Pages

Monday, August 15, 2011

Ranting Renungan Ramadhan: Satu Entri Sangat Serius dan Muka Gua Serius bila tulis Entri Serius Ini

Selepas beratus-ratus tanda soal naik kat kepala, hampir menyamai jumlah kelumumur gua, gua buka TV Al-Hijrah untuk tengok tv show yang satu ini. Ramai orang mention kat Facebook and Twitter pasal Law Kana Bainana. Sebagai orang hip dan gemar berpengetahuan luas a.k.a kepoh dalam beberapa hal sahaja - gua pun tengok episod tadi malam.

Terangguk-angguk, tergenang-genang mata gua. Syahdu gua dengar ayat "Kalo Rasulullah bersama kita sekarang, apakah yang dia akan lakukan?" (ini adalah subtitle skema yang disediakan TV tersebut)

Gua time-time Ramadhan ni, memang jadi mellow mellow sket. Titik. No further discussion.

Sumpah gua cakap, sunnah Nabi ni kalau nak diikutkan mudah ja. Perkara-perkara kecil ni la yang kita selalu ambil enteng padahal kalau buat tak berat mana pun.

Episod tadi malam cerita pasal memberi salam dan menghormati waktu.

Part bagi salam tu, gua yang bangang kadang2 ni nak tergelak gak bila Ustaz MC tu tanya "Kalo Nabi naik teksi, dia akan bagi salam tak?" Gua kan golongan mudah terhibur.

Part yang kedua, kru LKB amik gambar budak-budak kolej datang lambat kelas. Bayangkan la kalau UIA dulu buat gitu. Mau kalau kelas Criminal Procedure Code jajahan Sir Syed Tariq pukul 9.00 pagi, pukul 8.45 pagi maybe gua dah sampai. Ok, itu mustahil.

Ayat Ustaz MC tu sama ja. First, baik dia tanya sebab kenapa datang lewat then dia "pacak-pacakkan pisau atas dahi korang" selepas dia tanya soalan - "Kalo Nabi, apa dia akan buat?"

Bersungguh memasing cerita Sirah Nabi, macam mana Nabi akan react pada sesuatu situasi, betapa mundurnya satu-satu negara kalau tak menghormati masa. One thing gua salute bangsa Arab, Rasulullah SAW adalah segala-galanya hatta bila gaduh, kalau korang sebut nama Rasulullah SAW, terberhenti gaduh siap mengaku "Kamu telah tundukkan saya atas nama Rasulullah"

Tapi hagaklah budak, kelas pukul 9 pagi, pukul 10 pagi korang datang. Kalo kelas Syed Tariq tu, memang dia ingat ko sampai habis semester! Bahaha. CONTOHNYA GUA.

Apsal gua asyik cerita Syed Tariq Daud Rafique weh? Gua siap ingat nama dia penuh weh! Misteri betol ni.

No comments:

Post a Comment