Pagi ni aku minta kat bos nak pi buat medical check up untuk syarat masuk belajar balik. So, aku pun pegi kat klinik berhampiran.. Doktor baik tu buat la pemeriksaan yang berkenaan - tekanan darah, pulse, perut dia tekan-tekan untuk check hati bengkak ke (ini sebab aku bersilat kakak tu try buka baju aku), mata, buta warna, urine, tinggi, berat dan juga chest x-ray.
Doktor kagum tahap kesihatan aku pada paras normal, takda penyakit berjangkit, hati tak berdarah dengan orang, jantung berdetak, takda high blood pressure, diabetes, i mean, ye lah.. considering saiz gomuk aku.
Bersyukurlah pada Allah kerana dikurniakan kesihatan, kawan-kawan.
Bersyukurlah pada Allah kerana dikurniakan kesihatan, kawan-kawan.
"Awak takda masalah apa. Darah tu a bit high, kena jaga makan. Urine ok, lain-lain ok, x-ray... cuma kalo awak tengok x-ray awak ni kan, tengok backbone, collarbone awak tak besar mana pun. So.."
Aku tau doktor tu takut aku kecik hati. Tapi, aku pun tahu, dah tanggungjawab dia kena nasihat. Apa guna dia jadi doktor kan? kan?
"Lose some weight. On it!" aku kata, aku paham sangat. Aku pun kagum dengan weight terkini disebabkan komitment aku, dah kurang...
"Ya, tak payah aim nak reach perfect BMI pun.. Just to the size you're comfortable in..."
"I SAID I'm on it."
Doktor terdiam. Dia angguk-angguk and kata dah selesai. Dia mesti ingat aku ahli Tiga Line.
No comments:
Post a Comment