Pages

Wednesday, March 2, 2011

Perkara buat aku bertukar jadi Werewolf Episod 1

"Stay back, Bella. Stay back. I dont wanna hurt you" - Jacob Black

Madam Hazirah selalu ajar jangan berkira pasal makanan dan juga treat how you want to be treated. Tapi, dia tak cakap la english. Dia cakap bahasa. Heh.

Nasihat beliau kadang-kadang aku dengar, tapi selalunya tidak. Masuk bab adab2 bertandang ni aku waras juga, sebab sebagai manusia di peradaban yang maju begini, kalau ada yang buat perangai cam zaman batu, aku nak jadi werewolf. Menyumpah memanjang. Tambah-tambah kalau yang buat perangai zaman batu tu adalah orang yang berpendidikan tinggi universiti dan bertudung labuh.

Ye, aku selalu bagitau orang aku liberal. Kataku; i tak minat nak campur aduk agama dan adat nih. Tapi, bila dalam komuniti yang majoriti percaya kepada konservatif dan bila merujuk kepada ajaran Madam Hazirah di atas yang tersebut, aku pasrah.

Korang pergi tanya sepupu aku, masa kitorang dok umah Ngah Timah aku letak apa dalam teh sorang makcik yang datang pepagi buta sebab nak mengutuk jiran dia. Sepupu aku namanya Nur Faizah Mahamad Tajuddin, sang ustazah kat sekolah rendah Jitra.

Jadi, moralnya di sini; bila bertandang ke rumah orang (especially yang ko tak kenal langsung), kalau orang hidang air sarsaparila contoh kata, duduk la hirup sket pun jadilah. Jangan; pandang pun tidak, bersalam bila nak balik ke haram. Sekian.

No comments:

Post a Comment