they say curiosity kills the cat, i say curiosity is so totally different from keypoh
Wednesday, August 25, 2010
Umur: 25 tahun Status:Bujang
SITUASI 1
Baru-baru ni, (sabtu lepas ni je ha) aku bersambung silaturahim semula dengan sorang geng "Tangga" time sekolah menengah yang melarikan diri dari kitorang semua selepas Tingkatan 6, Sek Men Keb Dato Syed Omar.
Kitorg dinamakan geng "Tangga" sebab asal lepas waktu rehat je akan gi lepak tangga untuk naik ke tingkat satu. (masa Tingkatan 3)
Naik ke tingkat satu masa rehat tidak dibenarkan. Ada sorang pengawas yang akan jaga, which aku rasa sangat kesian dengan pengawas tersebut kerana terpaksa menjaga tangga pada waktu rehat.
Berbalik kepada geng "Tangga" yang lari tadi, aku sendiri tak tau kenapa dia lari. Kalo dia pikir dia huduh dan tak patut dilihat ada bersama kitorg, dia patut dah buat gitu sejak tingkatan 3. (masa mula2 penubuhan) dan, kalo dia rasa dia lawa dan tak patut dilihat bersama kitorg, dia dah sepatutnya join geng Mun yang bajet lawa.
Perbualan aku dan dia melalui "message" di Facebook, kerana dia hantar message, tapi tak add aku jadi FB friend dia. Aku tidak tahu mengapa tapi bersyukur mempunyai akses kepada FB time tu sebab hotel Segamat tu ada WiFi.
(sila baca dalam loghat dan liuk Kedah)
Geng Tangga: Weh, salam. Hang kenai aku lagi dak?
Azwa: Awat tak kenai aih. Nor ***** (masukkan nama sesiapa pun yang anda suka) ada sorang ja kat Kg T******* (masukkan tempat mana pun yang anda suka) hahaha... hang kat mana la ni? Tiba-tiba ja melompat dari mana hala... =)
Geng Tangga: Aku la ni kat Kelantan. Amik nursing. Hang keja kat mana? Hang dah kawin ka?
(aku tak boleh nak menaip lagi. Mungkin dengan memasukkan bunyi cengkerik adalah method terbaik) Mungkin dia rasa potensi aku untuk berkahwin sangat besar kerana aku boleh tahan comelnya. Mungkin juga dia rasa aku berjaya menurunkan berat badan dan menjadi langsing seperti model. Aku sabarkan dan membalas.
Azwa: Merapu la hang. Mana ada aku kawin lagi. Lama tak dengar crita hang. Weh, 29hb ni mai umah aku berbuka. (aku mesti mesti mengelakkan topik tersebut. Mesti! Pasti!)
Geng Tangga: Takkan takdak agi kot. Aku tak caya lah. (Aku nak sangat balas "aku dah ada tapi tak serius" sebab tanak menghampakan dia. Tapi aku posa dan aku tak boleh menipu)
Azwa: Nak tau, mai umah aku buka posa la. (dem, kurang pahala posa aku untuk hari tu)
SITUASI 2
Ahadnya pula, Mak called tanya jadi tak balik minggu Merdeka itu. Aku cakap jadi. Kemudian, perbualan ini berlaku.
Azwa: Mak, hari orang balik nanti, orang ajak kawan mai rumah buka posa.
Mak: Hah? Kawan hang nak mai derumah? Alhamdulillah...
Aku rasa sesuatu tak kena bila Mak cakap Alhamdulillah dengan panjang. Adakah dia bersyukur aku sebenarnya mempunyai kawan, bukan setakat kawan imaginasi atau pun.....
Azwa: Lama tak jumpak Sue, Miza, nanti depa mai umah..
Mak: Oohh... bukan kawan hang nak mai?
Aku rasa nak terjun dari tingkat 16 saja time tu..oh, emak...
SITUASI 3
Pada hari Isninnya, Sorang budak pejabat yang duduk sebangunan perumahan dengan aku tumpang WAKU (kereta aku). Dalam perjalanan menempuh traffic itu, kitorg ternampak sepasang couple berpegangan tangan berjalan di tepi jambatan.
Budak Pejabat yang Duduk Sebangunan Perumahan: Amboi, pegang-pegang tangan jalan-jalan. Ko tak nak pegang-pegang tangan dengan laki ko macam tu ke? Romantik tuh.. Kawin la cepat-cepat
(hah..apakah?)
KONKLUSI
Tarik nafas dalam-dalam. Beritahu diri sendiri setiap pagi. Aku berumur 25 tahun dan aku gembira. Relaks. Relaks lagi. Relaks.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Situasi 2 is terbaek!
ReplyDeletehurm...rilek axwa rilek...semua pompuan yang umor 25taun yg bstatus bujang xlepas oleh ptanyaan2 sedemikian...tensen nye masya Allah..insya Allah ia akan berakhir gak satu hari nanti...=)
ReplyDeletedina: aku menangis....
ReplyDeleteteenz: ah, tanak dengar cakap ko. ko dh nk kawin tahun depan.... huhu
aiseyman axwa..sbb aku dah nak kawen la aku ckp cmtu...-ia akan berakhir satu hari nanti-
ReplyDeletebiar lambat sket asal 'selamat' aka dpt org yg seswai n terbaek tuk kite dr cpat2 tapi dpt ntah hape2....btol x??=)
utk aku takkan berubah kot. aku nak yg kaya, hensem, tinggi, baik hati, kiyut, tough, pandai masak, pandai main gitar.. susah la nak cari. tak jumpa punya. atau tak wujud pun.
ReplyDeleteaku nak yang macam tu jugak!