Pages

Monday, January 2, 2012

Variety Show Review: Running Man

Kalo korang tak pernah dengar pasal show ni, sah korang adalah golongan yang tidak peduli pasal dunia, selalu butthurt, selalu komplen, tak bersyukur dengan kehidupan dan sentiasa hidup dalam fantasi.

Tapi gua faham kenapa korang macam tu, sebab korang banyak tengok cerita recycle cinta-cinta kat tv.

Dah, lebih 70 episod kot! Chaebal!

Rancangan keluaran SBS ni mengetengahkan pelancongan Korea Selatan, kebijaksanaan dan stamina artis Korea (which 2 perkara mustahil bagi artis Malaysia meskipun badan berketak macam Fizo Omar tu) dan paling penting, superb-genius-kreatif production team urban-action variety show tersebut.

Game diorang sangat simple tapi... peh! tak terfikir plak!

Rancangan ni tak pakai artis2 glamer pun, kalo tengok.. diorang cuma perlu;

1) Yoo Jae Suk @ Yooruce Willis sebagai MC (He's one of the ultimate MC kat Korea selain Shin Dong Yup dan Kang Ho Dong. Very funny guy)
2) Haha @ Haroro (pak lawak dengan fetish kepada Bob Marley)
3) Kim Jong Kook @ SpartaKook, The Commander (penyanyi lama, dulu dengan Turbo, badan ketak, capable and reliable man)
4) Gary @ Monday Couple (Rapper Leessang, naive, senang kena tipu)
5) Song Ji Hyo @ Monday Couple, Ace, Blank Ji Hyo (the only actress fill up bagi posisi perempuan dan sangat2 bijak. Bukan macam rancangan2 gameshow Malaysia mcm kat 2 v 1 dan Ewah2 yang artis pompuan banyaknya cuma menjeritgedik dan bermekaptebal)
6) Ji Suk Jin @ Big Nose Hyung (orang tua yang boleh diperkotak-katikkan tapi dia rilek ja, he's funny tho)
7) Lee Gwang Soo @ Gwang-vatar (the most bangang man and he's so LMAO!)

(dulu ada sorang permanent member, Song Joong Ki - cute nak mampus sampai berdarah hidung - tapi komitmen kerja halang dia join)

~Song Joong Ki in yellow jacket~

Diorang cuma main sorok-sorok dengan game dan twist yang kalo gua jumpa Creative Team production ni, gua peluk cium sebab diorang ni genius nak mampus. Bukan sorok terus la, 'pandai'... kena siapkan mission jugak.

Honestly gua tak tahu diorang dah siap praktis ke tak sebelum diorang shoot rancangan ini (macam kebanyakan rancangan Malaysia) but semuanya nampak "natural" dan tak plastik macam kebanyak artis Malaysia.... oh, well

Diorang ada artis jemputan in most of the episodes dan diorang dah travel ke China, Hong Kong dan Thailand. Gua tak rasa diorang boleh datang Malaysia. Malaysia fobia orang kumpul ramai-ramai, lari-lari, sorok-sorok. Malaysia tak boleh semua tu.

Running Man ni ada tayang kat Malaysia tapi untuk Astro-HD subscribers sahaja. Rugi gila. Bukan ramai orang ada Astro sanggup nak amik HD, ada Astro yang bulan-bulan tu pun, dah berpeluh nak membayar. (Tambah lagi la orang yang takde Astro)

Besides, kenapa orang kaya saja yang boleh menikmati kebahagiaan?

Gua tak harap channel tv kat Malaysia buat rancangan ni, gua tahu artis Malaysia tak reti buat variety, tak bijak sangat, takde stamina nak main kejar-kejar (korang tengok Amekaw dengan Ewah-Ewah sudah la, itu adalah tragedi...), bajet lagi la hampeh- nak promote pelancongan Malaysia pun cuma dapat amik dua orang artis. Takde keja lain - pegi tempat makan, pegi muzium, pegi pantai pastu balik bilik hotel upload gambar sendiri dalam facebook. Thats just another "stuff about Malaysia that no one gonna understand"

Cuma kalo boleh supaya tv-tak-perlu-bayar seperti tv faveret gua - 8TV (ahem!) consider nak tayang rancangan ni. Rating memang gua aci cukur rambut mencanak2 tinggi.

2 comments: