Pages

Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Movie Review: Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon dan Jin Toncit

Dengan teknologi yang ada sekarang, basikali kita tunggu je Astro First keluarkan movie Melayu then beramai-ramailah yang kemudian uploadkan dan boleh ditonton oleh insan-insan yang meletakkan bajet Hiburan yang rendah. 


Malam tadi, aku pun tonton Hantu Kak Limah 2. Aku rasa ni memang kejadah sekuel kot, its either sekuel tu sama par dengan the first movie atau teruk dari the first movie. 

Apa yang ada dalam HKL2 sama je dengan HKL1 - ada hantu, but, its real hantu this time. Bak kata headline dalam kereta tu - Calon Ahli Neraka Tegar. Jin Pakai Toncit tu datang nak amik persembahannya, katanya, yakni tiga lelaki teruna setiap 45 tahun. 

Sapa pun dah agak, mesti ada yang tak kena dengan Dr Samsuddin tu. Dan malangnya, walopun expectation kita tinggi, lepas Dr Samsuddin tu muncul, terus cam malap cerita ni... malap.... 

Then aku lost.. lost.. dan lost... Aku tak faham tang Wahab B, Ab dan Jab. Anak Mamat tu lepas tembak, bazooka dia blah camtu je? 

Rokiah Rugged tu lawak.. "oh, so scared, so scared.."

Kak Limah dah cantik, dah boleh bawak orang gi rombongan ke Singapore, macam dia bawak orang gi rombongan ke Sukan Komanwel dulu. Tak banyak dark comedy pun - dulu nampak gak dok memerli itu ini, yg ni takde sangat. Ada pun pasal bankrupt, pasal brag dok kt KL, pasal selca Yeh Sekupang, pasal penyalahgunaan title Dr oleh sesetengah pihak, pasal halusinasi... eh.

Akhirnya ketensionan aku kenapa Ezlynn merosakkan lagu Lamunan Terhenti dengan puisi-puisi kt depan terjawab - dalam cerita tu dia hantu. 

Thursday, December 27, 2012

Movie Review: Istanbul, Aku Datang

Pernah tengok Gol & Gincu The Movie? Pernah tengok Pisau Cukur? Ini geng deme tu la.

Aku adalh surprise, surprise suka dengan kemahiran berlakon yang meningkat Lisa Surihani dalam cerita ni. Cute dan getik. Menjadi. Sesuai gila! Baju-baju dia pun comel. 

Cuma cerita ni agak fokus kepada dia saja, dan tak fokus kepada Beto Kusyairy. Dan tak nampak langsung pembawaan Beto sebagai the so-called "pelukis". Yang aku rasa difokus adalah dia "maybe gay". Bilik dia macam bilik rumah sewa mamat indon yang lekat gambar-gambar ahli keluarga pekkk kat dinding. And, awat aku rasa style Beto cam sket Nasir Bilal Khan hah?  

Cantik betul la Istanbul. Cantik sungguh. 

Tapi, ada tak dalam tu bagitau kenapa Dian tu takut kucing? Aku tak perasan. 

Jalan cerita dia ringan je. Kalo korang dok tengok cerita remaja-remaja Amareka, cerita-cerita budak sekolah menengah, kolej2 deme, ala-ala Disney, Hillary Duff, Alicia Silverstone, The Travelling Pant tu... inilah dia. Versi Malaysia. 

Gefren obses dengan boyfren. Gefren nak boyfren propose. Gefren pegi kat boyfren. Boyfren ada awek lain. Gefren jumpa sorang mamat tapi tak suka kat mamat tu. Then gefren berbaik and mamat tu ajak jalan-jalan. Pasti gefren ter-sway suka kat mamat tu. (Cuma kita takde scene kiss la. Cubaan kiss ada) Then, boyfren tadi nak balik dekat gefren. Last sekali, gefren dengan mamat tu. (Sebab mamat tu hero)

Oh, ada satu watak sampingan yang lokal yang menipu. 

Apa la comel sangat si penjual Maggi Asam Laksa tu? Anas, abang Aizat tu kan?



Honestly, so far, antara ketiga-tiga movie, aku pilih Pisau Cukur. Itu lebih kreatif. Istanbul Aku Datang ni, aku rasa kuatnya kat "Istanbul" tu. 

Thursday, November 22, 2012

Movie Review: Taikun

We were watching Taikun malam tadi. Along dan Angah berlakon jadi penjual DVD, bila tak menjual, pukul orang lain yang jual DVD. Posers - bila perlu bercakap chinese slang gitu, depan awek kemain pakai smart. 

Beruang dengan panda pun tak reti beza. Bongok. 

Selepas 10 minit pertama, aku cam "what the ASK?"  
ASK is Apa Shit Kejadahnya ini?

"Menarik" bila Zul Handy Black tu kata "aku tak mau menyumbang kepada keruntuhan moral orang Malaysia" or something like that. 

Sebab movie ini adalah bentuk nyata penyumbang keruntuhan moral orang Malaysia hari ini. 

Kenapa aku tengok? Dah diorang gi pinjam dan pasang kt ruang tamu. Tengok je la. 

Takkan takda moral sket pun? Tak dapat la sepanjang aku tengok. Aku tertido selepas 20 minit. Nope, aku tak rasa langsung nak habiskan tengok cerita ni. 

Sunday, November 4, 2012

Movie Review: Hantu Kapchai

So, my brother bought DVD pasar malam "Hantu Kapchai" lakonan Zizan Razak, Firz Fairuz dan Neelofa. Lawak la jugak (menguap). 

Cerita dia tak pi mana pun. Hang paham dak concern aku? Cerita Plagiat. Dari cerita mati pastu jadi roh sebab tak boleh nak cross over and selalu yang akan nampak adalah kawan loser & yang tak berapa center, adik try avenge kematian abang dan ambik alih role abang, arwah bapak dulu legend dan ada simpan sesuatu yang berharga yang mana kemudian akan memenangkan hero dan scene lawak2 masa tengah race.  

Kalau ada orang gitau korang kata, "oh my, cerita tu lain dari yang lain" kasi dia pfftttt...
Or maybe sebab dia tak tengok movie tegar cam aku kot. So, tak yah pffttt kuat2, buat dlm hati je. 

CGI dia... yang part membawak masuk ke piston, engine... ala-ala fast and furious kan? If tengok kat panggung, maybe lawa la, dah DVD ni.. hummm...

Lawak pada aku, ada pada 4 momen. 

1) masa polis nak tangkap Remy Ishak dan dia buat macam kucing marah tu. Kiut nak mampus!
2) Firz Fairuz conteng pensel kat dinding pastu calit kat dahi (nak bagi nampak cam dia tu selalu sujud)
3) Si Greng Jambu datang bagi salam kat rumah Ajib "Assalamualaikum. Tak jawab berdosa, jawab gatai"
4) Firz Fairuz baru sudah solat dengan Neelofa pastu nak baca doa, nampak Ajib, then dia kata "besok-besoklah kita baca doa"  

Ye, aku pun tak paham bakpo aku gelak sungguh-sungguh yang no. 3 tu.

Ada satu momen awkward, yakni pada masa Neelofa jerit kat Akim "tapi saya lebih suka kalo awak bagi bunga-bunga tu sendiri kat saya" (or, lebih kurang ayat tu lah...) 

Ko berdiri tak sampai 10 tapak pun dari dia. Perlu jerit ke, kak ros? Perlu ke? Perlu ke? 

Sunday, March 11, 2012

Movie Review: Adnan Sempit 2

Terkejut tak title post ni? Siapa sangka gua tengok lagi movie yang buang masa ni kan? Salahkan abang gua. Dia beli kat Astro First. Sejak ada Astro First ni, gua jarang-jarang gi wayang. Gua juga menundingkan jemari runcing gua kepada Dina Nordin dan Liza Abd Rahman Kuasa Dua kerana kegagalan diorang untuk ajak gua tengok wayang. Ok, sekian.

Movie ni takde apa sangat pun. Gua cuma gelak dua part - satu time Adnan gelakkan Datuk Isnin sebab suruh dia jadi trasformer dan satu lagi part Adnan jatuhkan motorsikal dia kat tangga supermarket.

Adegan kejar-kejar tu tak signifikan bagi gua. Its lengthy dan gua dah tengok part orang masuk dalam trak polis dalam keadaan kelakar which cam sipi-sipi bau bawang lagi kelakar dalam Tolong Awek Aku Pontianak.

Gua rasa Dr Rozmey patut sue diorang. Hahahha.

Budak dari Balas (Raja Lawak) tu cam over dengan rambut kejungnya. Dan adakah seorang wanita koperasi perlu berperangai seperti minah rempit apabila berchenta dengan mat rempit?

Boleh la layan... asalkan bukan korang yang bayar. Boleh la layan if korang suka Shahiezy Sam.

Thursday, February 9, 2012

Movie Review: Loser Lover


Lepas tengok movie Hafalan Solat Delisa separuh, gua beralih ke satu movie Thai tajuk Loser Lover. Wah, minggu South East Asia Movie Marathon barangkali.

Cerita ni agak lembap. Lawak dia cuma kadang-kadang. Dan hero tu adalah hopeless romantic. Dia sediakan buku manual dekat heroin pasal dia dan peta jalan 3D ke rumah dia.

Hari-hari dia pegi rumah pompuan tu tepat pukul satu.

The idea of that movie maybe nak perli keterlampauan pengaruh K-Pop dan mendenykan perkembangan lagu-lagu indie Thai yang lain. Berkemungkinan. Panjang betul akal gua berfikir.

Pompuan tu plak agak blur, gua suka taste fashion dia dan cute. Statement dia "Aku takde la suka kat dia, tapi aku tak faham kenapa aku selalu teringat kat dia"

Cerita ni offer banyak tanda soal kat korang. If let say la kita boleh jual tanda soal tu, gua rasa gua dah boleh belanja 5 orang kawan kat Tutti Frutti.

Movie Review: Hafalan Solat Delisa


Gua ada download cerita HSD dari Indonesia ni kemarin. Tadi malam gua tengok cerita pasal tsunami melanda Acheh yang tersebut ini. Cerita HSD ni pasal Delisa, bongsu dari empat beradik dan sedang menghafal bacaan-bacaan dalam solat sebab dia nak exam hafalan. Umi dia janji bagi rantai dengan huruf D kalo dia lulus.

Comel sungguh Delisa dan kakak-kakaknya. Hensem mana la bapak dia..

Skeri sebenarnya bila gua tengok air tsunami tu datang, khusyuk bebenor Delisa menghafal sampai tak sedar kejadian sekeliling. Skeri jugak bila tengok ramai yang mati, terdampar di tepi pantai tu. Korang cuba rewind balik video-video tsunami Acheh dulu. Meremang bulu roma gua.

Delisa dok tenggelam timbul sambil nampak kakak2nya pakai baju putih dan ucap selamat tinggal. Then kawan dia, nama Tiur siap cakap "aku akan bersama abi ku..." Gua rasa gua terberhenti bernafas time tu.... cer bayangkan kalo Izrael datang menyapa... adeh adeh...oksigen oksigen.

Lepas sedar kat hospital, Delisa check kaki dia sebelah dah takde, tapi, eh, sebelah lagi masih boleh gerak. Tapi, kenapa dia tak 'menderita' seperti mana yang kita harapkan? Dia macam rilek sangat; "oh, kaki saya sebelah udah tinggal separuh"

Pastu gua distracted. Ada sorang askar hensem US dok seronok layan Delisa. Gua pause cerita tu. Gua istighfar.


Gua sepatutnya diselubungi dengan kesayuan, kesedihan, simpati tapi gua excited plak dengan Si Adam Smith tu. Nanti-nanti la gua sambung tengok plak.

Wednesday, February 8, 2012

Movie Review: First Love (A Crazy Little Thing Called Love)


Ini filem Thai pasal cinta monyet. Bukan cerita Snow White. Macam cerita oh yeah, oh yeah My Girl dan Jeab tu...

Cerita ni comel, boleh buat korang tersenyum panjang. Macam gua. Gua masih senyum ni. Sebab gua pun pernah ada cerita-cerita macam tu.. heh.

Cuma, gua bengkek la part cerita dia menunjukkan sangat yang pompuan kena jadi putih, berambut panjang dan cantik baru lelaki nak perasan.

Mana ada hero yang tanam pokok bunga pastu keep record of the progress growth of the pokok dan buat skrapbook about it? Mana ada! *mata bintang-bintang*

Paling awesome dalam cerita ni adalah si Chone ( mamat sangat cute) tu suka dekat Nam dari masa dia huduh lagi. Cuma pastu aku sedar, benda cam tu susah bebenor nak berlaku dalam realiti.

Dan ending dia agak sakit ati, macam nak cepat-cepat abiskan je. Macam mana wartawan rancangan tu dapat skrapbook Chone masa sekolah? MACAM MANA?

Hebak betol wartawan ni.

Cuma, gua juga tak faham cerita cinta squid dia ekceli. Gua malas over-analayzed.

Once a upon a time, there were two squids. They had traveled until they met each other. Then, they fell in love. They became a couple. Finally, they got married. On the day of marriage, squid priest told them to hold hands. So, they held each other’s hands, held the hands, held hands, held hands, held hands, held hands......


Am being extra nais to y'all:

A detailed review (in English) HERE
Watch the movie (English subbed) HERE

Thursday, January 12, 2012

Movie Review: Ombak Rindu

Macam gua penah btau sebelum ni, gua takde lah takkan tidak tengok Ombak Rindu. So, malam tadi gua purchased Ombak Rindu kat Astro First.

Gua rasa baik gua highlightkan certain-certain je la, sebab gua rasa lebih relevan begitu. Lagipun ramai dah dari korang yang tengok dan berbondong tisu dah korang habiskan.

Hariz
First time Hariz menangis, gua rasa "oh, betapa depressednya hero ni. tersekat di antara ibu sendiri dan Izah" dan dah serupa bajet hero2 Korea. "well, at least dia tak malu show emotion" TAPI bila banyak kali gila dia nangis, gua cuma boleh kata.. "peh, dasar anak orang kaya cengeng! sket-sket nangis..."

Oh ya, Hariz... ko tak reti bezakan antara wedding dan marriage eh?? eh?

Izzah
Gadis dara kampung? Itu bukan kampung, itu gadis hutan. Berkemban, pakai tudung zaman 80an. Mak gua cakap. dan gua quote "ni memperlekehkan orang kampung, orang pakai tudung."

Datin Sufiah
Benyek. Hahhah ahaha. Kenapa gua nampak dia macam pokok krismas pendek bergerak dan cakap bahasa bangsawan? Hahaha ahhaha

Siti Jamilah @ Mila
Ya Tuhan... apsal Milah ni suka menjerit. Lisa Surihani sesuai bawa watak pompuan gedik, tapi bukan pompuan yang "marah pada satu dunia" macam tu. One word: annoying dan gua tak sure pun menatang apa dia dok jerit-jerit tu. Namun, terima kasih kepada subtitle 'bahasa melayu' yang disediakan Astro,

Mail
Dia kena friendzoned dengan Izzah DUA KALI HABAQ HANG! DUA KALI!

Pak Dollah dan Mak Jah
Actually, they gave out yang diorang tu parents Hariz masa diorang gi antar barang dapur kat Izah. Mak gua was like "itu mak bela Harris tu ka mak betui dia?" ba-dumm-tssss

Wafia
Tak berapa penting. Cuma kehadiran beliau "make sense".

Mak bapak Siti Jamilah
Oleh sebab gua terkejut mekap-pontianak mak Siti Jamilah kat airport tu, gua tak dapat nak focus orang lain hatta siapa bapak Siti Jamilah.

Overall, suprisingly gua takde la menyampah sangat dengan Ombak Rindu movie ni. Pace dia agak laju kat depan2 (so, takde bosan sangat intro mcm dalam novel), location menarik, hero hensem dan dia highlightkan banyak scene significant yang if korang penah baca novel ni masa korang sekolah dulu-dulu, korang akan like "oh, ya! part ni!".

By the way, gua nak mention couple thing about 1) wardrobe dan makeup, 2) scene dan locations.

Wardrobe dan makeup gua percaya hasil kerja tangan seorang pesara askar. Makeup macam a bunch of makcik2 yang baru belajar tenyeh eye-shadows dan tudung Izah tak payah cakap lah. Gua kutuk seratus peratus. Kesian juga kat Azizan Mahzan, walaupun dia awesome, tapi.. tapi..

The rumahs are awesome, fyi! Rumah Datin Sufiah tepi sawah, rumah Izah tepi laut, rumah Pak Dollah nu jauh kat Kedah, hospital time Izah tumpah darah kat Alor Setar, ofis lagi kat Cameron Highlands, rumah pakcik Izah kat Perlis, ofis kat Kuala Lumpur.

Macam naik jet je diorang ni bergerak ke serata tempat.... kan? kan?


Thursday, December 29, 2011

Movie Review (half and half): Enthiran

Malam tadi, untuk ke 34kalinya gua tengok 3 Idiots - kat TV3. Gua sumpah banyak kali dekat tokey Sistem-Whatever-Berhad tersebut kerana tak ajar anak buah pikir pakai otak.

Korang bayangkan, movie tu dah la diletakkan dalam dua part - itu pun nak potong-potong scene lagi. Abeh? Camna orang nak percaya kat berita-berita korang yang sah-sah dipotong ikut kesukaan korang?

Nevermind that.

Selepas itu kemudian, gua kebetulan terkalih channel ke RTM2. Gua rasa RTM patut bangga, ada juga yang nak buka channel diorang. Maklumlah, orang ohsem (macam gua), atau baru belajar nak ohsem dan/atau sewaktu dengan antara kedua-dua tersebut tak tengok channel free dan ambience tahun 80-an tersebut.

RTM2 tayang Enthiran(Robot) lakonan Rajnikanth dan Aishwarya Rai. Kali kedua. Tahun ini. Kali pertama, time Deepavali hari tu.

Oh, gua tengok masa gua kat kedai makan. Gua takde power atas remote control diorang.

First round gua tengok takat sampai si Chitti Robot tersebut bercakap dengan segerombolan nyamuk. Tersedak gua guling-guling sebab tengah makan then tergelak tidak sopan sehingga mengeluarkan bunyi babi dari hidung sebab gua rasa lawak nak mampus nyamuk boleh cakap Tamil.

Gua juga wonder untuk beberapa bagaimana hero lagenda (untuk watak Vasee) tersebut nampak sungguh tiada sebarang kedutan dan berambut alun cantik walaupun beliau 12 tahun lebih tua dari bapak gua.

Malam tadi, gua tengok round kedua, part Chitti dah jadi jahat. Gua juga dah dapat figure, kemudaan Rajnikanth adalah atas teknologi kosmetik yang kita namakan airbrush makeup. Gila juga seutas robot terhadap seorang wanita sampai sanggup sediakan sebuah mall untuk wanita tersebut. Mana bisa seutas robot mengenali robot lain yang bukan robot tapi menyamar jadi robot dengan hanya scan sisi wajah? Oh....

Dan tanpa gagal juga untuk kesekiankalinya, gua gelak sampai keras perut - Vasee suruh Sana (Aishwarya) delay Chitti untuk 24jam. Kalau 20minit ke, 2jam ke gua rasa amat relevant. But, 24jam?!

Hahahaha hahaha ahahahha ahaa haha

And, what the effin fook is Robot-Sapien? Ahahahaha... Sperm robot... Ahhaha hah ahah ahhahahaha ahahahhahaha ahaha hahha hahaha

Oh.. gua harap sangat Ra-One seseronok untuk diketawakan sebegini...

Sunday, December 4, 2011

Movie Review: Twilight - Breaking Dawn Part 1

Gua rasa sangat cool pegi tengok wayang pakai jubah buruk. By the way, petang Sabtu pegi tengok Twilight: Breaking Dawn dengan Liza. Its better than dia nak tengok Ombak Rindu.

Apa boleh gua cakap adalah, Twilight ni 30% cerita pasal wedding, 30% cerita pasal honeymoon, 15% pasal Bella pregnant, 3% mengintro Renesmee dan balance pasal fight dalam wolf-pack/wolf vs. vampires.

By the way, mata Renesmee time Jacob tengok dia tu tak balance langsung dengan baby tu. Macam kena tempek kat situ. Komputerisasi yang fail.

Cerita ni still lagi pasal Edward obsess dengan Bella. Dan juga Jacob. Jacob juga obsess dengan Bella. Gua sekarang bukan #TeamJacob lagi, gua sekarang #TeamPaul.

Dan sebagai info tambahan, gua obsess dengan belakang Jasper. Gua rasa gua boleh melekat macam parasit dekat belakang dia. Ohhh.... nyum nyum.

Tuesday, November 8, 2011

Review Movie Separuh: Libas

Gua on the boat ke Langkawi masa filem ini ditayangkan di LCD TV boat tersebut. Masa first scene keluar yang dia main sorang2 kat pokok-pokok kelapa tu, gua mengekek sengsorang. Baju merah dia pecah. Banyak letak klorok barangkali. CGI sangat gagal. Lebih gagal dari time Laksamana Do Re Mi naik carpet terbang zamzam ala kazam.

Tapi gua puji time flashback Adnan Saladin last match Malaysia-Thailand tersebut, di mana team nasional kita di kala itu berpakaian seperti pemegang-pemegang tombak istana dalam filem P.Ramlee. Gua rasa cara dia flashback tu menarik.


Eh, ingat tak cerita Nujum Pak Belalang yang Sultan kena merangkak masuk dalam gunung cari mahkota tu? Ahah! Bagus! Sambung balik...

Gua dengar CGI filem ni berdegar-degar, but every time ada CGI it just lasted dalam 1-4 saat. Korang tak percaya? Gua pointed out 5 scene CGI moment secara rawak.

1. Scha Al-Yahya marah dua beruk uraikan rambut dia pastu dia sepak tin. CGI moment: 1.5 saat. Sedar2 dua beruk dah terlekat atas tembok.

By the way, Scha, please dont be skema "Aku paling pantang orang uraikan rambut aku" Just say "pantang sentuh rambut" sudahlah.. its not, sepanjang filem tu ko sanggul rambut pun. Tak relevan jeritan ko tersebut.

2. Scha Al-Yahya dan Rosyam Noor main tendang-tendang bola bawah meja. CGI moment: 2 saat. Pastu mamak terus sakit mata kena tendang.

3. Rosyam Noor tendang bola ke dinding carved I Love You. CGI moment: 1 saat. Dia tendang, dia tendang.. SIAP! I Love You.

(sudah-sudah la Rosyam Noor jadi hero romantik kepada budak2 weh. Macam pedophile dah aku tengok)

4. Johan tendang bola kat mamat2 skaters. CGI moment: 2.5 saat. Mamat2 semua jatuh ditiup angin kot.

5. Budak gemuk tu main bola dengan perut. Budak gemuk selamatkan telur2 dari pecah. CGI moment: 4 saat (paling lama)

Gua sempat tengok sampai Mat Gemuk dan Johan berlatih then kena kat sorang apek. Sebab tu gua cuma cerita separuh je. Gua pun tak rasa nak sambung tengok lepas gua tengok satu2 awek dalam filem ni stalk orang sampai boleh stopkan kereta orang dengan motor kat tengah jalan. Gila scary!

Sunday, October 16, 2011

Movie Review: Nasi Lemak 2.0

Untuk pengetahuan, gua berjaya beli Nasi Lemak 2.0, felem arahan pertama Namewee dari hanpon abang gua. Gua takde la nak sangka begini perasaan gua. Gua puji Namewee mengetengahkan kebanyakan kaum di Malaysia. However, dia terlalu fokus kepada beberapa titik sahaja namun dia lupa titik-titik lain yang penting dalam melengkapkan naskhah beliau tersebut ini... peehhh! gua bunyi Yusof Haslam.

Cerita ni adalah terbaik untuk kaum-kaum yang overanalysed macam gua. Dan juga untuk orang-orang yang tahu Namewee tu apa dan sarkastiknya bagaimana. Abang gua yang simple minded muka toya dan menguap banyak kali. Walaupun gua okay dengan cerita ni, honestly cerita dia agak lengthy dan gua rasa patutnya ada iklan sekali-sekala.

Paling kelakar dalam cerita ini hanyalah scene belajar buat rempah ayam rendang dengan David Arumugam yang sembunyi belakang pokok.

Dan sayangnya, dia tak cerita keseluruhan "pembuatan nasi lemak" tersebut. Tetiba dia buat sushi telur je time pertandingan. Gua distracted gile dengan perut bergoyang belakang nenek tu! Gua rasa cam nak rodok dengan kacip!

Cerita ni pasal apa sebenarnya? Pernah tengok God of Cookery? Ala, cerita lawak Hong Kong pasal sorang mamat (gua rasa Stephen Chow) yang turun/naik mau jadi Tuhan Masakan. Nasi Lemak 2.0 ini adalah cerita itu yang telah dilocalizekan.

Wednesday, September 21, 2011

Movie Review 2: Hantu Bonceng

Ini review mak gua. Gua sesuaikan bahasa standard. Yelah, nanti gua letak mother tongue gua, korang tak paham.

Gua: "PAS bising kot Hantu Bonceng ada scene Zizan mengucap tak habis pastu jerit syaitan"

Mak Gua: "Lepas tu?"

Gua: "Ye lah. Jadi isu la, mak. Dia sebut Muhammadar... Syaitan. Terpesong akidah. woo. Tu, iklan PSA 8TV dulu pun isu.."

(ini adalah pandangan genuine mak gua. gua quote sahaja. btw, mak gua orang PAS senior. bukan golongan Pemuda PAS yang dah rosak fikiran liberal asuhan Tun M)


Mak Gua: "Niat awal pengarah tu baik. Dia nak tunjuk yang mat rempit tu ada yang reti agama. Takkan la mat-mat rempit melayu tak tahu nak mengucap... Dan juga nak tunjuk, bila susah, tahu nak berpatah kat jalan Allah.. reti mengucap, reti pi cari ustaz bila ada masalah, reti takut mati. Bukan setakat mat rempit, orang yang tak rempit pun dok main-main hukum. Sama saja."

Gua: "Pastu yang dok buat juga walaupun tahu haram apsal plak?"

Mak Gua: "Sebab dorongan hawa nafsu la. Diorang tahu salah, tahu buat tak betul, tahu benda tu haram... tapi hati tu lagi menang dari iman. Buat jugak."

Gua: "Ohh.... macam Ustaz Akhil Hayy la, mak kan? Tewas dengan godaan perempuan...." (ye, gua tahu takde kena - mengena)

Sunday, September 18, 2011

Movie Review: Hantu Bonceng

Soalan:
Kata dah beli Hantu Bonceng kat Astro First? Ha..amacam? Taknak komen ke? 
Rgawr

Jawapan:
Memang nak komen. Gua nak cakap, memang betullah cakap gua, manusia layak penggiat seni (kini) kat Malaysia ni cuma dua orang sahaja. Cuma dua orang ni saja yg boleh tarik gua masuk panggung dan buat cerita bermakna dan research gile sebelum buat cerita. Dan Ahmad Idham takde dalam waiting list pun.  

Okay, hari tu masa gua tengok Tolong Awek Aku Pontianak tu sebab Bob yang suruh.

Lepas Adnan Sempit dan Derr nya, sumpah gua takde hal lu nak sampah masyarakatkan tujuh ratus kali mat rempit dua ekor yang dok to'kk lagak-maknyah-camharom tu. Tapi gua nak tanya, hebat kah perasaan mempermainkan agama? Semata-mata nak orang bayar tiket RM12 per person yang kebanyakan mat rempit dan couple, anda alah bisa menjatuhkan agama? WOW! Tahniah. Betullah cakap ustaz gua dulu, buat benda haram ni best, bukan takat best, meriakkan lagi tambah...

Btw, orang jahil je rajin pakai "Tuhan takkan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubah nasib sendiri" Punya lah banyak ayat, hadith yang ada yang sampai kat kita? Itu je boleh terpikir?  

alahai~ dah nama buta agama, to'kk

Dan the great cerita pasal "salah di sisi undang-undang" - abis menunggang motor secara merbahaya dan menyebabkan kematian takpe la pulak? Takde langsung scene Amran keluar masuk balai polis setelkan hal, tetibe angkut bangkai motor dia pergi beli motor baru kat orang Siam. Skipping lalalitamplom check in hospital, masuk kerja lepas accident. Best part is, siap semua celebrate "perempuan yang mati bonceng motor ko hari tu belum ada yang tuntut" lantas dengan senang hatinya si Amran tu meneruskan kehidupan tanpa rasa bersalah sampailah hantu Maya tu dok ganggu.

Gila mempersendakan PDRM gak kan? Takde siasat motorsikal/mat rempit/si mati tersebut, haprak sangat ke polis kita yang brutal sampai takkan tak boleh trace kot nombor plat motorsikal, takde soal-siasat and takde juga polis nak carikan keluarga si mati padahal boleh pulak sorang nurse nama Halimaton dapatkan alamat gitu je dan pegi cari Ayu.

Takde komedi sangat pun... cikai2 je aku tengok lawak Si Zizan. Bila la Ahmad Idham nak buat komedi cam dulu2 tu.. Ala, komedi yang lawak nak mampus macam "saya nak buat macam mana ni, tok? bini saya dah terapung ni" 

Gua gelak WTF dua hari dok teringat line tu. Tu baru kita panggil komedi, bro!

Tu agama, hena undang2.. gua tonjolkan perkara paling severe dalam movie ni, gua nak cerita pasal tatabahasa. "Ko pergi tabur air kat simpang..." REALLY - TABUR AIR? 

Err... seriously, PDRM taknak saman ke? LOLOL

Sunday, July 10, 2011

Movie Review: Tolong Awek Aku Pontianak

Ya, kita bersama lagi dalam rancangan Kamu Tonton, Kami Tanya. Memandangkan kami amat mengambil kira kewangan dan perolehan semasa dan merasakan blogging boleh didapati percuma dari tonton wayang, maka talkblogshow Kamu Tonton, Kami Tanya ini diciptakan untuk bacaan mereka yang seperti kami yang merasakan RM10 itu sangat hebak nilainya. Kita bersama hos anda, dramatis Makbul @ Bol

*lagu intro 5min*

M: Bol nak tanya ni, apa yang istimewa dekat Tolong Awek Aku Pontianak?
F: Istimewa? Eh, taknak tanya nama saya ke?

M: Takpa la, masa tak cukup nih… Bol dah lambat, satgi Encik Anuar nak ajak makan ais kacang.
F: Lawak ringan, kurang cliché, ada kelainan, sket. Sket ja… Istimewanya wardrobe Sazzy Falak sangat vintaj dan cantik. Watak Bob and Pian best. Brotherly love BFF.Ha ha. Cuma…

M: Lawak sangat dak cerita ni? Macam cerita Mamat Khalid? Ha ha ha
F: Awat gelak?

M: Dak. Bol teringat Mamat Khalid.. Abang.. abang.. abang… Ha ha ha
F: Ha ha ha. Tengok dak Maharaja Lawak yang masa Johan buat lawak tu, Bol? Ha ha ha

M: (muka serius) Rumah Bol takdak Astro. Bol tengok kat Youtube. Bol pinjam laptop Tok Imam.
F: Ohh…. Penerbit dia sama. Geng production yg sama. Sebab tu mekap pontianak camtu kot. Tapi, cerita dia bukan cam Mamat Khalid. Maybe inspired je kot. Rashidi Ishak watak dia best. Tak pernah lagi tengok dia bawa watak camtu. Nurul in red pun lawa. Dah expect dah, once Maya join ofis, dia akan terus masuk meeting senang2. Oh, apartment diorang tu shooting kat rumah kastam lama kat KJ. Lepas tu, scene mat rempit lompat masuk lori polis tu lawak. Scene Bob tanya Maya, “Maya kata Maya awek Bob” tu cute. Cumaa….

M: Bol nak kena tanya soalan lagi dak? Macam asyik kamu ja dok ceghita…
F: Dak, takpa la. Satgi nak pi makan ais kacang kan?

M: (angguk angguk) Ha, cepatlah cakap. Tunggu lagi.
F: Actually tajuk movie ni maybe misleading. Saya ingatkan cerita ni Bob dah tahu awal2 Maya tu pontianak and dia try coverkan Maya bila Maya bertukar jadi pontianak ke atau ala… Macam My Ex-Girlfriend is A Superhero tu… Cuma…

M: Hamboi, dari tadi dok cuma cuma, nak apa?
F: CUMA, AWAT BOMOH SELEBRITI DIA NAMA AARON SLAMBACH?!! Dah nak bunyi Adam Lambert…. Huwaaaa…

******************

Siaran Tergendala

"Masa Faizal datang, Maya cakap Maya awek Bob. Maya serius ke Maya main-main? Ohhh... serius"

Saturday, July 9, 2011

Movie Review: KL Gangster

[disclaimer~review ini bias kerna gua tak suka shamsul yusof. nuff said]

12 KALAU dalam movie ini.

1. KALAU semua taiko gangster cina nama haiwan - Shark, Dragon dan King (maybe derived dari King Cobra) kenapa samseng melayu tak pakai Helang, Sesumpah atau Kupu-kupu?

2. KALAU bukan budak darjah 5 sekolah rendah yang pandai lukis mural macam kat laluan bacaan tepi bilik guru (ahem) siapa lagi yang lukis tattoo kat tengkuk Shark?

3. KALAU Ady Putra asyik gigit rokok tapi tak cucuh2 walaupun sekali, adakah rokok yang tidak dicucuh tersebut didermakan ke Persatuan Pesakit Kanser Paru-Paru Malaysia?

4. KALAU choreographer fight scene Aaron dan AdyPutra adalah Corrie, mungkinkah choreographer fight scene Shamsul Yusof seorang penari ballet yang sangat graceful? (kan gua cakap gua tak suka dia?)

5. KALAU AdyPutra boleh tayang six-pack dia dan buat gua kata "Oh La La", tidakkah Aaron Aziz juga WAJIB berbuat demikian?


6. KALAU Abang Long Padil kena tanam pisau panjang di perut, masihkah beliau hidup?

7. KALAU penulis skrip bukan seorang dari kelas Sastera, mana datangnya "jangan sampai aku potong kau 18, baru kau erti penyesalan?" *gelak guling-guling*

8. KALAU gangster cina sama cina berborak, diorang memang cakap bahasa Malaysia ehh??

9. KALAU banyak kaca berderai seperti bebutir pasir di tepian pantai, tidakkah badan pelakon calar balar dek kaca itu? (gua tau la kaca tu buat dari gula, tapi, effect kaca dia mana? mana?)

10. KALAU Shark suka cari pasal, apakah King yang berdialek 100% melayu itu seorang stalker kerna selalu appear so suddenly tiapkali Shark buat pasal?

11. KALAU sesebuah kawasan gangster adalah seperti Pasar Borong Selangor, mungkinkah kantin sekolah rendah kat Kelana Jaya adalah kawasan sejenis gangster juga?

12. KALAU kongsi gelap cina or mana-mana persatuan cina tak amik port pun pasal Petaling Street, dialek cam bangang serta depiction of betapa cina dan gangsterism sangat berpadu tenaga dan jiwa, apsal PEKIDA yang panas lebih?

Gua Google Image gambar KL Gangster, gua nampak THIS as second photo.

SUNGGUH GANGSTER..... LMAO!!!!!

Saturday, May 28, 2011

Movie Review: Kongsi


Gua dengar kutipan juta-juta gak la movie Farid Kamil ni. Oleh kerana, bak kata Fanerrific;
"Industri trailer kat Malaysia ni sangat cemerlang. Cerita bodoh cam Keparat tu pun kita akan rasa nak tengok"
lalu gua tempted nak tengok, maka gua pun plan cocok adik gua beli Kongsi kat AstroFirst yang kemudian menjurus kepada cocokan kepada brader gua untuk sms BELI dan mengikut apa kata sms tersebut. Miahahahaha.... DAPAT! Yes! Yes!

Seingat gua, cerita bangang bajet movie HongKong FK pasal mat rempit dulu pun kemain gak. By the way, gua dah tengok citer Rempit V6 tu (kat rumah Aya Lautner) - cerita takde arah. Gua tau ni, FK punya target group datang panggung adalah mat-mat rempit. Good strategy, bhai!

Gua sangat tak paham kedatangan Shaheizy Sam berambut mohawk ke KL. Apa motif dia? Apa yang bakal dia dapat dari kekucarciran tersebut?

Bila Tumulak dendam sama Shariff Sharifuddin, tidakkah itu dendam kesumat peribadi? Kenapa Kempedu sangat memahami dan punya taman dihati? Apa kena mengena Kempedu (which, sangat jahanam sebagai nama seorang Thai) yang siap sediakan semua barang dalam tilam tersebut? (pestaim dengar Bront Palarae cakap siam, seksi you, auww~)

Dan soalan gua yang seterusnya, kenapakah mesra benar perhubungan antara Polis Diraja Malaysia dan geng2 kongsi tersebut? Siap boleh datang melawat balai seadanya. Siap ada undercover polis jaga rumah Mikail. Gua tak suka Mikail tu, ada tatu kat tetek.

Gagal benar scene Tumulak dan Yana terjun dari atap ke tanglung itu. Bukankah itu stunt zaman Jackie Chan masih berhidung besar? 15 tahun nan lalu, brader FK.

Paling jahanam bila geng kongsi gi rompak 7Eleven je. Bwahahaha! Gua gelak guling-guling! Itu kerja sorang je la kat Amerika. Pasal kat Mesia sampai sampai 3 orang? Gi la rompak kedai emas ke. Apa raa lu!

Scene ala-ala CSI tengah autopsi cam scene jiran nak beranak dalam labour room dowh! Berapa besar dia bullet dalam badan mat yang rompak 7E tu. Lu tayah tipu tv junkie yang layan CSI, CSI:Miami dan CSI:NY yang sangat kronik cam gua. FYI, gua layan juga Leverage sekarang.

Citer ni pace laju, okey, tak meleret NAMUN jalan cerita takde berkembang, which kebanyakannya memaksa gua buat inferens sendiri. Gua kan pemikir yang kritis dan serius.

Notakaki: By the way, kalau korang nak tahu, yang mamat pencopet handphone bini Shariff Sharifuddin itu adalah adik Farid Kamil yang dulu waktu di Sek Dato Syed Omar sangat cute dan innocent. Dia pakai spek dan songkok kat sekolah, gua tell you. Masa dia datang rumah gua time kenduri gua nak masuk UIA dulu, agak tak keruan jugak gua. Sebab gua dok usha adik FK tu kat sekolah. Dan gua tak tahu pun adik FK tu kenal brader gua. Brader gua lagi la tak tahu apa-apa.

Notakaki 2: Jangan cakap kat brader gua. Gua tetak lu! Heh

Sunday, May 8, 2011

Movie Review: Thor


Went to watch Thor with Dina Nordin couple of days ago. It was boring for me. Its the same ol' story.

A cocky prince who wanted to become a King so badly, he made some mistake and banished to Earth. He met with a nerd but pretty lady and fell for her. And there's always the jealous brother, and the companions and he learnt from his mistake and got his power back... yada yada yada. Same-oh, same-oh...

The only scene yang buat mata aku terang adalah ketika scene dia pakai baju ex-Natalie Portman. *screams*

Sekian, review untuk kali ini.

Wednesday, February 16, 2011

Movie Review: Yogi Bear

Dulu kecik-kecik, aku rasa kita duduk brekkie depan tv tengok Hanna Barbera's and Disney's cartoons kan? kan?

In celebrating my birthday 3 days in advance, Atunmanna (the drifter), FarrahJoyy (the communicator) and Intan Byzura (the discussioner) berjimba dimulakan dengan acara-acara tengok Ugly Betty di mana Betty dapat Blobby Award, Iwan Shah main guitar hero sementara FarrahJoyy bersiap.

Cerita dimulakan dengan bagus sekali? Baiklah.

Selepas menjemput Intan dari Nusaibah (amaigad! lama gile tak masuk UIA, baju uniform pak guard pun dah baru!) mulakan hari jimba dengan makan satay. Oh wow.

Baik, movie review. Movie review.

Yogi Bear adalah seekor beruang coklat hidup kat Jellystone Park yang suka curi bakul pikenik orang2. Dia ada side-kick yang sengsangat adorable bernama BooBoo. (Justin Timberlake jadi BooBoo...everybody, auwwwww) Semua inventions dia adalah untuk mencuri pai, soda, chip, cake, chocolate, nachos, beef and cheese sandwich and the list goes on.

Ranger Smith adalah seorang lelaki up-tight yang berkenan dekat Rachel, the Movie Lady. Yang aku rasa kelakar dalam cerita tu adalah Mayor tu. Dia annoying.

Cerita agak statik dan tak kelakar sangat pun. Yang aku gelak tiga part - satu, masa BooBoo baca landing manual yang "Yogi, all i can see is us screaming.""nevermind" dan secondly masa Ranger Jones try nak drive the Armadillo dari Ranger Smith. Macam bangang. Dan thirdly, adalah bila diorang bersungguh naik train padahal 3saat kemudian sampai ke station Jellystone. Yang lain cuma gelak "hihihi" bukan "hahaha"

And, korang perlu ambil tahu:
1. kura-kura bermulut katak yang tak di awal cerita tak penting, adalah agak penting
2. jangan baca mandarin punya sub sebab bila Yogi kata "One Thousand" dia tulis 800. Boo
3. Cara marah seekor gorila adalah mendengus dan menjerut tali leher seseorang sambil mengugut.

Rating? 1/5 stars (sebab BooBoo chomel!)

Hari ditutup dengan makan dengan kenyang di Murni Safari, i mean Discovery. LOL