Pages

Friday, November 22, 2013

yang penting maju

Hari ni orang Alor Penyengat buat kenduri berkembar yakni tahlil untuk arwah Pak Ndak dan sunat untuk Faris. Sebagai dif kehormat, aku sampai pukul 6.30 petang - yang sebenarnya terlupa, abis satu rumah terlupa.

Lepas makan, aku gi bertenggek tepi Mak Ngah, sambil tengok dia dan Pak Su basuh pinggan. 

"Ni nak tolong basuh sekali ka apa?"
"Dak."
"Abeh tu, buat apa tang ni kalo tak mau tolong?"
"Dulu2, chek dok mai tak pernah pun tolong basuh pinggan, sekarang ni chek tolong tengok mak ngah basuh pinggan. kira ada kemajuan la tu." 

Tazkriah Jumaat: meskipun lama masa yang diambil untuk capai sesuatu, yang penting maju. 


No comments:

Post a Comment