Pages

Sunday, July 1, 2012

Sebuku Seminggu

Aku terfeeling-feeling bahawa sejak aku kerja, aku kurang membaca buku hard core, maksud aku buku yang boleh diselak-selak dan kertasnya boleh dilipat-lipat jadi kapal terbang atau kotak. Kebanyakan pembacaan yang aku bertekun sangat adalah semata-mata untuk research. Justeru itu, aku bagai tak dapat merasa kewujudan separuh lagi otak aku.  

Ini jelas disebabkan, pada suatu ketika aku berada di Putrajaya, sewaktu di rumah Fit, aku terbaca satu buku bertajuk "Beduk Diketuk" oleh Pahrol Mohd Juoi. Kat cover buku tu tulis "ketukan beduk mampu membangunkan dirimu dan menyeru orang lain" dan "diselangselikan dengan ilustrasi yang mencuit hati daripada kartunis Nik Wafdi

Dan pabila aku balik rumah, aku menggeletar sebab tak baca buku tu sampai habis. Rugi benar juga sekali. Dan aku beli. Lalu aku pun berjanji pada diri dan Azwa di 6 dunia paralel yang lain, "Lepas ni... kita rajin baca buku, ye?" 

Terasa juga perasa ala-ala edukated sket di hati ini.

No comments:

Post a Comment