Senanya benda ni tak jadi isu pada aku. Tapi dah masuk banyak kali, aku pun jadi terpikir. Persoalannya di sini adalah "kena nampak hebat ke kalo ko lawyer?"
Recently, actually 2 malam lepas, aku ikut mak abah aku pegi Mydin beli barang dapur. Tambah nak raya-raya haji ni, kan. Dan tambah pulak gula dan tepung nak naik demi kesejahteraan aku dan keluarga, kan.. Mak aku terserempak dengan jiran lama. Dah pindah jiran tu dari kejiranan kami. Aku pun tak kenal jiran lama tu senanya.
Maklumlah, most of the time bila aku kat rumah je, aku KAT rumah. Other time, sama ada aku kat sekolah atau asrama atau UIA. Motto aku ketika itu, jika membuat onar, silalah buat di luar.
So, jiran lama tu ada bawak dua orang anak perempuan dan biasalah kalo parents bersembang ni, tak lain soalan cepu adalah "anak kerja apa?". So, my mom bagitau "oh, yang ini keja lawyer dan yang ini" referring to my sister.."dok buat praktikal kat syarikat IT"
Then, dua-dua anak perempuan jiran lama tu tanya "yang ini lawyer?" soalan tu normal pada mulanya, but then, somehow mana-mana soalan boleh jadi annoying bila ditanya kali kedua. dua-dua anak perempuan jiran lama tanya buat kali kedua "lawyer ni?" sambil jari tunjuk kat aku.
Aku pandang sekeliling. Aku pandang atas bawah. Well, actually position aku adalah legal assistant kat pejabat lawyer, but, well, lawyer la, kan? err, yeah? Saya lawyer. Ada masalah ke aku lawyer? Ke camna ni?
Of course, i mean position dan nama position aku tu mmg la a bit sounds like gempak. But, jadi lawyer ni mcm pekerjaan lain gak. Sungguh macam korang yang lain jugak. Buat kerja, fotostet, kena marah dengan bos, bergosip2, dapat gaji, layan client yang datang, telefon orang... Dah kalo ko keja dgn org tu, ko kuli, hebat mana pun nama jawatan ko. Mcm executive la, perkataan tu saja pun dh gempak.
Korang pernah tengok tak meme Futurama yg diorang bagi title executive delivery boy kat Fry and then Hermes describe title tu senanya meaningless nak bagi org yg insecure rasa bagus then naik Executive Producers- Matt Groening... ah, nevermind. No one gets me.
Tapi, jadi executive pun takde la hebat mana pun. I should know, sebab dulu aku adalah seorang legal executive. Kerja rencam aku buat jugak. Ko ingat jadi executive ni dok asyik tengok proposal je ke macam dalam tv tu? Takyah buat fotostet-fotostet? Takyah buat surat iringin? Takyah masuk stor buat inventori sendiri?
Dah tu kalo lawyer aku nak kena macam Harvey Specter dalam Suits? Atau kalo ikut saiz aku, kena jadi cam Jane Bingum? Ke nak aku gi tangkap sendiri orang buat salah macam My Sassy Girl Chunhyang tu? Atau cool macam Choi Yoon dalam A Gentleman's Dignity tu? Korang tengok citer tv banyak ni.... Eh, ke aku yang tengok citer tv banyak?
Pada pandangan orang yang takde member-member with legal background, apa pandangan korang pasal lawyer ni, hah? Aku curious gila. Sungguh, enlighten me, please.
Adakah aku akan tunduk pada kehendak masyarakat yang mendefinisikan lawyer itu bagaimana selepas ini? Probably not. Aku cuma nak guna untuk rebuttal. In a good way la. Kalo dapat hidayah untuk berubah, siapa tahu kan?
Ini soalan serius, aku asyik dok pikir ni: "macam mana senanya rupa seorang lawyer pada pandangan korang? Ke aku yang terlalu zuhud (dalam erti kata lain selekeh) utk bergelar title lawyer tu?"
Sungguh befuddled aku pada ketika ini.
i get u! well, good story to read;)
ReplyDelete