Pages

Sunday, April 20, 2014

Laporan Aktiviti: Ke Kuching Kamek

Tarikh: 12 April - 15 April
Hari: Sabtu- Selasa
Tempat: Kuching, Sarawak
Peserta: Cik Linda, Jas, Dira, Syukri, Fadhli, Azwa

Seramai 5 peserta dan seorang chief telah menyertai rombongan perdana 2014 ke Kuching, Sarawak yang diadakan pada 12 April - 15 April 2014 yang lalu. Rombongan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan flight journey kepada Liey Oppa, mencari GB12 bagi Cik Linda, membina daya tahan shopping Azwa, melihat alam dengan rileks kepada Syukri dan mini honeymoon kepada Jas dan Dira. Selain itu, para peserta dapat meningkatkan tahap kecergasan diri mereka dengan berjalan secara banyak di sekitar Kuching dan daerah berhampiran, menipiskan poket masing-masing, mensyukuri flora dan fauna ciptaan Tuhan dan menikmati makanan-makanan rare yang nan hado di Semenanjung. 

Berikut adalah laporan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan ini berlangsung. 

12 April 2014, Sabtu - para peserta tiba di Kuching International Airport pada jam 9.00 malam selepas pesawat mundur hampir sejam tapi ada flight attendant yang hensem sebagai pengubat kedukaan dengan perasaan bercampur baur dan kelaparan. Oh, rupa-rupanya pakcik van sewa sudah lama menunggu. Keramahan wakil rakyat satu penggal Jas dan kesportingan Pakcik Rahim, para peserta amat yakin bahawa trip ini akan membawa seribu satu makna. peh, uwek, ayat tak tahan, bro. Para peserta kemudian telah ditempatkan di Abell Residence dan selepas menyegarkan diri, para peserta kemudiannya makan makan di Restoran RJ Ayam Bakar. Sedap ayam bakarnya, sejuk nasinya. 

Empat daripada peserta kemudian berjalan-jalan dan berposing sakan di Tugu Kucing dan kemudian ke Waterfront. 


13 April 2014, Ahad - Pada pukul 8.00 pagi, para peserta kemudian telah dibawa ke Kedai Kopi O' Corner, Jalan Satok yang menyediakan pelbagai makanan menarik. Makan pagi yang telah dicuba pada hari itu adalah mee kolok dan roti daging. Selepas itu, para peserta bergerak ke Pasar Serikin, Bau untuk shoppingan kali pertama. Selepas bermandi peluh, we literally boleh perah peluh, people, peserta kemudiannya dibawa ke Gua Angin. Kerana telah hampir waktu makan tengahari, maka peserta telah berhenti untuk makan di sebuah food court di Pekan Bau untuk menikmati sup ayam pansuh, masak lemak umbut kelapa dan botok ikan tenggiri. Kemudian singgah di Tasik Biru dan ustazah posing ayu di situ seterusnya bergerak ke kedai-kedai shoppingan selanjutnya untuk shoppingan lagi yang mana termasuk Kedai Menjual Kristal, Kedai Ada Sarang Burung dan Kedai Pasu Sarawak

Pada sebelah petangnya, peserta ke Muzium Islam Sarawak dan akhirnya merileks-rileks di Waterfront sambil makan cucur ikan bilis sebelum bergerak pulang ke hotel. Dan pada sebelah malamnya, peserta telah menikmati linut, laksa Sarawak dan set ayam bakar lagi di Planet Sambal yang lambat servicenya, sejuk nasinya tapi cantik interior designnya. Seriously, kenapa tak suka dengan nasi panas, orang Kuching? 

14 April 2014, Isnin - Di hari ketiga rombongan, makan pagi dihiasi dengan mee kampua, mee jawa, nasi lemak rendang dan roti robinhood. Peserta-peserta kemudian telah dibawa untuk menyertai RunningMan versi Sarawak di Kampung Budaya, Sarawak. Liey oppa telah muncul sebagai juara pertandingan kerana dia sahaja yang bersungguh pergi ketujuh-tujuh rumah budaya yang terdapat di situ untuk mendapatkan cop. Peserta Azwa walaubagaimanapun tidak dapat menyertai kerana tidak mempunyai passport kerana telah membeli tiket harga pelajar sambil rilek-rilek makan penkek sago dan cucur ubi. Para peserta kemudian dihidangkan dengan persembahan kebudayaan sebelum makan tengahari dan berWIFI selepas minta banyak kali di situ.

Sebelum ke Muzium Kucing di Majlis Bandaraya Kuching Utara, para peserta berehat dan menikmati keindahan pantai *wohop* di Pantai Damai, Santubong.


Sebagai shopppingan kali kebanyak kali, van Pakcik Rahim singgah di Kedai Kek Lapis Mira dan Kedai Kek Lapis Dayang Salhah untuk membeli borong kek lapis, rempah bubur pedas dan ikan terubuk yang dijual berhampiran. Akhir sekali chief peserta, Cik Linda dan Liey Oppa mencuba bot penambang 50 sen untuk menyeberang Sungai Sarawak yang mana sebelumnya itu yang demikian, peserta dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Astana untuk spy Rolls Royce milik YDP Taib Mahmud. Para peserta kemudian masing-masing pengsan kepenatan dan sebahagian daripadanya memilih KFC sebagai makan lewat malam. Like really really lewat malam. 

15 April 2014, Selasa - Para peserta telah dinasihatkan untuk bersedia lebih awal memandangkan perjalanan hari terakhir melibatkan fauna yang sinonim dengan Borneo. Selepas menikmati burasak (ala-ala ketupat nasi versi stim dengan rendang), mee kolok, rojak, mee jawa lagi, para peserta bergerak ke Semenggoh Wildlife Center. Peserta Azwa menyatakan keterkesimaan dan teruja melihat orang-orang yang melihat orangutan di situ. Seolah-olah orangutan itu sahaja yang tinggal di alam maya ini. Perjalanan diteruskan ke Jong's Crocodiles Farm untuk melibat buaya-buaya melompat mendapatkan bacon. Sorry, kancil takde, tapi anak kambing buat santapan adalah. 



Makan tengahari di Serapi Corner meliputi nasi, umai udang, ikan masak lemak dan stroberi lemon. Peserta telah dibawa berjalan-jalan di Muzium Sarawak. Sayangnya, para peserta tidak dapat melawat ke Muzium yang mempunyai pameran Dinosaur kerana tiketnya berbayar. 

Di akhir lawatan, peserta-peserta telah mendapatkan memori-memori yang indah dan pengetahuan yang luas dan dapat menikmati keindahan Borneo. Sepertinya berada di negara yang lain. Selanjutnya, lawatan tersebut juga telah menyemai silaturahim dan ukhuwah yang tinggi antara para peserta. Diharapkan bahawa akan banyak lagi lawatan-lawatan begini diadakan di masa hadapan.

Dan berikut adalah perbelanjaan perseorangan yakni setiausaha yang menulis laporan ini bagi lawatan/rombongan tersebut:

Perbelanjaan keseluruhan tersebut adalah tidak termasuk dengan souvenirs, walaubagaimanapun syukurlah tak jauh dari bajet awal. jyeaahhh!







20/4/2014

Laporan disediakan oleh

......................................
AZWA DAMIA
Setiausaha Lawatan (Lantikan Sendiri)

No comments:

Post a Comment