Lama dah sebenarnya nak mengepost restoran stimbot yang ini. Asal pengetahuan adalah dari budak chambering kat ofis aku ni ha. Jadi, pada suatu hari yang lalu, yang telah lama dulu aku pun p dengan famili.
Lokasi NDA BBQ Steamboat ini adalah betul2 berdepanan (giteew) dengan Hospital Sultanah Bahiyah, Jalan Langgar. Bila sampai kat traffic light hospital tu, sila take note sebelah kiri, kalo kamu datang dari Alor Setar. Kalo tak tahu jugak, sebangunan dengan Pusat Dialisis.
Apa yang menarik kat BBQ Steamboat ni sampai aku kena post jugak entri ni walaupun dah gamaknya sebulan pergi selain faktanya aku malas buat research yang bos aku suruh pasal striking out application?
- Kira pakai kepala - dewasa RM17, kalo ada matric card macam aku dapat RM15, kanak-kanak RM10.
- Makan sampai bersandar - korang boleh makan apa saja yang depa hidang kat situ. Variety dan lautan makanan yang korang boleh pilih. Ada ABC, aiskrem of the day, mee goreng, fries, segala macam seafood, ketam, kerang, lala, ayam marinated into several rasa, pilihan sayur2 untuk steamboat, mushroom aku rasa mau2 10 jenis, mashed potato, semua jenis menatang frozen yang campur-campur kat Giant tu siap ada yang Angry bird tu pun ada.
- Stimbot or grill - [aku nak buat lawak kukus-panggang-gril tapi cam tak masuk plaks]
- Tempat dia relaks - aku suka idea restoran yang tak letak tv sebagai tarikan. Kita boleh fokus kepada conversation dengan manusia dan parking mudah. Kat sini aku rasa kalo letak tv, mau tak bergerak manusia.
- Membazir amalan syaitan - walaupun korang boleh makan sampai kenyang, tetapi adalah terlarang ambik lebih dari yang korang boleh bawak masuk dalam perut. Kalo korang bazir, amik lebih pastu tak abes, diorang akan timbang belen yang tak makan, pastu diorang charge korang. Bagus tu. Aku rasa patut2 dipraktiskan. Orang kita kan konon - order nasi goreng kampung, tapi kendian kuis-kuis sket je, diet katanya. Pffttt.... rugi. rugi.
- Tempat lepak baik punya - takde sapa nak pandang korang pelik kalau korang lepak tang tu berjam-jam. takde sapa.
Setakat tu sajalah. Menatang alah striking out ni nak kena bagi petang satgi.....
Gerai atau restoran steamboat dah semakin jadi tread di AS. Tapi akak tak pernah try sebab WAS WAS dengan segala seafoodnya. Kebanyakkan penguasaha Steamboat ( sama juga dengan penjual Yong Tau Foo ) akan guna produk pengeluaran kilang spt FUSIPIM. Sorrylah ... wp ia di tulis HALAL .. akak tetap was was. Cuma produk keluaran syarikat org ISLAM saya aka yakin utk telan. Kalau di Kuala Lumpur ... ada kilang kepunyaan orang Islam di Bt Caves. Hikmah Food Industries .. yang mengeluarkan pelbagai produk utk Yong Tau Foo dan Steamboat.
ReplyDelete