Pages

Tuesday, August 23, 2011

Resepi Ayam Golek Nuri

Perrghhh....

Alambagai gua tengok memasing lawan upload masakan and/or makanan berbuka. Siap bagi resepi, cara-cara penyediaan lagi. Gambar? Wajib ghunnah dengan mereka adanya berposing sakan dari wujud makanan dalam pinggan sampai licin. Gua yang hampir takde makna kehidupan dapur ni pun terpanggil untuk berkongsi..

Gua present kat korang.... Ayam Golek Nuri~

Bahan-bahan;
Ayam Sekor
Rempah Kari
Santan

Cara-cara Penyediaan;
1. Mula-mula bersihkan ayam, lepas tu simpan dalam peti sejuk.
2. Amik kunci kereta, pegi kat Bazaar Ramadhan (kalo gua, yang terdekat kat Taman Nuri) pegi kat hujung-hujung sket, ada sorang brader yang muka ala-ala Halim Othman pakai baju pagoda putih, topi Barisan Nasional, berseluar yankee sedang memutarkan roda seperti dalam Roda Impian. Tapi, takde la kadbod tulis duit juta-juta, ada la ayam tujuh lapan ekor kena sula atas roda tu.
3. Beli ayam tersebut dengan harga RM18 sekor.
4. Bawak balik dan hidangkan mengikut citarasa anda.

Apa nak buat dengan rempah kari dan santan tu? Kat rumah gua jualkan aje. Rumah gua kan grocery.

*gelak sendiri*

Wednesday, August 17, 2011

Baju Raya Gua

Tadi malam gua pegi Star Parade, Alor Setar (okay, kantoi tak pegi tarawikh) Gua round-round survey baju raya. Pehh! Dah la mahal, tak cantik, takda plak saiz gua. Tu belum kira muka kerek kakak-kakak tukang jual baju yang pandang gua atas bawah bila gua try belek-belek baju diorang. Gua calit taik hidung kang!

Gua takda pilihan, gua dah fedap. Gua maybe pakai baju ni raya nanti. Gua rasa gua pakai lepas semayang raya la yang ni. Mati kena jantung kot nanti makcik-makcik kat masjid Derga tu.


Tuesday, August 16, 2011

Golongan2 Pada Acara Duit Raya

~sampul raya gua ada, duit raya gua takda~

Adalah menjadi uruf rakyat Malaysia amnya, pada musim perayaan memberi duit raya. Gua tak tahu datang mana uruf ni masuk ke ruang lingkup orang Melayu, gua cuma tahu time Chinese New Year je ada angpow. Time Deepavali ada tak hah diorang bagi duit raya?

Anyway....

Bercerita mengenai duit raya ini, korang perlulah melihat kepada syarat-syarat khas sebagai pemberi dan juga penerima. Tak cukup syarat, korang tak layak. Penerima lazimnya taraf 'anak' - anak sendiri, anak tiri, anak sedara, anak sedara gefren, anak sedara dua pupu dan sewaktu dengannya.

Dan rasmi penerima-penerima duit raya adalah mereka-mereka ini;
1) Minor di bawah 18 tahun
2) Pemuda/pemudi pelajar universiti atau kolej
3) Mereka yang belum berkahwin
4) Mereka yang belum bekerja.
(Dua golongan terakhir tersebut, subject to change. Ikut emosi pemberi, sama ada korang ada butthurt atau pokefun diorang tak)

Syarat tambahan pula, korang mestilah mengingatkan pemberi-pemberi duit raya ini bahawa mereka belum memberi duit raya kepada korang dan bila korang buka sampul raya tersebut, korang mestilah mengucapkan ayat seperti ini "Ala, RM------ je ke?" (letakkan nombor di sini)

Kita lihat pula kepada golongan pemberi duit raya pula. Mereka terdiri daripada;
1) Ibu bapa
2) Bapa/Ibu Sedara
3) Mereka yang dah Kawin
4) Si kaya yang hartawan, dermawan dan segalawan
5) Mereka yang dah kerja DAN kerja dengan gaji masyuk

Dan, dengan merujuk kepada fakta dan syarat di atas tersebut, gua nak umumkan, gua tergolong dalam penerima duit raya bagi tahun ini. Sebabnya gua tak memenuhi syarat pemberi. Sekian.

Ini Cerita Azan

Dulu zaman Rasulullah, tukang azan takde yang bersuara macam guruh. Yang bisa gegak gempita satu alam panggil orang datang solat. Sayup-sayup je, terus sahabat-sahabat bangun dan pergi solat.

Dulu zaman Rasulullah, orang yang baca Al-Quran dalam masjid, Rasulullah tegur jangan baca kuat sangat, nanti kacau orang lain yang tengah solat, yang tengah baca Al-Quran.

SEKARANG?

Baca quran? Malam Jumaat pun jarang tambahlah hari-hari biasa. Kalo yang azan plak, dah sejam habis pun, belum bergerak lagi. Tu belum subuh, kamu pasanglah surah Yasin pakai pembesar suara atau suara dari alam kubur yang "Ma Robbuka" kat alarm handphone sekalipun, kalo yang tak dapat hidayah Allah, telahlah nak bangun.

Monday, August 15, 2011

Ranting Renungan Ramadhan: Satu Entri Sangat Serius dan Muka Gua Serius bila tulis Entri Serius Ini

Selepas beratus-ratus tanda soal naik kat kepala, hampir menyamai jumlah kelumumur gua, gua buka TV Al-Hijrah untuk tengok tv show yang satu ini. Ramai orang mention kat Facebook and Twitter pasal Law Kana Bainana. Sebagai orang hip dan gemar berpengetahuan luas a.k.a kepoh dalam beberapa hal sahaja - gua pun tengok episod tadi malam.

Terangguk-angguk, tergenang-genang mata gua. Syahdu gua dengar ayat "Kalo Rasulullah bersama kita sekarang, apakah yang dia akan lakukan?" (ini adalah subtitle skema yang disediakan TV tersebut)

Gua time-time Ramadhan ni, memang jadi mellow mellow sket. Titik. No further discussion.

Sumpah gua cakap, sunnah Nabi ni kalau nak diikutkan mudah ja. Perkara-perkara kecil ni la yang kita selalu ambil enteng padahal kalau buat tak berat mana pun.

Episod tadi malam cerita pasal memberi salam dan menghormati waktu.

Part bagi salam tu, gua yang bangang kadang2 ni nak tergelak gak bila Ustaz MC tu tanya "Kalo Nabi naik teksi, dia akan bagi salam tak?" Gua kan golongan mudah terhibur.

Part yang kedua, kru LKB amik gambar budak-budak kolej datang lambat kelas. Bayangkan la kalau UIA dulu buat gitu. Mau kalau kelas Criminal Procedure Code jajahan Sir Syed Tariq pukul 9.00 pagi, pukul 8.45 pagi maybe gua dah sampai. Ok, itu mustahil.

Ayat Ustaz MC tu sama ja. First, baik dia tanya sebab kenapa datang lewat then dia "pacak-pacakkan pisau atas dahi korang" selepas dia tanya soalan - "Kalo Nabi, apa dia akan buat?"

Bersungguh memasing cerita Sirah Nabi, macam mana Nabi akan react pada sesuatu situasi, betapa mundurnya satu-satu negara kalau tak menghormati masa. One thing gua salute bangsa Arab, Rasulullah SAW adalah segala-galanya hatta bila gaduh, kalau korang sebut nama Rasulullah SAW, terberhenti gaduh siap mengaku "Kamu telah tundukkan saya atas nama Rasulullah"

Tapi hagaklah budak, kelas pukul 9 pagi, pukul 10 pagi korang datang. Kalo kelas Syed Tariq tu, memang dia ingat ko sampai habis semester! Bahaha. CONTOHNYA GUA.

Apsal gua asyik cerita Syed Tariq Daud Rafique weh? Gua siap ingat nama dia penuh weh! Misteri betol ni.

Thursday, August 4, 2011

#Kenangan Puasa

~monolog gua dan sendiri~

"Wa, takkan takde kenangan puasa nak share kot?"

"Tak."

"Mustahil takde. Share la sket kat blog ni. Ko kan takde kerja sekarang.Takde orang baca blog ko pun, at least ko bleh nak memori daun pisang dibuai rindu kejap."

"Ok. Dulu, masa malam sebelum raya, gua berkubang dalam kolah madrasah dengan niat nak cuci kolah tu. Besoknya kan orang nak semayang raya. Tiga tahun berturut-turut gua jadi Pencuci Kolah Madrasah kampung"

Tiga Virus

Perasan tak ramai orang kita ada 3 virus yang beranak-pinak dalam hati dan jiwa? Virus2 adalah berikut;

1. menghina intelek orang
2. menjatuhkan orang seadanya
3. menyalahkan orang lain lagi best

sebab virus-virus ni la, gua masa study dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai membawak ke universiti, gua jarang angkat tangan untuk bertanya cikgu. sebab gua takut kawan sekelas lain pikir gua lembab dan tak paham2..

tengok, virus ketiga ada kat gua. dah dapat simptom ni.