Adik-adik, jangan jadi dramaqueen, jangan mengada, jangan manja. Cikgu kalo mengajar tu, biasa lah kalo denda2. Biasalah kalo marah2. Cer tengok akak pegawai ni, akak pegawai dulu ~
kena lempang tak siap keja sekolah PAI dok busy main volleyball,
berdiri kat luar sebab lupa bawak buku/teks,
kena cubit sebab lupa bawak tudung masa PAI,
berdiri atas kerusi sebab keja matematik tiru orang,
kena marah sebab jadi pengawas tapi tinggalkan adik2 darjah satu beratur, kena jadi kepala keretapi sebab satu dorm bising,
kena rotan sebab main hujan kat belakang dorm sekali kantoi dengan warden,
kena minum air kolam sebab kawad tak betul,
kena basuh bilik air dua minggu sebab main bola dalam hujan,
kena cubit kat paha sebab nota sejarah tak siap,
kena rotan dengan hanger sebab tak sempat lari bila ustaz panggil,
kena tampar sebab ponteng kelas tambahan,
kena halau keluar kelas oleh lecturer padahal akak tak cakap apa2 pun,
tu tak campur berapa ratus kali kena ketuk ketampi sebab tak hafal quran...
tak pernah akak pegawai bagitau mak bapak
gila kalo bagitau, mau kena pelangkung tambah
tak pernah akak pegawai merajuk sampai tak mahu pergi sekolah
kalo fefeeling malas pun, hari ahad je akak pegawai tak pergi.
dik, jadi osem macam akak pegawai ni perlukan pengalaman, kesabaran dan pengorbanan.