Pages

Thursday, June 28, 2012

Notis Pengusul Saya

long call speech aku ni malangnya di cut-shortkan oleh mover memandangkan hakim yang dengar petisyen aku prefer short speech. oh well... 

dan speech yang aku amik dan alter mengikut kesesuaian dari Aya Marzuki inilah motivasi aku sepanjang chambering. Well, speech ni tentulah tak segempak cam Aya, but... it means alot. to me. 


NOR AZWANI BINTI ABDUL RAHMAN           … PEMPETISYEN

NOTIS PENGUSUL


Dengan izin Yang Arif,

Saya Aniqah Zakaria hadir bagi pihak Pempetisyen.

Bersama-sama saya adalah rakan-rakan yang bijaksana yang mewakili pihak Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Majlis Peguam Kedah/Perlis telah diperkenalkan sebelum ini kepada Yang Arif.

Yang Arif,

Izinkan saya memperkenalkan Pempetisyen.

Dilahirkan pada 18 Februari 1985 di Kampung Baru, Naka, Pempetisyen merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik kepada Encik Abdul Rahman bin Abdul Hamid, seorang pesara KEDA dan Puan Hazirah bt Ayob, seorang suri rumah.

Pempetisyen telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar dan menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Alor Setar.

Sejak di sekolah menengah, impian Pempetisyen adalah menjejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang. Pempetisyen diterima masuk ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya pada 2003 dan seterusnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada 2005. Beliau telah menamatkan pengajiannya pada November 2009 dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).

Sepanjang tempoh pengajiannya di Universiti, Pempetisyen menyertai pelbagai aktiviti dan program. Titik permulaan penyertaan Pempetisyen dalam program di universiti adalah di Sekretariat Moot dan Kemahiran Undang-Undang dan dari itu, Pempetisyen terus menglibatkan diri di peringkat kulliyyah termasuk pertandingan moot antara universiti, pameran buku, festival kuliyyah undang-undang dan program-program lain di bawah sekretariat Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.   

Setelah menamatkan pengajiannya, Pempetisyen yang berminat kepada kerja-kerja kemanusiaan telah menyertai sebuah badan bukan kerajaan di Petaling Jaya dan bekerja sebagai Eksekutif Perundangan di Meja Hak Asasi Manusia, ERA Consumer Malaysia selama dua tahun sebagai latihan mempersiapkan diri ke alam pekerjaan. Selain menyebarkan pengetahuan asas undang-undang kepada kumpulan terpinggir, Pempetisyen juga telah berpeluang berkenalan dengan pelbagai karakter insan, mengutip pengalaman menarik selain mengunjung ke banyak tempat serta mempelajari budaya lain.

Pempetisyen kemudian telah memulakan latihan dalam kamarnya di Tetuan Fahmi Mohd & Associates di bawah pengajaran Encik Mohd Pahmi bin Shaari dan di bawah bimbingan Encik Fahmi bin Osman. Sepanjang tempoh latihan dalam kamarnya, Pempetisyen telah mempelajari selok belok perundangan Malaysia dengan lebih mendalam lagi.

Pengajarnya banyak mencurahkan ilmu terutamanya di dalam kes-kes berkenaan milikan tanah, pampasan, tort, kontrak, dan pembahagian harta pesaka. Pempetisyen juga berpeluang mempelajari selok belok bidang shariah termasuklah tuntutan nafkah, hadhanah, cerai, fasakh dan harta sepencarian sehinggalah kepada penyediaan dokumen perjanjian.

Pempetisyen juga telah menjalani Program Bantuan Guaman yang mengajar beliau untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan lebih-lebih bagi mereka yang kurang berkemampuan. Sepanjang tempoh program di bawah kelolaan Jawatankuasa Majlis Peguam Kedah/Perlis tersebut, ia menguatkan semangat Pempetisyen dalam kepentingan untuk menyebarkan pengetahuan undang-undang kepada orang awam. 

Yang Arif,

Di kesempatan ini, Pempetisyen memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW untuk setiap anugerah kehidupan serta insan-insan yang telah ditakdirkan Allah kepadanya. Dan kedua-dua inilah yang telah membawa Pempetisyen berdiri, di sini, hari ini.

Di hari yang bersejarah ini, Pempetisyen mendedikasikan sepenuhnya penghargaan beliau kepada ibu bapanya untuk kasih sayang tanpa penghujung, bimbingan dan sokongan sepanjang Pempetisyen bernafas. Tiada apa lebih menggembirakan Pempetisyen di dunia untuk selain kesihatan dan lindungan Allah buat keduanya. Tidak dilupakan juga buat adik-beradik, keluarga, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan teman-teman untuk jasa, doa dan dorongan mereka. 

Penghargaan khas Pempetisyen kepada pengajar beliau, Encik Mohd Pahmi bin Shaari  yang telah banyak membimbing, mengajar serta bersabar dengan karenah Pempetisyen. Penghargaan ini juga dipanjangkan untuk Encik Fahmi Osman dan keluarga Tetuan Fahmi Mohd di atas tunjuk ajar dan nasihat serta sokongan sepanjang tempoh latihan Pempetisyen di firma tersebut.

Sekali lagi Pempetisyen ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah hadir dalam hidup Pempetisyen. Sesungguhnya Pempetisyen amat bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan insan-insan yang terbaik dan pastinya segala panduan dan tunjuk ajar mereka tidak akan Pempetisyen sia-siakan.

Yang Arif,

Saya percaya bahawa semua suratcara Pempetisyen adalah sempurna dan teratur. Saya juga sesungguhnya percaya bahawa Pempetisyen adalah seorang yang berkelayakan menurut Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan bahawa rakan-rakan bijaksana saya yang mewakili semua badan-badan yang berkenaan tidak mempunyai sebarang bantahan.

Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon suatu perintah agar Pempetisyen dapat diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Monday, June 25, 2012

"Anak saya kerja drebar..."

Pak Teh Berahim tersengih-sengih sendiri. Hari ini ada orang yang nak merisik anak daranya, Zarina. Zarina lulusan universiti, kini berjawatan pegawai di pejabat kerajaan. Orangnya tinggi lampai, cantik, pandai memasak dan lemah lembut. Pakej lengkap. Pak Teh Berahim berharapan tinggi, bakal menantunya nanti haruslah sama taraf dengan anaknya. Dengannya, semestinya. 

Tiga menantunya yang lain berjawatan besar. Ada yang pensyarah, ada jurutera, ada peguam. Pak Teh Berahim juga mahu anaknya yang bongsu ini mempunyai pasangan hidup yang bermasa hadapan yang cerah.

"Paknya, rombongan dah sampai" Mak Teh Senah menegur. Dia mengangguk.

*********************************************************************************

"Amboi, manisnya anak Cik Faridah. Namanya Ahmad Najmuddin ya? Apa kerjanya?" Pak Teh Berahim membelek-belek gambar bakal menantunya itu. 

Puan Faridah tersenyum mesra. "Anak saya kerjanya..uhmm, drebar." Tiada apa yang perlu ditokok tambah. Anaknya, Ahmad Najmuddin memang seorang pemandu.

Wajah Cik Faridah ditenung dalam. Pak Teh Berahim menggenggam kemas tangan Mak Teh Senah di sebelah. Mengaduh kecil isterinya. Apa kelas drebar nak kat anak aku? Getusnya. 

"Saya.. saya... anak saya ni dah ada yang punya, Cik Faridah." Tekak Pak Teh Berahim jadi pahit. Harus bagaimana perlu dia tolak pinangan ini. Matanya terlekat pada Hazlin yang sedang membawa dulang berisi mee rebus.

Hazlin, sepupu Zarina, selepas habis tingkatan 5, Hazlin bekerja di sebuah kedai perabot di pekan sana. Anak adiknya itu, setahun tua dari anak bongsunya, masih single. Kalau Zarina berpakej lengkap, Hazlin cuma ada part pandai menguruskan rumah tangga dan bersopan santun. Bahasa inggeris dan matematiknya pun tak sehebat Zarina.

"Anak saudara saya yang ini, masih single, takde sapa-sapa... Sejak bapaknya takda, sayalah yang dok jaga dia. Dah macam anak saya dah ni.."  Terkejut Hazlin apabila Pak Tehnya berkata begitu. Double terkejut Mak Su Yah, ibunya si Hazlin, merangkap adiknya Pak Teh Berahim. Mana taknya, tiba-tiba naik namanya.

Puan Faridah terpinga, dia pandang tepat Pak Teh Berahim, kemudian kepada Hazlin, kemudian kepada Mak Teh Senah, Mak Su Yah dan kemudian kepada kakaknya disebelah. Puan Faridah akhirnya tidak tahu nak pandang siapa lagi.

*********************************************************************************

Hari ini hari pertunangan Nur Hazlin Samsuddin. Pak Teh Berahim memanjat syukur. Nasib baik bukan anaknya yang akan bertunang dengan drebar bernama Ahmad Najmuddin itu. Di manalah dia nak letak muka bila saudara mara, orang kampung, ahli JKKK bertanya profesion anak menantunya itu. Si Rokiah tak apa, dia bukan ahli masjid, dia bukan  ahli JKKK, dia tak kenal YB kawasan, dia bukan berada macamnya.

Pak Teh Berahim turun dari motorsikal Krissnya. Dia baru pulang dari mesyuarat di Pejabat Tanah. Tak dapat dia datang awal membantu. Dia parkir di sebelah sebuah Mercedes Benz C250. Dia mengamati kereta-kereta lain yang parkir di depan rumah adiknya. Vios, Caldina dan Proton Pesona. Pak Teh Berahim membetulkan songkok di kepala. Pakai Pesona saja si Ahmad Najmuddin ni. Dia membuat inferens, memandangkan Pesona itu parking betul-betul di tengah laman rumah Rokiah.

"Kalo boleh tu, saya nak depa ni bernikah hujung tahun ni juga.." Pak Teh Berahim terdengar suara Puan Faridah dari depan pintu. Dia cuma duduk di situ. Rumah Rokiah tak sebesar rumahnya. Ramai-ramai nanti takut roboh pula. " Najmi ni, selalu merata, sat pi sana, sat pi sini... saya selalu kena tinggal sorang-sorang." Puan Faridah meneguk air teh. "Baru minggu lepas dia pegi New Zealand. Banyak hari juga la..." 

Pak Teh Berahim masih blur. New Zealand? Akob menyiku. "Alin dapat drebar kapal terbang, Pak Teh oi! Beruntung sungguh" Pak Teh Berahim ternganga. Dia pandang muka anaknya, Zarina yang duduk bersimpuh di ruang tamu rumah Rokiah. Zarina kelihatan sedih. 

Pak Teh Berahim lagi ternganga selepas bersalaman dengan Ahmad Najmuddin, dia nampak Ahmad Najmuddin masuk ke sebelah pemandu Mercedes Benz C250 tersebut dan Puan Faridah melambai tangan bak Ratu Kebaya tahun 1980 ke arahnya. 
  

Laju Air Mata Menderu Macam Air Terjun

Tuesday, June 12, 2012

Projek 5 Tahun

Sampai sekarang aku gelakkan diri sendiri - apa jadahlah yang aku pi letak sambung belajar sebagai salah satu "must do" dalam projek 5 tahun aku?

Kenapa oh kenapa aku tak letak dalam list tu - kahwin dan kumpul duit RM200,000-00 dalam masa 3 tahun? Gila tak komposit indeks langsung. Bwahahahahahaha...

ye, malangnya aku dah letak.
ye jugak, bila aku letak aku buat. cepat dengan lambat je la.
ye, aku dah apply.
ye, aku akan sambung belajar.
insyaAllah.

hidup ni kalo nak gembira kena improve diri atau kurangkan expectation diri. aku pilih yang first. 

Movie Review: SnowWhite & The Huntsman

Yeah, aku kembali memberikan input movie review yang lain dari yang lain...

Aku suka SnowWhite versi ni. Aku pernah hunus pedang samurai masa dengar SnowWhite yang Grimm Brothers. Yang helpless dan cuma menunggu diselamatkan. Kalo mati kejung kat situ, ya, dah jenis redha... Itu dan Sleeping Beauty, macam haram. Yang other version Sleeping Beauty lagi haru.. 

Sat... tarik nafas.... 

Kristen Stewart, minah semput dalam Twilight akhirnya jadi seseorang yang boleh berdialog lebih banyak. Menarik movie ni, cuma lengthy. Sumpah, bagi aku agak draggy dan bosan kat depan2 tu. Bukan sebab aku sebal tak dapat Johnny Depp aku, ok..

Mystical animal bagi aku, reindeer dengan tanduk cabang banyak2 tu tak menarik langsung. Pixies dengan mata besar itu tak comel langsung. Aku prefer Aslan. Baru majestic. Dan bila sorang dwarf tu mati, baru tinggal 7 dwarfs... perasan tak? perasan tak?

Aku still tertanya, bila William kiss SnowWhite, dia tak bangun...tapi bila the Hunstman yang buat hidung aku berdarah tu kiss, dia terus bangun....kenapa eh? kenapa? kenapa? Tapi aku dah agak memang dia bangun masa Chris kiss dia, Chris Hemsworth tu hero.. Ko nampak tak title dia ada "The Huntsman", takde pun SnowWhite and William kan? kan?

Masa Chris Hemsworth tu berlutut dan pandang kat SnowWhite masa dia ajak perang, gila jantung aku skipped a beat. Hensem berbillion la Chris ni... Hamboi! Berkenan betul aku... 

Aku rasa Charlize Theron sangat gorgeous dan bold. Rasa2nya besok masa dia tua, if dia tak pakai botox, gitulah rupa dia... natural aging y'all. 

Satu lagi watak yang menarik perhatian aku adalah makcik yang jual beer dengan kuih tu... haha.. Pergi la tengok kalo tak caya.