Pages

Monday, September 10, 2012

Berita Hari Ini

Dah lama aku tak percaya berita. Sama ada kat tv atau kat dalam surat khabar. Lagipun dengan adanya internet sekarang, ramai orang boleh Google to get to know stuff. Surat khabar pun tak beli. Kalo beli pun bila nak buat lapik potong-potong bawang time buat makan2 famili. Satu tu je la. 

Korang percaya ke apa dalam surat khabar tu? They dont tell the truth. They tell what they need to sell. Perkara pertama yang boleh bawa panik ke seluruh dunia adalah datang dari berita. 

Aku takmo nak komen dalam keterlampauan pasal pemberita. Korang patut tengok sorang pembaca berita lelaki bermisai nipis kat satu stesen swasta. Melompat-lompat dari tempat duduk, macam nak masuk dalam tv kita. Tu baru baca berita pasal kebaikan parti. 

Aku tak percaya berita bukan sebab parti ke, politik ke, orang kenamaan ke. 

Kat Lorong Seri ni, sepanjang 22 tahun aku dok sini, beberapa kali juga made highlight kat berita nasional. Eksiden, kes tembak rakan polis tambahan, kes curi, kes pukul, domestic violence, kes pematian orang. (amboi, kemain Lorong Seri!) 

Semuanya yang keluar dari berita, surat khabar, bukan majoriti ya, SEMUA SURAT KHABAR tak boleh caya keseluruhannya. Just take the important info. Diorang cuma betul 7-10% sahaja. 

Kita orang sekeliling tahu keadaan. Kita tahu cerita sebenar. 

Aku tahu tak patut nak salahkan pemberita. Diorang cuma jalankan tugas? Tak. Itu bukan jawapan kepada statement pertama aku di awal perenggan ini. Diorang tak cerdik. Diorang cuma golongan yang pandai mengayat. 

Fakta. Aku ingat lagi tempat kerja lama aku (ye la, NGO tersohor tu) pemberita datang psl satu isu. Bermekap lawa, dengan sorang brader berkamera. Dia datang bodoh takde info langsung pun. Oleh sebab dah dia diassigned dengan tugasan tu, dia datang je. Dia nak cerita dari A sampai Z. Dia nak paperwork, all research, all findings tapi dengan syarat - summarizekan untuk dia. Dia ada baca? Dia ada faham? 

Pastu dia mintak opinion. Dia kata dia mintak opinion orang ramai. Padahal dia suruh kita cakap apa yang dia cakap. Yang pandangan kita, dia cut. It happened to, yours truly. 

Satu lagi sekali masa aku buat program kat Pahang. Aku cam nak koyak je mulut sorang reporter tu. Dia ingat kalo dia ugut nak panggil SB tu aku takut. "Bang, masuk la dalam. Kat dalam tu ada dua orang SB. Dia  pun cakap kat kami, dia polis. Rilek je dia masuk." 

Paling lawak bila berita tu tak tally langsung jalan ceritanya. Macam karangan tak siap. Logiknya tak da. Contoh, ada cerita pasal budak terlekat tangannya dalam mesin tebu. Pernah dengar? Ye, betul tangan budak tu terlekat. Tapi yg ko gi tulis tokey air tebu tu gi balik rumah amik sepana tapi tak tutup mesin kenapa? Kenapa dengan mesin tu bila dah ada benda terlekat? 

Kes jenayah paling menarik. If kes bunuh, semua yang mati tu adalah insan baik yang mulia. Takkan "tegur2 gitu je" boleh ended up dalam kain kapan. What if si mati tu had been provoking si tertuduh semasa hidup? Ada press gi tanya macam slalu dok tunjuk dalam movie? Nak cari bukti? Takde. Tak dapat la. Macam jugak kes bergaduh. Selain samseng jalanan, orang tak gi belasah ko dengan sahaja, bersenang hati dan gembira. Kawan-kawan, anger is build-up, bukan sudden.

Ah, sudah merapu ke laut.

Ye... emo sket sekarang. Aloh, bilanya yang aku tak emo...

Yang ini aku nak tanya, bukan merujuk kepada keemoan di atas pasal berita la. Just something general - Agak-agaknya, bila kita tahu pasal satu kebenaran, tapi kita tak bagi tahu orang, instead kita cerita perkara lain... apa cerita kita akhirat besok ye?


No comments:

Post a Comment