Pages

Sunday, May 13, 2012

Karangan Bergambar Saya

SELASA 
sesampai kat Putrajaya, host saya Cik Fit ajak makan Nakhoda. Saya pun kata okay. (gambar tidak disertakan)

Kemudian, saya sampai rumah Cik Fit dekat PICC. (gambar tidak disertakan, anda sila google sendiri bangunan kepala otromen tersebut)

RABU 
Saya settlekan perkara-perkara berbayar pertama. Saya ke Wisma Maran, Bar Council dan Wisma Straits Trading. (juga tiada gambar disertakan)

Kemudian, saya rindukan tempat jatuh dikenang pertama saya di perantauan. Rumah kastam the Ohsem. (saya mahu ambil gambar tapi busy lari dari pak guard yang mula2 time saya masuk kat gate tengah tgk youtube pastu saya walked pass by them)

Kemudian saya pegi Giant kegemaran saya makan KFC dengan Wiznie Marzuki dan beli spender. (takkan saya nak letak gambar spender. saya bagi gambar LRT Kelana Jaya)


Saya seterusnya bertemu Fit-Ejo duo dan makan.

Nyomseh!
Saya ingat Ejo amik gambar Fit aje....

KHAMIS
saya akhirnya melakukan pemfailan sehingga tengahari. Meskipun saya rasa kakak kat RKKK tu "membantu", saya agak suami dia tak buat dia tensen pagi tersebut. Oh well...

tiada caption available
Saya lepak di ofis Nine Zam dan buat macam ofis saya sendiri. Saya main internet dan makan roti sardin. Kemudian, saya dan Nine Zam bertemu teman-teman seperjuangan yang lain di Oiso Restaurant makan makanan korea sampai buncit. (beberapa keping gambar disertakan untuk menjeleskan anda)

Akak Meen
Nai dan main Tuju Tin dengan Iphone

Yup, saya tahu saya seksi begitu
Meen dengan sekolam megi pastu 3 orang tolong habiskan
By the way, Fana Yaacob dah Slim-Adam. Dan orang2 yang balik umrah memang serinya lain. Malam itu juga saya belajar perkataan baru - "function" dan "tiaw". Pada semua waktu, saya selesa menonton.

JUMAAT
Saya lepak rumah sambil main gitar adik Fit. (gambar tidak disertakan memandangkan saya tidak mendapat angle yg bagus untuk meletakkan kamera dan petik 20 saat untuk saat-saat camwhoring tersebut)

Saya kembali ke rumah kuarters negeri Selangor di Shah Alam petang itu. Tempat indah yang menawarkan makanan dan suasana serena kepada saya. Malam itu, malangnya sudah tidak serena kerana Astro Ria gagal menjayakan LIVE majlis nikah SchAwal. Boo Astro! Boo dalam air... blup blup blup blup....

SABTU
Ada drama sebentar pagi itu. Saya tidak bisa menceritakannya. (gambar drama tidak disertakan tapi saya sertakan gambar breakfast yang Puan Ejo masakkan kat saya dan saya makan semasa drama tersebut)
Makan ni sambil lap air mata... terharu
Kemudian saya ke The Garden untuk bertemu roommates saya selama 2 tahun semasa di UIA. Saya juga akhirnya bertemu the Little Raeze. Saya juga tekankan di sini bahawa saya masih lagi amnesia apa yang berlaku semasa di bilik D2.3 dan saya cerahkan di sini bahawa Mummy Narz, Bakal Puan Hied dan Puan Ejo akan sentiasa mengingatkan.

The Little Raeze
Mereka itu yang di sebelah sana dalam bilik saya.. Oh, how time flies

Masih dengan entri bosan? Peduli apa saya. Kamu yang tak function.

No comments:

Post a Comment