Pages

Thursday, October 31, 2013

Life Lessons : A Short Course

Aku belajar beberapa life lessons lepas aku pegi Seputeh-Putrajaya. Aku tak nak cerita kebaikan Yang Arif atau kekerekan certain lawyers kat sana. Itu akan buat entri ni panjang.

Waima hanya 2 hari, ianya valuable ones indeed. Mungkin kerana aku terkekang dari kehidupan sosial dan terjumud depan komputer dan internet, maka aku tak nampak dunia yang luas dan perkara-perkara indah sebanyak mana orang yang menikmati. 

oh... that's explain alot (!!!) orang2 yg kita panggil keyboard warriors ni. it's not that they just don't really have a life, they're terkekang dalam minda cetek mereka sendiri... kesiannnn

Dan by the way, aku juga kadang-kadang kagum dengan kebolehan aku bagi tajuk best tapi content cam budak kolej jiwang. 

1. Kesungguhan, berhati waja (strong will) dan komitmen - Fana 

2. Berfikiran positiflah, mungkin kebahagiaan yang dikecapi masing2 berbeza. Setiap manusia takkan pernah sama kebahagiaan padanya - Aya

3. You can even enjoy little things in life. Iklan syampu Dove, misalannya atau variarasa Sunquick - Atun 

4. Bangun awal - Kak Wiznie

5. "Blessed is one . . . who adds to the happiness of another" - Ejoe & Fit

6. Cakap banyak tak mau, pencapaian kena tinggi. Usaha kena selalu - Adleena
Korang patut tengok usaha Adleena berdiri kat sofa. Dia paku kepala je, tangan dua2 lepas. Perrghhhh... *standing ovation*

Entahlah, kadang-kadang aku rasa kehidupan kat Alor Setar ni agak statik. Dan bila aku jumpa kawan2, rasa nostalgik.. ah, bawang mata. bawang. Terima kasih, kawan2. Terima kasih. 

So, aku sekarang adalah sangat excited nak pegi Satun - Hatyai dengan rombongan cikgu-cikgu pencen sekolah besok~!!! Aku rasa koperasi cikgu, tapi, kawan aku cakap banyaknya cikgu yang senior atau dah bersara, so, yeay... Aku harap takda budak2 atas bas. Aku harap takda budak2 atas bas. Walaupun aku tak tahu ada apa kat Satun tu, but well,  WWooohooo~!!!. Itu ja yang paling dekat ada, sekarang. bahahahaha. 

Friday, October 11, 2013

Movie Review: Pontianak vs Orang Minyak

Satu pengesahan, aku memang layan cerita Afdlin Shauki. Movies dia click dgn aku. Antara paling awal dulu Buli, Baik Punya Cilok... Yang citer spy AC Mizal tu pun aku layan. Eh, Setem sapa buat? Dan bila geng yang sama buat Cuci pun, aku layan. Bunga-bunga ayat dan penceritaan depa hampir serupa. 

Aku honestly enjoy bila Nabil jadi pontianak dan Johan jadi orang minyak. Takde sarkasma di sini. Aku betul suka. Slang Nabil, lawak "double meaning", sarkasma yang wujud.

Of course la, aku tetap tak setuju tang berkemban2, setan terbakar bila sebut ayat quran sebagai satu lawak, (oh, bagi salam tak buat setan terbakar, rasa aku), Noh Hujan pakai contact lens dan rogol sebagai satu benda lepak2.
Benda aku suka dalam movie ini.
1. Sharifah Amani jadi pontianak bernama Maria. Sungguh cool beans betul minah ni. Osem! (gambar ni aku amik dari budiey)
2. Idea mantera jampi serapah yang tak perlu merapu-merapu - yang pakai ayat2 melampau ataupun misuse of ayat quran. 
3. Cameo dan/atau penampilan khas pelakon2. Bagi aku, feature ini adalah sesuatu yang fun. Dah jadi macam pop kuiz kat aku.
4. Walaupun ko OKU, jangan rasa rendah diri. Ada kelebihan masing-masing. Boleh memanah, boleh cari ulam sendiri, boleh basuh baju sendiri. 
5. Dlm mana-mana movie pun, yang penting moral dan nilai-nilai murni yang penting sebenanya. kan? kan?

Ini betul-betul, bukan cobaan.. (title mungkin kurang sesuai dengan isu)

Senanya benda ni tak jadi isu pada aku. Tapi dah masuk banyak kali, aku pun jadi terpikir. Persoalannya di sini adalah "kena nampak hebat ke kalo ko lawyer?"

Recently, actually 2 malam lepas, aku ikut mak abah aku pegi Mydin beli barang dapur. Tambah nak raya-raya haji ni, kan. Dan tambah pulak gula dan tepung nak naik demi kesejahteraan aku dan keluarga, kan.. Mak aku terserempak dengan jiran lama. Dah pindah jiran tu dari kejiranan kami. Aku pun tak kenal jiran lama tu senanya.  

Maklumlah, most of the time bila aku kat rumah je, aku KAT rumah. Other time, sama ada aku kat sekolah atau asrama atau UIA. Motto aku ketika itu, jika membuat onar, silalah buat di luar.

So, jiran lama tu ada bawak dua orang anak perempuan dan biasalah kalo parents bersembang ni, tak lain soalan cepu adalah "anak kerja apa?". So, my mom bagitau "oh, yang ini keja lawyer dan yang ini" referring to my sister.."dok buat praktikal kat syarikat IT"

Then, dua-dua anak perempuan jiran lama tu tanya "yang ini lawyer?" soalan tu normal pada mulanya, but then, somehow mana-mana soalan boleh jadi annoying bila ditanya kali kedua. dua-dua anak perempuan jiran lama tanya buat kali kedua "lawyer ni?"  sambil jari tunjuk kat aku.

Aku pandang sekeliling. Aku pandang atas bawah. Well, actually position aku adalah legal assistant kat pejabat lawyer, but, well, lawyer la, kan? err, yeah? Saya lawyer. Ada masalah ke aku lawyer? Ke camna ni?

Of course, i mean position dan nama position aku tu mmg la a bit sounds like gempak. But, jadi lawyer ni mcm pekerjaan lain gak. Sungguh macam korang yang lain jugak. Buat kerja, fotostet, kena marah dengan bos, bergosip2, dapat gaji, layan client yang datang, telefon orang... Dah kalo ko keja dgn org tu, ko kuli, hebat mana pun nama jawatan ko. Mcm executive la, perkataan tu saja pun dh gempak.  

Korang pernah tengok tak meme Futurama yg diorang bagi title executive delivery boy kat Fry and then Hermes describe title tu senanya meaningless nak bagi org yg insecure rasa bagus then naik Executive Producers- Matt Groening... ah, nevermind. No one gets me.

Tapi, jadi executive pun takde la hebat mana pun. I should know, sebab dulu aku adalah seorang legal executive. Kerja rencam aku buat jugak. Ko ingat jadi executive ni dok asyik tengok proposal je ke macam dalam tv tu? Takyah buat fotostet-fotostet? Takyah buat surat iringin? Takyah masuk stor buat inventori sendiri?

Dah tu kalo lawyer aku nak kena macam Harvey Specter dalam Suits? Atau kalo ikut saiz aku, kena jadi cam Jane Bingum? Ke nak aku gi tangkap sendiri orang buat salah macam My Sassy Girl Chunhyang tu? Atau cool macam Choi Yoon dalam A Gentleman's Dignity tu? Korang tengok citer tv banyak ni.... Eh, ke aku yang tengok citer tv banyak?

Pada pandangan orang yang takde member-member with legal background, apa pandangan korang pasal lawyer ni, hah? Aku curious gila. Sungguh, enlighten me, please.

Adakah aku akan tunduk pada kehendak masyarakat yang mendefinisikan lawyer itu bagaimana selepas ini? Probably not. Aku cuma nak guna untuk rebuttal. In a good way la. Kalo dapat hidayah untuk berubah, siapa tahu kan?

Ini soalan serius, aku asyik dok pikir ni: "macam mana senanya rupa seorang lawyer pada pandangan korang? Ke aku yang terlalu zuhud (dalam erti kata lain selekeh) utk bergelar title lawyer tu?"

Sungguh befuddled aku pada ketika ini.