"Eleh, tajuk entri tak menahan.."
Ye, ye.. lantak la. Selagi ko seorang manusia homosapien, ko tetap akan menipu. Bayangkan, dalam perbualan 10 minit korang, statistikli, korang akan menipu lebih kurang 3 kali. Dalam resume, at least ada benda yang korang gembar-gemburkan.
Dulu time study, ada roommate aku sorang yang pandai spot a liar. Nama dia FaezahNoor. Dia kata, tengok hidung, kalau hidung kembang kempis, itu tipu. Tapi aku tak pandai fokus hidung, kadang2 aku akan distracted dan wonder..."wah, besarnya lubang hidung ko..."
Apatah lagi kalo korang adalah media. Penipuan secara besar-besaran itu adalah pasti. Unforunately, orang tak boleh nak detect direct tipu oleh mereka melalui tulisan. Paling terer orang itu adalah via telefon.
Dan ingatlah olehmu, bahawa janji Allah dan pembalasan hari akhirat pasti ye, kawan2.
So, how to spot a liar - ada 3 benda utama yang perlu korang perhatikan. Ini perlukan konsentrasi dan praktis.
Pertama: Baseline Suara
Kalau orang tipu, jantung dia berdegup lebih laju. (Opkos, occasion lain bila jantung berdegup adalah bila kita dilanda asmara, nervous, marah dan sakit jantung) Bila jadi gitu, suara dia akan jadi turun naik, tak centre dan most of time dia akan bagi penekanan pada certain perkataan. So kita boleh dengar suara dia rendah tinggi. Orang bercakap betul, baseline suara dia sekata dan ada susunan cerita. baseline ni la yang orang guna detect lie machine tu.
Satu lagi, if orang tipu, dia tak boleh nak recall balik kronologi tipuan dia. Suruh dia ulang balik apa yg dia cakap dari belakang.
Kedua: Mikro Expressions
Ekspresi muka kita serupa sedunia. Macam la warna darah kita juga. Takde kaler putih, semua merah. Kalo ko marah, sedih, menyampah, takut, terkejut, gembira, semua orang boleh nampak. Tapi sekejap je ekspresi ni kat muka. Ekspesialli kalo ko terkejut. Its like 5 mini saat dari 1 saat. Kalo macam dalam variety show tu, yang diorang buat muka terkejut sebab kena siapkan task yang merapu, if that expression lama gila, itu lakonan. Diorang tahu diorang kena buat benda tu sebelum shooting lagi.
If untuk contempt, disgust dan anger, korang boleh gak tgk pada mulut. Contempt ingat Heechul dan "ssuk smile" dia. Ingat meme ahli gimnastik dengan silver medal tu? Itu disgust (sebab dia 2nd place, obviously) tapi, dia nak orang tau, yang dia tak puas hati. Disgust juga penting dilihat di hidung yang keronyok. Kalo marah, bibir dia keromot...
Apa keromot dalam bahasa nasional nihhh???
Ketiga: Pergerakan Mata dan Badan
a) Mata
Orang selalu ingat orang tipu selalunya try to avoid eye contact. Itu tak betul. Selalunya orang tipu, dia akan cuba keep (extreme) eye contact sebab dia nak tengok orang yang ditipu percaya kepada tipuannya. Contoh, salesman yang gores dan menang tu.
Orang gabra punya anak mata tak centre. Contoh, pengacara yang baru belajar mengacara, orang yang sedang buat presentation depan kelas.
Ingat, bila kita tanya dia soalan, dan dia alihkan pandangan ke tempat lain, maksudnya dia try recall pasal cerita tu, but, if bila kita tanya soalan yang perlukan dia ingat, tapi dia tak try ingat, tapi keep eye contact, nampak sangat dia reka at instant.
b) Badan
Bila seseorang bercerita, selalunya tangan dia akan ikut narrate cerita dia (narrator). Contoh, ustaz, cikgu, lecturer yang sambil bersyarah, tangannya bergerak2.
Simple je bila dia menipu, pergerakan dia akan jadi awkward dan tak kena dengan cerita (manipulator). Most of the time, dia akan jadi stiff sebab dia sibuk dok mereka cerita dalam otak dia so, tindakan refleks lain terbatas. Contoh, Romney? heh...
Benda paling obvious adalah tangan dia akan naik ke daerah muka, mulut, rambut bila dia menipu. Tapi, bila dia pegang kening masa dia tak bercakap macam Siwon Super Junior tu, tu sebab kening dia gatal dan dia hensem buat camtu.
Dan if orang tu silang tangan dia, maksudnya dia dalam mode defensive. Bila dah dia tak salah, opkos dia akan berdepan, mendada, direct dgn orang tuduh dia. Ye la, dah kita betul, kan?
Aku ngaku aku obses dengan Lie to Me dan the Mentalist. Tapi, so far, boleh gak la aku detect tipu ni. Terutama dari klien2.... memandangkan accusation "lawyers are liars" mencucuk2 ke telinga aku ni lately so, aku nak ubah pepatah bongok tu.
Macam kata UAI, pepatah bahasa ni boleh ubah, bukan hukum tuhan pun. So, kita ubah la jadi "Lawyers know liars" Haa.... camtu *libas rambut*
Hujah tak siap lagi... Hujah tak siap lagi...
No comments:
Post a Comment