Pages

Tuesday, September 17, 2013

Selamat Hari Malaysia

asal ilhamnya aku nak buat kek bendera Malaysia sambil nyanyi

merahmu bara semangat waja,
putihmu bersih ibu pertiwi, (or budi pekerti?)
kuning berdaulat, payung negara, 
biru perpaduan kami semua. 

pastu aku tak jumpa loyang kek aku. ceh.
kendian, aku try buat sesuatu yang di luar kebiasaan. cinnamon roll.

tada.

(gambar letak sini)

no, kak mah. aku tak nak buat croissant.

Selamat Hari Malaysia.
Kuching, tunggu daku April ini. Akan ku jelajahi Malaysia yang di sana itu.

Friday, September 13, 2013

Moview Review Bulan September

so, aku ada tengok beberapa movie tapi takde feeling sangat nak tulis entri mengenainya. nak kata sibuk dengan kerja, hey, aku tengah type kat ofis pada hari jumaat kot. 

KIL 
movie ni aku puji sebab tak sama langsung dengan typical movie melayu lawak bodoh yg ada mat rempit-scene lucah-hantu yang cuma nak bagi orang datang panggung.

redza minhat dengan cristina suzanne tu sangat rilek la berlakon. aku agak semua org tahu cerita dia camna. cuma aku nak point out kan bahawa, aku rasa mcm aku adalah bartender yang tunggu depa minum-minum lepas tengok movie tu. so real. 

cantik lak tu cinematography ja. simple tapi makan dalam. dan satu lagi - rasanya sapa yang tengok akan terteka yang  si zara tu ada kena mengena dengan organisasi yang bunuh orang tu. ye lah, tetibe je muncul lepas si Akil gi kontrakkan suruh orang bunuh dia since dia tak dapat bunuh diri.  

no, depa tak bunuh si Akil. 

THE HEAT
cerita ni pasal aku nak tengok Sandra Bullock dan Melissa McCarthy. Aku rasa typical cerita Bullock la. Dia akan jadi skema gitu, menyakitkan hati mula2 pastu jumpa seseorang yang ubah hidup dia then bleh plak jadi hero. Miss Congeniality camtu, The Proposal camtu.. Movie ni tak boleh masuk tv Malaysia. Perkataan "f**k" is too f**king many. 

THE CONJURING
Skeri la jugak. Maybe sebab kita dah biasa dengan cerita hantu kot. Bayangkan lah, apa aja yang kita tak tengok. Dari Jun On, Dark Water, The Exorcism of Emily Rose, The Ring membawak ke cerita hantu merapu keluaran Malaysia. Tu tak masuk cerita hantu Thai dengan Indonesia lagi.

Ada twist sket la kat hujung-hujung tu. Itu yang horrornya. 

KL GANGSTER 2
Nak aku buat review ke? Ye, aku tengok yang leak version. Takpelah, aku g tengok kat panggung la pulak. Sebab ada part yang aku rasa worth tengok kat panggung dan aku tahu dah part mana yang aku nak tutup mata sebab aku malu betapa teruknya satu scene tu. It's embarrassing.

Spoiler alert = Ajib lagi lawak dari Padil dan Jai lagi asmaradana dari Malik. 

ADNAN SEMPIT 3
Aku just tak paham kenapa cerita ni boleh jadi movie. Aku tak boleh nak otakkan. Cerita dia cuma pasal promote mamee dan kehidupan lame dua pasang couple yang berumah tangga. 

Tuesday, September 10, 2013

sila pegi cari kehidupan

aku tak tahu mana nak start mukadimah pada orang yang perasan hensem dan rasa semua orang suka kat dia. 

even begitu, kalau pun aku ada daya nak kata, maybe orang tu takkan paham sampai bila-bila sebab ada saraf dalam otak dia tak dapat terima fakta dan kenyataan dan bahawa kehidupan dia jumud, terkekang, takde warna dan bahawa sebenarnya dia tak hensem pun.  best part, boleh pulak kata kita jelly kat dia. 

tu aku belum cerita pasal nak ceramah "the wannabez".  ala, golongan yang mengaku lebih glambert dari ko padahal golongan tu baru je kenal Adam Lambert tu sapa.

atau yang hidupnya asyik perati orang.

oy.

aku kena belajar ignore mereka2 ni. hapuskan dari kepala otak. they're everywhere.

fokuslah kepada perkara-perkara penting. fokuslah kepada perkara-perkara positif.

takkan berhenti rasa seronok dengan diri sendiri seseorang itu kecuali kita hentak kepala dia dengan kayu. *tolong jangan*

aku agak mereka ini tidak begitu gembira dengan kehidupan sendiri, maka misi mencari mereka masih belum menemui kejayaan.

aku cuma tahu endingnya yang aku nak kata adalah "sila pergi cari kehidupan".
kerna, honestly, aku juga perlu itu.

Wednesday, September 4, 2013

jangan sampai hilang kawan kerana pendirian

agak menjadi persoalan, kenapa kalau ada kawan uolls yang tidak mempunyai pendirian yang sama dengan uolls terus uolls padam dia dari kehidupan uolls?

bukankah perbezaan pendapat dan pandangan itu bagus? as long as uolls tak tunding jari directly to a person atau maki hamun pakai kata-kata kesat dan/atau as long as kawan uolls tak bawa pendirian songsang yang menjahanamkan masa depan, menjerumuskan uolls kepada kesesatan, kedurjanaan even menempah tiket ke neraka. 

bagi iolls, seorang kawan dengan pendirian berbeza boleh bagi iolls pandangan/idea/cadangan yang iolls tak nampak in which ada pandangan tersebut bisa menghilangkan kabus-kabus kebluran yang wujud.

itulah keindahan intelek untuk weolls yang boleh berfikir. 

so, uolls tak seberpendirian dengan kawan uolls  adakah perlu terus uolls maki? perlu terus uolls bagi komen yang menghiris perasaan? terus uolls unfriend kat facebook dan kehidupan nyata?

tunggu dulu, adakah pendirian uolls pendirian yang benar dan tiada yang benar selain yang benar? adakah pendirian uolls lebih mulia? adakah pendirian uolls menjanjikan syurga?

jangan sampai hilang kawan, uolls.  

iolls rasa yang tak rugi adalah kawan uolls tu.

untuk kawan-kawan iolls, iolls sayang semuanya. uolls semua adalah pembentuk jaringan kehidupan dunia sebenar iolls kini (apakah ayat senget ini?). terima kasih untuk warna-warni ini. 

cewah.