Satu badan sakit. Sore everywhere weh! Tak tahu la nak kena rasa fantastic atau tidak.
Been a while since last rasa gini.
they say curiosity kills the cat, i say curiosity is so totally different from keypoh
Tuesday, August 28, 2012
Monday, August 6, 2012
Pilihan
Hukum alam, kita antara makhluk yang diberi kelebihan untuk memilih.
Masa kecik, kita pilih untuk menangis kerana lapar dari tunjuk perut kat mak.
Masa sekolah, kita pilih beg sekolah baru dan boleh ditunjuk dari beg sekolah abang.
Masa universiti, kita pilih melahu dan berjimba ke daerah-daerah berhampiran dari belajar.
Masa kerja, kita pilih untuk tulis blog dari buat kerja dengan tekun.
Eh...
Satu benda orang takkan boleh buat aku even slightest teragak untuk pilih. Famili.
Berita Watehel
Kat Alor Setar ada satu universiti baru naik. Nama dia Albukhary Islamic University atau dipendekkan menjadi AIU. Kalo korang gostan singkatan tu, akan jadi UIA, betul?
Kenapa mesti tiru UIA yang gemilang? Takde idea lain dah ke?
Kenapa perlu mengiyakan bahawa Malaysia adalah pemplagiat sejati?
- tulus dari hati seorang bekas graduan UIA yang still marah dengan Alumni sebab eja nama salah.
Hari Puasa ke 17
Dah lebih dua minggu berpuasa, aku telah cipta rekod tidak tempted untuk membawa bontot ke mana-mana Bazaar Ramadhan. Aku tegaskan bahawa bulan puasa ini bukan pasal makan. Ia bukan pasal makan. Sebab bulan-bulan lain, tahun -tahun lain kita pun makan juga. Sekali hadap, nasi tetap sepinggan. Bukan sekawah. Bukan sekontena. Although pinggan dalam definisi masing2 berbeza2. Ada pakai pinggan makan, ada pakai mangkuk, ada pakai pinggan plastik.
Aku ada dengar pasal beratur beli air teh bunga kat brader paling hujung kat perkarangan Stadium Darulaman. Sebelum aku buat kenyataan ganas ini, aku tegaskan lagi bahawa aku memang dah merasa minum air teh bunga yang dicampur madu ini. Abang aku beli 5 bungkus.
Macam rasa teh bunga lain. Manis. Ada kelopak bunga. Rasa biasa ja.
Sunday, August 5, 2012
Gloomy Sunday
Pagi tadi aku terima berita sedih. Kolik ofis yang sama umur dengan aku meninggal dunia pukul 12 malam tadi. Sempat pegi mengunjung tadi. Benarlah, ajal tak mengira usia, siapa kita, di mana kita....
She traveled to work from Kodiang to Alor Setar everyday. It wld took her more than 45 min to reach the office. She was a a bit of a chatterbox and kadang-kadang aku cam rasa nak simpan kepala dalam drawer sebab aku tengah tension buat hujah. Dia kadang-kadang blur dan aku bukan sorang yang sabar. But, she is a nice person. Dia selalu offer Saga Aeroback biru dia if kitorang nak pegi jalan mana2 (sebab bosan dok kat ofis). Dia concern bila kita dalam masalah.
Aku tak rapat dengan dia. Tapi, aku paling ingat aku yang paling menjerit bila dia taknak pi scan kepala dia, bila dia taknak operate bila dia tahu dia ada tumor yang tekan antara otak dan mata dia. Aku mengamuk bila dia asyik bagitau di sakit kepala dan dia perlu tidur dan tidur...
Bila aku bersalam dengan mak dia pagi tadi, aku dapat rasa perasaan sorang ibu yang terpaksa kapankan anak perempuan kesayangannya dahulu sebelum dia. Matanya bergenang even dia cuba sedaya upaya untuk senyum dan sambut orang yang datang mengunjung. Plus, she had to tell semua yang datang the story macam mana anaknya menghembuskan nafas terakhir over and over again.
Dan yang pasti, Aidilfitri kali ini takkan sama buatnya...
"Wahai Allah, ampunilah Noor Aina, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya."
Even aku yang awesome dan macho ini tak dapat nak control macho bila mak Aina buat statement;
"Nanti, tak dan la Aina nak pi kenduri (kamu)..."
"Nanti, tak dan la Aina nak pi kenduri (kamu)..."
Thursday, August 2, 2012
Catatam Rawak Olimpik
Queen Elizabeth tu succeeded throne dari bapak dia, bapak dia dapat dari abang dia, David. Abang dia tu dok gilakan sorang pompuan dari Baltimore yang dah pernah kawen. So, time tu, mana ada kedudukan seorang mak janda dan orang biasa bleh naik jadi keluarga diraja. Yeap, aku baru tengok King's Speech.
So, Malaysia takde medal lagi eh di Olimpik.. Nak kata penat berposa, tak posa pun. Ada Chong Wei je harapan kita sekarang? The suiit Pandelela Rinong, the flag bearer ada dapat sentuh tak gold medal? Punya la lama aku tunggu Opening Olimpik tu, 3 seken je diorang tunjuk kontigen negara.
Bagus gak la pengetahuan sejarah dan general knowledge aku pasal Britain ni, at least aku tahu apa yg diorang nak cerita time opening tu. Zaman hobbits, zaman revolusi dan besi, zaman Lords of the Rings, zaman The Beatles, zaman Mr Bean, zaman James Bond... cuma, Voldermort sangat huduh. Dalam Harry Potter kan dia sangat macho dan menggiurkan.
Eh, apasal tak masukkan Titanic eh? Diana Spencer, topi2 huduh royal family tiap kali diorang attend functions, glittering vampire, Robert Pattinson?
Kesian bebenor dia. Aku dah cakap dah dia, Kristen tu nanti akan buat dia sedih one day. Tak dengar cakap aku, dah merajuk kat aku plak, gi lari kat akak Reese. Berani lak tu friendzoned aku, padahal dia bukan type aku pun. Aku cuma nak Tim Oppa ja. Atau Neil. Atau kedua-duanya.. Ahah~
Sejak Olimpik hari tu, sejak David Beckham bawak speed boat tu, hati aku agak dup dap dan skipped a beat. Yang aku tahu dup dap dengan Beckham, si Nazirah sorang ja. Amboi amboi, hensem nor aku nengoknye aih... *berdarah hidung*
Subscribe to:
Posts (Atom)