Pages

Tuesday, July 31, 2012

Its Not You. Its Me

Gua berjanzi bahawa bila gua update status di FB atau tuit di twitter atau sebarang komunikasi sinis dan menyakitkan hati di dalam internet bukan ditujukan kat you. Yup, YOU.

Gua akan cakap dan bagitau you depan-depan. Because thats what awesome people do. 

Cabaran Altimet Ramadhan #2

sedang menggoreng pasta untuk berbuka. "besok kita buat oblong dengan pizza la plak"

Gua Takpe Gua Okay Kuasa Dua

Lumrah dalam bulan posa kot gamaknya.. Gula kurang dalam badan.
Memasing cepat kecik ati. Memasing nak tick off.
Istimewanya bulan posa, bulan untuk kita belajar bersabar.
(bulan lain mau dah kena kutuk berkilo2, mungkin)

Raya nanti jemputlah ke Rumah Santan Segar, Lorong Seri.
Takde special keramaian, takde kad jemputan, takde persembahan.
Setakat beberapa biji kek buatan sendiri, kudap-kudapan, air sarsi, kuih muih hasil tunjukan dari Istafa dan yang paling gua nak hailait (highlight) sanubari gua yang ikhlas.

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Kareem


Teringat aku waktu-waktu bangun sahur di UIA. Its sama ada makan megi, or turun pegi beli kat cafe or tolong Ejo masak. Bila duit tak berapa masyuk, selalunya minum Milo dengan roti Hup Seng ja.

Pastu, aku teringat-teringat plak bangun sahur kat Kelana Jaya. Time tu agak sadis la, sahur sorang2... Eh, aku sempat sahur tak masa kat Sunway?

Tapi, benda tak akan sama bila kita bangun sahur dengan famili. Its just priceless... 

AND jangan dok buat alasan yang tetiba "oh, aku ada gastrik..." "alamak, aku tak terbangun sahur pagi tadi, aku kalo tak bangun sahur, tak larat nak posa" Itu alasan kuno. Sila cari alasan baru. Zombie datang serang dunia ke, kena ikrah dengan musuh ke. Cari alasan yang lebih menjamin. 

Nasihat khidmat masyarakat aku kat sini, sila bangun sahur. 

Thursday, July 12, 2012

5 Movies - A Review

Jangan Pandang-pandang
Zizan Razak adalah manusia paling annoying dalam cerita tu. Cerita tangkap muat dan yes, bangang. Still, ada satu scene lawak, masa Zizan tunjuk lagu Wassini nak bagi hantu keluar dari badan Sara Ali.

Berani Punya Budak
Aku gelak berguling cerita ni. Bagi aku, if takda alihbahasa Afdlin Shauki yang camharom tu, tak best mana pun cerita tu. Kita dah biasa dengan Ongbak and Chocolate and other Thai movies about street fight and muay thai. Paling berkesan kat aku sampai sekarang - makcik cleaner punya ayat - "tua-tua pun jadi extra je. nak mengemis, gaji sama ja" 

Just Go With It 
Cerita ni best. Just cerita dia biasa aja. Kalo perlu bintang, sikit je. Its Adam Sandler, peep.

Coraline
Okay je. Cerita katun. Dakota Fanning. Rumah dalam cerita tu cantik.. Cerita tu buat aku tengok ending dia camna. Korang tentu faham, if its not Disney's, there's might be a twist at the end of it... 

Toy Story 3
Aku terpaksa admit, se-ohsem aku pun tak dapat nak tahan sebak dengan Woody and Buzz... Aku agak itu adalah Toy Story yang last punya. Dah takda dah lepas ni Toy Story. Dan honestly, Ken dan Rex sangat annoying. 

Wednesday, July 4, 2012

"Cikwa dulu Budak Sekolah Agama Kedah ka?"

Soalan ini telah menghiris kalbu aku yang berhati rokers.
Tidakkah mereka mengerti, aku tidak hidup dengan sejarah silam?
Cukup gangsta gaya pemanduanku, cukup wassup alis kening kananku,
Dan cukup tajam lidahku bak dagger Captain Jack Sparrow...

Aside dari aku suka buat skrapbook tu... be cool, takde taman di hati.

That question alone buat aku terinferens sendiri;
Adakah?

a) aku perlu menyenaraikan kemungkaran yang aku pernah lakukan untuk menidakkan dakwaan tersebut
b) ia satu cara Tuhan nak bagitau, "muka dah baik dah, maka berperangailah secara baik juga"
c) aku memang ternyata sangat comel dan wajah aku sangat menenangkan jiwa dan sanubari sesiapa sahaja yang melihat.

Sunday, July 1, 2012

Tekanan Rakan Sebaya

Hari ni first day aku kat ofis. Ada dua orang budak UUM buat praktikal. Diorang dua-dua pakai blackberry. Aku yang baru terpikir nak balas mesej Ateq pasal duit kutu terbantut seketika. Pelan-pelan aku letak Nokia 1280 aku  kat dalam henbek aku balik. 

Besok-besok la aku tayang kat diorang? Bila aku dah reda dengki di hati dan bersyukur dengan apa yang aku ada.... 

Entri camharom yang hambar dan seperti diary. 

Oh, tahniah Irma Hasmie. Hensem gila laki kamu. Super hensem dari Nabil tersebut. Aku juga suka konsep kamu yang 'nikah-nikah juga, dada tetap kena cover'. Terbaeekk!

Eh entri... sukati aku la. 

Sebuku Seminggu

Aku terfeeling-feeling bahawa sejak aku kerja, aku kurang membaca buku hard core, maksud aku buku yang boleh diselak-selak dan kertasnya boleh dilipat-lipat jadi kapal terbang atau kotak. Kebanyakan pembacaan yang aku bertekun sangat adalah semata-mata untuk research. Justeru itu, aku bagai tak dapat merasa kewujudan separuh lagi otak aku.  

Ini jelas disebabkan, pada suatu ketika aku berada di Putrajaya, sewaktu di rumah Fit, aku terbaca satu buku bertajuk "Beduk Diketuk" oleh Pahrol Mohd Juoi. Kat cover buku tu tulis "ketukan beduk mampu membangunkan dirimu dan menyeru orang lain" dan "diselangselikan dengan ilustrasi yang mencuit hati daripada kartunis Nik Wafdi

Dan pabila aku balik rumah, aku menggeletar sebab tak baca buku tu sampai habis. Rugi benar juga sekali. Dan aku beli. Lalu aku pun berjanji pada diri dan Azwa di 6 dunia paralel yang lain, "Lepas ni... kita rajin baca buku, ye?" 

Terasa juga perasa ala-ala edukated sket di hati ini.