Hari Sabtu yang semalam. Ye, dan hari ini Ahad, kawan-kawan, datang sevan yang berstiker LPPKN bagi salam kat depan rumah aku. dalam loghat ganu salah sorang bagitau rumah aku terpilih untuk satu bancian oleh kementerian. patutkah aku berbangga kerna terpilih?
since aku sorang je kat umah, aku tak kasi la diorang masuk. buat ayat bajet muslimah mukninah, "saya tak boleh benarkan awak masuk. saya boleh bersembang kat pintu gini ja. saya minta maaf sangat la" sebenarnya aku pun tak mandi lagi time tu and that i thought aku boleh buat diorang blah dalam 3 minit. tapi kemudian, tajuk bancian tersebut buat aku ajak adik tu duduk bersila depan rumah aku. intriguing~ ~ ~
bancian mengenai isi rumah, keluarga, warga emas dan pembujangan. dengan memfokuskan kepada keadaan kenaikan jumlah warga emas dan orang bujang. dengan jumlah warga emas dan orang bujang yang semakin meningkat, apa kami di kementerian boleh laksanakan untuk melihat kepada permasalahan ini.
panjang tajuknya? tak juga. aku rasa tajuk asal pendek je, tapi dia nak explain bagi aku paham, kan. since aku 'orang kampung', katanya... lagipun rumah aku adalah dari 8 buah rumah yang terpilih dalam LS tu.
brader tu mintak sorang sis datang buat bancian kat aku. since i was alone - my parents pergi berdating kat kubang rotan sepagi, tinggalkan aku dengan dua bungkus nasi lemak. dan mestilah awkward dia membanci aku...
maka ketahuilah kamu keadaan aku masa dibanci, bertshirt purple, berkain batik dan pakai towel je tudung kepala, muka baru lepas berbedak sejuk untuk resdung dan sis tu muka terkejut tak hengat bila aku cakap aku dulu belajar kat UIA. dan dia tanya amik course apa - aku cakap LAW, aku tengok macam nak kena sawan nak cover keterkejutannya.
what is up with everybody? kenapa tak da manusia percaya aku ni loyer? ye lah, tengok keadaan aku time tu memang la. tapi muka aku tak cukup kerek ke macam mana?
soalan-soalan asas aku jawab dengan cemerlang. bila dia tanya berapakah umur yang dikira lewat untuk bujang berkahwin, aku letak 50 tahun untuk lelaki sebab aku terpikir Johnny Depp time tu jangan tanya kenapa dan 35 tahun untuk perempuan supaya sempat dapat at least 2 orang anak atau kembar. For reproduction purposes dan supaya tak penah sangat melayan budak kecik. See, bijak kan kepala hotak aku.
dan bila dibanci kenapa masih belum berkahwin, aku nak jawab cliche "Allah belum nampakkan jodoh akak" aku rasa takde sapa nak layan.
nak jawab "masih belum laku" kang aku yang mencecer air mata kat situ,
then aku aku rasa jawapan yang paling bernas tapi cheesy melampau adalah "akak belum berani tanggung tanggungjawab sebagai seorang isteri solehah dan ibu yang melahirkan mujahid mujahidah dan bersama berpimpin tangan menuju ke syurga"
pastu aku jeling kat pilihan bancian kat tangan sis tu "selesa dengan kehidupan bujang".... oh, tandakan kat akak yang last tu, dik.
soalan selanjutnya adalah adakah anda ingin berkahwin di masa hadapan? aku jawab TIDAK. then, sis tu skip 3 muka surat, bila aku tanya kenapa, dia kata itu muka surat untuk pilihan orang yang jawap YA.
Teringin pulak nak jawab. Macam menyeronokkan. Bancian je kan. Apalah sangat bancian sorang bujang di Zon Utara kalo nak dicampurkan kepada bancian satu Malaysia. Let's have fun with it.
Dik, jom kita tukar jawapan dari TIDAK ke YA.
Sayugia, selepas aku tukar, soalan-soalan selanjutnya macam fairy tales.. macam tanya a little girl, you nak prince charming you macam mana, you nak wedding macam mana, you nak hantaran berapa...
apakah yang kamu mahu dalam mencari pasangan? pilihan jawapan tersebut termasuk berwajah kacak, berharta, mempunyai senyuman manis, bertanggungjawab, baik hati, rajin, berperwatakan, tinggi, beragama....
S: akak bagitau akak nak yang macam mana, nanti saya tandakan dalam ni. tengok yang mana sesuai.
A: letak je kat lain-lain tu dik - beriman (sebab semua orang beragama), berakhlak (sebab skop dia lebih besar dari setakat apa yang ada dalam list tu.) dan mempunyai ekonomi stabil.
then dia tanya, mana boleh orang bujang sekarang pergi untuk mendapatkan jodoh. aku cuma boleh jawab "kat korea." diam. "maksud akak, kat majlis sosial"
ada soalan lagi ye kak...
S: Kahwin dengan berlainan agama?
A: Ok ja... tapi tukar tu skema jawapan tu, letak la dalam kurungan (sebelumnya) berlainan agama.
S: Kahwin dengan berlainan bangsa?
A: Ok ja. Boleh ja. Yang mata biru, yang macam Gong Yoo...
S: Kahwin dengan berlainan warganegara?
A: Korean, Australian, Brits, Spanish, Syrian, akak ok je.
S: Kahwin dengan yang lebih muda?
A: 25 tahun pun ok....
S: Akak, jawab YA atau TIDAK ya... (preett preettt, kad kuning kad kuning)
S: Kahwin dengan yang mempunyai tingkat persekolahan lebih rendah dari akak.. macam akak kan ada degree, dia ada diploma ja ka.
A: Master yang sekarang, akak amik nak isi ilmu snediri ja... (lain muka budak tu) i mean, takda. tak pa ja. ok ja..
S: Kahwin dengan yang mempunyai gaji lebih rendah dari akak?
Gelak sakan aku... Gelak sakan. "Tinggi sangat" gaji aku tu.
Tiba-tiba, sis tu serahkan booklet bancian kat aku. Saya nak minta akak tolong jawab yang bahagian ini sendiri... Soalan pasal pendidikan seks, pengguguran bayi dan skala kepuasan hidup.
APADIA NI? APA KENA MENGENA DENGAN SO CALLED ISU PEMBUJANGAN?
Kenapa tak tanya lagi soalan-soalan macam berada di awangan? Mana soalan honeymoon kat mana? Mana soalan anak nak berapa orang? Rumah nak apartment ke rumah banglo ke rumah taman? Anak-anak nak namakan apa? Sekolahkan kat mana? Kat mana yang rasa sesuai untuk besarkan anak-anak? Cameron Highlands? New Zealand? Nak balik raya balik raya rumah sapa dulu? Nak letak ke tak 10 rules of the house? Soalan nak ada movie night ke tak de ke? Kenapa tak tanya keja apa yang boleh buat beli Bugatti?
Tanyalah soalan macam tu. Soalan-soalan yang tak praktikal. Kan "bagus" untuk bancian tu.
No comments:
Post a Comment