Pada jam 3 pagi di antara jalan Pengkalan Hulu - Gerik, dalam perjalanan pulang dari Machang, kota gear kereta abah gagal berfungsi dan menyebabkan Perdana hitam itu tersadai di tepi jalanraya. Gelap dan lengang. Hampir tiada kenderaan lalu ketika itu. Pilihan yang tinggal hanya menunggu sehingga pagi atau sehingga ada yang berhenti membantu.
Dan senjata yang ada di pagi hening hanya doa yang tak putus dan harapan pada Allah. Abah dan mak tidak tahu apa yang bakal berlaku. Mereka serah segalanya pada Yang Esa.
Kemudian, sebuah lori berhenti, seorang hamba Allah menghampiri dan menghulurkan bantuan. Dia memeriksa kereta abah dan menelefon temannya untuk menunda Perdana abah ke workshop. Dia kemudian menjemput abah dan mak untuk tidur di rumahnya di Kampung Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
Sesampai di rumahnya, isteri beliau siap menghidangkan minuman makanan dan menyediakan tempat tidur. Pasangan yang baik hati itu meyakinkan abah dan mak Perdana akan siap dibaiki besoknya.
Meskipun telah hampir 3 tahun telah berlalu, persahabatan kerana Allah itu masih teguh. Tidak tercukup ucapan terima kasih di dunia buat keluarga yang baik ini. Hanya Allah yang dapat membalas budi pakcik Asri sekeluarga. Dan semoga persahabatan keluarga ini kekal hingga ke akhirat.
Izdihar Hazim, Kak ngah pun minat The Red Warriors juga. Gile tak minat.
Dan aku teringatkan sebuah keluarga lagi yang juga berasal dari Pasir Mas yang sudi memberikan bumbung untuk aku berteduh, menumpang kasih dan bersabar melayan kerenah yang tak berapa nak center ini selama lebih empat belas purnama di Kelana Jaya. Entah bagaimana untuk aku balas kasih sayang mereka, dan sekiranya boleh aku balas, sebenarnya dan sesungguhnya tidak akan pernah mencukupi seumur hidup untuk dibalas. Sampai mati aku bawa budi ini. Sampai mati.
Sesungguhnya Allah telah mempertemukan aku dan keluarga dengan insan-insan yang terbaik dan berhati mulia.
Dalam setiap doa, tiada yang lain hanya kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas keindahan ini dan semoga Allah menambahkan pahala, rahmat, ganjaran dan barokah kepada kedua-dua keluarga ini yang sudi menghulurkan tangan mereka. Ya Allah, semoga mereka ini diberikan kesihatan yang baik, dianugerahkan usia yang berkat dan dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda serta dilindungi rahmat dan kasih sayang Allah dari sini sehingga ke JannahMu.
Dengan ini aku declare "Orang Pasir Mas, paling jjang satu Malaysia!!" *insert tanda heart heart berjuta kali*
No comments:
Post a Comment