Pages

Friday, November 22, 2013

yang penting maju

Hari ni orang Alor Penyengat buat kenduri berkembar yakni tahlil untuk arwah Pak Ndak dan sunat untuk Faris. Sebagai dif kehormat, aku sampai pukul 6.30 petang - yang sebenarnya terlupa, abis satu rumah terlupa.

Lepas makan, aku gi bertenggek tepi Mak Ngah, sambil tengok dia dan Pak Su basuh pinggan. 

"Ni nak tolong basuh sekali ka apa?"
"Dak."
"Abeh tu, buat apa tang ni kalo tak mau tolong?"
"Dulu2, chek dok mai tak pernah pun tolong basuh pinggan, sekarang ni chek tolong tengok mak ngah basuh pinggan. kira ada kemajuan la tu." 

Tazkriah Jumaat: meskipun lama masa yang diambil untuk capai sesuatu, yang penting maju. 


Thursday, November 14, 2013

Hatyai Kedua Kali

Aku sepatutnya buat take home test untuk Legal and Ethical Issues in CSR tapi bila ada internet ni, sekarang jam 1.30 am, aku sepatutnya hantar Jumaat ni dan aku ni senang distracted. Ekceli, kalo takde internet pun aku secara mudahnya distracted. Tetiba nak makan roti letak milo contohnya. Macam tu la. 

So, aku ke Hatyai buat kali kedua. Kali pertama adalah pada tahun 2010. Post tersebut yang  macam kanak-kanak di sini

Pernah tak kadang-kadang kalo korang tengok balik tulisan korang tak kesah la blog entri ke, karangan ke, artikel ke, kerja sekolah ke, dan tulisan tu musnahkan seluruh hari korang sebab post tu ala-ala cap ayam? That's exactly perasaan aku bila aku baca balik Hatyai 2010 itu. 

Kali kedua aku ke Hatyai ni, aku ikut rombongan Kak Shila dari Koperasi Bumiputera Kedah. Perlakuan ini adalah atas desak-rela seorang yang bernama Paan. Tak, aku sendiri yang excited nak pegi. Dah lama tak bervacation. Kami realisasikan vacation ini dengan mengurat Liyana. Dan kami berjaya. 

Ko ingat ko akan boring ikut golongan veteran bercuti, itu adalah salah tanggapan, ye kawan2 - depa lagi mara ke depan dan bertenaga dari orang muda. True story.

Hari Pertama: Satun - Hatyai

Aku rasa dah resmi tour guide kot, mereka adalah golongan BOB (buat orang bersalah), they will talk about places yang ko rasa "ala, kenapa kita tak pegi situ instead kita datang sini eh?". Mereka ini akan cerita pasal tempat-tempat yang tak akan dilawat korang untuk trip itu. Basically dia akan cerita pasal Pulau2 - Phuket, Krabi, Koh Lipe, Koh Samui, James Bond Island, Chiang Mai atau dekat dengan hujung-hujung sana yang namanya Aranyaprathet. See, semua benda ni stuck dalam otak aku secara sendiri. Pastu rasa teringin nak pi, menjadi marketing diorang. 

Kami melalui Wang Kelian dan horror lalu situ adalah jalannya. Bersyukurlah, aku menikmati tidur di kala itu dan destinasi pertama kat Satun adalah Ban Tammalang untuk tengok helang. Aku personally suka helang. Aku tak tahu kenapa, aku suka. Tambah-tambah bila ada sekor yang flip akrobatik depan kitorang sebab nak terjun ke air. Tak payah nak seduce-seduce dah, I'm hooked already. 



Satun adalah daerah yang largely populated by Thai-Muslims and most of them boleh cakap bahasa. Kebanyakan masyarakat di situ adalah nelayan. Kita jugak boleh sampai Satun ikut jalan air, naik kat Kuala Perlis, kata abang bot tu la. Dia ajak pegi Kuala Perlis, alang-alang aku asyik suruh dia laju. 

Then kami bergerak ke tepian pantai untuk berkelah dan di mana Paan dan aku telah membuktikan teori katok telur rebus kat kepala boleh inflict pain and fun menurut kamus Runningman. Lepas bercanda di tepian pantai, kami bergerak ke satu kampung yang penduduknya ada gajah sebagai binatang peliharaan. Sungguh ni. Gajah tu kegunaannya untuk angkat kayu juga and aku perlu mention ini, aku suka architecture rumah-rumah kat area tu. Kat kampung tu ada kolam air panas, celup-celup kaki je la. 

Petang sket baru ke Hatyai dan malam berdondang dendang di Floating Market beli pulut ayam, air dalam mug tanah liat muka Doraemon dan beg tangan dan bila sampai kat Lee Garden Plaza, kami keluar berjalan-jalan kat tengah pekan. Sampai kat sana agak lambat la, sebab aku tak sempat minum air limau best. Yes, pakcik itu masih menjual di situ dan dia tengah kemas barang masuk dalam motor dia. Begitu juga dengan kakak yang kita beli gorengan dulu. Masih ada belaka. 


Kami ada gak lalu-lalu kat lorong-lorong, tujuan aku sebenarnya yang cari pakcik yang menGoHome-kan dulu, ntah, tak jumpa. We end up beli souvenirs, teh ais Nickhun dan aku dapat tahu skill Liyana adalah she can be very persuasive and a good bargainer. (kan, bargainer kan?)

Hari Kedua: Hatyai - Songkhla

Empat tempat wajib yang akan dibawa tour guide di Hatyai adalah kilang kacang gajus, Central Market, Nora Plaza dan kedai madu. Enjoylah shopping semahunya. Nak dijadikan cerita, aku terjumpa Abe and his family kat Nora Plaza. (and yes, i've met the femes Alif yang selama ni aku dok tengok dalam internet je, sekali jumpa depan mata aku rasa macam jumpa retis)


Lepas shopping tak hengat dan konon bajet ciput but last-last habis gak baht, kami bergerak ke Tang Kuan Hill naik menikmati pemandangan kota Songkhla dan aku sepatutnya tangkap mamat hensem sorang dan ajak dia paddle lock cinta bersama kat situ, mana tahu kan..kan... 

 


And then pit stop seterusnya adalah ke Pantai Samila, Songkhla. Part Pantai Samila ni aku kena cerita, sebab Paan memerlukan 3 episod nak cerita pasal Pantai ni. Kat Pantai Samila ni ada dua pulau - Pulau Tikus dan Pulau Kucing. Menurut lagenda yang diceritakan semula oleh Paan yang telah diceritakan kepadanya oleh tour guide, dulu-dulu ada anjing, kucing dan tikus yang amik batu kristal (eh?) dari nakhoda kapal yang diorang tumpang dan berenang nak balik kampung halaman. 

Oleh sebab kucing dan tikus tak reti berenang macam anjing, maka tikus gigit ekor kucing, kucing gigit ekor anjing dan anjing tukang perenang. Anjing kemudian tak larat dan did something yang sebabkan kucing dan tikus mati lemas. Anjing tu sampai ke darat, mati gak rasanya kot dan kristal yang dia gigit tu pecah bertaburan dan menjadi pepasir yang memutih di pantai tu.

The thing is, cerita ni aku sendiri pun tak berapa clear sebab iklan banyak gila, gelak sampai terbatuk-batuk, Paan hampir fed up nak cerita dan at the same time sibuk dok snap gambar.

 

Dah sebab pepasir tu memutih dan bersinar macam kristal, maka tertariklah mermaid dan naga ke kawasan tersebut. Itu je yang aku ingat. Aku tak tahu plak kenapa mermaid dok tang tu menyisir rambut atau kenapa badan naga tu terpecah tiga. Nanti aku check balik dengan Paan. 

Kami balik ikut Dannok yang dikata orang syurga dunia. Syurga dunia la sangat. We had dinner, daging bakar dan tomyam pastu terus naik bas tunggu kat parking sebab baht memasing tinggal sekeping dua ja. 

I've decided on my project paper...finally

After a brief consultation (the sangatlah brief, just to decide on which topic to focus) with my friend, a marine biologist and environmental activist - Foon (bukan nama penuh), I've decided to do my project paper on marine pollution and environmental law. tepuk-tepuk

No, I'm not gonna spill everything here, tak suspen dan takde yang heran, but if anybody ask me (again) why i picked environmental issue instead of "gender equality, equal employment opportunity" (sebab dulu subjek elektif aku ini juga) or "merger, acquisition and Islamic banks" (sebab topik ni femes), or human rights education (memandangkan aku dulu berada di dalam arena tersebut), maka i'm gonna answer it with this:

"because Loki rocks the color green"

.... or that I can use it as an excuse to try scuba dive.

.... or aku fabrikkan saja dengan jawapan annoying yang lain yang terpikirkan.