Pages

Tuesday, July 5, 2011

Surat Untuk Akak Kantin Nasi Ayam

Kepada:
Akak Kantin Nasi Ayam (yang kemudian dirujuk sebagai “ANA”)
B1, Kompleks Mahkamah Jalan Duta
Kuala Lumpur

Dear ANA,

Gua tahu la gua agak tua untuk chambering. Tapi, tak payah la seksa gua cenggini, boleh tak, kak? Akak tahu kan gua gomuk, naik turun, naik turun bangunan tu akak ingat senang ke? Nasib baik gua equipped pakai seluar sebab taknak peha gua pecah dek geseran.

Tahukah ANA,

Dah la bersusah payah gua bangun pagi-pagi, pagi giler sebab nak tumpang PKP Shah Alam pergi komuter cam siput sedut untuk sampai Sentral, gua naik pulak LRT pergi Masjid Jamek. Dan bila gua sampai ke sana, gua lintas jalan 3KALI nak cari Wisma Kraftangan punya pasal. 3KALI!

Gua sampai pukul 8pagi kat Kompleks Mahkamah. Gua pikir “takkan la scary gile nak filing je kan?"

Dengan hati sebal, gua sekali lagi kena reject sebab CTC gua bukan lawyer, tapi penjawat awam. Apa ke gila, itupun gua tak tahu? Nasib baik ada Megat Musleh yang mula-mula gua tak ingat nama dia. Gua kejar dia dan mintak sign, gua siap suruh dia letak No IC lagi.

Lepas gua siap photocopy 32 copies untuk notis dan 4 copies untuk petisyen baru gua terbaca satu kertas hijau di sisi kaunter masa gua dok stapler;

“Mulai 1 Julai 2011, petisyen kemasukan peguamcara dan peguambela boleh dilakukan secara e-filing"

Gua is RAAAGGEEEE

So, akak nasi ayam kat B1, boleh tak bagi gua makan ayam instead makan tulang ayam?

Truly yours,
Gua Flutterbyazwa Yaw!

Tuesday, June 28, 2011

NEWS: Flutterby Self Appointed Ambassador of Fun at Events and Makan-Makan Alor Setar

BERITA HAIRAN EDISI KEDAH

dikemaskini 1.30pm

28 Julai - Flutterby Azwa hanya seorang blogger yang tidak dikenali dan selalu menulis tentang diri sendiri. Inilah fungsi utama blog yang sering digunakan oleh pengguna internet seantero dunia. Sejak kembali ke Alor Setar dan setelah beberapa kali dituduh sebagai #OrangAlorSetarGagal beberapa kali di laman mikro-blog, Twitter Flutterby Azwa kini membuktikan dirinya adalah pencinta Alor Setar.

Flutterby Azwa boleh tersenyum bangga apabila telah melantik dirinya sebagai Duta Seronok (Peristiwa dan Tempat Makan) Alor Setar seketika tadi.

"I want orang Alor Setar appreciate sikit ibu negeri Kedah ni. Banyak tempat menarik kita boleh lawati dan hangout with friends. Whats the masalah with that?" jelasnya dengan berlagak dengan sedikit-sedikit campur bahasa dan English.

Tambahnya lagi "As Alor Setarian, I would like to invite all people of Alor Setar and/or other tourists to check my blog and see for yourself that Alor Setar is tidaklah seboring as some people claimed. Saya akan update from time to time, events dan tempat menarik yang boleh kita pergi dan juga tempat makan"

Kementerian Pelancongan di bawah rejim Datuk Ng Yen Yen tidak dapat dihubungi kerana penulis kekurangan kredit. Namun, tidak terdapat berita yang menyebut perlantikan ini akan mendapat dana seperti laman Facebook Kementerian hatta peruntukan sebanyak RM1.8juta.

Ditanya sekiranya dia rajin untuk keluar dan mempunyai wang untuk melakukan aktiviti tersebut, dia tidak mahu memberikan komen lanjut.

EVENTS IN ALOR SETAR (JULY 2011)

~please, Alor Setar is not that boring. We too, have events~


UTUSAN/KFC Sepak Takraw Tournament
Date: 1 - 2 July 2011
Time: 9.00am
Venue: Sultan Abdul Halim Stadium, Jalan Suka Menanti, Alor Setar
Notes: 6 men in shorts sepaking a rattan ball to earn some KFC buckets!


ASCJ MARATHON 2011
Date: 8 July 2011
Time: 8.00am
Venue: Alor Setar Mall
Note: 15 - 10km run; Are you game? Wait, the correct question is Can You Wake Up Early in the Morning To Run a 10km marathon? LOL


INTERNATIONAL MUSEUM DAY CELEBRATION
Date: 7 - 9 July 2011
Time: 8.00am
Venue: State Museum, Alor Setar
Notes: (activities) morning aerobic, traditional games and Sirih Junjung's decoration


PC FAIR 2011
Date: 15 - 17 July 2011
Time: 10.00am
Venue: Star Parade, Alor Setar
Note: (to self) I need to buy myself THE netbook.


ZEE ONE MUAY THAI CHALLENGE 2011
Date: 16 - 17 July 2011
Time: 11.00am - 11.00pm
Venue: Alor Setar Tower
Note: 2 men in a ring fighting each other just like in Ong Bak


NATIONAL CUBPRIX CHAMPIONSHIP 2011
Date: 22 - 23 July 2011
Time: 9.00am
Venue: Stadium Darul Aman
Note: Professional and authorized mat rempits

Ini Pasal Pashmina

Gua bukanlah penjual pashmina. Tapi gua ada cerita pasal pashmina.

Kalau ko pakai pashmina original, kehangatan dari ketebalan pashmina tersebut dapat mensuam-suamkan badan ko yang kesejukan dari hembusan air-cond atau udara sejuk di kawasan-kawasan 4 musim atau waktu-waktu vital seperti ko dalam peti sejuk atau ko semasa musim hujan.

Tapi, bila ko ada pashmina original, jangan buat tudung lilit tu, panas.

Tapi, kalo ko nampak gua nampak pakai pashmina, gua ni tak masalah sejuk sangat pun, lemak tepu sahaja dah 20kilometer. gua pakai sebab baju (note: baju kurung) gua dah sendat.

note: baju raya gua belum siap
note: gua dulu pegi ofis pakai jeans, selipar jamban

Sunday, June 19, 2011

Kodak Dayyum Moment

Tak ramai yang tahu, bila gua gabra, gua meracau. Okay, memang tak ramai tahu, gua pun tak ramai member. Then again, saat gelodak jiwa yang gua pon tak paham, ada bila gua jumpa Sir Iqbal. Seperti mana ayat dasat Atunmanna "Apsal aku tengok ko macam tak tentu arah, bhai?"


Niat hati nak membuatkan lecturer sanjungan Malaya tu berbangga dengan gua, tapi kegagalan mutlak di situ. Gua rasa sangat gagal dan durjana waktu itu.


Gua rasa gua hagak gabra dengan loyer yang sorang lagi. Maybe dia agak suam2 dan jenis double-meaning. Gua ada encounter ramai spesis gini, tapi it takes time to gua belajar tango sama dia. (secara random, gua rasa dia ahli sepanjang hayat WUFI) (secara random)


Anyway, masa gua cerita dengan dia pasal satu kes ni, gua pun meracau bila client jenis tak amik port breach of contract yang dia entered. Gua dengan tanpa sedar dan tak memasal


"Family saya pun terima tanah dari Sultan Kedah, tapi takda la sampai tak amik peduli cam dia ni langsung. Kesian kat anak cucu, kalo tak, boleh gak merasa, kan?"


WHAT THE EFFIN FOOK WAS THAT?? Gua rasa cam nak terjun dari bangunan Bina DarulAman; tanpa cable; dengan gaya bebas.

Tuesday, June 14, 2011

Komplot Tidak Baik Oasis dan TV-AlHijrah

Pernahkah anda menonton Para Pencari Tuhan Musim Pertama di Astro Oasis pukul 1.30ptg -2.30ptg dan ulangan pada malamnya?

Sinetron dari Indonesia ini berkenaan dengan Abang Jack, seorang penjaga surau yang telah menerima 3 orang bekas banduan sebagai anak murid beliau - Barong, Chelsea dan Juki. Pada masa yang sama juga, adanya kisah Azzam dan Aya yang bergaduh manja egois dan juga Ustaz Ferry.

Minggu pertama kehadiran TVAlHijrah di Astro, saluran itu menyiarkan sinetron tersebut untuk Musim ke4, di mana Pak Jalal yang masa musim pertama kaya, dah jatuh miskin dan Asrol yang kurang bersyukur dengan pemberian Tuhan terhadapnya telah mempunyai perniagaan bakso.

Used to kat Oasis, dan musim pertama dah habis. Sekarang, TVAlhijrah yang siarkan Musim ke2 pada hari bekerja pada jam 6 - 7 petang. Aku tahu ni komplot mereka nak bagi orang tengok TVAlHijrah. TETAPI

KENAPA TAKDE SUBTITLE WEH?

Entri Bulan Jun

Bulan Jun atau lebih dikenali sebagai bulan enam, adalah bulan keenam dari dua belas bulan dalam kalendar Gregorian. Bulan keduabelas adalah bulan Disember

Entri ini adalah entri pertama untuk bulan Jun atau bulan enam ini.

Bulan Jun juga adalah bulan Rejab bagi kalendar Islam. Bagi sesiapa yang belum menggantikan puasa, sila berbuat demikian. [peringatan kepada diri sendiri]

Di bulan Rejab ini juga, anak saudara gua yang berumur 10bulan dah menggedik nak try berjalan. Selain itu, gua dah chambering kat satu legal firm yang deal with land matters dan syariah cases kat Alor Setar.

Di bulan enam ini, barang yang lama jangan dikenang. Okbai.

Saturday, May 28, 2011

Movie Review: Kongsi


Gua dengar kutipan juta-juta gak la movie Farid Kamil ni. Oleh kerana, bak kata Fanerrific;
"Industri trailer kat Malaysia ni sangat cemerlang. Cerita bodoh cam Keparat tu pun kita akan rasa nak tengok"
lalu gua tempted nak tengok, maka gua pun plan cocok adik gua beli Kongsi kat AstroFirst yang kemudian menjurus kepada cocokan kepada brader gua untuk sms BELI dan mengikut apa kata sms tersebut. Miahahahaha.... DAPAT! Yes! Yes!

Seingat gua, cerita bangang bajet movie HongKong FK pasal mat rempit dulu pun kemain gak. By the way, gua dah tengok citer Rempit V6 tu (kat rumah Aya Lautner) - cerita takde arah. Gua tau ni, FK punya target group datang panggung adalah mat-mat rempit. Good strategy, bhai!

Gua sangat tak paham kedatangan Shaheizy Sam berambut mohawk ke KL. Apa motif dia? Apa yang bakal dia dapat dari kekucarciran tersebut?

Bila Tumulak dendam sama Shariff Sharifuddin, tidakkah itu dendam kesumat peribadi? Kenapa Kempedu sangat memahami dan punya taman dihati? Apa kena mengena Kempedu (which, sangat jahanam sebagai nama seorang Thai) yang siap sediakan semua barang dalam tilam tersebut? (pestaim dengar Bront Palarae cakap siam, seksi you, auww~)

Dan soalan gua yang seterusnya, kenapakah mesra benar perhubungan antara Polis Diraja Malaysia dan geng2 kongsi tersebut? Siap boleh datang melawat balai seadanya. Siap ada undercover polis jaga rumah Mikail. Gua tak suka Mikail tu, ada tatu kat tetek.

Gagal benar scene Tumulak dan Yana terjun dari atap ke tanglung itu. Bukankah itu stunt zaman Jackie Chan masih berhidung besar? 15 tahun nan lalu, brader FK.

Paling jahanam bila geng kongsi gi rompak 7Eleven je. Bwahahaha! Gua gelak guling-guling! Itu kerja sorang je la kat Amerika. Pasal kat Mesia sampai sampai 3 orang? Gi la rompak kedai emas ke. Apa raa lu!

Scene ala-ala CSI tengah autopsi cam scene jiran nak beranak dalam labour room dowh! Berapa besar dia bullet dalam badan mat yang rompak 7E tu. Lu tayah tipu tv junkie yang layan CSI, CSI:Miami dan CSI:NY yang sangat kronik cam gua. FYI, gua layan juga Leverage sekarang.

Citer ni pace laju, okey, tak meleret NAMUN jalan cerita takde berkembang, which kebanyakannya memaksa gua buat inferens sendiri. Gua kan pemikir yang kritis dan serius.

Notakaki: By the way, kalau korang nak tahu, yang mamat pencopet handphone bini Shariff Sharifuddin itu adalah adik Farid Kamil yang dulu waktu di Sek Dato Syed Omar sangat cute dan innocent. Dia pakai spek dan songkok kat sekolah, gua tell you. Masa dia datang rumah gua time kenduri gua nak masuk UIA dulu, agak tak keruan jugak gua. Sebab gua dok usha adik FK tu kat sekolah. Dan gua tak tahu pun adik FK tu kenal brader gua. Brader gua lagi la tak tahu apa-apa.

Notakaki 2: Jangan cakap kat brader gua. Gua tetak lu! Heh

Friday, May 20, 2011

Cerita Nenek Sanggul

Ada sorang nenek sanggul atas rumah gua. Datangnya tak berjemput, perginya nak halau pun payah. Nenek sanggul ni berkebaya pendek, bersanggul tinggi, jalan melenggang ke kiri dan ke kanan.

Beliau rajin melawat kawasan tatkala maghrib dan kadang-kadang rajin juga mengekspress kebencian dia kat gua. Kalo takat tarik kaki gua, cakar muka, tiup-tiup rambut gua, selalu!!

Malam tadi, dia cari gadoh lagi dgn gua. Gua tau, salah gua minum Nescafe O Ais, jadi gua susah la nak tidur. Sekali dia main loceng gajah yang gua beli kat India dulu. Gua tak tunggu lama, gua pasang CD Adam Lambert's GNT. Padan muka ko!

Tuesday, May 10, 2011

Entri Serius (TT)(Tidur, TakMandi)

Selama gua menghippie di rumah, dengan sekali sekala bapak gua tanya bila nak kerja, mak gua bebel asyik makan, pemalas tolong buat kerja rumah, dan abang gua asyik minta Rm90 nak bubuh astro kat rumah - gua memang tidur lambat tatkala malam menjelma.

Apa taknya, masing-masing kena ambik nombor nak main internet. Anak Encik Rahman dah empat orang, termasuk menantu Encik Rahman sorang - gua nak nakdapat berukben yang bukan beruk tapi cam cakcibur ni dah dapat pukul brapa?

Dah berminggu jugak gua tidur lambat dan hakikatnya bangun lambat. Tanya la kawan-kawan gua yang ajak gua berjimba. Punya mustahil gua nak dapat keluar pagi2.

Gua selalu tidur pukul 2.30pagi. Ye lah, lepas cerita Bella kat TV3. TV gua buka sebagai peneman je. Habis sinetron cam bangang "yg baik, baik nak mampus, yg jahat, setan pun nangis" gua pun masuk tidur. Habis, dah jadi gitu, gua cuma boleh bangun tidur dalam pukul 10pagi.

Bila gua bangun lambat, gua kena setel rumah dulu sebelum Mak gua start bercerita. Korang taknak dengar punya. Lantas, macam maid Indon yang berkaliber, gua cuba siapkan semua sebelum kul 1tghari. (gua takde la buat semua sekali, tapi kebanyakannyalah)

Maka, waktu mandi gua akan ternaik kat pukul 3petang. Habih, gua kena la rehat dulu sambil layan Sejuta Cinta Marshanda. Pastu kalo kaki gua kena semut-semut, gua terpaksa lepak lagi sampai pukul 4, lepas layan Sergio dalam Marimar.

Malam tadi, gua berazam ingin mengubah diri. Gua tidur pukul 12.30malam. Gua naik ke bilik sambil cari handphone2 gua. Gua set alarm ke pukul 7am. (Takpe, kita start pelan-pelan, gua cakap kat diri-sendiri) Gua tukar lagu alarm ke lagu Linkin Park. Gua rasa, insyaAllah senang bangun bila dengar lagu rock pepagi kejut kita bangun.

Pagi tadi, gua bangun pukul 9.50am. Dan sekarang dah pukul 1ptg lebey2, gua masih belum mandi.

Projek Membabi Buta

Perasan tak gua kaki banyak projek? Banyak juga projek-projek tersebut membabi buta. Setengah projek gua dah abandoned macam mengabandon anak kecil di tepi jalan. Bukan lah gua pernah buat, tapi perumpamaannya adalah "gua dah fedup" atau "lu bukan outcome dari projek yang gua nak"

Walaupun projek tu sangat do-able dan tidak memerlukan kos yang tinggi, tapi bila power malas gua ambik alih, gua sendiri tidak ada kemampuan untuk menentangnya. Ala-ala superman kalah dengan batu hijau kryptonite.

Mak dah panggil suruh masak. Ok, bai.

Sunday, May 8, 2011

Movie Review: Thor


Went to watch Thor with Dina Nordin couple of days ago. It was boring for me. Its the same ol' story.

A cocky prince who wanted to become a King so badly, he made some mistake and banished to Earth. He met with a nerd but pretty lady and fell for her. And there's always the jealous brother, and the companions and he learnt from his mistake and got his power back... yada yada yada. Same-oh, same-oh...

The only scene yang buat mata aku terang adalah ketika scene dia pakai baju ex-Natalie Portman. *screams*

Sekian, review untuk kali ini.

Siri Kembara Alor Setar (A Hippie's Project)

Tahukah anda Alor Setar menjadi sebuah bandaraya pada tahun 2003?

Tahukah anda tiada lagi flyover menyeberangi sedari kolej Sultan Hamid hingga masuk ke Pekan Alor Stetar?

Tahukah anda juga Pekan Rabu kini mempunyai escalator merentasi jalan kerna kempen menggunakan jejantas instead jadi anak2 ayam berlari-larian ke seberang sana untuk pergi ke Butik Saerah?

Tahukah juga bahawa sebagai seorang yang gagal geografi Alor Star dan setelah menjadi hippie, adalah menjadi sebuah projek bagi gua untuk mengenali tanah tumpah darah terchenta ini?

(Fine, gua bengkek kat orang mempersoalkan kehebatan tai-kah-ceh gua kat area Pekan Rabu)

Okay, SEBAB MUSABABNYA gua banyak masa lapang dan sebab gua ingat nak songlap sehari SLR adik gua. Agak-agak, dia nak bagi pinjam dak? krik krik krik

[Angguk cepat! angguk! angguk aku kata]

Jadi, apa kata kita lakukan Siri Kembara Alor Setar!!! Berikut adalah list kembara untuk sehari. List ni nanti aku tulis dengan magic-pen berwarna warni atas kertas dan cross satu persatu. Macam aku buat kat Melaka dengan Halia dulu.

  1. Muzium Negeri
  2. Balai Besar
  3. Balai Nobat
  4. Balai Seni
  5. Masjid Negeri
  6. Muzium Padi
  7. Pusat Sains Negara, Cawangan Utara
  8. Pekan Rabu
  9. Galeri Seni Lukis
  10. Muzium Diraja(beza eh dengan Muzium Negeri? eh?)
  11. Terusan Wan Mat Saman
  12. Masjid Zahir
  13. Menara Alor Star
  14. Tempat kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad
  15. Rumah Memorial Tunku Abd Rahman
Sapa nak ikut gua aka tukang bawak kereta, tukang dengar cerita, tukang teman beli roti dan air mineral dan makan dalam kereta dan tukang posing dalam gambar?
Gua buruk, tak sanggup nak cam-whore anymore. *sigh*
ANGKAT TANGAN~

Wednesday, April 27, 2011

Semberono #5

Sebagai seorang berdarah AB seperti Ohtori Kyoya dan berbintang Aquarius seperti Adam Lambert, aku telah membiasakan diri mendengar cerita dari kedua-dua pihak.

Semua orang berhak mempunyai Freedom of Speech and Expression dan Right to be Heard

Mungkin juga ini perangai mereka2 yang mempunyai ijazah undang-undang.
Bajet pemangkin masa depan negara yang gemilang.

Monday, April 25, 2011

A Hippie's Diary

After I tendered my resignation, maka bermulalah kehidupan hippie selama sebulan. Sepanjang April, gua coba membiasakan diri dengan cara hidup hippie menurut kamus Fanerrific. It was hard, sungguh tak tipu. Lalu gua menyusun rencana walopon pantang larang sebagai seorang hippie mengatakan tidak, tetapi gua perlu! Supaya gua tak hilang akal atau menjadi sewang.

Saturday, April 23, 2011

Practice Makes Perfect

So aku kena tahan dengan makcik polis trafik on Friday aku nak balik Kedah kat korner masuk LKSA heading to satu roundabout sebelum masuk Seksyen 16. Serius aku tak tipu bila aku cakap aku terkejut bila nampak diorang buat roadblock. Seronok beliau stopkan aku kat tepi jalan dan asyik question apsal aku berenti kat depan sana dan tak pakai tali pinggang keledar. Aku cakap la aku buka sebab cermin tingkap aku tak boleh buka, so, masa bayar tol tadi, aku bukak tali pinggang tu ha. (seriously, aku memang tak pakai tali pinggang selama2 ni, UNLESS bila 'rajin' or bila disuruh orang sebelah)

Tadi siang, aku kena tahan lagi kat korner masuk depan Medan Bendahara. By one JPJ guy yang bajet hensem. Soalan yang sama "Awat tak pakai tali pinggang? Masa belajar bawak kereta dulu, cikgu tak ajaq ka?"

Well, Encik JPJ, practice makes perfect. Walaupun masa first time kena tahan roadblock gitu, and that time makcik polis trafik tahan gua; gua berpeluh sakan, dengan lu yang gua tahu takde pistol untuk tembak dan letak sebilah dua parang kemudian dan kata gua dikehendaki atas kes pecah rumah, satu je jawapan untuk lu.

"Oh, mana la saya peghasan, Encik. Saya gomuk. Tak perasan tak pakai tali pinggang. Sama ja"

Wednesday, April 13, 2011

Semberono #4

Boleh tak kalau aku tanak kerja langsung dan buat part time je? Hidup tak la kaya. Tapi hidup atas terma dan syarat sendiri. Cintailah diri kita.

A Hippie's Life Rule

The Fedora Guy made Love to Us on Sunday Nite

He made love to us. He made love to all of us.

Malaysia's Do Wops and Hooligans filling up the Rock Zone

Encik BRUNO~!!

that lazy, dont want to do anything fedora guy

"oh my gawd, this is great!"

FarrahJoyy snapped this

Thursday, March 10, 2011

#AftermathRemix

KL - Gombak

Susah sebenarnya untuk orang yang macho macam gua jatuh suka dekat orang. Kalo hensem tu jangan bagi muka! Ngorat! LOL.

Kuala Lumpur
Malam tadi, Meen dan Atun join makan2 dengan gua kat satu dinner, dan diorang betapa bertuah dapat duduk sebelah seorang yang hensem di sebelah Atun dan Meen berkenan tapi Meen gagal dapatkan telefon number hatta dapatkan nama sekalipun. Sheesssh

Masa keluar dari satu simpang KL pun, Meen dapat mengambil perhatian seorang lagi mamat hensem atas motorsikal dengan godaan altimetnya. "Hoi, apa pandang-pandang?"

Dalam erti kata lain, Meen gagal keduanya.

Sebagai sahabat bidadari dan baik hati serta bergeliga, gua ajak diorang pergi Jamming Akbar lepas lepak kat Lotus makan nan cheese yang ala2 pizzarella tu. Auummm! sedap!

Gombak
Gua yang angelic giler ni, tahankan je dengan kegabraan Meen menegur Pak Iqbal. Bercahaya muka beliau. Siap bau lagi Pak Iqbal. Gua rasa dia senget, tapi sebagai sahabat angelic, gua biarkan je. Little that I know, bila gua cakap dengan dia pun gua gabra. Oh, wait! I had UniCrush on him! And the fact that, masa gua kat UIA dulu, fua tak pernah cakap dengan dia! (Tapi sembunyi belakang orang sambil usha rapat beliau) bwahahaha.

Pandangan mata dia menusuk kalbu Meen. Suara dia yang ala-ala M.Nasir separuh muda tu menggugat sanubari Meen dan rambut dia yang tebal, panjang dan hippie tu mendebarkan lubuk hati Meen.

Dan juga, malam tadi adalah pertama kali gua cakap dengan dia DAN dengan situasi sangat dekat. Tapi, Meen lagi excellent punya kegemilangan bukan kepalang wajah gembiranya. Gua pun tak ingat frak apa yang gua cakap sama dia tapi bak Atunmanna "apsal korang cakap cam tak keruan dengan sir tadi weh?"

Hensem la dia. Dia adalah crush gua yang terakhir berumur dari gua. Sekarang, gua punya matlamat semua orang muda. C'mon la, sampai bila kita nak tengok berita Pakcik2 Tua Keparat Tak Sedar Diri kawen Awek Muda kan? Apa kata kita reverse pulak. Kakak2 Menawan Vogue the Vass kawen Adik Manja Hensem. Maizawati is my idol, y'all!

source: Google Image

Wednesday, March 2, 2011

Semberono #3

Sapa pernah tidur untuk 12 jam berturut-turut dengan terjaga sekejap-sekejap di antaranya untuk cover balik jumlah tidur anda yang tidak cukup?

*angkat tangan*

Perkara buat aku bertukar jadi Werewolf Episod 1

"Stay back, Bella. Stay back. I dont wanna hurt you" - Jacob Black

Madam Hazirah selalu ajar jangan berkira pasal makanan dan juga treat how you want to be treated. Tapi, dia tak cakap la english. Dia cakap bahasa. Heh.

Nasihat beliau kadang-kadang aku dengar, tapi selalunya tidak. Masuk bab adab2 bertandang ni aku waras juga, sebab sebagai manusia di peradaban yang maju begini, kalau ada yang buat perangai cam zaman batu, aku nak jadi werewolf. Menyumpah memanjang. Tambah-tambah kalau yang buat perangai zaman batu tu adalah orang yang berpendidikan tinggi universiti dan bertudung labuh.

Ye, aku selalu bagitau orang aku liberal. Kataku; i tak minat nak campur aduk agama dan adat nih. Tapi, bila dalam komuniti yang majoriti percaya kepada konservatif dan bila merujuk kepada ajaran Madam Hazirah di atas yang tersebut, aku pasrah.

Korang pergi tanya sepupu aku, masa kitorang dok umah Ngah Timah aku letak apa dalam teh sorang makcik yang datang pepagi buta sebab nak mengutuk jiran dia. Sepupu aku namanya Nur Faizah Mahamad Tajuddin, sang ustazah kat sekolah rendah Jitra.

Jadi, moralnya di sini; bila bertandang ke rumah orang (especially yang ko tak kenal langsung), kalau orang hidang air sarsaparila contoh kata, duduk la hirup sket pun jadilah. Jangan; pandang pun tidak, bersalam bila nak balik ke haram. Sekian.

Monday, February 28, 2011

Siri Jelajah Gua ke Goa 4: Shopping-shoppingan, Jalan-jalanan, dan Pantai-pantaian


First Day: Miramar Beach and Panjim
Angie, Shoko, Urna dan gua sempat shopping pada hari pertama yang mana gua hampir muflis hari itu. We went to Miramar Beach and Panjim Market. I love beaches! Woohoo!! We stopped at Soul of India and I bought sari, pashmina, some hanging elephants, keychains, blouse, plus i got free cat-like-thingy-craft which I do not know whaffor.

Second Day: Marivel Beach
After the conference, the Entertainment Committee, Kumar bawak all the delegates ke Marivel Beach. Thanks to Madam Subha, gua beli capal satu. Pasir kat sana sangat halus dan gua yang gemuk ni hampir tenggelam dek kerana kehalusan pasir tersebut. Especially bila gua gila pakai sneakers pegi pantai.

Jauh gak la Dona Paula ke Marivel, gua rasakan keannoyance-an gua terserlah bila 3minit sekali gua tanya dalam bas tu - "Are We There Yet?"

Gua sayang Bablu dengan Henri yang layan gua main Laut Arab tu. Takde orang lain yang layan gua. Gua terharu. Bablu punya handphone adalah mangsa gua untuk kontek cousin Sanjeet. (by the way, cousin dia hensem!)

Giler ah, havoc betul warga ANNI+AiNNI ni! superb+supporting! Ada sorang delegate dari India nama dia Miloon, muka dia sejibik Mithun Chakraborthy! Sumpah, gua tak tipu! Dan dia belanja gua makan eskrem chocolate hazelnut! Yeay!

Third Day: Boat Ride Panaji
Rajin Entertainment Committee kitorang bawak kitorang jalan2. Malam tu gua teringin nak tengok Irfan menari atas bot disko kat Panaji tu, tapi gagal. Dia taknak. Hampa gua. Dan gua telah berjumpa dengan buku dan ruas dalam arena sinis - gua kenalkan Alec kepada korang. Giler ah, cam Simon Cowell pun ada dia ni.


Fourth Day: Old Goa, Bombay Bazaar, Panjim
Gua bernasib baik last day ada Keira, Urna, Werk, Angie dan Shoko pergi jalan2 sebelum balik. Kitorang sempat pergi St. Xavier Church, tempat di mana St. Xavier disemadikan. Goa ni banyak influence Portugis kalo korang nak tahu.


Kemudian, kitorang buat shoppingan kali terakhir kat Bombay Bazar. Macam dalam Amazing Race, gua dan Angie pakai tarik je pape yang berkenan. Bila gua bawak balik, gua tak tahu apa yang gua beli.

Oh, Entertainment Committee dah bertukar tangan ke Keira. She is soo good allocating time untuk bershopping dengan jayanya.

(entri kali ni cam kanak-kanak sekolah rendah kan? kemalasan melanda. nanti gua santekkan situasi dan ayat2)

Siri Jelajah Gua ke Goa 3: The Real Deal: The Conference




Siri Jelajah Gua Ke Goa 2: Saat Getir Gua di Chhatrapathy Shivaji Airport

We were advised not to tell anyone that we were attending a conference especially kalau ada perkataan human rights dalamnya. First time naik MAS, gua taktau pakai remote control. Bapak lawak macam nak mati. Habih, gua selama-lama ni naik low-cost je. Nak acane? Nasib baik brader sebelah cool dan baik hati.

Sampai ke Mumbai International Airport, lepas turun dari kapal, gua try bau India. Dulu, masa kat UIA, ada orang yang pergi India balik eksaited bercerita bila sampai ke India, terus bau India. Gua berdiri lama kat luar tu, try bau India. Tipu la korang, mana ada bau pape.

Masuk dalam building, kita mestilah menclearkan passport kita di kaunter imigresen sebelum masuk menclaim luggage. Sekali gua dapat satu uncle Sardarji.

"Where are you staying in India?"
"The place called International Centre Goa"
"What is that place? Is it a hotel?"
"Yes, it is a hotel."
"Why is it called International Centre?"
"I dont know. Why dont you ask the owner?"

Gua diam sekejap. Siap la kalo gadoh dengan Sardarji tu. Mungkin diorang akan hantar gua balik Malaysia. Gua tanak. Gua nak jumpa Henri. Heh.

Bila gua keluar, gua terus ikut flow insan-insan keluar pintu Arrival. Gua check juga, kot-kot ada shooting filem ke, ada orang menari-nari macam citer hindi tu ke..mana nak tahu, gua boleh jadi ekstra kat sana. Sekali gua tak jumpa pintu masuk balik airport. Hoh, damn!

Gabrao mat, gua cakap kat diri sendiri. Mujhe saval acchi lohgo hay.

Chewah! Bhangra!

4kali mamat tu ulang "Yu von need to take the cab, yu go ask the sekkiu-rity to let you back in the aerrpot.take a free coach inside"

Lepas gua buat muka kesian kat pakcik security perut bulat dan gua paham apa dia kata kat kawan dia! "Yeh, kehsa admi hey? Tum suno nehi?" Vavi la ko, pakcik. Gua senyum muka kesian. Damn. Jatuh ego gua waktu itu.

Dia bagi tapi dia bising. Gua masuk ruang Domestic Transfer, beberapa ketika kemudian, gua nampak Shoko, Angie, Boyet dan Ellecer. Dan gua tahu waktu tu, Tuhan ada dengan gua. SENTIASA


Siri Jelajah Gua ke Goa 1: Percubaan Beramah Mesra KLIA

For the first time, gua sampai kat KLIA dan akan naik kapal kat sana. Ingatkah anda insiden perasan gua ke Manila? Okey, kita tutup cerita Manila. Oleh kerana terlampau eksaited, gua mengambil inisiatif untuk beramah mesra dengan warga masyarakat KLIA.

Percubaan Pertama: Beramah dengan Akak Kaunter
Verdict: Gagal
Gua senyum manis sesampai di kaunter check -in MAS.
"Hi, akak. Ini pasport saya. Saya nak pergi India"
"Terima kasih. Tunggu sekejap ye"
"Saya eksaited ni nak pegi India. First time pegi India. Akak pernah pegi India?"
Akak tu tak layan. Gua tahu dia tidak dibenarkan untuk sound direct penumpang MAS.
"Ini passport awak, boarding pass. Boarding pukul 7.30pm"

Percubaan Kedua: Beramah dengan Budak Umur 7 Tahun
Verdict: Gagal Juga
Sambil menunggu nak boarding, gua lepak dekat kerusi depan kaunter last dalam KLIA tu. Tetibe sorang budak laki2 datang berdiri depan gua sambil pandang tepat kat NIPS di tangan gua.
"Nak ke? Meh la duduk dengan akak"
Diam. Tengok NIPS.
"Awak nak makan coklat dengan akak tak? Mari la dekat sket"
Diam. Tengok NIPS. Blah

NIPS? Ala, korang tahu tak lawak makcik takde gigi yang hisap gula dgn coklat pastu anak menantu dia habiskan kacang atas meja tu? Lawak kan? Kan? kan? ----------- Fine, nevermind.

Percubaan Ketiga: Beramah dengan Kakak Security
Verdict: Hampir berjaya
Sesampai di mesin scanner gah berdiri, dan setelah beg-beg gua melaluinya, kakak security mintak gua buka beg pinjam gua yang kalerful. Dia kata ada liquid. Gua akur dan buka.
"Awak nak pergi mana ni?"
Gua terharu. Pertama kali orang tegur gua dulu. "Saya nak gi Goa, tapi pegi Mumbai dulu"
Akak keluarkan lotion Imari Seduction gua. Dia pandang gua. "Ini 100ml, dik. Kalau 100ml takboleh bawak naik, kann? Awak terlupa keluarkan eh?"
"Habih, akak nak amik ke lotion saya tu?"
"Bukan amik, akak rampas, sayang..."


Percubaan Keempat: Beramah dengan Abang Security kat Gate 2
Verdict: Cemerlang
"Dik, adik nak pergi mana ni?"
Tak cerdik sungguh. Gate ni kan untuk flight ke Mumbai? Gua senyum. "Saya nak pergi Bombay"
"Buat apa pergi Bombay? Awak study ke kat sana?"
Gua rasa gembira. Tak pernah orang kata gua muka kaki study. "Tak lah. Saya dah kerja"
"Habih, pergi buat apa kat India?"
Gua amik beg-beg gua "Saya nak jumpa kawan. Eh, boifren saya kat sana"
Wajah Arjun Rampal dan dibelakangnya ramai insan berpakaian warna warni menari gembira menyambut gua di Goa jelas di mata. JELAS.

Gua salahkan FarrahJoyy.

Wednesday, February 16, 2011

Movie Review: Yogi Bear

Dulu kecik-kecik, aku rasa kita duduk brekkie depan tv tengok Hanna Barbera's and Disney's cartoons kan? kan?

In celebrating my birthday 3 days in advance, Atunmanna (the drifter), FarrahJoyy (the communicator) and Intan Byzura (the discussioner) berjimba dimulakan dengan acara-acara tengok Ugly Betty di mana Betty dapat Blobby Award, Iwan Shah main guitar hero sementara FarrahJoyy bersiap.

Cerita dimulakan dengan bagus sekali? Baiklah.

Selepas menjemput Intan dari Nusaibah (amaigad! lama gile tak masuk UIA, baju uniform pak guard pun dah baru!) mulakan hari jimba dengan makan satay. Oh wow.

Baik, movie review. Movie review.

Yogi Bear adalah seekor beruang coklat hidup kat Jellystone Park yang suka curi bakul pikenik orang2. Dia ada side-kick yang sengsangat adorable bernama BooBoo. (Justin Timberlake jadi BooBoo...everybody, auwwwww) Semua inventions dia adalah untuk mencuri pai, soda, chip, cake, chocolate, nachos, beef and cheese sandwich and the list goes on.

Ranger Smith adalah seorang lelaki up-tight yang berkenan dekat Rachel, the Movie Lady. Yang aku rasa kelakar dalam cerita tu adalah Mayor tu. Dia annoying.

Cerita agak statik dan tak kelakar sangat pun. Yang aku gelak tiga part - satu, masa BooBoo baca landing manual yang "Yogi, all i can see is us screaming.""nevermind" dan secondly masa Ranger Jones try nak drive the Armadillo dari Ranger Smith. Macam bangang. Dan thirdly, adalah bila diorang bersungguh naik train padahal 3saat kemudian sampai ke station Jellystone. Yang lain cuma gelak "hihihi" bukan "hahaha"

And, korang perlu ambil tahu:
1. kura-kura bermulut katak yang tak di awal cerita tak penting, adalah agak penting
2. jangan baca mandarin punya sub sebab bila Yogi kata "One Thousand" dia tulis 800. Boo
3. Cara marah seekor gorila adalah mendengus dan menjerut tali leher seseorang sambil mengugut.

Rating? 1/5 stars (sebab BooBoo chomel!)

Hari ditutup dengan makan dengan kenyang di Murni Safari, i mean Discovery. LOL

Yes its on the 18th, No, it was not on 15th

Why did Azwa Damia Arissya celebrated her birthday 3 days in advance?

A. She wanted to troll everyone on Facebook, as usual

B. She wanted to celebrate her birthday while she is still 25. She won't lie if you ask her, "So, how old are you this year, Azwa?" She gonna answer "I'm 25"

C. She wanted to check from the 300 over friends on Facebook; who actually care.

D. Its a mindfucking thing if she is to celebrate her birthday on the 18th; knowing tomorrow - on the 19th - is her niece's 2nd birthday. What's there left for her to celebrate?

My answer is B. I'm 25. Full stop.

Sunday, February 13, 2011

Housemate from Hell: Kaki Pau


Pada mereka yang pernah baca blog ni dulu2, (ekceli, ada ke yang baca? hahaha) dulu aku ada tulis Part 1, tetapi Part 1 penuh dengan ayat-ayat kejian dan tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak bawah umur dan orang sikoh. Ye la, tak baik aku cerita pasal housemate yang suka masturbate dan buat cex moaning kuat-kuat kan?

Sesampai rumah dari Taiping, aku telefon seorang member. Sesaja telefon, selepas beliau sms dan bagitau aku tak ingat kawan. So, setelah tanya khabar dan soalan2 usual seperti bila nak kawen, tetibe member aku ni senyap sambil marah-marah dalam bahasa yang aku kurang faham. Atas kerana kecuriousan aku, mulut aku laju bertanya.

"Awat weh? awat? awat?" gaya Cekpah.

"Ni ha, housemate yang macam sial ni..." member mula suara serius. Tadi boleh je ber"eleh" dengan aku.

"Ish, tak baik cakap gitu kat orang, M. Haahh.. cer citer, cer citer, cer citer.."

"Housemate aku ni KAKI PAU. Dia barang rumah tak beli, asyik pau orang punya. Mangsa selalu aku la." Member diam sekejap. Mungkin berkira-kira nak cerita full story ke tak kat aku, atau pun mungkin berfikir dua kali untuk bercerita keburukan orang.

"Hang bayanglah, wa. Aku pun bukanlah gaji banyak. Barang makanan yang aku beli, elok-elok catu buat sebulan. Dia senang2 ja buat rancangan Chef dengan barang makanan aku. Memang aku tak patut berkira pasal makanan, tapi agak-agaklah nak pau. Bukan takat makanan, syampu, ubat gigi, sabun basuh baju. Mak bapak dia bagi aku duit jaga dia gamaknya"

"Weh, nak kutuk okay, tapi tayah la kutuk mak bapak dia. Tak baik. Dia takda duit tak...?" Aku cuba bersangka baik. Bukan aku kenal housemate dia.

"Okaylah, okaylah" Dia tarik nafas panjang nak sembur. "Gila apa takda duit? Kalo sembang tu, berdengaq-dengaq. Semua artis dia kenal. Adik rockers, anak Rosyam Noor, second cousin Siti Nurhaliza pun dia kenal. Kalo bab baju tu, tak kalah lah dia. Macam kita, kita pakai baju beli kat Tesco ja, dia Bandung..Tu belum kasut, beg, brooch dia pun dari oversea hang nak tau." 

"Dah la pengotor. Kat rumah ni, jangan cakap la... bersepah2 kalo tak bising kat dia. Tapi, bila keluar, puuhhhh, minyak wangi sebatu boleh bau. Sedar la diri sket, kita tu tak berada, kawan dengan orang2 kaya, tak payah la ikut cara orang, berpada-pada la ikut kemampuan kita. Dah......" Member dah sound dah nak menangis. Ni yang haru ni, tak macho la conversation nanti, aku maybe takkan dengar apa yang ko nak cerita selain howling ko. Acane tu?

"Hang sembunyi la dalam bilik barang makanan hang tu. Tu cara halus. Cara kasar, hang cakap la kat dia, kalo gamak takdak masa nak beli barang dapur, meh sini duit aku belikan" aku sambung lagi. "toksah lah dok gadoh-gadoh sangat. Hangpa pun dok serumah. Sampai bila sangat nak gadoh weh?"

Member tak macam tak nak sambung sembang dengan aku. Maybe sebab aku tak menokok tambah dan menghasut-hasut beliau seperti "buruk benor perangai dia" ATAU "ya salam, habih? awat hang tak tampaq ja dia?"

"Hang boleh la cakap. Hang tak dok kat tempat aku." Dia cakap.

"Apa pulak aku tak dok kat tempat hang? Samalah jadi kat aku pun."

Thursday, February 10, 2011

Bukan aku sengaja Anti Orang Pendang

"Atuk Ayob dengan Tok Timah aku pemastautin tetap kot kat Pendang tu! Anak-anak dia semua tumbesaran kat situ weh"

"Abeh, awat hang anti orang Pendang?"

Berat soalan kawan aku ni. Nak cerita panjang, tak cerita dia kata aku berlagak. Cuma tahu tulis dalam blog je. Memang la senang tulis dalam blog, boleh edit, kata aku. Cer ko ceghite secara live, brapa banyak kesesatan ko bleh bawak dalam perbualan tu?

Bagi mereka yang buta Geografi atau tak pernah sampai ke Kedah, Pendang adalah satu daerah dalam Negeri Jelapang Padi yang mana rakyat Pendang sendiri menyebut "mandi" sebagai "manni". Ye kawan2, ramai rakyat Pendang sengau. Pendang ni glamer pada suatu waktu Presiden PAS yang dulu, lepas tu, terus malap. Walaupun buku teks sekolah menyatakan Pendang terkenal dengan sawah padi, tapi, sebenarnya ia lebih terkenal dengan pokok getah.

Korang ni, buku Sejarah kite pun dialtered, tambahlah buku Geografi yang tak penting, yang takat sampai Tingkatan 3 tu je.

Orang Pendang terbahagi kepada dua - Satu golongan adalah mereka yang tinggal kat pekan, perhubungan sosio sederhana baik, harta tak seberapa dan berilmu duniawi. Mereka tergolong penjawat awam dan businessmen.

Satu golongan lagi adalah mereka yang tinggal di kampung, pakai baju tampal tapi harta berlambak, perhubungan sosio sesama orang kampung yang kebanyakan sedara mara sendiri, berilmu ukhrawi dan suka menziarah.

Golongan kedua inilah yang buat aku sakit kepala. Selalunya.

Masa aku kecik-kecik dulu, aku akan bercuti panjang sekolah di Pendang, transit sementara sebelum ke Lenggong, Perak kat rumah Pak Njang aku. Cousins aku, Kak Cik dan Pait dan juga adik aku sorang yang selalu ngekor akan diarak ke mana-mana sahaja oleh Pak Njang dan Mak Njang untuk bersuka ria pada waktu itu. Mungkin juga Mak aku yang arahkan sedemikian. Hanya teori.

Jap, aku dah menerabas cerita...

Penat tau sebenarnya nak cerita pasaipa aku anti orang Pendang. Asal buat perangai pelik ja, "orang Pendang la tu.." asal aku nampak sorang korek hidung sambil bawak kereta kat sebelah aku pun "orang Pendang la tu"

Korang cuba bayangkan, kenduri pukul 12tgh, korang datang makan. Lepas tu, korang masuk dapur dengan talam yang besar mintak tapau kata; "Anak sat lagi nak balik dari Kolumpo. Nak amik SIKIT bagi kat dia".

What the fuukk? Dia tak boleh datang makan kat kenduri ka? Penat kot, Mak aku defend.

Lepas tu, korang longgokkan sebanyak2nya nasi minyak, 2 ekor ayam masak merah, acar timun, dalca dalam talam tu, bila orang tanya; "Anak balik dengan orang rumah ka? Banyak amik tuh"

Korang dengan bangganya menjawab; "Eh, dak aih. Dia tak kawen lagi"

Bukan sorang, bukan dua orang.. LIMA rakyat Pendang pakai lame excuse macam tu. Anak korang cuma tahu pegi Kolumpo ja ka?

Okay, aku tak boleh nak sambung. Aku nak pergi beristighfar banyak-banyak sat.


Dear Facebook, I want a divorce

Sejak ada kekasih baru yang bernama Twitter, suami lama gua si Facebook telah gua tinggalkan bagai layang-layang tak bertali, asal gua balik sana je nak cari gaduh dengan orang. Gua pun tak faham kenapa. Mungkin sifat suka menyakitkan hati orang semakin membara ataupun perkahwinan gua dengan Facebook memang sudah gagal untuk diselamatkan.

Walau apapun, ke-annoyance-an Si Facebook dan sedara ipar duai beliau semakin mencapai limit kewarasan gua. Lalu, inilah sebab musabab gua mahukan perkahwinan aku dengan Fesbuk dileraikan dengan perceraian.

"Tengah makan dengan Si Bolat sama Si Luncai - Restoran Tumpi. Sedap sangat!"
Sungguh gua tak perlu tahu lu nak makan Restoran tu. Gua tak pernah makan Restoran dan gua tak berminat tahu. Dan lu sebagai suamiku Facebook, tidakkah lu rasa lu perlu minta izin gua sebelum pergi makan Restoran?

Salah komen kat status
Kalau dah gua cerita pasal banjir yang lu pergi ajak nak shopping, ape ke henye? Pikior la, bro. Amik la inisiatif nak tulis kat dinding rumah kita.

"Lapar..lapar"
Suamiku Facebook, kalau dah lapar tu, pegi makan saja lah. Lu ingat kalau lu bagitau kat situ, gua nak tolong datang suapkan makanan ke mulut lu ke? Gua sebok okey.

"Freedom is not worth having if it does not include the freedom to make mistakes: Gandhi"
If I want to read Gandhi's quotes, I'll read it on the internet myself. Tak payah nak cut and paste tapi explain pemahaman apa pun tidak. Cuba la letak sket apa yang lu paham dari apa yang lu quote tu? Then, baru la kita boleh berbincang secara ilmiah. Kata eduketed sangat.

"My current location is at....."
Lu nak kena jadi target launch torpedo ke? Gua nak bercerai je, takde la tahap nak tembak lu.

Upload gambar beratus-ratus dan tag semua manusia
Gua kalo nak tengok gua tengok sendiri. Gua stalker, tak payah tag gua. Gua kata tak payah tu, tak payah la.

"Benci giler dengan perangai sesetengah manusia ni la!Dia yang buat salah, kita yang nak kena cover."
Kalau lu marah bos lu pun, agak-agak la. Sebab tu la lu kena buang kerja, sebab lu mengamuk kat situ, lepas tu pandai pergi add orang kerja dengan lu. Sapa suruh?

Tukang share berita-berita sensasi dunia dan yang pelik
Okay, itu gua. NEXT!

"Babi! Sial! Anak haram! Sh**t!"
Macho sangat la boleh mencarut macam tu kat situ bagi semua orang tengok tu?

Bersayang anje kat status
Lu nak makan penendang sedas ke? Kalau nak bercinta, do it in real life lah. Ni, "sayang awak, Mohamad Remi" sakit mata tau tak tengok lu terbabas minat camtu, faham?

Nak add kawan, tapi pakai muka Lee Min Ho
Takpe, dah gua bini lu, muka kokak tapi hati baik, gua tetap bersama lu. Apsal nak hidup dalam denial?

"ala, dah tembam. macam kena diet je ni"
percaya la cakap gua, lu akan lagi gemuk sampai2 bila kalau asyik mengeluh dan tak bergerak-gerak buat sesuatu mengenainya. percayalah.

Menjadi Ahli Politik Jalanan
Takpe lu nak memberikan buah fikiran politik lu, gua okay, tapi banyak sangat gua pening

Tukang share youtube clips
Sejak bila you kerja tukar tiub ni abam? Gaji banyak? Mana nafkah gua?

Cerita pasal saiz bikini sebab nak pergi swimming
Eh, Abam Facebook, lu dah jadi bengkok ke, hah?

Boleh tak lu jadi lebih berilmiah sket? Cer share sesuatu yang penting kepada dunia dan negara? Fakta dan pengetahuan? Itulah pentingnya English Edukesyen, bak kata Usop dalam Hantu Kak Limah. Oleh kerana gua dah ada kekasih baru, gua nak mintak fasakh dengan lu. Amacam? Ada berani?

Nyanyi *enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas*

Wednesday, February 9, 2011

20 Wardrobe Wajib Ada Seorang Perempuan

Aku ada terbaca dalam satu blog selepas melompat-lompat dari satu blog ke blog lain dan si blogawan tu bciter tentang 20 pakaian wajib ada bagi seorang lelaki. Tapi terlupa pulak kat mana entri tu. Tape, nanti aku linkkan. Bila aku melompat lagi. Dia taktau camna nak senaraikan untuk perempuan, for obvious reason, beliau adalah lelaki.

So, sebagai perempuan tulen dan berMyKadkan perempuan serta berbinti, aku rasa aku bisa menyenaraikan 20 wardrobe wajib ada pada seorang perempuan.

1. Pakaian Dalam
Kuantiti: 4 bra, 8 spender

Bra dan spender aku letakkan paling utama kerana, tanpanya korang akan rasa cam berbogel. sumpah aku tak tipu. Memang la berangin dan selesa masa tidur, tapi, harian? Kalo nak-nak korang kena berlari2an? Tak ke gila? Tak payah la mahal2, kat Giant tu ada je spender yang RM8.99 untuk 4 helai dan kat Tesco ada Bra for Less yang boleh dapat RM39 untuk 3 (cantek weh!)

2. Cardigan Kaler Hitam
Kuantiti: 1
Korang akan selamat sekiranya adalah sekonyong-konyong cardigan. Nampak lah up to date sket. Dan nampak la korang kurus sket. Selain itu, cardigan membantu korang mengurangkan pemerhatian orang kepada t-shirt korang yang selalu korang rotate tu.

3. Jeans biru atau biru gelap
Kuantiti: 1

Jeans ni adalah seluar wajib untuk semua orang. Orang muka masjid pun ada jeans, mustahil takde. Jeans dapat menonjolkan sifat ke-kewl-an korang di khalayak ramai. Sesuai digayakan casual dengan pilihan2 baju yang pelbagai.

4. T-shirt pelbagai warna
Kuantiti: 3 - 5

T-shirt yang anda perlukan cuma 5 yang semuanya berbeza warna. Hanya 5, tidak kiralah sekiranya mahu digayakan dengan cardigan atau t-shirt sahaja. Lengan pendek atau panjang terserah anda. Anda yang menentukan. Bercorak atau tidak juga terpulang anda. Tapi, pastikan corak tersebut tidak jijik dipandang orang.

5. Baju Kurung
Kuantiti: 3

Perempuan Malaya amat cantik bila berbaju kebangsaan. Cara mudah untuk merotatekan baju kurung anda adalah - buat 2 baju kurung, satu yang bercorak, satu lagi kosong. Jadi, ada hari anda pakai penuh sut, ada hari anda boleh alternate. Cth: Isnin: Baju corak, Selasa: Baju kosong, Rabu: Baju Corak, Kain Kosong, Khamis: Baju Kosong, Kain Corak. Tak ke dah save 4 hari?

6. Jubah Hitam

Kuantiti: 1

Ko nak pegi mana-mana ko boleh sarungkan saja. Sekalipun tatkala anda belum mandi. Mudah dan menawan.

7. Slack Hitam
Kuantiti: 1

Satu slack hitam sudah mencukupi untuk gaya formal

8. Satu Blouse Putih dan Pilih satu lagi warna, aku nak dark purple

Kuantiti: 2

Juga untuk gaya formal, digayakan bersama slack hitam tadi.

9. Kain Batik

Kuantiti: 1

Kain batik adalah crucial dalam kehidupan seorang perempuan. Apatah lagi bila dia terasa panas dan ingin berkemban ke seluruh rumah sambil mencari sikat rambut yang dipinjam oleh pembantu rumahnya. Juga berguna bila dia datang period, nak hampar atas tilam, taknak bagi bocor.

10. Tracksuit
Kuantiti: 1

Seluar sukan untuk anda bergerak bebas dalam rumah atau bila pergi ke Giant untuk membeli barang dapur.

11. Kasut bertutup hitam
Kuantiti: 1

Untuk gayaan formal. Bersesuaian dengan slack hitam dan mana-mana dari 2 blouse yang disebut diatas.

12. Sandal
Kuantiti: 1

Apabila anda mahu menonton wayang atau pergi bershoppingan, adalah mustahil anda untuk memakai kasut bertutup hitam diatas. Pilih yang kasual. Kaler coklat, biru, merah atau wane-wani

13. Selipar
Kuantiti: 1
Selipar ini adalah bagi membantu anda yang memandu atau pergi membeli groceries di Giant.

14. Tali Pinggang

Kuantiti: 1 untuk berkepala besar, 1 untuk berkepala kecil

Fungsi tali pinggang? Bukan untuk dilibas diponggong budak atau binatang peliharaan ya. Ingat tuh! Fungsinya adalah untuk mengikat perut dan seluar supaya tidak tercorot ke bawah dan sebagainya. Yang berkepala kecil itu, anda boleh gayakan diluar baju kemeja boifren.

15. Baju kemeja boifren kaler putih
Kuantiti: 1

Baju kemeja boifren ini amat sesuai untuk function separa casual. anda boleh sesuaikan dengan jeans atau slack hitam. Diaksesorikan dengan tali pinggang berkepala kecil tadi. Kenapa saya tidak senaraikan legging? Kerana saya tidak layak memakai legging. END of discussion

17. Stokin dan Stoking

Kuantiti: 1 stokin 1 stoking

Stokin ini adalah untuk mengelakkan anda melecet bila memakai kasut sukan. Anda boleh mendapatkannya gi Giant dengan harga RM0.99 manakala stoking pula adalah apabila anda memakai kasut bertutup hitam tadi.

18. Kasut Sukan
Kuantiti: 1

Walaupun anda jarang-jarang bersukan, adalah wajib anda mempunyai satu kasut sukan. Tidaklah anda dilihat sebagai "whattafak" apabila diajak beriadah hanya bila anda kata "ala, i takde kasut sukan". Segomuk-gomuk aku ni pun ada satu.

19. Handbag atau Tas Tangan untuk simpan semua Khazanah
Kuantiti: 1

Pilihlah warna yang boleh disesuaikan dengan mana2 baju dan pilihlah yang sederhana besarnya. Sesuaikan dengan ketinggian anda. Selalunya, pilih warna selamat seperti hitam, kelabu, coklat atau merah.

20. Tudung Bawal
Kuantiti: 2

Satu kaler hitam, satu kaler cerah macam cream ke, putih ke..
Sebenarnya, banyak lagi yang tersenarai, tapi apa yang aku tulis di atas adalah benda-benda wajib ada la, supaya anda tidak kekok di mana-mana majlis. So, apa kata anda?

Monday, February 7, 2011

Perihal Wedding

Sejak umur menginjak ke 25 tahun ini, ramai yang memutuskan mereka sudah berjaya menkayakan diri dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan memasing. (ayat dengki) Aku takde masalah. Cuma, aku rasa perkahwinan orang melayu ini banyaknya yang membazir dan meriak2, padahal takde la lawa mana pun. Tambah-tambah lagi kalau grand nak mampus dan berbelanja tak hengat dunia. As long as economic dan bertaraf DIY, aku sokong. Cheaper dowh.

Diskusi ni aku adakan semasa majlis Farhani. (majlis dia sweet actually, and she made most of her wedding stuff herself. Pestaim aku kagum dengan warna pink. Hari-hari lain, itu mustahil) Dengan mak Liza sekali tersedak dengar. Betul makcik, kita kena bezakan budaya dan agama. Buat yang wajib je la. Membazir itu amalan setan. Kira saya okay lagi, nak buat mihun goreng. If tak, hantar bahulu ke rumah jiran dengan note kat plastik - Anak saya ini telah berkahwin dengan pasangannya. - tujuh keturunan orang kutuk family saya.

Walimah tu adalah bilamana kita meraikan perkahwinan pasangan pengantin dengan berkongsi kegembiraan melalui makanan dan juga tetamu yang hadir dapat mendoakan kebaikan yang mendatang untuk mereka. (ayat skemdot la pulak!) tapi, yang aku nampak, tetamu yang hadir cuma berminat sedap ke tak makanan, cantik ke tidak hantaran, bilik pengantin dan pengantin.. itu je. Kenyang makan, balik tidur. Tu belum kira orang Pendang yang kaki tapau pakai talam lagi tu. (Talam is dulang yang besar tu, for your info)

Malam tadi, aku agak bosan sambil berfikir sambil tunggu bas balik Shah Alam. Yap, aku cuma berfikir bila aku bosan. So, apa yang aku fikirkan, aku tweetkan. (mulakan dari bawah ke atas)

The dress? Jeng jeng jeng. Dark purple.Kaftan.

@FarrahJoyy Waitin for neil to get down on his knee

Yes, we all want to kahwen once and make it as memorable as possible. With all the money saved, how about Bali for the whole month?

Imma make it clear we're not into wedding gift. Money is what we prefer..

Invitation? Not gonna use facebook tag. Too riak. Imma use sms. More personal.. Pakai duit? Yeah, for 150 guests. Kira that!

The wedding venue? By the river. Belakang grandma's house..

Rita Rudaini shud be the favorite menantu ekceli, her wedding tak grand dan tak cost byk

@FarrahJoyy correct2! I mean, we can SAVE A LOT!

Ikut Ust Kazem, 2bahulu n 1 air milo kotak pun jadi. But, jiran2 will remember u as the kemut-est couple. Yeah, i dont care. We're richer

Try to bilang brapa banyak money we can save? Groom no need to pinjam ahlong just to get married anymore

Food? Kuih muih traditional and international. Plus, coffee, tea, and lemonade.

No hantaran, No pelamin, No bilik pengantin. But, imma keep bunga telur tho. Its a symbol kan?

When my sister gettin married, im not gonna serve guests with nasi minyak whtsoever..


Wahhh! I'm a genius!

Wednesday, January 26, 2011

Seperenggan Setingkat #5

Bos aku sekarang banyak amik balak kerja. Mulanya gembira juga la aku nak bekerja. Ini dapat memotivasikan diri aku - luas pemandangan, meningkatkan prestasi diri dan aku dah tak lepak kat belakang library ofis untuk tidur lagi. Tapi, awat ramai yang tak hensem, bos? sheessh.

Aku menuju ke library ofis.

Sunday, January 23, 2011

Moview Review - The Shock of Labyrinth: House of Horrors

Melepak tanpa ketahuan bersama Atunmanna, Aya Joy dan Intan Byzura start dari Jusco Wangsa Maju kemudian Taman Layang-layang dan berakhirnya di GSC Midvalley. Aya Joyy ajak tengok Faster, lakonan Dwayne The Rock Johnson, tapi jiwa terhengen nak tengok something seram sejak Aya Joyy dan Meen cakap Khurafat sangat bodoh dan tak seram langsung tapi bongok dan menyakitkan hati (okay, aku exaggerated)

Memula nak tengok Paranormal Activity 2, tapi Atunmanna cakap nanti dia nak drive sorang - jadi aku sajes The Shock of Labyrinth: House of Horrors, movie dari Jepun. Dan aku juga rasa nak tolak diri sendiri dari tingkat atas Midvalley turun bawah kerana menjadi pensajes kepada cerita tak best langsung tu.

Review aku kepada cerita tersebut walaupun dalam 3D: Sangat Hampeh.

Sekian.

Friday, January 21, 2011

Perkara Bodoh Yang Aku Buat Zaman Sekolah Rendah rupanya Sekarang Masih ada yang Buat Time Diorang Sekolah Menengah


Aku sewaktu dulu masa Darjah Enam ada tersenarai dalam 4 geng - Satu geng dengan Tehah, Noni dan Anim, satu geng pengawas, satu geng Peah dan satu geng ex-5 Setia. Geng 5 Setia tu spesel la sebab aku dari Darjah Satu lagi. Geng tu la geng lepak lepas sekolah cum geng tulis Slam-fic (ye, bodoh, aku tahu) cum geng kantin cum geng bola tampar. Nama kelas weh, 5 Setia tu, sebelum tetiba aku kena transfer masuk 6 Sedia. Hanya waktu kejahilan yang melampau itulah yang mana menamakan geng2 dengan nama-nama pelik dianggap cool. Siap ada secret greet lagi.

Masuk sekolah menengah, aku rasa lawak pulak bila masih ADA orang buat geng bernama sebegitu. Siap pakai birthdate susun keturunan - Along la, Angah la, Acik la, Adik la. Dan secret greet masih wujud. Aku belum rasa itu perbuatan bodoh dan kurang bertamadun memandangkan evolusi SRK ke SMK agak singkat, tapi cam, c'mon la, sekolah menengah bukan time korang mengediks dgn jantan ke? Bukan time salahkan hormon ke?

Dan apabila masuk ke Tingkatan Enam (aku masuk sekejap je. tak sampai 1 bulan), ada tiga ekor minah yang bajet lawa namakan geng diorang "Las Mujeres". Like...what the frak? You're 19 already and yet you're still some bangangs yang hidup di alam fantasi?

Seriously, who's retard enough to put themselves in a group with stupid name and tell others that group name was picked based on your hideous face? What are you? Ten? Twelve?

Of course you can have your own circle of friend(s), your own clique(s) , your own geng- panggil la macam mana pun. You can call them hangout buddies, kaki movie, study circle, kaki makan, geng karok or whatever... Just dont give it a stupid name, stupid!

Nampak sangat korang still bodo dan tak matang. Fine. May the force be with you. Lepas tu, pandai pulak buat ayat bagi kat aku (budak-budak kecik ni); "itu kebebasan kami. Biarlah kami nak letak nama apa pun, siapa nak halang kami? Kami boleh buat apa yang kami suka"

Wahai insan-insan kecil dari aku sekaliannya, sekiranya mak bapak kamu still taja hidup, bagi makan minum, bagi duit tiap-tiap minggu, beli bra dan spender untuk kamu atau/dan/sedang/masih kamu beronggengjimba dengan berhutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara secara bersemester, maka hendaklah kamu kembali ke jalan yang benar.

Dan, apabila, kamu mendekatkan diri kamu dengan aku, dan berceritanya kamu tentang kebebasan diri dan nama geng seperti dari zaman wanita masih bersanggul toncet ini, nescaya akan ku koyak-koyak mulutmu, tanpa belas kasihan; (di bawah panji kemarahan Syaiton Nirrojim) Hatta, Joan Rivers pun akan berdiri memberikan standing ovation atas kelebaran mulut kamu darinya.

p/s: aku google image for "geng" - ada satu minah ni buat blog pasal geng dia - you know wattahel nama geng dia? GSK. It stands for Geng Suka Ketawa... ffuuuffuuuu

Wednesday, January 19, 2011

I'm a Virgin in Voting

*bangang punya title*

Sejak aku dikutuk secara sedap dan lazat oleh beberapa insan dalam arena pekerjaan aku ni, termasuk senior staff aku, aku telah mendaftar sebagai pengundi pada pertengahan tahun lepas. Dengan bangganya aku telah menjejakkan kaki ke Pejabat Pos Kg Tunku dan kini, bergelar seorang pengundi.

Aku dah buat research pasal current MP dan ADUN kat kawasan aku mengundi. DUN Wakil Derga dan Parlimen Alor Setar ini dulu mempunyai rekod pendidikan yang baik. Seorang doktor (which aku tak tahu doktor sakit ke doktor PHd, aku dah search tapi tak jumpa) dan sorang lagi adalah bekas lawyer.

Kesihatan aku rasa juga terjamin kerana mereka tidak merokok dan tidak pernah ada perkhabaran sebarang kesakitan. Dan aku akan research tentang pembangunan yang diorang dah bawak sepanjang term diorang. Tapi, kalau calon lawan diorang lagi ummphh, aku akan timbangkan sebaik2nya sebab aku tak makan rasuah kain batik sehelai dan RM50. Nak2, korang kena bagi Bugatti Veyron kat aku satu kalau nak undi aku.


Kenapa aku tengok dua perkara utama ini? Pastilah kerana aku tidak mahu bekas seorang kerani KEMAS atau bekas supervisor kilang kasut jadi wakil aku kat dewan negeri mahupun dewan rakyat. Dah obius gile ko tu bermodalkan air liur dan duit ringgit yang sumbernya pun aku taknak ambik tahu.

Makcik2, kalau bakal menantu pun korang nak yang berpendidikan tinggi, yang bergaji kepuk-kepuk di dalam poket, takkan makcik2 taknak perkara yang sama untuk pemimpin di tempat makcik2 sekalian?

Kenapa aku respek Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah tu? Dia tu dulu graduate of Al-Azhar University and the University of Kent. Tok Guru Nik Aziz pun dulu belajar kat Darool Ulum dan Al-Azhar University. Kenapa juga aku respek Khairy Jamaluddin? Dia tu dulu belajar kat Oxford University dan hensem. hahahaha.

Eh, korang perasan tak, dalam Wikipedia - ahli2 politik kita yang dengan pendidikan yang tidak seberapa, background diorang tak ditulis? Tulis je la sekolah menengah kan, bangga la sket sekolah tu. Takpe kalau setakat lulus SRP je. Tak payah la nak malu-malu, kenyataan beb, kenyataan.

Aku tahu yang kadang2 manusia yang paling cerdik pun boleh jadi bodoh bila masuk politik. Korang tengoklah Sarah Palin tu (ok, takde kena mengena). Tapi sekurang2nya bila ko ada degree kat tangan tu, takdelah sengal sangat sampai buat statement nak bagi orang baling kerusi kat ko, kan? Mcm nak ban Facebook ke, monyet memang untuk buat lab testing ke, pakai botox ke, RM2000 cukup untuk satu family hidup kat bandar ke.. kan? kan? kan?

Aku punya harapan menggunung sebenarnya kat SPR - aku harap diorang letakkan syarat tambahan pada sesiapa yang nak jadi calon ADUN/MP, sila sediakan untuk pengundi, dokumen2 ini 1) taraf pendidikan 2) laporan kesihatan

Dulu masa kat UIA, time aku cukup umur untuk mengundi, tetapi kerna dengan mematuhi AUKU, aku tak mengundi. Aku dulu skemdot macam sial. Pilihanraya Umum yang seterusnya ini akan menjadi pengalaman pertama aku. *excited* *excited*

Tapi, apa yang paling kefarat untuk aku hari ni adalah bila aku berkobar-kobar check status pengundi aku kat laman sesawang SPR;


RECORD NOT FOUND?? RECORD NOT FOUND??

Monday, January 17, 2011

Tamak Manusia Banyak Jenis - Tamak dan Pemalas

Korang penah kena tag dalam facebook tak bendaharam ni?


Dulu aku penah kena tag, dan aku terus report siapa yang berani tag aku tu. Nasib ah, apahal ko nak tag aku dengan benda bangang camni. Agak2nya, ramai gak Melayu yang tak paham konsep, kalo dah ada perkataan downline tu, maksudnya MLM la bodoh.

Soalan mudah, kalau memang boleh kaya buat benda ni, apsal tak masuk2 tv/sukoba pun jutawan2 facebook ni? Cakap kat aku? Aku tahu Amway tu pun ada bau-bau amalan MLM (tapi tak kuat la), masalah konsep dia ada sket mulia la - ko kena rajin berniaga (jual barangan, convince orang jadi ahli supaya boleh beli barang dengan harga murah, diskaun2) dari jadi pemalas setakat nak login satu social network. Berapa kepok lagi orang Melayu nak kena tipu ni? Korang ni tak paham-paham ke?

Bila sapa2 yang aku kenal dia dah beli Ferrari lepas join menatang alah ni, belanja-belanja la aku makan satay Kajang ok.