so, aku ada tengok beberapa movie tapi takde feeling sangat nak tulis entri mengenainya. nak kata sibuk dengan kerja, hey, aku tengah type kat ofis pada hari jumaat kot.
KIL
movie ni aku puji sebab tak sama langsung dengan typical movie melayu lawak bodoh yg ada mat rempit-scene lucah-hantu yang cuma nak bagi orang datang panggung.
redza minhat dengan cristina suzanne tu sangat rilek la berlakon. aku agak semua org tahu cerita dia camna. cuma aku nak point out kan bahawa, aku rasa mcm aku adalah bartender yang tunggu depa minum-minum lepas tengok movie tu. so real.
cantik lak tu cinematography ja. simple tapi makan dalam. dan satu lagi - rasanya sapa yang tengok akan terteka yang si zara tu ada kena mengena dengan organisasi yang bunuh orang tu. ye lah, tetibe je muncul lepas si Akil gi kontrakkan suruh orang bunuh dia since dia tak dapat bunuh diri.
no, depa tak bunuh si Akil.
THE HEAT
cerita ni pasal aku nak tengok Sandra Bullock dan Melissa McCarthy. Aku rasa typical cerita Bullock la. Dia akan jadi skema gitu, menyakitkan hati mula2 pastu jumpa seseorang yang ubah hidup dia then bleh plak jadi hero. Miss Congeniality camtu, The Proposal camtu.. Movie ni tak boleh masuk tv Malaysia. Perkataan "f**k" is too f**king many.
THE CONJURING
Skeri la jugak. Maybe sebab kita dah biasa dengan cerita hantu kot. Bayangkan lah, apa aja yang kita tak tengok. Dari Jun On, Dark Water, The Exorcism of Emily Rose, The Ring membawak ke cerita hantu merapu keluaran Malaysia. Tu tak masuk cerita hantu Thai dengan Indonesia lagi.
Ada twist sket la kat hujung-hujung tu. Itu yang horrornya.
KL GANGSTER 2
Nak aku buat review ke? Ye, aku tengok yang leak version. Takpelah, aku g tengok kat panggung la pulak. Sebab ada part yang aku rasa worth tengok kat panggung dan aku tahu dah part mana yang aku nak tutup mata sebab aku malu betapa teruknya satu scene tu. It's embarrassing.
Spoiler alert = Ajib lagi lawak dari Padil dan Jai lagi asmaradana dari Malik.
ADNAN SEMPIT 3
Aku just tak paham kenapa cerita ni boleh jadi movie. Aku tak boleh nak otakkan. Cerita dia cuma pasal promote mamee dan kehidupan lame dua pasang couple yang berumah tangga.
No comments:
Post a Comment