Pages

Thursday, January 31, 2013

Bila Duta Alor Setar Buat Kerja: Burger Bakar

Scene paling hip, paling feeling entreprenuer masa kini adalah revolusi burger bodo kepada burger bakar~~~ *tepuk-tepuk*

Sebagai duta jalan-jalan, makan-makan dan tempat seronok Alor Setar, aku perlu melawat taklukan? jajahan? kawasan? dan scene terkini yang jadi trend adalah BURGER BAKAR. Sebelum mengkomen secara lanjut, ingin aku nyatakan ke-impressed-an aku kepada anak bangsa yang gigih menaik-tarafkan burger stand tepi jalan kepada satu brand burger yg InshaAllah satu hari nanti boleh tandingi McDonald's dan kita tutup terus franchise internasional yang membantu membunuh saudara-saudara Islam kita di Palestine. 

Aku ada face off di sini. So far, aku dah try dua tempat. Masing2 dalam bulan yang berbeza. Aku tak nak mengambil risiko darah tinggi dan sakit jantung secara ekstrim. Satu Don Burger Bakar (selepas ini dikenali sebagai DBB) dan satu lagi Burger Bakar Abang Burn (selepas ini dikenali sebagai BBAB). Lokasi DBB adalah bersebelahan sekolah menengahku Syed Omar terchenta, kat Medan Selera. BBAB ni pulak baru ja buka kat satu restoran berdepan dengan bangunan yang ada Bank Islam, Istafa tu. Jalan yang menghala ke Shahab Perdana tu... 

Burger Bakar Ayam DBB v BBAB 
Pemenang: BBAB
Komen: Burger ayam BBAB lebih besar dan juicer dan DBB. Lepas tu, menurut adik aku, BBAB punya burger bakar ayam bagi kita feeling-feeling burger ayam McD McChicken and/or yang datang sekali sekala tu. Aku lupa nama dia. Maklumlah, aku masih kental memboikot McD. Rindu tu ada, tapi, kasih aku pada Palestine lebih hebat.  Patties ayam DBB agak nipis dan terlalu diseasoned. Which sebenarnya lebih sedap kalo ko makan dengan nasi dan kicap. Eh.

Burger Bakar Daging DBB v BBAB
Pemenang: DBB
Burger dia tebal, juicer, mengkhayalkan (Fenggo: Cewah) dan aku rasa lagi best dari BBAB. Daging BBAB agak dry yang aku makan malam tadi. Seingat aku DBB letak slices of cheddar cheese dan BBAB letak cream cheese. So, ko bleh rasa cheese and daging dan bukannya cheese smeared onto daging tu. Sumpah aku dah check bit by bit, BBAB pakai cream cheese dan bukan cheddar cheese. 

Aku nak rasa setiap elemen dalam satu2 makanan bila makan kali pertama. Ko ingat saiz aku ni besar saja2 tanpa sebab ke hah? hah?   

Aku puji BBAB siap ada side dish cam onion ring, sausage, boleh add on salami, turkey, cheese, tower up and Burger Bakar Kambing. Bagus tu. Aku harap tukar part add-on perkataan "bacon" tu ditukar kepada "beef strips". 

Aku tak tahu sama ada DBB ada side dish ke tak, fries aku rasa. Sebab masa tu, adik aku yang turun p beratur beli. 

Bersungguh la akak BBAB malam tadi mengeksplen kat sorang customer ni, bacon ni adalah beef sebenarnya. Ohoi, akak. Kalo customer tu pegi tempat2 lain dalam dunia ni yg paham bacon tu adalah "helaian daging babi yang diambil dari bahagian lemak perutnya", mau kena samak perut customer tu, kak oi~!! Tolong ubah, please. 

Sebab mengikut telahan saya kat muka akak malam tadi, selain contempt dengan explanation penuh sendiri akak juga ada disgust (akak smirked kat dia bila dia tanya bacon tu apa, saya nampak kak oi. AKAK SMIRKED) dengan customer tu yang bagi akak ignorant bacon tu menatang apa. Padahal, honestly, saya percaya akak pun percaya bacon tu adalah beef semata-mata. 

Saya sertakan wikipedia BACON di sini. Baca, kak, baca

TAK SEMUA ORANG MESIA tahu bacon kat Mesia ni lain, bukan cam bacon cam kat seluruh dunia tu...

Apa jadah aku merepek ni??! Well, it's fact and perkara ni patut diberitahu dan dibetulkan. Satu kerja kan nak explain macam ni "bacon ni macam daging nipis yang panjang2 tu, kak... sebenar2nya kat US dan di most part of the world, pakai daging babi, tapi kita revolutionizekan dengan gunakan daging lembu mengikut versi dan taste Mesia.." pastu takdan ko explain habis, orang tipikal Melayu yang jenis tak mau dengar keseluruhan cerita akan cela ko pastu bagitau media, pastu mengadu kat ahli politik. Tetibe burger bakar jadi burger bodo balik.      

Aku ada saranan lagi, by the way;  

Sila jangan letak sos (aku tau, mesti pakai sos cap jagung) dalam burger, boleh tak? Setengah orang nak rasa originality. Apa kata kalo buat sos paket cam McD tu. Pegi la kilang sos mana2, suruh dia buatkan paket. At least, korang boleh bagi variety kat customer, korang marketkan jugak kilang sos pak tam (kalo tauke dia nama pak tam la) tu, tak ke pak tam tu akan invest dalam business burger bakar korang? Harga beli sos pun bleh dapat murah. Kan? Kan? Bijak tak duta hangpa ni? 

1 comment:

  1. as salam .. Komen yang menarik .. tapi bahasa tu agak kasar .. boleh bayang cara awk sembang !! Apapun pandangan dan penjelasan dan cadangan tentang sos dan makna BACON tu memang menarik dan wajar di beri perhatian. Sos brand jagung tu pertama kali akak beli dan rasa ... sedap juga tapi tak suai di makan dengan burger, mi hun etc. Ia sedap dan suai utk dicicah dengan cucur jagung .. jemput-jemput bilis. Burger DB ( yg dekat SMSO tu ... ) bagi akak langung tak sedap . Dulu ada gerai BB kat depan Restoran Tepi Sungai ( depan Kuil India kat Stadium ) ... masalah pekerja rasanya .. terus tutup. BB kat situ memang LAZAT . Ada kelainan rasanya. Akak suka try .. dan paling bengang kalau dapat BB yang daging burgernya bukan HOMEMADE sebaliknya digunakan burger readymade ... aduhhhh

    ReplyDelete