Pages

Wednesday, February 29, 2012

Cheritera Chenta* Gua

Ada gak la dok bertanya, tak kira time jumpa ke, lalu sebelah ke, dalam surat ke, pakai sms ke tanya gua;"Bila lagi?"

Gua inesen. Gua tak tahu tu maksud apa. Bila apa? Bila nak gua cakap pulak lepas korang cakap? Tapi, korang tak berhenti bercakap pon?

Ye la. Ye la. Gua buat lawak sket, takkan tak boleh.

Takde gak trace bercerita pasal boyfriend dalam entri blog gua. Ada member tanya gua gay ke. Tak la, gua tak sampai tahap yang tak tanya iman bila berfikir.

Dulu, masa gua sekolah menengah, time tu gua tingkatan 4. Gua kat kelas paling hujung sekali. Kelas lindungan masjid tu la. Ada sorang member gua nama Mun, yang bleh tahan la lawa. Dia start berkawan dengan sorang pengawas ni. Pastu gaduh.

Si Mun ni pulak rasa gua adalah orang2 yang mustajab doanya. Mun lalu mintak tolong gua setelkan masalah dia dan pengawas tu. Gua perkemas keris dipinggang, start skipping 80kali dan gua mintak no pengawas tu kat Mun. Gua cakap "Mun tak perlu risau".

Gua dan pengawas selalu berhubung. Kadang-kadang gua call rumah dia, kadang-kadang dia call rumah gua. Ye, time tu handphone masih mahal untuk dimiliki oleh budak sekolah menengah. Mak pengawas tu pun tahu dan approve gua untuk berbual dengan anak terunanya. Gua pun tak tahu kenapa.

Pengawas tu mula-mula tak amik port gua sapa, dia cuma gembira ada orang yang nak dengar luahan dia. Seorang stranger yang pelik. Yang tak kisah dengar dia membebel. Remaja lelaki kalo membebel orang akan label sotong.

Ye, ye.. tepat sekali. Gua dibayar untuk itu. Kalo korang tanya kenapa gua buat kerja bangang tu - dulu gua tak tinggal dalam OhsemVille lagi. Sekarang gua pegang bahagian kebajikan dan hiburan.

Cerita bersambung....

Berguling gua tepi meja telefon sambil berbual2. Lama2, pengawas tu nak jumpa gua. Dia kata dia tahu gua yang mana satu even gua selalu deny, dan dia cakap selalu tengok gua, dia kata lagi dia suka gua being stupid and cute... dan yang paling penting, dia nak cakap kat Mun, yang Mun boleh go steady dengan 2 boyfriend Mun yang lain sebab dia rasa dia lagi suka kat gua.

Gua diam. Gua tak nak pun dia. Even dia hensem, berkaca mata, budak ragbi tapi cerah dan seorang pengawas. Ye, boyfriend seorang pengawas was a big matter.

Gua cuma nak berbual dengan seseorang.

Dia cakap dia tak peduli. Dia tahu gua gomuk, dia tak kisah. Dia kata hati gua baik. Gua cakap, dia kena fikir reputasi dia. Dia kata takpe, kasih sayang akan mengatasi segalanya. Dia kata dia akan eksplain kat Mun. Dia kata yang penting, dia ada gua.

Gua.....

AHAHAH HAHAH AAHAHHAHAHAH AHHAHAAHA

Ah, SUDAH! SUDAH!

Amacam? Berbaloi mensia-siakan 7 minit dari kehidupan korang baca cerita bohong dari gua?

HAHAHHAHA AHAHHA AHAHHAHAHAH AHAHAHAHA

Know Thy Place

Note to self:

Gua budak chambering.
Gua patut buat perangai budak chambering.
Cakap banyak tak payah.

p/s: petang-petang gini, kalo makan coq kodok cicah gulai ikan termenung sedap gak aih, habaq haanngg! peh!

Tuesday, February 21, 2012

Bapak Gua Strikes Again

Bapak gua ada batu karang. dia siap tampal kertas "Makanan Yang Perlu Dielakkan oleh Pesakit Batu Karang" sebelah fridge.

Dalam list tu ada:
Daging,
Kacang,
Udang, Sotong, Kepah, Lala, Ikan bilis
Belacan,
Kangkung,
and etc (end of thinking capacity)

Semalam, time lunch mak gua buat kangkung goreng belacan dengan ikan bilis sekali. Wah, sedap bebenor bapak mengaut kangkung goreng tersebut.

"Haipp! Bapak tak boleh makan yang ni!!" Gua karate sudu kat tangan bapak.
"Angah, dalam dunia ni, cuma iman saja yang tak boleh diwarisi... Degil tu yang ada dalam darah daging kita... "

Gua surrender.

Thursday, February 16, 2012

Satu Soalan Sahaja

Gua nak cerita pasal trust. Dalam bahasa malaysia itu dikenalkan kepada anda dalam perkataan kepercayaan.

Gua cuma heran je la, kalo seseorang atau dua orang atau berorang-orang buat perkara, dan/atau sebut sesuatu yang secara terang2an mempersoalkan kepercayaan diorang kat korang - perlu tak korang berusaha untuk mendapatkan kepercayaan tersebut?

Tak payah tanya sama pokok.

TAK PAYAH BERUSAHA. Diorang yang ada trust issue.

There's 7 billion people dalam dunia ni, and why nak ambik peduli dengan 1, 2 yang menyakit hati?

Move on!

Sekian.

Thursday, February 9, 2012

Movie Review: Loser Lover


Lepas tengok movie Hafalan Solat Delisa separuh, gua beralih ke satu movie Thai tajuk Loser Lover. Wah, minggu South East Asia Movie Marathon barangkali.

Cerita ni agak lembap. Lawak dia cuma kadang-kadang. Dan hero tu adalah hopeless romantic. Dia sediakan buku manual dekat heroin pasal dia dan peta jalan 3D ke rumah dia.

Hari-hari dia pegi rumah pompuan tu tepat pukul satu.

The idea of that movie maybe nak perli keterlampauan pengaruh K-Pop dan mendenykan perkembangan lagu-lagu indie Thai yang lain. Berkemungkinan. Panjang betul akal gua berfikir.

Pompuan tu plak agak blur, gua suka taste fashion dia dan cute. Statement dia "Aku takde la suka kat dia, tapi aku tak faham kenapa aku selalu teringat kat dia"

Cerita ni offer banyak tanda soal kat korang. If let say la kita boleh jual tanda soal tu, gua rasa gua dah boleh belanja 5 orang kawan kat Tutti Frutti.

Movie Review: Hafalan Solat Delisa


Gua ada download cerita HSD dari Indonesia ni kemarin. Tadi malam gua tengok cerita pasal tsunami melanda Acheh yang tersebut ini. Cerita HSD ni pasal Delisa, bongsu dari empat beradik dan sedang menghafal bacaan-bacaan dalam solat sebab dia nak exam hafalan. Umi dia janji bagi rantai dengan huruf D kalo dia lulus.

Comel sungguh Delisa dan kakak-kakaknya. Hensem mana la bapak dia..

Skeri sebenarnya bila gua tengok air tsunami tu datang, khusyuk bebenor Delisa menghafal sampai tak sedar kejadian sekeliling. Skeri jugak bila tengok ramai yang mati, terdampar di tepi pantai tu. Korang cuba rewind balik video-video tsunami Acheh dulu. Meremang bulu roma gua.

Delisa dok tenggelam timbul sambil nampak kakak2nya pakai baju putih dan ucap selamat tinggal. Then kawan dia, nama Tiur siap cakap "aku akan bersama abi ku..." Gua rasa gua terberhenti bernafas time tu.... cer bayangkan kalo Izrael datang menyapa... adeh adeh...oksigen oksigen.

Lepas sedar kat hospital, Delisa check kaki dia sebelah dah takde, tapi, eh, sebelah lagi masih boleh gerak. Tapi, kenapa dia tak 'menderita' seperti mana yang kita harapkan? Dia macam rilek sangat; "oh, kaki saya sebelah udah tinggal separuh"

Pastu gua distracted. Ada sorang askar hensem US dok seronok layan Delisa. Gua pause cerita tu. Gua istighfar.


Gua sepatutnya diselubungi dengan kesayuan, kesedihan, simpati tapi gua excited plak dengan Si Adam Smith tu. Nanti-nanti la gua sambung tengok plak.

Wednesday, February 8, 2012

Movie Review: First Love (A Crazy Little Thing Called Love)


Ini filem Thai pasal cinta monyet. Bukan cerita Snow White. Macam cerita oh yeah, oh yeah My Girl dan Jeab tu...

Cerita ni comel, boleh buat korang tersenyum panjang. Macam gua. Gua masih senyum ni. Sebab gua pun pernah ada cerita-cerita macam tu.. heh.

Cuma, gua bengkek la part cerita dia menunjukkan sangat yang pompuan kena jadi putih, berambut panjang dan cantik baru lelaki nak perasan.

Mana ada hero yang tanam pokok bunga pastu keep record of the progress growth of the pokok dan buat skrapbook about it? Mana ada! *mata bintang-bintang*

Paling awesome dalam cerita ni adalah si Chone ( mamat sangat cute) tu suka dekat Nam dari masa dia huduh lagi. Cuma pastu aku sedar, benda cam tu susah bebenor nak berlaku dalam realiti.

Dan ending dia agak sakit ati, macam nak cepat-cepat abiskan je. Macam mana wartawan rancangan tu dapat skrapbook Chone masa sekolah? MACAM MANA?

Hebak betol wartawan ni.

Cuma, gua juga tak faham cerita cinta squid dia ekceli. Gua malas over-analayzed.

Once a upon a time, there were two squids. They had traveled until they met each other. Then, they fell in love. They became a couple. Finally, they got married. On the day of marriage, squid priest told them to hold hands. So, they held each other’s hands, held the hands, held hands, held hands, held hands, held hands......


Am being extra nais to y'all:

A detailed review (in English) HERE
Watch the movie (English subbed) HERE

Tuesday, February 7, 2012

Kenduri Kawen

Gua doakan yang baik-baik aja buat pasangan ini. Ini mak sedara sepupu gua sama new-bapak sedara sepupu gua. Walaupun gua sering saja skip dari buat pape dan tak menolong sangat wedding diorang ni, gua juga sama-sama merasa penatnya. TETAPI, sebagai Drebar Rasmi Pengantin dan Pengarah-Jump-At-The-Crucial-Moment-Where-People-Got-So-Panic-They-Cant-Even-Think-And-I-Give-Awesome-Solution, gua yakin betul gua telah menjalankan tugas dengan terbilang. Oh..well

Gua juga amat positif dan yakin gua takkan letak full-mekap lagi. Gua suffocate luar dalam.

p/s: gua cilok gambar ni dari second cousin gua.

Wednesday, February 1, 2012

Pelajari 10 Perkataan Berganda: Loghat Kedah

1. Perkataan: Hancoq leboq
Maksud: kehancuran altimet, hancur lebur

2. Perkataan: Baloq liat
Maksud: Pemalas tahap Lucifer

3. Perkataan: Pait berdengung
Maksud: pahit the bitterness melampau

4. Perkataan: Bodo piang
Maksud: Kebodohan tanpa batasan

5. Perkataan: Ketat Menghenin
Maksud: Ketat yang melampau macam muka Khir 'The Botox' Toyo

6. Perkataan: Tekoh-Tekoh
Maksud: kadang-kadang

7. Perkataan: Mat Ngot
Maksud: Lembab

8. Perkataan: Kuquih Kiang
Maksud: kurus kering macam hipster

9. Perkataan: tudung tingkap
Maksud: langsir

10. Perkataan: tersandaq sampai hap-hap
Maksud: penat gila.

Buat-buat Bukan Lokal

Gua tak malu nak mengaku, bila gua clueless kat daerah Alor Setar yang permai ni, gua buat-buat gua bukan orang lokal...gitteewwww.... hahahha ahahah hah.

1. Bila tak tahu jalan
Gua: "Excuse me, hi... Saye nak tanye sket, kat mana eh nak cari tempat ******* ni? Been told that ******* ni ade kat area ni? Saye tak tahu"

2. Bila masa "high class places kat sini" macam Secret Recipe, kedai Popular lepas nampak cam bangang 10min sebab dok kira dalam otak duit cukup ke tidak.
Waiter: Akak nak order ke?
Gua: "What would you like to order, korang? I think I amek this one, pastu this one..yeah, that''ll do"

3. Bila takde duit kecik
Cashier: Kak, ada 4 kupang?
Gua: "Uhhmmm? wait? Auwww... sori. I takde cent."

Gua tahu, itu tindakan bodoh.. Setiap kali.