Aku baru masuk ofis pagi ni dan dibriefkan dengan apa yang berlaku sepanjang minggu. Pasal kes bicara, pasal law firm satu bangunan terbakar dan pasal kemalangan Karpal Singh. Semuanya dalam satu pagi dan aku masih perlu digest.
Bila aku dimaklum Karpal terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian, perlahan aku ucapkan "innalillahi wa inna ilaihi raji"un".
Dia adalah salah seorang peguam yang hebat. Karakternya, sikapnya, professionalismanya, etikanya. Letak tepi sekejap dia sebagai ahli politik. Lihat dia sebagai seorang peguam. Sebagai seorang peguam.
Terus-terang aku nak bagitau, salah satu sebab aku ambil keputusan untuk praktis sebagai lawyer ada kena mengena dengan Karpal Singh. Walaupun dulu mati-mati aku tetak bahawa aku takkan pernah jadi lawyer, biarlah kerja apa pun, bukan lawyer.
Ada sahabat cakap pada aku bila aku rasa was-was untuk praktis disebabkan CGPA yang biasa-biasa aje:
"Ko tengok la Karpal Singh grad third class je, tapi tengoklah dia kat mana sekarang. Yang penting kemahuan, semangat, jangan reti mengalah, mahu belajar, hati mau cekal"
Aku masih pegang itu.
You will be missed, Tiger of Jelutong.
No comments:
Post a Comment