang kita ada 3 virus yang beranak-pinak dalam hati dan jiwa? Virus2 adalah berikut;

1. menghina intelek orang
2. menjatuhkan orang seadanya
3. menyalahkan orang lain lagi best

sebab virus-virus ni la, gua masa study dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai membawak ke universiti, gua jarang angkat tangan untuk bertanya cikgu. sebab gua takut kawan sekelas lain pikir gua lembab dan tak paham2..

tengok, virus ketiga ada kat gua. dah dapat simptom ni.

Monday, July 25, 2011

Antisipasi Ramadhan 1432

Tujuh hari lagi nak kita nak masuk bulan Ramadhan. Enam hari lagi peluang pada mereka yang masih belum ganti puasa. Pastu,gagal korang kena bayar fidyah.

Apa jangkaan pada Ramadan kali ini? Kalo gua, mudah je.

1] Lokasi utama Bazar Ramadan di Alor Setar bagi gua akan berpusat di tiga tempat utama - Kat Stadium, Jalan Datuk Kumbar dan depan Star Parade.

2] Ofis gua takkan berjerebu untuk sebulan. Hurrah!

3] Bila gua tak puasa, gua kena lebih pandai cover di ofis mahupun di rumah supaya takde tetibe orang buat ayat "hoh! orang tak puasa takbleh buka posa sekali" ATAU "hang kan tak posa, pi la cat bingkai tingkap tu sat!" bagi satu kampung dengar.

4] Bila orang tak posa sebelah gua, takkan ada President yang nak berleter setengah jam pasal perlunya kita menghormati orang yang menjalani keperluan agamanya dengan sekali- sekala mengungkit di dalam meeting anymore.

5] Gua akan menangis setiap malam bulan posa kerana baju raya gua takkan siap sebab hantar lambat.

6] Gua akan teguk air manis berais dalam 4jag secara solo setiap kali berbuka.

7] Gua takkan tengok lagi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang selama gua hidup dia je yang dalam tv buat announcement Puasa dan Raya. You will be missed, Pak Engku.


SALAM RAMADHAN YAW!

Sunday, July 24, 2011

Keadaan Shitbrix #1

Bila gua dalam keadaan sangat penat, dan memikirkan gua ada 45min sebelum sampai ke Alor Setar selepas memasal dengan nenek gua dan makan laksam dan disebabkan bukan gua yang drive, perasaan sangat lega dan hebat bila dok kat belakang cam tuan besar.

Saat gua nak lelap mata dek kerana penat seharian menemankan sepupu gua membeli belah dan dia buat gua belihutang kat Amway, tetibe telinga gua kena renjatan maha azab selepas Friday...

"Ah ah ahmad. Ternyata tanpa ku duga-duga, Aku terima salam darinya. Ah Ah Ahmad…"

Dan otak gua printscreen lagu tu dan ulangputar hingga gua sampai depan Santan Segar.

Keadaan yang sungguh shitbrix!

Wednesday, July 20, 2011

Bila Bos Buat Lawak, Sistem Saraf Staf jadi Error Syntex

Situasi 1 - Lepak2 sementara tunggu habis jam

Bos: Saya ada soalan kat kamu
Staf: Err... okay
Bos: Kalau pokok taugeh dari kacang hijau, kacang hijau dari pokok apa?
Staf: [error syntex]


Situasi 2 - Staf tengah makan kuaci sambil bergosip.

Bos: Ni, tak payah dok makan kuaci dalam kereta tau...
Staf: La, apsal pulak?
Bos: Makan kuaci dalam kereta dah nampak kamu macam hamster dalam balang kaca
Staf: [error syntex]


Situasi 3 - *Ring ring* .. Staf angkat telefon

Staf A: Hello, pejabat bos saya
Bos: Ya, saya nak bercakap dengan dengan Staf B
Staf A: Boleh saya tau ni sapa?
(Staf A adalah staf baru yang baik hati, sopan santun dan kunci rendah pendengaran)
Bos: Tunang dia.. tunang
Staf: Tunggu sebentar ya.

Staf B: Hello ... ya, bos?
Staf A: [error syntex]

Monday, July 18, 2011

NEWS: Perutusan Pertama Duta Seronok (Peristiwa dan Tempat Makan) Alor Setar

BERITA HAIRAN EDISI KEDAH

dikemaskini pada 3.03pm

Julai 18, Isnin - Flutterbyazwa, Duta Seronok (PTM) Alor Setar telah melaksanakan tugas pertamanya dengan berhubung secara maya dengan webmaster website Majlis Bandaraya Daerah. Hubungan ini mendapat respon positif pihak MBAS melalui emailnya yang telah direply sebanyak tiga kali dengan menyebut perkara yang sama.

Apabila ditanya, Flutterbyazwa berharap semoga cadangannya untuk penaikantaraf seperti dijanjikan dapat dikotakan.

"I hope for the best la untuk pihak Majlis. Thanks to webmaster's feedback, I rasa I dah melakukan tugas I. Nasib baik la I self appointed, kan? Bersyukur tak korang?"

"I did my job, how about choo?" sambungnya sambil menunjukkan ibu jari best.


Gua Rasa Tiba-tiba

Tiba- tiba gua teringat sesuatu. Tapi gua tak sure menatang apa.

Gua rasa macam projek mega billion-billion. Due date bulan julai tahun ni.

Isykk, sejak bila otak jadi kecut tahap infiniti ni?

Takkan gua main tenet secara melampau. Tak mungkin.

Menatang apa weh? Isyykk

(Video): Mamat Ni Champion Dalam League Sendiri

Pagi ni, gua sempat dengar #FlyFM #RockPagiCrew cerita pasal mamat Pavithran yang pakai jersi Man United kat game Malaysia-Liverpool. Lepas tu, hearsay kata dia provoke dengan sorak "champion" then kena paksarela buka jersey dia.

Gua cari punya cari, ini link videonya.

Mamat ni di offer pakai baju Liverpool, tapi beliau tanak. Tak lama pastu, mamat tu datang balik pakai jersey Harimau Malaya.

Gua puji lu punya keberanian, bhai. Gua yakin lu turun Bersih hari tu. Gua yakin sangat.

Bayangkan kalo yang buat macam tu pompuan? Perghhh.... gua rasa ramai penyokong bercerai dengan Liverpool hari tu.

Sunday, July 10, 2011

Movie Review: Tolong Awek Aku Pontianak

Ya, kita bersama lagi dalam rancangan Kamu Tonton, Kami Tanya. Memandangkan kami amat mengambil kira kewangan dan perolehan semasa dan merasakan blogging boleh didapati percuma dari tonton wayang, maka talkblogshow Kamu Tonton, Kami Tanya ini diciptakan untuk bacaan mereka yang seperti kami yang merasakan RM10 itu sangat hebak nilainya. Kita bersama hos anda, dramatis Makbul @ Bol

*lagu intro 5min*

M: Bol nak tanya ni, apa yang istimewa dekat Tolong Awek Aku Pontianak?
F: Istimewa? Eh, taknak tanya nama saya ke?

M: Takpa la, masa tak cukup nih… Bol dah lambat, satgi Encik Anuar nak ajak makan ais kacang.
F: Lawak ringan, kurang cliché, ada kelainan, sket. Sket ja… Istimewanya wardrobe Sazzy Falak sangat vintaj dan cantik. Watak Bob and Pian best. Brotherly love BFF.Ha ha. Cuma…

M: Lawak sangat dak cerita ni? Macam cerita Mamat Khalid? Ha ha ha
F: Awat gelak?

M: Dak. Bol teringat Mamat Khalid.. Abang.. abang.. abang… Ha ha ha
F: Ha ha ha. Tengok dak Maharaja Lawak yang masa Johan buat lawak tu, Bol? Ha ha ha

M: (muka serius) Rumah Bol takdak Astro. Bol tengok kat Youtube. Bol pinjam laptop Tok Imam.
F: Ohh…. Penerbit dia sama. Geng production yg sama. Sebab tu mekap pontianak camtu kot. Tapi, cerita dia bukan cam Mamat Khalid. Maybe inspired je kot. Rashidi Ishak watak dia best. Tak pernah lagi tengok dia bawa watak camtu. Nurul in red pun lawa. Dah expect dah, once Maya join ofis, dia akan terus masuk meeting senang2. Oh, apartment diorang tu shooting kat rumah kastam lama kat KJ. Lepas tu, scene mat rempit lompat masuk lori polis tu lawak. Scene Bob tanya Maya, “Maya kata Maya awek Bob” tu cute. Cumaa….

M: Bol nak kena tanya soalan lagi dak? Macam asyik kamu ja dok ceghita…
F: Dak, takpa la. Satgi nak pi makan ais kacang kan?

M: (angguk angguk) Ha, cepatlah cakap. Tunggu lagi.
F: Actually tajuk movie ni maybe misleading. Saya ingatkan cerita ni Bob dah tahu awal2 Maya tu pontianak and dia try coverkan Maya bila Maya bertukar jadi pontianak ke atau ala… Macam My Ex-Girlfriend is A Superhero tu… Cuma…

M: Hamboi, dari tadi dok cuma cuma, nak apa?
F: CUMA, AWAT BOMOH SELEBRITI DIA NAMA AARON SLAMBACH?!! Dah nak bunyi Adam Lambert…. Huwaaaa…

******************

Siaran Tergendala

"Masa Faizal datang, Maya cakap Maya awek Bob. Maya serius ke Maya main-main? Ohhh... serius"

Saturday, July 9, 2011

Movie Review: KL Gangster

[disclaimer~review ini bias kerna gua tak suka shamsul yusof. nuff said]

12 KALAU dalam movie ini.

1. KALAU semua taiko gangster cina nama haiwan - Shark, Dragon dan King (maybe derived dari King Cobra) kenapa samseng melayu tak pakai Helang, Sesumpah atau Kupu-kupu?

2. KALAU bukan budak darjah 5 sekolah rendah yang pandai lukis mural macam kat laluan bacaan tepi bilik guru (ahem) siapa lagi yang lukis tattoo kat tengkuk Shark?

3. KALAU Ady Putra asyik gigit rokok tapi tak cucuh2 walaupun sekali, adakah rokok yang tidak dicucuh tersebut didermakan ke Persatuan Pesakit Kanser Paru-Paru Malaysia?

4. KALAU choreographer fight scene Aaron dan AdyPutra adalah Corrie, mungkinkah choreographer fight scene Shamsul Yusof seorang penari ballet yang sangat graceful? (kan gua cakap gua tak suka dia?)

5. KALAU AdyPutra boleh tayang six-pack dia dan buat gua kata "Oh La La", tidakkah Aaron Aziz juga WAJIB berbuat demikian?


6. KALAU Abang Long Padil kena tanam pisau panjang di perut, masihkah beliau hidup?

7. KALAU penulis skrip bukan seorang dari kelas Sastera, mana datangnya "jangan sampai aku potong kau 18, baru kau erti penyesalan?" *gelak guling-guling*

8. KALAU gangster cina sama cina berborak, diorang memang cakap bahasa Malaysia ehh??

9. KALAU banyak kaca berderai seperti bebutir pasir di tepian pantai, tidakkah badan pelakon calar balar dek kaca itu? (gua tau la kaca tu buat dari gula, tapi, effect kaca dia mana? mana?)

10. KALAU Shark suka cari pasal, apakah King yang berdialek 100% melayu itu seorang stalker kerna selalu appear so suddenly tiapkali Shark buat pasal?

11. KALAU sesebuah kawasan gangster adalah seperti Pasar Borong Selangor, mungkinkah kantin sekolah rendah kat Kelana Jaya adalah kawasan sejenis gangster juga?

12. KALAU kongsi gelap cina or mana-mana persatuan cina tak amik port pun pasal Petaling Street, dialek cam bangang serta depiction of betapa cina dan gangsterism sangat berpadu tenaga dan jiwa, apsal PEKIDA yang panas lebih?

Gua Google Image gambar KL Gangster, gua nampak THIS as second photo.

SUNGGUH GANGSTER..... LMAO!!!!!

Tuesday, July 5, 2011

Surat Untuk Akak Kantin Nasi Ayam

Kepada:
Akak Kantin Nasi Ayam (yang kemudian dirujuk sebagai “ANA”)
B1, Kompleks Mahkamah Jalan Duta
Kuala Lumpur

Dear ANA,

Gua tahu la gua agak tua untuk chambering. Tapi, tak payah la seksa gua cenggini, boleh tak, kak? Akak tahu kan gua gomuk, naik turun, naik turun bangunan tu akak ingat senang ke? Nasib baik gua equipped pakai seluar sebab taknak peha gua pecah dek geseran.

Tahukah ANA,

Dah la bersusah payah gua bangun pagi-pagi, pagi giler sebab nak tumpang PKP Shah Alam pergi komuter cam siput sedut untuk sampai Sentral, gua naik pulak LRT pergi Masjid Jamek. Dan bila gua sampai ke sana, gua lintas jalan 3KALI nak cari Wisma Kraftangan punya pasal. 3KALI!

Gua sampai pukul 8pagi kat Kompleks Mahkamah. Gua pikir “takkan la scary gile nak filing je kan?"

Dengan hati sebal, gua sekali lagi kena reject sebab CTC gua bukan lawyer, tapi penjawat awam. Apa ke gila, itupun gua tak tahu? Nasib baik ada Megat Musleh yang mula-mula gua tak ingat nama dia. Gua kejar dia dan mintak sign, gua siap suruh dia letak No IC lagi.

Lepas gua siap photocopy 32 copies untuk notis dan 4 copies untuk petisyen baru gua terbaca satu kertas hijau di sisi kaunter masa gua dok stapler;

“Mulai 1 Julai 2011, petisyen kemasukan peguamcara dan peguambela boleh dilakukan secara e-filing"

Gua is RAAAGGEEEE

So, akak nasi ayam kat B1, boleh tak bagi gua makan ayam instead makan tulang ayam?

Truly yours,
Gua Flutterbyazwa Yaw!

Tuesday, June 28, 2011

NEWS: Flutterby Self Appointed Ambassador of Fun at Events and Makan-Makan Alor Setar

BERITA HAIRAN EDISI KEDAH

dikemaskini 1.30pm

28 Julai - Flutterby Azwa hanya seorang blogger yang tidak dikenali dan selalu menulis tentang diri sendiri. Inilah fungsi utama blog yang sering digunakan oleh pengguna internet seantero dunia. Sejak kembali ke Alor Setar dan setelah beberapa kali dituduh sebagai #OrangAlorSetarGagal beberapa kali di laman mikro-blog, Twitter Flutterby Azwa kini membuktikan dirinya adalah pencinta Alor Setar.

Flutterby Azwa boleh tersenyum bangga apabila telah melantik dirinya sebagai Duta Seronok (Peristiwa dan Tempat Makan) Alor Setar seketika tadi.

"I want orang Alor Setar appreciate sikit ibu negeri Kedah ni. Banyak tempat menarik kita boleh lawati dan hangout with friends. Whats the masalah with that?" jelasnya dengan berlagak dengan sedikit-sedikit campur bahasa dan English.

Tambahnya lagi "As Alor Setarian, I would like to invite all people of Alor Setar and/or other tourists to check my blog and see for yourself that Alor Setar is tidaklah seboring as some people claimed. Saya akan update from time to time, events dan tempat menarik yang boleh kita pergi dan juga tempat makan"

Kementerian Pelancongan di bawah rejim Datuk Ng Yen Yen tidak dapat dihubungi kerana penulis kekurangan kredit. Namun, tidak terdapat berita yang menyebut perlantikan ini akan mendapat dana seperti laman Facebook Kementerian hatta peruntukan sebanyak RM1.8juta.

Ditanya sekiranya dia rajin untuk keluar dan mempunyai wang untuk melakukan aktiviti tersebut, dia tidak mahu memberikan komen lanjut.

EVENTS IN ALOR SETAR (JULY 2011)

~please, Alor Setar is not that boring. We too, have events~


UTUSAN/KFC Sepak Takraw Tournament
Date: 1 - 2 July 2011
Time: 9.00am
Venue: Sultan Abdul Halim Stadium, Jalan Suka Menanti, Alor Setar
Notes: 6 men in shorts sepaking a rattan ball to earn some KFC buckets!


ASCJ MARATHON 2011
Date: 8 July 2011
Time: 8.00am
Venue: Alor Setar Mall
Note: 15 - 10km run; Are you game? Wait, the correct question is Can You Wake Up Early in the Morning To Run a 10km marathon? LOL


INTERNATIONAL MUSEUM DAY CELEBRATION
Date: 7 - 9 July 2011
Time: 8.00am
Venue: State Museum, Alor Setar
Notes: (activities) morning aerobic, traditional games and Sirih Junjung's decoration


PC FAIR 2011
Date: 15 - 17 July 2011
Time: 10.00am
Venue: Star Parade, Alor Setar
Note: (to self) I need to buy myself THE netbook.


ZEE ONE MUAY THAI CHALLENGE 2011
Date: 16 - 17 July 2011
Time: 11.00am - 11.00pm
Venue: Alor Setar Tower
Note: 2 men in a ring fighting each other just like in Ong Bak


NATIONAL CUBPRIX CHAMPIONSHIP 2011
Date: 22 - 23 July 2011
Time: 9.00am
Venue: Stadium Darul Aman
Note: Professional and authorized mat rempits

Ini Pasal Pashmina

Gua bukanlah penjual pashmina. Tapi gua ada cerita pasal pashmina.

Kalau ko pakai pashmina original, kehangatan dari ketebalan pashmina tersebut dapat mensuam-suamkan badan ko yang kesejukan dari hembusan air-cond atau udara sejuk di kawasan-kawasan 4 musim atau waktu-waktu vital seperti ko dalam peti sejuk atau ko semasa musim hujan.

Tapi, bila ko ada pashmina original, jangan buat tudung lilit tu, panas.

Tapi, kalo ko nampak gua nampak pakai pashmina, gua ni tak masalah sejuk sangat pun, lemak tepu sahaja dah 20kilometer. gua pakai sebab baju (note: baju kurung) gua dah sendat.

note: baju raya gua belum siap
note: gua dulu pegi ofis pakai jeans, selipar jamban