Pages

Wednesday, September 12, 2012

Based on True Story: Aku nak Sepuluh Ribu!

Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an mundar-mandir di hadapan Mahkamah Rendah Syariah. Hakim telah menangguhkan kes tebus talak isterinya ke atasnya.

Isterinya yang baru keluar dari bilik Mahkamah yang sama dilihat tersedu-sedan. Dia ditemani bapanya. Mereka kemudian duduk di kerusi menunggu. 

Si isteri sedihnya bukan kepalang. Sudahlah seluruhnya badannya dijadikan punching bag, 2 bulan duit gajinya jadi belanja bulan madu suami dengan isteri barunya, kini, bila dia mahu dibebaskan, bila dia telah berhenti berharap, bila dia tidak mahu bersabar lagi, dia perlu membayar suaminya.

"Aku tak kira! Kau bayar aku sepuluh ribu kalau nak aku ceraikan kau!" nada si suami keras.
Bapa si isteri bangun dan menghampiri si suami. "Kau nak sepuluh ribu?" Dia senyum. 
Si suami mengangguk. "Ya. aku nak...." PANG! 
Tak sempat si suami habiskan ayat, hinggap lima jari di pipi kirinya. 
"Amik dulu lima. Nanti aku bagi lagi lima." kata si bapa. "Assalamualaikum"      


No comments:

Post a Comment