Pak Teh Berahim tersengih-sengih sendiri. Hari ini ada orang yang nak merisik anak daranya, Zarina. Zarina lulusan universiti, kini berjawatan pegawai di pejabat kerajaan. Orangnya tinggi lampai, cantik, pandai memasak dan lemah lembut. Pakej lengkap. Pak Teh Berahim berharapan tinggi, bakal menantunya nanti haruslah sama taraf dengan anaknya. Dengannya, semestinya.
Tiga menantunya yang lain berjawatan besar. Ada yang pensyarah, ada jurutera, ada peguam. Pak Teh Berahim juga mahu anaknya yang bongsu ini mempunyai pasangan hidup yang bermasa hadapan yang cerah.
"Paknya, rombongan dah sampai" Mak Teh Senah menegur. Dia mengangguk.
*********************************************************************************
"Amboi, manisnya anak Cik Faridah. Namanya Ahmad Najmuddin ya? Apa kerjanya?" Pak Teh Berahim membelek-belek gambar bakal menantunya itu.
Puan Faridah tersenyum mesra. "Anak saya kerjanya..uhmm, drebar." Tiada apa yang perlu ditokok tambah. Anaknya, Ahmad Najmuddin memang seorang pemandu.
Wajah Cik Faridah ditenung dalam. Pak Teh Berahim menggenggam kemas tangan Mak Teh Senah di sebelah. Mengaduh kecil isterinya. Apa kelas drebar nak kat anak aku? Getusnya.
"Saya.. saya... anak saya ni dah ada yang punya, Cik Faridah." Tekak Pak Teh Berahim jadi pahit. Harus bagaimana perlu dia tolak pinangan ini. Matanya terlekat pada Hazlin yang sedang membawa dulang berisi mee rebus.
Hazlin, sepupu Zarina, selepas habis tingkatan 5, Hazlin bekerja di sebuah kedai perabot di pekan sana. Anak adiknya itu, setahun tua dari anak bongsunya, masih single. Kalau Zarina berpakej lengkap, Hazlin cuma ada part pandai menguruskan rumah tangga dan bersopan santun. Bahasa inggeris dan matematiknya pun tak sehebat Zarina.
Hazlin, sepupu Zarina, selepas habis tingkatan 5, Hazlin bekerja di sebuah kedai perabot di pekan sana. Anak adiknya itu, setahun tua dari anak bongsunya, masih single. Kalau Zarina berpakej lengkap, Hazlin cuma ada part pandai menguruskan rumah tangga dan bersopan santun. Bahasa inggeris dan matematiknya pun tak sehebat Zarina.
"Anak saudara saya yang ini, masih single, takde sapa-sapa... Sejak bapaknya takda, sayalah yang dok jaga dia. Dah macam anak saya dah ni.." Terkejut Hazlin apabila Pak Tehnya berkata begitu. Double terkejut Mak Su Yah, ibunya si Hazlin, merangkap adiknya Pak Teh Berahim. Mana taknya, tiba-tiba naik namanya.
Puan Faridah terpinga, dia pandang tepat Pak Teh Berahim, kemudian kepada Hazlin, kemudian kepada Mak Teh Senah, Mak Su Yah dan kemudian kepada kakaknya disebelah. Puan Faridah akhirnya tidak tahu nak pandang siapa lagi.
*********************************************************************************
Hari ini hari pertunangan Nur Hazlin Samsuddin. Pak Teh Berahim memanjat syukur. Nasib baik bukan anaknya yang akan bertunang dengan drebar bernama Ahmad Najmuddin itu. Di manalah dia nak letak muka bila saudara mara, orang kampung, ahli JKKK bertanya profesion anak menantunya itu. Si Rokiah tak apa, dia bukan ahli masjid, dia bukan ahli JKKK, dia tak kenal YB kawasan, dia bukan berada macamnya.
Pak Teh Berahim turun dari motorsikal Krissnya. Dia baru pulang dari mesyuarat di Pejabat Tanah. Tak dapat dia datang awal membantu. Dia parkir di sebelah sebuah Mercedes Benz C250. Dia mengamati kereta-kereta lain yang parkir di depan rumah adiknya. Vios, Caldina dan Proton Pesona. Pak Teh Berahim membetulkan songkok di kepala. Pakai Pesona saja si Ahmad Najmuddin ni. Dia membuat inferens, memandangkan Pesona itu parking betul-betul di tengah laman rumah Rokiah.
"Kalo boleh tu, saya nak depa ni bernikah hujung tahun ni juga.." Pak Teh Berahim terdengar suara Puan Faridah dari depan pintu. Dia cuma duduk di situ. Rumah Rokiah tak sebesar rumahnya. Ramai-ramai nanti takut roboh pula. " Najmi ni, selalu merata, sat pi sana, sat pi sini... saya selalu kena tinggal sorang-sorang." Puan Faridah meneguk air teh. "Baru minggu lepas dia pegi New Zealand. Banyak hari juga la..."
Pak Teh Berahim masih blur. New Zealand? Akob menyiku. "Alin dapat drebar kapal terbang, Pak Teh oi! Beruntung sungguh" Pak Teh Berahim ternganga. Dia pandang muka anaknya, Zarina yang duduk bersimpuh di ruang tamu rumah Rokiah. Zarina kelihatan sedih.
Pak Teh Berahim lagi ternganga selepas bersalaman dengan Ahmad Najmuddin, dia nampak Ahmad Najmuddin masuk ke sebelah pemandu Mercedes Benz C250 tersebut dan Puan Faridah melambai tangan bak Ratu Kebaya tahun 1980 ke arahnya.
Casino.com Archives - ScoopGo
ReplyDeleteCasino.com gri-go.com Archives - ScoopGo.com's collection of online deccasino casino and sports betting tips, filmfileeurope.com casino games, video 토토 slots, live dealer games wooricasinos.info and more!