Pages

Monday, August 6, 2012

Hari Puasa ke 17

Dah lebih dua minggu berpuasa, aku telah cipta rekod tidak tempted untuk membawa bontot ke mana-mana Bazaar Ramadhan. Aku tegaskan bahawa bulan puasa ini bukan pasal makan. Ia bukan pasal makan. Sebab bulan-bulan lain, tahun -tahun lain kita pun makan juga. Sekali hadap, nasi tetap sepinggan. Bukan sekawah. Bukan sekontena. Although pinggan dalam definisi masing2 berbeza2. Ada pakai pinggan makan, ada pakai mangkuk, ada pakai pinggan plastik. 

Aku ada dengar pasal beratur beli air teh bunga kat brader paling hujung kat perkarangan Stadium Darulaman. Sebelum aku buat kenyataan ganas ini, aku tegaskan lagi bahawa aku memang dah merasa minum air teh bunga yang dicampur madu ini. Abang aku beli 5 bungkus. 

Macam rasa teh bunga lain. Manis. Ada kelopak bunga. Rasa biasa ja.

No comments:

Post a Comment