Pages

Monday, December 31, 2012

Mari Belajar Loghat Kedah: Segheyau (Seriau)

Petang semalam atau lebih dikenali sebagai petang kemarin, aku balik dari lunch dengan Kak Firah. Then, sampai kat traffic light Jalan Tambang Badak.

Jangan tanya aku pasaipa jalan tu nama tambang badak. Kot dulu ada bot penambang yang bawa badak yang diseludup, or nama orang yang jumpa tempat tu nama Pak Tambang yang gemuk cam badak, i really don't know.

So, sampai kat traffic light, i'm supposed to turn left untuk masuk ke Lebuhraya Darulaman. Depan aku ada kereta merc and selepas dia ada van kaler putih. Van tu, berenti ala-ala ke tengah sket dan bila ada motor nak menyelit antara tu, tak berapa nak lepas. Especially bila ko bawak motor besar. Beberapa tersekat di situ. 

And, satu motor besar kaler putih stop jugak. Kat sebelah aku. Oh, encik datuk abam polis trafik.

Dia tengok aku, aku tengok dia. Then aku tengok bahu aku. Dia tengok bahu aku.

Aku pelan-pelan tarik seat belt dan pandang depan, dua-dua tangan atas stereng, leaned forward dan start berdoa "cepat la hijau. cepat la hijau. hijau."

Itu, kawan-kawan, adalah contoh seriau. Seriau nak kena saman.

2 comments:

  1. Pernah jgk aku merasa pengalaman sebegitu...haha :-)
    Masa mengandung anak first dulu punya la kempunan nk makan pizza hut smpai xsabaq xdan2 nk tggu laki aku blk keje..
    So dipendekkan cerita akhirnya dptla mkn.tapau bwk blk je..
    Alang2 dh tapau,ngap smbil2 dlm kete xpndg kiri kanan dh.tetibe kete slow,then terus stop.tgk2 ada road block...pastu selambe je g tarik seat belt betul2 dpn en.polis tu smbil sblh tgn pegang pizza.dlm mulut penuh pizza..en. Polis tu tgk perut boyot aku terus senyum ke telinga smbil angkat tgn signal suruh jln..haha,pastu smbung blk mkn pizza smbil dgr syarahan laki aku smpai ke rumah..tetap xpndg kiri kanan dh.pndg pizza je :-)

    ReplyDelete
  2. aku penah try "i'm pregnant" excuse kat polis. memang berjaya. gemuk ni ada kelebihannya.. hahaha

    ReplyDelete