Pages

Thursday, January 2, 2014

Trip Bajet Berduet: Langkawi Island

Bila football fanatic besar Melaka, Cik Linda tanya pasal Langkawi, aku jadi blur. Maklumlah duta Alor Setar. Tak berapa arif tentang jejajahan Kedah yang lain. Aku pun google. 5 minit kemudian, malas. 

Sebagai duta yang takde portfolio, aku tak pasti sama ada aku kena bersama promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 atau tidak. Tapi, entri kali ni, aku sediakan sekali jumlah bajet aku.  

Hari Pertama - 30hb Disember

Aku dan Cik Linda naik feri dari Kuala Kedah pukul 10.45 pagi dan tiba di Langkawi pukul 12.40 tengahari. Aku tak tahu pun feri main cerita apa, lepas tengok ad feri yang agak propa, aku terus tidur. Entah apa yang berlaku, rasanya ombak tak besar, maklumlah, aku tidur tahap kebal. 

Sesampai di jeti, kami amik kereta sewa. Viva putih auto dengan takde power stereng. Aku rasa, by the time Cik Linda sampai rumah dia, ada dah sket muscle2 kat lengan tu ha. Perkara pertama yang aku nak buat adalah shopping coklat, manakala Cik Linda pilih check-in kat Facebook. eheh.

Cik Linda sangat menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan tahap kelajuan yang dibenarkan.  

Destinasi pertama adalah Kompleks HIG, Jalan Penarak, makan lunch sket dan *jeng jeng* agak jugak la melampau bila dah start pinau mata tengok coklat. Masya Allah, aku berterima kasih Allah atas ciptaanMu yang lazat ini. Kawan-kawan, sebelum melangkah masuk, aku cadangkan berdoalah minta disabarkan dan ditenangkan jiwa supaya tidak melampau-lampau bershoppingnya.

Kemudian kami check in di Ten Street Motel, Jalan Pandak Mayah 6. Sangat simple, bersih, toilet okay dan berpatutan. Lepas berguling dan melompat atas katil, kami teruskan perjalanan ke Pantai Cenang.

Dulu, aku dah pergi Langkawi dan sebab teringin nak pegi Underwater World, aku ajak abang aku ke sana. Ye, beliau ke sana. Ke parking sahaja dan kata "Ha, nin dia Underwater World" and then he drove away. Kali ni, naik taraf sket la, aku masuk kat lobi Underwater World tu, pastu keluar. Maybe tahun kemudian plak aku masuk dan bayar. 

Perlu diingatkan, Cik Linda sangat menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan tahap kelajuan yang dibenarkan. 

Kat Pantai Cenang, nak mandi takde baju. Nak bercanda di tepian pantai, nak memadu asmara macam lagu Anita Sarawak tu rasanya sangat tak kena. At the end of the day, aku cuma menghampakan seorang mamat yang minta aku sepak balik bola kat dia.


Then, kita makan sket kat Jalan Hujung Airport. Lokching yang rupanya lebih kepada yong tau fu dan coconut shake. Lepak dan bersila sekejap sebelum terus di malamnya, kami bergerak ke Pasar Malam, Jalan Mahsuri. Takde mende. Pasar malam.

Dan kemudian, ke konsert Pesta Magikal, Dataran Lang. Kalo poster cakap kat Pantai/Taman Lagenda, itu propa je. Saja je diorang nak korang jalan jauh. Ye la, rakyat Malaysia kan kurang berexercise. Ada tempat makan, ada gerai baju dan beberapa anak dara pakai sayap serta Lokman Aslam dan Asmidar. Oh, bunga api tu yang best.


Sehingga berakhirnya hari pertama, Cik Linda masih sesungguhnya menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan tahap kelajuan yang dibenarkan. 


Hari Kedua - 31hb Disember

Di awal pagi, Cik Linda berterusan menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan tahap kelajuan yang dibenarkan. 

Misi hari kedua adalah naik Kereta Kabel Gunung Mat Chincang. Tapi sekarang dah tak eja Mat Cincang, jadi Machincang. Baru macho, gitew. Padahal Mat ni gaduh dengan Mat sorang lagi pasal kenduri. Bila kita gabra, cuba la berborak dengan penumpang kereta kabel yang lain. Contohnya, yakinkan mereka anda boleh sound macam orang british, walaupun cubaan gagal.


Walaupun Cik Linda tiada aliran darah di wajahnya tatkala berada di atas look point seperti di dalam gambar, beliau masih menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan  mengikuti betul-betul tahap kelajuan yang dibenarkan.

penting letak gambar sendiri di blog sendiri, sapa lagi yang nak letak, tak gitew?
Lepas makan sengkuang calit, kami meneruskan perjalanan mencari Kampung Buku. Rupanya dah tutup. Sayangnya, dengan penutupan kampung buku menujukkan realiti, rakyat Malaysia yang memang tak berapa nak minat buku. So, lepak kat Lubuk Semilang versi Umum je la.


Aku ada sebutkan pada Cik Linda yang Cik Linda menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan tahap kelajuan yang dibenarkan ke belum?

Kami kemudian ke Beras Terbakar yang sekangkang kera itu, yang tiada lagi beras terbakar itu, tapi cantik rumah tuan tanah beras terbakar itu.

Dan akhir sekali sebelum naik feri pukul 6 petang dan buat comel kat pakcik kastam supaya tak check bag pack aku yang ada kain batik, kami singgah dulu la kat Idaman Suri dan beli barang bakal rumah aku. Ye la, duit nak beli rumah belum ada, aku beli la perkakas rumah dulu.



No comments:

Post a Comment